Pages

Thursday, November 3, 2011

HATI BUKAN PUALAM

Didedikasikan buat sahabat yang sedang bernanah hatinya tapi cekalnya setinggi langit


Kamu tidak pernah tahu sepualam mana hati kamu
sehinggalah ianya diuji
sama ada bala atau laba
kelabu atau jerubu

rapuh atau tidak
juga di luar jangka
sehingga ia dicuit pilu dan sendu, manis atau hamis

dan sesiapa tidak akan dapat meneka
sekental manalah ia
sampai ke detik ia dimamah nestapa dan lara
atau dipanggil pulang oleh sengsara dan hiba

wahai hati yang mereput
duhai hati yang hampir mati
aku tidak mampu membantu merawatmu

hulurkan tangan sahabat, biar aku cuba hangatkan tanganmu yang dingin
kerna aku tahu
tangan mu itu mampu berbicara dengan hati
agar melempar pergi rasa busuk yang menjeruk

aku cuba sedaya kudrahku
beriringan
bukan di depan atau ditinggal kamu
aku akan pimpin tanganmu
kita langkah bersama

Thursday, October 6, 2011

Masih Di Sini

Aku ada je ni, jangan ingat aku dah tak wujud pulak. Sambil isi masa lapang dan perut yang tak pernah lapang, aku kat bilachahkedapur dot blogspot dot com. Tengah gentel tepung!

Sunday, September 11, 2011

Oh Noe! UPSR Is Coming

Aku bukan boleh terkejut. Bila terkujat je, mula nak terspeaking. Speakingpun bukan bahasa biasa. Bahasa Inggeris level-level TOEFL. Slang Alabama pulak tu.

Esok Nuhaa akan menduduki UPSR. Cepat benar masa berlalu. Ngilu dan berdenyut-denyut kena jahit lepas ‘mengeluarkan’ dia terasa-rasa lagi. Adehh.

Aku perhatikan dia, ok aje. Dia ok, mak ok je!

Apalah agaknya perasaan mak ayah aku masa aku mula-mula ambik periksa besar(Penilaian Darjah 5). Seingat aku macam biasa-biasa je. Aku pergi sekolah macam biasa, jawabpun macam biasa. Sebab itulah keputusannya pun biasa-biasa juga.

Setakat ini, prestasi Nuhaa bukanlah cemerlang sangat. Ada naik turunnya. Kebetulan pula, aku kisahpun sikit-sikit sahaja. Jika dia dapat keputusan yang bagus, mungkin pada masa itu Tuhan bantu dia lebih berbanding orang lain. Jika tidak, bukan sebab Tuhan lupa, tapi aku yang alpa bahawa Tuhan beri aku akal dan kekuatan untuk melakukan sesuatu untuk anak-anak aku.

Ya aku pernah menangis di hari mengambil kad laporan prestasi Ariff dan Nuhaa pertengahan tahun dulu. Masa tu sebab ustazah beritahu dia gagal bantu Nuhaa untuk masuk ke kelas pilihan iaitu kelas murid-murid yang disasarkan untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam PSRA. Ustazah merasai kegagalan berpihak padanya, dan takkan aku pula terlalu berhati padu tidak merasa apa-apa? Aku yang sepatutnya rasa perasaan gagal itu lebih berbanding ustazah. Tidak syak lagi, akulah ‘Lady Gagal’ itu.

Rasa bimbang aku akan tertewas pada ibu-ibu lain yang sama debarnya dengan aku bila keputusan Nuhaa tidak sebaik anak-anak mereka? Tidak juga. Lama juga aku memikirkan perkara ini. Ini mungkin perasaan pertama aku. Nanti akan ada lagi perasaan pertama bila menghadapi Ariff dikhatankan, Nuhaa disandingkan, Nabiha akan melahirkan. Arghh!

Esok akan menjelma. Itupun jika Tuhan tidak merencanakan dunia akan berakhir pada hari ini. Gasak ajelah anak, lambunglah apa-apa yang patut. Kalau gagal sekali bukan bererti gagal untuk selama-lamanya. Kalau berjaya bukan penentu segalanya. Klise! *nak sedapkan hati perut aku*

Wednesday, September 7, 2011

Kenangan dan Penangan Raya

Raya sudah berlalu. Selesai lah hari yang ditunggu-tunggu. 4 kali ulang Jalan TAR, 7kali tawaf dalam Sogo, sekali dua merewang-rewang dalam Pavillion, adalah beberapa hari melilau kat Kompleks PKNS melengkapkan keperluan, dah tiba hari yang digelar raya tu. Pergi ke masjid untuk bertarawih cuma 28 hari je miss. Malam pertama pergi sebab boleh update status di facebook. Satu malam lagi sebab kena giliran sediakan moreh. Sangat Melayu!

