tag:blogger.com,1999:blog-90497177413059692402024-03-13T19:22:02.683-07:00Kisahnya...Blog seorang perawan berketurunan bangsawan. Dululah.
*Bab bangsawan tu aku tipu*Chahhttp://www.blogger.com/profile/02271388335950831124noreply@blogger.comBlogger164125tag:blogger.com,1999:blog-9049717741305969240.post-53065655676835450292011-11-03T16:06:00.000-07:002011-11-03T16:20:06.538-07:00HATI BUKAN PUALAM Didedikasikan buat sahabat yang sedang bernanah hatinya tapi cekalnya setinggi langit
Kamu tidak pernah tahu sepualam mana hati kamu
sehinggalah ianya diuji
sama ada bala atau laba
kelabu atau jerubu
rapuh atau tidak
juga di luar jangka
sehingga ia dicuit pilu dan sendu, manis atau hamis
dan sesiapa tidak akan dapat meneka
sekental manalah ia
sampai ke detik ia dimamah nestapa dan lara
atau dipanggil pulang oleh sengsara dan hiba
wahai hati yang mereput
duhai hati yang hampir mati
aku tidak mampu membantu merawatmu
hulurkan tangan sahabat, biar aku cuba hangatkan tanganmu yang dingin
kerna aku tahu
tangan mu itu mampu berbicara dengan hati
agar melempar pergi rasa busuk yang menjeruk
aku cuba sedaya kudrahku
beriringan
bukan di depan atau ditinggal kamu
aku akan pimpin tanganmu
kita langkah bersamaChahhttp://www.blogger.com/profile/02271388335950831124noreply@blogger.com6tag:blogger.com,1999:blog-9049717741305969240.post-18136618541848185482011-10-06T07:17:00.000-07:002011-10-06T07:29:33.350-07:00Masih Di SiniAku ada je ni, jangan ingat aku dah tak wujud pulak. Sambil isi masa lapang dan perut yang tak pernah lapang, aku kat bilachahkedapur dot blogspot dot com. Tengah gentel tepung!Chahhttp://www.blogger.com/profile/02271388335950831124noreply@blogger.com4tag:blogger.com,1999:blog-9049717741305969240.post-51283789561757047882011-09-11T16:33:00.000-07:002011-09-11T16:37:42.314-07:00Oh Noe! UPSR Is ComingAku bukan boleh terkejut. Bila terkujat je, mula nak terspeaking. Speakingpun bukan bahasa biasa. Bahasa Inggeris level-level TOEFL. Slang Alabama pulak tu.
Esok Nuhaa akan menduduki UPSR. Cepat benar masa berlalu. Ngilu dan berdenyut-denyut kena jahit lepas ‘mengeluarkan’ dia terasa-rasa lagi. Adehh.
Aku perhatikan dia, ok aje. Dia ok, mak ok je!
Apalah agaknya perasaan mak ayah aku masa aku mula-mula ambik periksa besar(Penilaian Darjah 5). Seingat aku macam biasa-biasa je. Aku pergi sekolah macam biasa, jawabpun macam biasa. Sebab itulah keputusannya pun biasa-biasa juga.
Setakat ini, prestasi Nuhaa bukanlah cemerlang sangat. Ada naik turunnya. Kebetulan pula, aku kisahpun sikit-sikit sahaja. Jika dia dapat keputusan yang bagus, mungkin pada masa itu Tuhan bantu dia lebih berbanding orang lain. Jika tidak, bukan sebab Tuhan lupa, tapi aku yang alpa bahawa Tuhan beri aku akal dan kekuatan untuk melakukan sesuatu untuk anak-anak aku.
Ya aku pernah menangis di hari mengambil kad laporan prestasi Ariff dan Nuhaa pertengahan tahun dulu. Masa tu sebab ustazah beritahu dia gagal bantu Nuhaa untuk masuk ke kelas pilihan iaitu kelas murid-murid yang disasarkan untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam PSRA. Ustazah merasai kegagalan berpihak padanya, dan takkan aku pula terlalu berhati padu tidak merasa apa-apa? Aku yang sepatutnya rasa perasaan gagal itu lebih berbanding ustazah. Tidak syak lagi, akulah ‘Lady Gagal’ itu.
Rasa bimbang aku akan tertewas pada ibu-ibu lain yang sama debarnya dengan aku bila keputusan Nuhaa tidak sebaik anak-anak mereka? Tidak juga. Lama juga aku memikirkan perkara ini. Ini mungkin perasaan pertama aku. Nanti akan ada lagi perasaan pertama bila menghadapi Ariff dikhatankan, Nuhaa disandingkan, Nabiha akan melahirkan. Arghh!
Esok akan menjelma. Itupun jika Tuhan tidak merencanakan dunia akan berakhir pada hari ini. Gasak ajelah anak, lambunglah apa-apa yang patut. Kalau gagal sekali bukan bererti gagal untuk selama-lamanya. Kalau berjaya bukan penentu segalanya. Klise! *nak sedapkan hati perut aku*Chahhttp://www.blogger.com/profile/02271388335950831124noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-9049717741305969240.post-39566125578810578412011-09-07T03:36:00.000-07:002011-09-07T03:40:24.150-07:00Kenangan dan Penangan RayaRaya sudah berlalu. Selesai lah hari yang ditunggu-tunggu. 4 kali ulang Jalan TAR, 7kali tawaf dalam Sogo, sekali dua merewang-rewang dalam Pavillion, adalah beberapa hari melilau kat Kompleks PKNS melengkapkan keperluan, dah tiba hari yang digelar raya tu. Pergi ke masjid untuk bertarawih cuma 28 hari je miss. Malam pertama pergi sebab boleh update status di facebook. Satu malam lagi sebab kena giliran sediakan moreh. Sangat Melayu!
Kemana perginya emas 14 mayam yang dibeli pada 17 Ramadhan? Tak sampaipun 14 detik dipakai di pagi raya. Lepas tu dah tak ada siapa nak jeling lagi dah. Oh lupa, mungkin sasaran utama untuk dipakai masa pergi ke rumah terbuka. Syabas kepada yang berjaya memiliki gelang emas sebelum menyambut raya. Determination anda memang tinggilah. Bagus! Aku tabik toink, toink ni. Bodoh!
Sehari sebelum balik beraya, aku‘menyinggah’ di office lama. Niat asal nak bermaaf-maafan, tiba-tiba tersyok pula mendengar dua tiga cerita hangat. Masih ada rupanya di kalangan rakan-rakan yang bermati-matian dalam membuat persediaan raya. Mungkin aku kurang ariff dalam mentafsir makna sebenar raya, ataupun mereka yang bongok itu mentafsirkannya dengan makna yang lebih mendalam.