Kemana perginya emas 14 mayam yang dibeli pada 17 Ramadhan? Tak sampaipun 14 detik dipakai di pagi raya. Lepas tu dah tak ada siapa nak jeling lagi dah. Oh lupa, mungkin sasaran utama untuk dipakai masa pergi ke rumah terbuka. Syabas kepada yang berjaya memiliki gelang emas sebelum menyambut raya. Determination anda memang tinggilah. Bagus! Aku tabik toink, toink ni. Bodoh!

Sehari sebelum balik beraya, aku‘menyinggah’ di office lama. Niat asal nak bermaaf-maafan, tiba-tiba tersyok pula mendengar dua tiga cerita hangat. Masih ada rupanya di kalangan rakan-rakan yang bermati-matian dalam membuat persediaan raya. Mungkin aku kurang ariff dalam mentafsir makna sebenar raya, ataupun mereka yang bongok itu mentafsirkannya dengan makna yang lebih mendalam.

Bila raya –kena beli baju raya, kasut raya, kuih raya. Ok aku faham. Dan mungkin bandaraya dan hantu raya juga patut dimiliki sebelum hadirnya hari tersebut. Hurmm.. Wow, patutlah ada yang sanggup berjumpa along, angah, ateh, usu untuk meminjam duit.

Sudah-sudahlah tu. Aku ni je pakai baju lama buat raya. Raya jadi juga. Kesian aku tengok korang. Lebih banyak penangan dari kenangan. Aku tak kata sampai kena bertaubatpun, tapi ukur baju di badan sendiri tu, aku setuju jugalah sikit-sikit. Walaupun ada ketikanya tukang jahitpun tersilap juga.

Nak stop. Dah letih sebenarnya mengetuk keyboard, gelang aku niha, berat sangat!

Monday, August 15, 2011

Kasut Raya dan 1001 Kisahnya

Dalam banyak-banyak keperluan dan kehendak untuk menyambut hari raya, yang paling membuatkan aku tersengih simpul adalah kasut raya. Hahah, intro macam karangan darjah dua habis. Stokin, cekak rambut, ubat uban, seluar spen, beg tangan raya tak adalah aku rasa nak ingat sangat. Setiap kali kedatangan Syawal, pasti kisah kasut ada dalam penceritaan aku dalam episod khas Raya & Mama untuk anak-anak dan Raya & Cikda untuk anak-anak sedara aku. Dan mereka akan memberikan komen yang sama, " ala, dah dengar dah cerita ni..."

Eh takkan kau tak gembira bila mak bapak belikan kasut warna merah yang ada bau sedap. Bau ala-ala kedai Bata Loh Pin Pooi. Bau dia lebih mahal dari bau selipar tat sin. Arghh tak sabar . Merah tapak coklat untuk aku, coklat muda untuk Cikgu Sains. Nanti bila dipakai di pagi raya, gadis manis sopan pula berbaju kurung, ohhh sungguh sedap mata orang tua memandang. Kain kena lipat tinggi-tinggi, kalau tidak nanti Kak Eni, Kak Uza, Miza, Kamali, Ayub, Nana tak nampak pula kasut cantik aku.

Setiap kali balik sekolah, mesti kelebet kasut, bergaya keliling rumah. Mungkin kanak-kanak sekecil aku belum pandai mensyukuri nikmat Tuhan, kalau tidak pasti aku dah bersujud syukur masa tu jugak. Terima kasih Ya Tuhan.

*********

De, de, bangun!, Suara Cikgu Sains kejut aku.
Nak sahur ke? aku gesek-gesek mata.
belum... Jom terai kasut raya...


Gila kakak orang, gila lagi kakak aku.

Tapi biasalah...langit tidak selalu cerah, mendung boleh terpa bila-bila tidak boleh disanggah. Jiwa yang menunggu saat pagi raya sekali-sekali meruntun juga. Kasut merah cantik, bau sedap, akhirnya rabak. Belum sempat melangkah di pagi yang dinanti-nanti. Raya tetap jadi. Ayah berbunyi juga sambil menjahitnya dengan tali warna coklat muda.

Dan penyakit gila-gila ini boleh diwarisi rupanya. Sampai giliran Cichik yang mengada-mengada juga, ayah terpaksa buatkan selipar bertapakkan kayu gasing kerna hajat di hatinya mahukan kasut tinggi. Jadilah satu ciptaan hebat juga, selisut agaknya.

Gila adik orang, gila lagi adik aku.