Bila raya –kena beli baju raya, kasut raya, kuih raya. Ok aku faham. Dan mungkin bandaraya dan hantu raya juga patut dimiliki sebelum hadirnya hari tersebut. Hurmm.. Wow, patutlah ada yang sanggup berjumpa along, angah, ateh, usu untuk meminjam duit.
Sudah-sudahlah tu. Aku ni je pakai baju lama buat raya. Raya jadi juga. Kesian aku tengok korang. Lebih banyak penangan dari kenangan. Aku tak kata sampai kena bertaubatpun, tapi ukur baju di badan sendiri tu, aku setuju jugalah sikit-sikit. Walaupun ada ketikanya tukang jahitpun tersilap juga.
Nak stop. Dah letih sebenarnya mengetuk keyboard, gelang aku niha, berat sangat!Chahhttp://www.blogger.com/profile/02271388335950831124noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-9049717741305969240.post-39007751845679716762011-08-15T16:01:00.000-07:002011-08-15T16:46:39.037-07:00Kasut Raya dan 1001 KisahnyaDalam banyak-banyak keperluan dan kehendak untuk menyambut hari raya, yang paling membuatkan aku tersengih simpul adalah kasut raya. Hahah, intro macam karangan darjah dua habis. Stokin, cekak rambut, ubat uban, seluar spen, beg tangan raya tak adalah aku rasa nak ingat sangat. Setiap kali kedatangan Syawal, pasti kisah kasut ada dalam penceritaan aku dalam episod khas Raya & Mama untuk anak-anak dan Raya & Cikda untuk anak-anak sedara aku. Dan mereka akan memberikan komen yang sama, " ala, dah dengar dah cerita ni..."
Eh takkan kau tak gembira bila mak bapak belikan kasut warna merah yang ada bau sedap. Bau ala-ala kedai Bata Loh Pin Pooi. Bau dia lebih mahal dari bau selipar tat sin. Arghh tak sabar . Merah tapak coklat untuk aku, coklat muda untuk Cikgu Sains. Nanti bila dipakai di pagi raya, gadis manis sopan pula berbaju kurung, ohhh sungguh sedap mata orang tua memandang. Kain kena lipat tinggi-tinggi, kalau tidak nanti Kak Eni, Kak Uza, Miza, Kamali, Ayub, Nana tak nampak pula kasut cantik aku.
Setiap kali balik sekolah, mesti kelebet kasut, bergaya keliling rumah. Mungkin kanak-kanak sekecil aku belum pandai mensyukuri nikmat Tuhan, kalau tidak pasti aku dah bersujud syukur masa tu jugak. Terima kasih Ya Tuhan.
De, de, bangun!, Suara Cikgu Sains kejut aku.
Nak sahur ke? aku gesek-gesek mata.
belum... Jom terai kasut raya...
Gila kakak orang, gila lagi kakak aku.
Tapi biasalah...langit tidak selalu cerah, mendung boleh terpa bila-bila tidak boleh disanggah. Jiwa yang menunggu saat pagi raya sekali-sekali meruntun juga. Kasut merah cantik, bau sedap, akhirnya rabak. Belum sempat melangkah di pagi yang dinanti-nanti. Raya tetap jadi. Ayah berbunyi juga sambil menjahitnya dengan tali warna coklat muda.
Dan penyakit gila-gila ini boleh diwarisi rupanya. Sampai giliran Cichik yang mengada-mengada juga, ayah terpaksa buatkan selipar bertapakkan kayu gasing kerna hajat di hatinya mahukan kasut tinggi. Jadilah satu ciptaan hebat juga, selisut agaknya.
Gila adik orang, gila lagi adik aku.
Chahhttp://www.blogger.com/profile/02271388335950831124noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-9049717741305969240.post-70166394766338329812011-08-08T17:29:00.000-07:002011-08-08T18:14:24.998-07:00Kau Pula Tinggalkan Aku 2Laa episod Si Cina tua tak abis lagi. Sudah jatuh ditimpa tangga. Kaki sakit, dihempap tangga. Terkena taik ayam pula. Dahla taik ayam candu. (peribahasa tu dah diberi bahasa oleh arwah ayah aku, jadi panjang lebih daripada biasa) Kalau di kampung aku, taik ayam candu tu dipanggil taik ayam muney. Tak sedap langsung nama, rasa, lagilah tak sedap agaknya. Entah, aku pernah try rasa taik idung je, taik ayam tak ada la teringin untuk mencuba. Mungkin pemberi namanya tu seorang India yang dalam perjalanan ke kuil glamer di kampung sebelah.
Semalam berbekal tenaga bihun goreng masa sahur, aku start kereta. Pakai kurang lawa sebab suami tidak di sisi untuk menyaksi. Tahun ni aku dalam mode biar lambat asal beli juga baru raya. Untuk anak-anak dan bapa anak-anak saja. Percayalah aku tidak mahu berbaju baru tahun ni. Aku akan pakai mana-mana baju yang belum ada dalam gambar.
Sampai di rumah nombor 16, aku tengok jalan tutup. Laa khemah atuk cina mati semalam belum bukak. Kereta bersepah-sepah tepi jalan, tak masuk kereta-kereta kontraktor yang tak habis-habis buat renovation kat situ. Dug dag jantung aku. Nak reverse, jalan tu menurun bukit. Tak pasal-pasal van aku terbalik ke, terlanggar pagar jiran ke. Buatnya terbalik? Van aku rosak, baju aku terkoyak? Susahlah nanti, lagipun aku pakai baju yang aku baru jahit. Belum sempat tunjuk kat Atin lagi.
So, aku u turn ajelah kat rumah ada tangki air besar tu. Lenguh tangan aku memusing stereng. Laki ada entah ke mana di saat si isteri perlukan. Kata lautan api sanggup direnangi. Huh!
Kruuuuukkkkk..krakkkkkkk...trrrraaa....krakkkkkk...
Hehe. Dah lama aku tak langgar kereta orang. Kali terakhir macam tu jugak, tergesel aje, tapi hasilnya cukup memuaskan. Panjang beb calar kat van aku. Kalaulah itu luka di hati, aii lebih kurang sepurnama jugalah meratap hiba. Calar kat Hilux dia, macam seminggu berduka lara. Hihi. Oh Chah,kamu jangan panik!
Aku pandang keliling, tak ada sapa nampak aku. Hajat nak langgar lari saja, tapi mengenangkan CCTV yang 'kat atas' nun sedang merakam semua pergerakan aku, aku terus bertaubat.
Aku cari-cari orang tak ada, terus aku ambik resit Billion, aku tulis nombor HP dan nombor rumah aku. Selit kat wiper.