Monday, August 8, 2011

Kau Pula Tinggalkan Aku 2

Laa episod Si Cina tua tak abis lagi. Sudah jatuh ditimpa tangga. Kaki sakit, dihempap tangga. Terkena taik ayam pula. Dahla taik ayam candu. (peribahasa tu dah diberi bahasa oleh arwah ayah aku, jadi panjang lebih daripada biasa) Kalau di kampung aku, taik ayam candu tu dipanggil taik ayam muney. Tak sedap langsung nama, rasa, lagilah tak sedap agaknya. Entah, aku pernah try rasa taik idung je, taik ayam tak ada la teringin untuk mencuba. Mungkin pemberi namanya tu seorang India yang dalam perjalanan ke kuil glamer di kampung sebelah.

Semalam berbekal tenaga bihun goreng masa sahur, aku start kereta. Pakai kurang lawa sebab suami tidak di sisi untuk menyaksi. Tahun ni aku dalam mode biar lambat asal beli juga baru raya. Untuk anak-anak dan bapa anak-anak saja. Percayalah aku tidak mahu berbaju baru tahun ni. Aku akan pakai mana-mana baju yang belum ada dalam gambar.

Sampai di rumah nombor 16, aku tengok jalan tutup. Laa khemah atuk cina mati semalam belum bukak. Kereta bersepah-sepah tepi jalan, tak masuk kereta-kereta kontraktor yang tak habis-habis buat renovation kat situ. Dug dag jantung aku. Nak reverse, jalan tu menurun bukit. Tak pasal-pasal van aku terbalik ke, terlanggar pagar jiran ke. Buatnya terbalik? Van aku rosak, baju aku terkoyak? Susahlah nanti, lagipun aku pakai baju yang aku baru jahit. Belum sempat tunjuk kat Atin lagi.

So, aku u turn ajelah kat rumah ada tangki air besar tu. Lenguh tangan aku memusing stereng. Laki ada entah ke mana di saat si isteri perlukan. Kata lautan api sanggup direnangi. Huh!

Kruuuuukkkkk..krakkkkkkk...trrrraaa....krakkkkkk...

Hehe. Dah lama aku tak langgar kereta orang. Kali terakhir macam tu jugak, tergesel aje, tapi hasilnya cukup memuaskan. Panjang beb calar kat van aku. Kalaulah itu luka di hati, aii lebih kurang sepurnama jugalah meratap hiba. Calar kat Hilux dia, macam seminggu berduka lara. Hihi. Oh Chah,kamu jangan panik!

Aku pandang keliling, tak ada sapa nampak aku. Hajat nak langgar lari saja, tapi mengenangkan CCTV yang 'kat atas' nun sedang merakam semua pergerakan aku, aku terus bertaubat.

Aku cari-cari orang tak ada, terus aku ambik resit Billion, aku tulis nombor HP dan nombor rumah aku. Selit kat wiper.

Hati dah sedikit punah. Aku cabut kelopak bunga raya la kiranya. Nak pergi-tak pergi-nak pergi-tak pergi-nak pergi. Arghh, kelopak ke lima kata suruh pergi, aku pergilah juga. Lagipun acara membeli dan melilau biasanya boleh hilangkan stress dan masalah. Kadang-kadang nama suamipun aku lupa sementara, inikan pula kes kereta tergesel.

Aduhh, awal pula si Pahlawan tu telefon hari ni. Nak ajak buka puasa berdua-duaan pula. Kalau dia tahu apa yang berlaku lima minit tadi, langsung cancel agaknya. Bila aku cerita, senyap je suara di hujung talian sana. Erm..

Sesampai di tempat yang dituju dan bakal memulakan misi, si tuan kereta call.
"hello, u Aeshah?, u hit my car rite, this is Mr Tan,"
Err,,err,, yes,,yes, soooo sorry, I'm outside, this evening I come to see u, can, u re frm which unit?
12, itu yang ada funeral tu...
aisehh!, pity u Mr Tan, sorry again, will see u ok!

Alaaa...dia anak cina tua yang mati tu! Semalam dia dah abis suku juta, buatnya ari ni dia claim suku juta juga untuk kereta dia tu, mamposs!!





Sunday, August 7, 2011

Kau Hadir,Kau Pula Tinggalkan Aku

Plan berbuka puasa di rumah Cikgu Sains tidak terlaksana. Atok Una masuk hospital. Bila umur dah kerap menyambut hari jadi, sakit-sakitpun kerap menjengah juga. Melengkar di rumah sajalah keluarga 5 beranak ini menunggu waktu berbuka..