Hati dah sedikit punah. Aku cabut kelopak bunga raya la kiranya. Nak pergi-tak pergi-nak pergi-tak pergi-nak pergi. Arghh, kelopak ke lima kata suruh pergi, aku pergilah juga. Lagipun acara membeli dan melilau biasanya boleh hilangkan stress dan masalah. Kadang-kadang nama suamipun aku lupa sementara, inikan pula kes kereta tergesel.
Aduhh, awal pula si Pahlawan tu telefon hari ni. Nak ajak buka puasa berdua-duaan pula. Kalau dia tahu apa yang berlaku lima minit tadi, langsung cancel agaknya. Bila aku cerita, senyap je suara di hujung talian sana. Erm..
Sesampai di tempat yang dituju dan bakal memulakan misi, si tuan kereta call.
"hello, u Aeshah?, u hit my car rite, this is Mr Tan,"
Err,,err,, yes,,yes, soooo sorry, I'm outside, this evening I come to see u, can, u re frm which unit?
12, itu yang ada funeral tu...
aisehh!, pity u Mr Tan, sorry again, will see u ok!
Alaaa...dia anak cina tua yang mati tu! Semalam dia dah abis suku juta, buatnya ari ni dia claim suku juta juga untuk kereta dia tu, mamposs!!
Chahhttp://www.blogger.com/profile/02271388335950831124noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-9049717741305969240.post-83005960045343832562011-08-07T17:40:00.000-07:002011-08-07T18:36:33.228-07:00Kau Hadir,Kau Pula Tinggalkan AkuPlan berbuka puasa di rumah Cikgu Sains tidak terlaksana. Atok Una masuk hospital. Bila umur dah kerap menyambut hari jadi, sakit-sakitpun kerap menjengah juga. Melengkar di rumah sajalah keluarga 5 beranak ini menunggu waktu berbuka..
Cina belakang rumah mati. Si pahlawan aku beritahu dia nampak lori Nirwana, mungkin acara pengkebumian akan dilakukan dalam waktu terdekat. Cina tua mati akan bawa banyak ong kepada keluarga anak yang menjaga. Sebab itulah kaum tersebut berebut-rebut mahu menjaga ibu bapa dan doakan biar mereka mati cepat-cepat. Agaknya lah. Aku tuduh saja. Tapi mungkin juga betul. Madam Cheong beritahu maklumat tu.
Nampak dari cara orang-orang yang memberikan penghormatan terakhir kepada si mati, boleh tahan. Komuniti aku tinggal ni kecil, parking memang cukup-cukup untuk residents sahaja, jadi bila kereta yang datang berderet-deret sampai ke taman sebelah dan siap parking di kawasan surau, aku ingatkan ada Ustaz Azhar datang beri ceramah.
Madam Cheong bagitau lagi, pakej yang diambil untuk tanam si tua tu suku juta RM. Mak aii...mungkin yang ada aircond, di rimbunan pohon teduh berbunga wangi. Pakej astro mungkin full pakej termasuk pakej Warna sekali, sebab duduk sensorang nanti mungkin dia perlukan show SY untuk hiburkan hati.
Nuhaa tanya aku kenapa orang Cina bodoh sembah benda yang mereka buat sendiri. Jawapan aku, sehabis ilmiah sehabis islamic.
Si tua itu telahpun bersemadi di Nirwana, mungkin anak-anaknya masih sempat diberi hidayah dan mencari kebenaran. Amiiin.
Pukul 4 petang, bergegas aku dan si pahlawan dewasa ke hospital pula. Panggilan dari seseorang kami terima mencemaskan aku. Satu nyawa akan hadir ke dunia bila-bila masa dari sekarang. Mengimbau pengalaman aku, aku menanti detik-detik kelahiran anak-anak dengan cemas dan teruja. Kebetulan jika dikira dari bulan Islam aku melahirkan Ariffku yang tercinta pada 7 Ramadhan. Hari ini. Namun aku dapat rasakan wanita itu menanti kelahiran zuriatnya dengan sedih dan pilu. Tanpa lelaki yang boleh dipanggil suami. Aku terpalit pilu sama.
Dia telah berdosa, si lelaki jahanam itu juga telah membuat cemar. Kau menghilang, aku yang menanggung derita! Kisah drama telah menjadi realiti, depan mata aku. Setakat ini aku dan si pahlawan ini sajalah tempat dia mengadu. Doa aku juga agar keluarganya dapat menerima. Dengan doa yang sama juga agar ini menjadi pendinding kepada semua. Aku khabarkan kisah ini kepada Nuhaa, dia bakal menjadi remaja dan wanita. Tidak lancar pertuturan aku dek kerna susunan ayat yang perlu seimbang dan aku tidak tersilap penerangan.
Aku teringin untuk menjaga bayi yang tidak berdosa itu, tapi banyak benda yang aku dan si pahlawan perlu pertimbangkan. Aku tidak cukup hebat untuk menempuh hari mendatang dengan menangani 'masalah' yang mungkin rahmat. Aku bimbang ia sumbangan yang sambang dari aku. Mungkin ada keluarga yang kepingin mendakap bayi sekian lama lebih layak untuk menjaga nyawa itu, walaupun aku masih mengharapkan wanita ini berubah hati dan akan memeluk bayi itu seeratnya dan memberitahu dunia, ya aku ibu yang berdosa, tetapi aku akan cuci bersih dosa itu dan anak, aku akan sanggup mati kerana kamu!Chahhttp://www.blogger.com/profile/02271388335950831124noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-9049717741305969240.post-43242006789405499482011-08-02T21:18:00.000-07:002011-08-02T21:23:11.967-07:00Cahaya RamadhanDua hari setengah Ramadhan berlalu. Masih belum cukup pengisian yang sepatutnya dari aku.Bila tiba Ramadhan perasaan aku jadi sedikit lain. Rasa mau jadi anak yang manja-manja dengan mak; setiap jam ada menu permintaan bertukar-tukar. Teringin juga jadi the real mak yang manjakan anak-anak dengan menu-menu yang mereka hajatkan pula.
Ini yang payah dan ada isu sikit. Bila fikirkan anak-anak, muka aku yang sikit lagi nak hilang wrinkle ni terus jadi keruh. Sesak dada.
Orang yang tau kisah anak-anak aku dan tabiat pemakanan mereka, akan beri komen yang sama; “senangla kerja ko, tak ada la susah-susah pikir nak masak untuk anak-anak”. Alaaa, aku teringin la beb kena buli dek anak-anak macam tu.
Huh, normal-manusia. Yang tak dapat itulah yang dicita-citakan sangat. Bila dah merasa, tak kuasa nak melayanlah pula.
Ari ni masak mee kari menu Nuhaa. Esok nasik ayam Hainan permintaan Ariff. Lusa tulat tubing tonggeng, Nuhaa yang menang sebab dia kakak sulung yang garang. Ahad depan pulak baru boleh aku buat talam ubi untuk Ariff. Kan bersusun-susun menu yang menanti untuk aku sediakan. Itulah kerja mak. Ini tidak, dari mula aku kawin, sampai sekarang, kebanyakan hidangan disediakan; ‘table for two’ saja. Bunyi memang la romantik, tapi tak thrill langsung!.
Petang ni macam biasa, Ariff akan berbuka dengan 2 ketul nugget ayam tempura, Nuhaa pula , argh! spaghetti sup ayam kosong kena tapis jangan sampai seurat benangpun kelihatan. Aku dan bapa itu? Terus jadi tak selera nak makan. Sebab itulah lelemak di badan aku tinggal selapis je lagi nak hilang, confirm raya tahun ni saiz aku jadi 32-32-32!*
*mungkin darab dua..huhu..Chahhttp://www.blogger.com/profile/02271388335950831124noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-9049717741305969240.post-25300331266212816802011-07-07T00:41:00.000-07:002011-07-07T00:43:31.657-07:00Enam Bulan Yang HilangMelepasi setengah tahun. Lebih beberapa hari. Ha ah, sebab sekarang dah masuk Julai. Dengan rutin harian yang aku masih lagi tergagap-gagap untuk sempurnakannya. Dan memang aku masih ragu-ragu dengan prestasi semasa, yang adakala lari tempo juga. Ah! Banyak benda di tangan aku boleh jadi kucar-kacir, haya-baya. Tapi ada juga hasil tangan aku yang tidaklah sesambang mana.
Rutin ringkas. Hari-hari. Cuma menjaga emosi satu anak kecil yang berangan untuk menjadi ‘princess’. Satu bakal jejaka yang masih tercari identiti untuk gaya rambut yang ‘bagakkk hebat’ dan satu gadis yang meningkat remaja yang banyak juga memeningkan aku. Terlupa pula...ada satu lagi jejaka dewasa yang perlu dibelai mesra, cuma tanpa barut dan bedung untuk penjagaan rapi seolah bayi. Bosan kah kerjaya aku?
Ada orang bertanya, buat apa sekarang? Jawapan mual aku, standard- ikut saja jawapan Apek Senario- “Buat bodoh”. Kalau betullah memang sepanjang enam bulan ni aku bodoh, takkan aku nak tunjukkan pada mereka di atas. Mana karisma aku? Paling tidak biar sama aras dengan Cikgu Sains Sekolah Hwang Hua. * Huh baju aku tak pulang-pulang sampai ari ni*
Rindu juga untuk pening kepala pagi-pagi cari baju dalam lemari. Masih ada keinginan untuk merayau-rayau sekitar Bangi cari makan tengahari. Paling tidak boleh lupakan, tengok perempuan-perempuan Bangi yang perasan lawa pakai baju ketat, kain belah, tapi bulu betis tak cukur. Buruk. Lelaki Bangi tidaklah aku teringin nak usha. Cuma jika yang lalu depan mata, kutuk-kutuk manja tu adatlah.
Yang nyata mulut aku makin manis sebab dah lama tak mengumpat!Chahhttp://www.blogger.com/profile/02271388335950831124noreply@blogger.com5tag:blogger.com,1999:blog-9049717741305969240.post-46868873218710058692011-03-25T01:51:00.000-07:002011-03-25T01:52:20.929-07:00Tulisan tanpa spesifikasi. Cuma sedikit lurus bendul dan agak tololAku tak pernah ceritakan perihal kamera aku. Dan kerja-kerja mengambil gambar. Itu salah satu hobi aku. Banyak sebenarnya hobi aku. Dah jenis keturunan tak boleh tengok orang ada, akupun menggeletis nak juga. Walaupun sejam seminggu untuk dihabiskan untuk aktiviti mengambil gambar ini payah untuk aku commit, tapi bila memegangnya dan dapat hasil yang aku suka, itu sudah cukup. Jadi kes menggeletis aku tu sebenarnya berasaslah jua. Aku suka dengan gambar-gambar yang boleh bercerita walau tanpa sepatah kata.
Tambahan pula bila tengok kawan-kawan yang berfoya-foya dan konon-kononnya pergi outing mengambil gambar, memang seronok. Seronok kerana ianya melibatkan kreativiti yang sangat subjektif perihalnya dan akan menghasilkan sesuatu yang kadang-kala tak terfikir dek akal. Ada gambar yang nampak bodoh tapi dikatakan nilai seninya setinggi langit ke tujuh. Ada foto yang toya, tapi dibida dengan harga ribuan ringgit. Tak kurang juga potret yang bengap nak mampus tapi diangkat sebagai karya seni teragung. Pelik, itulah rasa. Memang takkan sama.
Itulah juga sebahagian dari seni. Aku gelarkan sebagai karya jiwa. Lagu jiwa. Bila lagunya sendu, hasilnya mungkin muram dan bisa menitiskan air mata ramai orang. Bila pula lagunya riang, adalah segelintir manusia yang terasa seperti berada di kayangan memakai persalinan baldu wangi kasturi. Peh.
Tak ada gambar terbarupun untuk dikongsi. Cuma aku gagahi untuk menaip kerana aku tahu ada di antara kamu di luar sana yang menanti juga tulisan aku. (A ha aku perasan!). Bukan aku tak mahu menulis, aku tengah sibuk cari duit ni.Chahhttp://www.blogger.com/profile/02271388335950831124noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-9049717741305969240.post-9763157959197883462011-02-22T20:38:00.000-08:002011-02-22T21:08:43.763-08:00Catatan Di Hari Lahir Si DiaDia menyambutnya 11 hari yang lalu. Biarlah aku nak catatkan bila-bila masa aku suka, akukan isterinya. Aku berhak buat apa sahaja pada dia.Benar begitukah?
Jika aku membilang tarikh kelahirannya bermula nombor pertama, bermakna tahun ini aku sudah selesai angka ke 38. Cukup banyak jika mahu dihitung dengan berapa hadiah yang perlu dipersembahkan. Bersamaan dengan berapa wang yang perlu dilaburkan untuk hadiah-hadiah tersebut.
Tetapi tidaklah begitu. Tahun ini aku dan anak-anak hanya menghadiahkan sekeping kad ucapan setiap seorang yang dibuat sendiri. 4 keping kad istimewa kerana ianya tidak dijual di mana-mana kedai sekalipun. Aku rasa itu sesuatu yang manis. Iya tak?Perasaan aku lah, perasaan kamu mungkin itu memualkan.
Dia sudah gemuk sekarang. Sedikit buncit. Sudah banyak uban. Sudah tua. Mungkin zaman dia gah dengan motor besar dahulu lebih handsome. Zaman duit lima ringgit kongsi berdua dulu lebih kacak. Musim jeling-menjeling di ASPURA dan ASPURI dulu lebih macho.
Tersadai? Terus Mengembara? Atau memang kamu ditakdirkan untuk bermula dan berakhir di situ.
Bergenang air mata. Bukan air mata darah. Mujur!
Lapuk dan mereput. Bertahan!. Aku rindukan saat itu.
Menunggu untuk diadili. Takdir indah atau rebah menyembah?
Jika katamu cinta sejati, tolong jangan menyerah!Chahhttp://www.blogger.com/profile/02271388335950831124noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-9049717741305969240.post-11083962063359352822011-01-13T18:24:00.000-08:002011-01-13T18:28:57.936-08:00Bear In MindSenang hati dapat menghabiskan voucher Jusco. Selagi masih berlipat kemas di celahan poket tas tangan, mana boleh duduk diam aku. Jumlahnya, biarlah rahsia. Alang-alang ke Puchong, terasa bersalah pula sebab tidak menyinggah ke rumah seorang lagi kawan yang jobless macam aku untuk ziarah anak dia. Aku tak tau Ina seteruk tu. Dah Che Un- pesan aku, sama macam Maam Presiden, jangan ambil mudah.
Aku menyinggah ke kaunter Digi. Hajat di hati nak tukar pakej Telco sedia ada. 13 tahun aku menghambakan diri pada Telco C ni. Eh kejap, aku bukan tulis ni untuk iklan TV kan? So tak mengapalah jika aku sesuka hati menyebut siapakan gerangan Telco C tu. Sepanjang aku menggunakan pakej line telefon bimbit syarikat tersebut, tak pernah sekalipun aku dimanjakan sebagaimana sepanjang 13 tahun aku dimanja suami. Atau lebih jujurnya aku kena beritahu, aku yang suka memanjakan suami. Tahun lepas dan ke belakang, semua bil, company yang bayar. Tau-tau setiap bulan dalam akaun ada duit tambahan seratus lebih Ringgit Malaysia. Syarikat dengan baik hatinya menanggung bil handphone aku. Tapi sampai bila, aku bukan ibu tunggal atau ibu tinggal yang perlukan bantuan dari pihak lain sampai mati. Aku kena beri laluan pada orang lain pula.
Bila tiba masa aku bukan lagi menjadi kesayangan syarikat yang buta-buta membayar claim handphone aku, (yang gunanya untuk menelefon mak, bergossip dengan Cikgu Azimah, berutus sms dengan Cichik, I luv u u luv me dengan boyfriend lama, bermms gambar kek pisang dengan Atin TAPI BILA ada urusan pejabat aku akan gunakan talian tetap di pejabat-hahahaha)
Aku kena buat sesuatu. Berjimat la kiranya point aku nak habaq!
Lama juga aku berborak dengan Mamat Cina penjaga kaunter Digi.
Kakak kena bear in mind..bla…bla…bla… bear in mind bla..bla..bla..bear in mind…. bla..bla..bla..berpuluh-puluh kali ungkapan ‘ada beruang dalam minda’ aku dengar dari mulut dia.
Sampaikan aku terfikir…
Siapa yang cipta ungkapan itu ya? Aku taulah maknanya nak suruh kita feel concern about ataupun kena remember and careful. Cuma kenapa bear? Kenapa tidak elephant atau dinasour? Kalau la seseekor binatang yang cuba diletakkan dalam minda, kenapa tidak dipilih binatang yang common dan senang jumpa. Macam lipas atau kutu.
Jadi bila anak-anak sebijak gadis berkutu tanya aku, mama what is the meaning of bear in mind? Bukan aku tak boleh jawab. Kalau dia spesifik lagi tanya bear tu apa? dah susah aku nak kena bawak dia ke hutan ataupun ke Zoo Negara. Duit lagi. Masuk zoo tiket dah berapa. Kena bawak bibik sekali yang pasti teruja nak ke Kebun Binatang. Belum kos beli air tin yang berganda-ganda mahal sekali dengan burger sejuk.
Aku rasa aku kena masuk kelas bahasa inggeris yang advance la. Tajamkan lagi bahasa inggeris aku. Lepas tu pelan-pelan aku kena buat perancangan strategik untuk ubah ungkapan-ungkapan yang boleh mendatangkan kekeliruan. Kasihan budak-budak. Yang kena dera ngan mak tiri, ada talian An-Nur yang boleh bantu (konon). Bagi kes-kes kanak-kanak yang keliru?
Kan ke mulia niat aku tu. Apa? Ingat aku jadi suri rumah hanya menggentel donut, membakar bingka je kerja aku? Ni, aku buat untuk nusa dan bangsa wei!!Chahhttp://www.blogger.com/profile/02271388335950831124noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-9049717741305969240.post-31742050413649376032011-01-11T17:11:00.000-08:002011-01-11T18:11:28.128-08:00Apa Nak Buat Hari Ni?Ini minggu ke dua. Best dan tak best. Kadang-kadang seronok. Ada masa beronok-ronok. Minggu lepas aku tidur dan tidur setidurnya. Kemaruk begitulah.Mujur tiada lingkaran gelap bawah mata, ataupun tumbuh 'beg mata'. Kalau tidak, mesti kena terhegeh-hegeh ke Guardian untuk beli produk Garnier. Bangun tidur, bukak resipi, masak hebat-hebat untuk suami. Aku boleh cerita apa sajalah kan pasal masakan-masakan terhebat aku minggu lepas. Bukan ada orang yang boleh mengesahkannya. Tipu aku, tertipu la kau orang. Kecualilah tuan pengerusi rumah ni tiba-tiba je koya dan pergi buat sidang media dan sahkan masakan aku itu layak di tong sampahkan. Berani dia!
Petang semalam aku basuh sofa. Bukan basuh, berus lepas tu lap dengan kain lembab. Hilang segala kotoran. Pagi ni aku bangun, terasa lengan aku dah mengecil. Minggu depan lah aku pergi jumpa rakan-rakan untuk tunjukkan bukti lengan aku ni memang dah semakin mengurus. Aku akan tunjuk pada rakan-rakan wanita dulu. Biar mereka teruja untuk jadi suri di hati dan rumah adalah tempat kerja, macam aku. Pada rakan-rakan lelaki, aku akan rahsiakan. Takkan aku berani mendedahkan aurat pada mereka. Lagipun jika mereka kerahkan isteri-isteri mereka untuk mengikut jejak langkah aku; kena cuci sofa untuk mengecilkan lengan, payah juga nak bersoal jawab nanti.
sofa jenis apa. cap apa.berapa jam.sambil cuci kena menyanyi ataupun berselawat. lepas cuci boleh tidur terus atau kena tunggu peluh kering dulu ke. pakai pakaian sukan ke tidak. jenama apa.berus tu beli di mana.berus sabut ke berus plastik. kain buruk lembab tu semula jadi atau ada pelembab khas kena letak. gosok tangan mana, lap tangan mana. sambil duduk atau berdiri. guna air paip atau air RO. kalau anak kacau dan mahu bantu masa sesi menggosok tu kena benarkan ke tidak. kalau jiran datang bertandang boleh pandang jiran atau teruskan kerja-kerja mencuci.
Lagi aku nak buat apa? sedang cuba menggemari menonton TV. Tapi nanti punggung pula semakin melebar kerana asyik duduk dan hanya menatap skrin lebar di dinding. Jadi minggu ini lebih baik aku tidur dan bangun pukul sebelas pagi lagi. Tidur boleh membantu perkembangan dan merangsang minda. Since lengan aku dah kecil jadi takpelah jika aku tidurpun. Sekurang-kurangnya aku bukan curi masa pejabat. Berlengkar sekecil mungkin tepi pintu sebelah cermin dalam surau. Dan sekurang-kurangnya aku tidaklah disergah bos sendiri sebab aku tertidur di bantal lengan bertilamkan meja pejabat!Chahhttp://www.blogger.com/profile/02271388335950831124noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-9049717741305969240.post-23105965890590153822011-01-10T09:05:00.000-08:002011-01-10T09:10:07.982-08:00Siti Di Alam Fantasi. Aku Di Alam RealitiBetul kata Cik Puan Intan Hafina, teater Siti Di Alam Fantasi best. Kesimpulan aku, bila kita masih lagi enjoy dan dengan overnya menghayati cerita kanak-kanak sebegitu, maknanya kita belum cukup dewasa benar. Bagusla tu, tak ada la aku nak terasa ngeri sangat bila orang panggil aku makcik.
Bila ada hak untuk memilih fantasi sendiri, aku tak mahu la pilih apa yang dilalui Siti tu. Baju cantik, pakai tiara berkilau-kilau, putera rajapun boleh tahan kacaknya. Cuma putera katak je debab sikit, biasalah putera katak mana boleh disamakan dengan Remy Ishak.
Tapi gila ah nak berjuang demi sebijik batu geliga. Kena lawan binatang yang menakutkan, yang paling mencabar dan sepanjang pemerhatian aku, Siti tak makan apa-apapun sepanjang pengembaraannya tu. Cuak la aku kalau masuk bab tak boleh makan apa-apa. Tak nak den berfantasi begitu.
Kalau boleh batu geliga tidak dicuri lipan bara. Aku mahu putera raja datang melutut menagih cinta. Aku juga harap agar bayan tidak mati, si pokokpun mampu mengeluarkan buah-buahan syurga, ulat bulu gedik tidak segatal biasa. Semualah yang indah-indah.
Realitinya? Tidak begitu. Aku kena bergerak, menjeling, terjah, terjun, menoleh, mengorek, menembak, memotong, menyusup, menebar, berpaut, berharap, berhenti, berlumba, mengiring, menerkam, menguji, memandai, berbalah,mengangguk, menongkah, menguis, bergegas, berdansa, bermuka-muka, dan semua bentuk kata kerja aku kena buat untuk dapatkan sesuatu.
Dah 10 hari tahun baru berlalu-bila lagi nak mulakan?Chahhttp://www.blogger.com/profile/02271388335950831124noreply@blogger.com4tag:blogger.com,1999:blog-9049717741305969240.post-75725589444261177242010-12-29T19:06:00.000-08:002010-12-29T19:13:34.656-08:00Terima KasihThanks sebab kamu gemok
Thanks sebab kamu keding
Thanks sebab mata kecik mu
Thanks sebab kaki kamu merekah
Thanks sebab kamu comel
Thanks sebab kamu rajin mendengar
Thanks sebab kamu gila
Thanks sebab kamu bengong
Thanks sebab kamu kedekut
Thanks sebab kamu masak tak sedap
Thanks sebab kamu laser
Thank sebab kamu suka lawan cakap laki
Thank sebab kamu akan usaha cari ‘damping malam’
Thanks sebab kamu adalah kamu
Thanks sebab kamu sudi
.... berkawan dengan saya
Kalau tiada kamu
Saya mungkin macam seekor beruk yang menggalas LV
Atau mungkin seperti patung Barbie yang comel tapi plastik
Juga mungkin seakan bunga mati di rak-rak SSF
Atau perempuan gila yang bertutur bahasa ibunda secara monolog saban hari
Dan juga perempuan yang sopak kakinya dan jugak bernanah hatinya........
huhuhu..pemergian mu ku tangisi..gelak tawamu ku rindui..kuih mu ku lapari..open house mu ku tunggui...
apapun jangan lupa order tepperwer aku (bak kata mu..ada peluang mu nok juppe aku...)
anyway moga persahabatan kita akan berkekalan hingga ke akhir hayat....
mohon maaf atas silap salah...
Thanks sebab kamu comel ...i like this
Paling kurindui sesi memasak...
Time tu aku bole tengok celah bedah cikgu yg sgt gebu...
Ya aku akui....
Aku keding...hobiku cungkil bakat gigi
Aku kuat berusaha mendampingi malam
Yang paling kurindui.....leteranmu..
Agaknya bilakah lagi ko nak pangku tulang bontotku
Disofa pehamu...
Paling kurindui....
Paling kumenyampah....
Ko sebijik mak aku....
Nasik goreng ikang....
Berani ko cari penyapu sampah....
Atas dasar persahabatan ini aku bagi ko PDA = 100%
Aku budak sastera masa ting 5,
Tapi aku tak pantas menulis bait kata sepuitis Aeskah..
Emm...Cuma ada pantun 4 kerat, yg memang aku kena hafal masa kekecik dulu, Rasanya sampailah maksud kepada yang di tujui,
Pulau pandan jauh ke tengah
Gunung daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang jua..
Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas kena ku bayar
Hutang budi di bawa mati..
Budi juga yang dikenang sampai mati..
Budimu tabur Insha Allah tak berkubur
Kasihmu ikat kukuh tak bercerai
Ternyata penuh keikhlasan
Maassalamah...Illal Liqa'
kamu,
yer!...kamulah!..sapa lagi??
yg gebu!
yg manis!
yg gemok yer jugak,
yg mulus,
yang rajin,
yang pemurah,
yang becok,
yang sepantas laser,
tiada kamu....
kami tiada ....
tempat mengadu,
tempat mengumpat,
tempat bertanya,
tempat ketawa,
tempat menumpang kereta,
yang paling sadis,
tempat belajar .....
walaupun sepotong ayat 'surah waqiah'.......
betapa kamu sungguh 'bertakhta' di hati murid2....
syukurlah kamu satu 'daerah' jajahan aku....
boleh jumpa selalu.Chahhttp://www.blogger.com/profile/02271388335950831124noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-9049717741305969240.post-62298469132677887652010-12-28T20:52:00.000-08:002010-12-28T20:59:37.979-08:00Selamat Bekerja Kilang Air Mata. Selamat Juga Untuk Kalian.Dua hari lagi nak masuk tahun baru, banyak air tumpah. Tadi. Esok dan lusa mungkin tumpah lagi. Tiada kesinambungan cerita di situ sebenarnya. Biarlah.
Air tak tumpah kalau tak ada budak gemuk terlanggar cawan atau gelas hadiah ubat gigi darlie yang berisi air laici sambil mata tengok drama Cinta Kirana.
Air tak tumpah kalau kau pegang cawan elok-elok dan bukannya berjalan tergedik-gedik sambil berkejaran dalam rumah lantai melekit sesama kau dan adik beradik kau yang belum baligh.
Air tak tumpah kalau kau tak tamak isi slurpee warna biru perisa beri penuh-penuh dalam cawan yang paling kecik (of course harganya paling murah) kat Seven E
Air tak tumpah kalau kau pekerja hotel yang terlatih bawak cawan sopan-sopan dan servepun sopan-sopan kepada orang-orang berkaliber tapi mungkin kurang sopan dan kekampungan macam saya.
Air tak tumpah kalau kau ada penyakit bisul yang belum ada mata, tapi pada masa yang sama kau ada penyakit Parkinson yang teruk dan kau cuma bawa dua sudu air yang diisi dalam cawan yang berkapasiti 2.25 liter.
Tapi..
Ada air yang tumpah. Air mata ramai orang. Hari ini. Bukan kerana tidak sopan. Juga bukan cawan dilanggar anak yang belum baligh. Bukan juga sebab main kejar-kejar hingga tersepak cawan berisi teh hangat yang dibeli di Haji Ismail Group Langkawi. Tidak kerana penyakit Parkinson. Juga bukan sebab tamak haloba gila.
Bukan. (baca banyak-banyak kali tau agar efek BUKAN tu sangat-sangat BUKAN)
Sebabnya aku cuma ada dua hari lagi. Dan kamu sekalian ‘meraikannya’ pada hari ini. Kamu panggil ini perpisahan. Bila berpisah kilang air mata akan bekerja keras, dan terpaksa kerja over time bagai. Hasilnya air mata yang tumpah bercucuran jika dicampur semua orang yang menangis hari ni dah separas buku lali yang kering dan sikit lagi nak jadi hitam. Sehitam muka Hafiz yang baru balik dari main pata gamaknya.
Sedang menangis lagi ni!Chahhttp://www.blogger.com/profile/02271388335950831124noreply@blogger.com6tag:blogger.com,1999:blog-9049717741305969240.post-66083008355640797452010-12-15T20:00:00.000-08:002010-12-15T20:14:53.746-08:00Daun KetumMinggu lepas aku minum air daun ketum. Pasal kebaikan daun ketum, cari la kat wikipedia ke, gugel la sendiri.
Wah satu pencapaian peribadi. Bapak mentua kata yang daunnya ada garis merah lagi power. Nak sihat, hilangkan sakit apa entah atau nak power elok jugalah diamalkan. Dua kali dia kata. Must be true! Tapi dia sendiri tidakla sepower mana, berapa kali keluar masuk hospital. Tu belum kes tak power sebab operate belah perut berapa meter ari tu. Panjang tu heh. Mujur tak putus.
Hasilnya? Terus transform jadi ala-ala si dara. Tu baru sekali minum, kalau berkali-kali? Paddu!
Sekarang jiwa aku berusia 29 tahun, fizikal aku macam baru 25 tahun. Terasa macam sedang pakai inai di jari yang sepuluh dan pada kaki yang agak mulus , yang belum mampu mencarikkan cadar satin dan kaki yang tidak memerlukan sabun payung mahkota kerana dihina sebab cagu dan lepas tu terkopak.
Halah... Aku dah tak ada kerja ni, biarlah aku merapu sekali-sekala. Dr Rozmey buat cerita merapu tu kau orang tak apa-apa pulak!
Nak sabun payung mahkota? Contact Cik Ruh.
Apapun, sihat sakit, lemah kuat, kaya miskin,cantik buruk, tu bukan kerja daun ketum..Chahhttp://www.blogger.com/profile/02271388335950831124noreply@blogger.com8tag:blogger.com,1999:blog-9049717741305969240.post-71083734393804152432010-12-13T23:36:00.000-08:002010-12-13T23:38:19.776-08:00Lumpur BerbuihSimpan stiletto itu. Kita ke bendang.
Lihat keli sedang menari riang.
Mungkin haruan sedang makan anak , abang dan keluarganya di celahan lumpur kelabu berbuih.
Cerita pasal Ariff demam kan? Aku agak-agak dia kena sumpahan mambang selut masa dia ikut si bapa kacak ke Kedah minggu lepas. Anak orang bandar-pergi tangkap ikan di bendang-ikan tak dapat- lumpur dan selut penuh atas kepala. Mesti jakun tahap maksima. Akan jadi kenangan terindah walaupun tak ada gambar . Mengong betul la si bapa itu, ada ke patut momen-momen yang istimewa sebegitu dia lupa nak ambik gambar. Di situlah terbukti bahawa peranan si ibu amat penting untuk sentiasa di sisi bapa, mengingatkan si bapa. Selain itu menikmati masa bersama-sama bapa sambil melayan bunga-bunga cinta stail orang tua-tua. Gedik!
Malam tadi susunan tidur ada perubahan ketara. Ariff tidur dengan kami. Jadi tiada apa-apa perkara yang diingini berlaku lah di malam yang dingin itu. Ahaha. (Kan aku kata ini entry gedik!).
Aku memang tidur-tidur ayam kerana risaukan dia. Aku jaram/jeram/jerang kepala dia dengan tuala lembab. Banyak sangat slash tu sebab sampai umur sekarang aku tak tahu apa perkataan sebenar untuk proses mengelap kepala orang demam dengan tuala yang direndam dalam air, perah dan tempek di dahi. Kalau dalam alaf baru ini proses itu telah digantikan dengan cool fever. Jadi aku tiada masalahlah untuk gunakan bahasa apapun.
Kalau jeram, bunyi macam air terjun. Tidak munasabah. Takkan demam-demam kita sebagai ibu bapa prihatin benarkan anak-anak pergi ke perkhemahan yang bercampur lelaki-perempuan ke jeram air terjun.
Kalau jerang pula, takkan aku nak jerang air, yang mana proses itu akan menghasilkan suhu yang tinggi atas dahi luas Muhammad Ariff, sedangkan tujuan asalnya adalah untuk merendahkan suhu. Pelik.
Dah tu jaram?
Mungkin perkataan lain sebab buat pertama kalinya aku kelihatan amat selekeh dan bengong kerana perkataan seringkas itupun aku tidak tahu.
Bahu, tangan dan kakimu mungkin tidak mampu menggalas. Simpan kudratmu. Gunakan akal.Chahhttp://www.blogger.com/profile/02271388335950831124noreply@blogger.com4tag:blogger.com,1999:blog-9049717741305969240.post-12660428163543111592010-11-24T20:39:00.000-08:002010-11-25T01:47:01.329-08:00Big Girl. Big DayPada aku hari yang Nuhaa lalui ini tidaklah sepenting mana. tapi aku hadir dengan berpakaian lawa jugala untuk acara ini. Sebuah piala plastik dengan baucer RM20 berbelanjalah kamu sesuka hati di kedai buku sekolah. Secara fizikalnya-itu sahaja hadiahnya.
Dia kena ‘naik pentas’ utama dalam syurga nanti. Itu yang penting dan payah. Payah untuk aku. Dia kena dengar cakap aku, aku kena ikut yang Tuhan suruh. Kan payah tu.
Sebenarnya untuk mendapat kedudukan nombor satu dalam kelas, pada aku tidaklah sesukar mana (ayat seterusnya nanti akan bertambah riak dan takbur) sebab aku melaluinya dua kali setahun sepanjang tempoh enam tahun aku bersekolah rendah. Bukan sebab ada Yahanai dan dua tiga orang murid orang asli di sekolah aku, jadi dengan mudah aku menewaskan mereka. Bukan. Sebabnya aku adalah anugerah Tuhan yang hebat dan Tuhan kurniakan pula aku dengan sesuatu hebat. Jadilah hebat dan bertambah hebat. *perempuan pening*
Tukang bagi hadiah ni dijamin akan sakit pinggang selepas berjaya membongkok untuk berapa ratus-ratus kali. Kelihatan cahaya ilmu dari kepala cikgu besar. Cikgu yang pakai baju oren tu rasanya makan nasi sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Kalau tidak pasti dia tidak sesihat itu.
Sambil menunggu. Ada juga terlintas dalam hati aku nak petik pucuk ulam raja tu, tapi mengenangkan aku mengendong kamera besar dan pakai selipar original, sedikit malula pulak. Tengoklah malam-malam nanti aku datang semula.
Big girl. Bukan main sopan. Kalau kat rumah... biarlah aku saja yang tahu rahsia dia kat rumah.
Penghibur hadirin sekalian. Aku rasa budak ni adalah anak Cina kedai lampu depan jalan besar sana tu. Apa yang mengingatkan aku sangat sebab muka dia ada iras bini tokey yang tak bagi diskaun masa sang arjuna pergi beli door bell. Tidak sama sekali. Takkan arjuna yang gagah itu tak ada daya penarik langsung sampai dia tegar jual dengan harga tetap. Jahat!Chahhttp://www.blogger.com/profile/02271388335950831124noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-9049717741305969240.post-16147405108846910682010-11-11T19:55:00.000-08:002010-11-11T20:11:41.673-08:00Di Suatu HariHari ini
Selagi nadi berdenyut
Walau di penghujung jalan mati
Masih ada ruang
Untuk lakukan sesuatu
Lempar segala khisit
Lariklah mimpi
Cerakin dan mumbungkan ia
Akan berhasil
Esok
Nafas terakhir dihembus
Nafas yang harum
Atas usaha dan tingkahmu
Pilihlah pintumu....Chahhttp://www.blogger.com/profile/02271388335950831124noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-9049717741305969240.post-91306452484352989422010-11-09T20:40:00.000-08:002010-11-09T20:43:18.846-08:00Cabaran 51 HariAku sebenarnya mahu tahankan hati aku sehingga dekat-dekat tarikh itu untuk aku tulis ini. Tak boleh. Sungguh aku tak sabar. Betul, aku tak tahu sebab aku terlalu teruja untuk sampai ke tarikh itu atau sebab aku mahu menyembunyikan kegabraan aku, tak berapa pasti.
Aku tak menghitung hari, tapi aku tahu lagi 51 hari ke tarikh itu. Bukan tempoh 51 hari mencari calon menantu atau mencari suami.Itu semua bukan. Suami dah ada di depan mata, buat apa cari lagi. Kecualilah aku mahu carikan calon isteri (lagi) untuk suami, itu memang sebab aku dah terlalu solehah. Atau terlalu gila.
Aku bakal meninggalkan alam pekerjaan. Hah! macam susah nak percaya. Dulu ini bukan diimpi, tapi kini saat ini aku menanti-nanti dengan penuh debar. Banyak yang sedang aku fikirkan; seolah-olah aku memang ada sembilan akal yang Tuhan kurniakan dan aku sedang gunakan kesemuanya sekali. Wow! Walaupun realitinya muka aku jadi kedut-kedut ni sebab tidak pergi buat rawatan muka dan sebab akal aku sememangnya satu dan aku kena berfikir macam orang cerdik-cerdik. Payah.
Apa yang aku mahu tinggalkan ‘jasa’ kepada majikan yang telah membayar gaji aku selama 13 tahun ini ? Dengan bonus lagi. Setiap tahun yang jumlahnya memang wah! wah! wah!. Cop! Bab bonus tu aku main-main je.
Aku mahu diingati sebagai orang yang selalu parking kereta comot macam samseng V3? Diingati sebab meja paling kemas? Dikenang kerana resepi yang banyak tidak menjadi daripada yang menjadi? Sebab berjaya menyelesaikan masalah kakitangan yang keluar pada waktu pejabat sesuka hati pada bulan Ramadhan dan masuk semula dengan jualan kuih-muih yang dibuat sendiri dan aku dengan sakannya turut membelinya? Atau sebagai salah seorang tokoh staff yang gambar sedang gemuk nampak tahi lalat hidup dengan jelas diframekan di ruang legar Pusanika? Atau apa?
Mungkin cabaran 51 hari. Aku cubalah!
Janganla marah kalau selepas 51 hari nanti tiap-tiap hari aku akan mengetuk pintu-pintu rumah kamu untuk menjual sesuatu!Chahhttp://www.blogger.com/profile/02271388335950831124noreply@blogger.com3