Cina belakang rumah mati. Si pahlawan aku beritahu dia nampak lori Nirwana, mungkin acara pengkebumian akan dilakukan dalam waktu terdekat. Cina tua mati akan bawa banyak ong kepada keluarga anak yang menjaga. Sebab itulah kaum tersebut berebut-rebut mahu menjaga ibu bapa dan doakan biar mereka mati cepat-cepat. Agaknya lah. Aku tuduh saja. Tapi mungkin juga betul. Madam Cheong beritahu maklumat tu.

Nampak dari cara orang-orang yang memberikan penghormatan terakhir kepada si mati, boleh tahan. Komuniti aku tinggal ni kecil, parking memang cukup-cukup untuk residents sahaja, jadi bila kereta yang datang berderet-deret sampai ke taman sebelah dan siap parking di kawasan surau, aku ingatkan ada Ustaz Azhar datang beri ceramah.

Madam Cheong bagitau lagi, pakej yang diambil untuk tanam si tua tu suku juta RM. Mak aii...mungkin yang ada aircond, di rimbunan pohon teduh berbunga wangi. Pakej astro mungkin full pakej termasuk pakej Warna sekali, sebab duduk sensorang nanti mungkin dia perlukan show SY untuk hiburkan hati.

Nuhaa tanya aku kenapa orang Cina bodoh sembah benda yang mereka buat sendiri. Jawapan aku, sehabis ilmiah sehabis islamic.

Si tua itu telahpun bersemadi di Nirwana, mungkin anak-anaknya masih sempat diberi hidayah dan mencari kebenaran. Amiiin.

**********

Pukul 4 petang, bergegas aku dan si pahlawan dewasa ke hospital pula. Panggilan dari seseorang kami terima mencemaskan aku. Satu nyawa akan hadir ke dunia bila-bila masa dari sekarang. Mengimbau pengalaman aku, aku menanti detik-detik kelahiran anak-anak dengan cemas dan teruja. Kebetulan jika dikira dari bulan Islam aku melahirkan Ariffku yang tercinta pada 7 Ramadhan. Hari ini. Namun aku dapat rasakan wanita itu menanti kelahiran zuriatnya dengan sedih dan pilu. Tanpa lelaki yang boleh dipanggil suami. Aku terpalit pilu sama.

Dia telah berdosa, si lelaki jahanam itu juga telah membuat cemar. Kau menghilang, aku yang menanggung derita! Kisah drama telah menjadi realiti, depan mata aku. Setakat ini aku dan si pahlawan ini sajalah tempat dia mengadu. Doa aku juga agar keluarganya dapat menerima. Dengan doa yang sama juga agar ini menjadi pendinding kepada semua. Aku khabarkan kisah ini kepada Nuhaa, dia bakal menjadi remaja dan wanita. Tidak lancar pertuturan aku dek kerna susunan ayat yang perlu seimbang dan aku tidak tersilap penerangan.

Aku teringin untuk menjaga bayi yang tidak berdosa itu, tapi banyak benda yang aku dan si pahlawan perlu pertimbangkan. Aku tidak cukup hebat untuk menempuh hari mendatang dengan menangani 'masalah' yang mungkin rahmat. Aku bimbang ia sumbangan yang sambang dari aku. Mungkin ada keluarga yang kepingin mendakap bayi sekian lama lebih layak untuk menjaga nyawa itu, walaupun aku masih mengharapkan wanita ini berubah hati dan akan memeluk bayi itu seeratnya dan memberitahu dunia, ya aku ibu yang berdosa, tetapi aku akan cuci bersih dosa itu dan anak, aku akan sanggup mati kerana kamu!

Tuesday, August 2, 2011

Cahaya Ramadhan

Dua hari setengah Ramadhan berlalu. Masih belum cukup pengisian yang sepatutnya dari aku.Bila tiba Ramadhan perasaan aku jadi sedikit lain. Rasa mau jadi anak yang manja-manja dengan mak; setiap jam ada menu permintaan bertukar-tukar. Teringin juga jadi the real mak yang manjakan anak-anak dengan menu-menu yang mereka hajatkan pula.

Ini yang payah dan ada isu sikit. Bila fikirkan anak-anak, muka aku yang sikit lagi nak hilang wrinkle ni terus jadi keruh. Sesak dada.

Orang yang tau kisah anak-anak aku dan tabiat pemakanan mereka, akan beri komen yang sama; “senangla kerja ko, tak ada la susah-susah pikir nak masak untuk anak-anak”. Alaaa, aku teringin la beb kena buli dek anak-anak macam tu.

Huh, normal-manusia. Yang tak dapat itulah yang dicita-citakan sangat. Bila dah merasa, tak kuasa nak melayanlah pula.

Ari ni masak mee kari menu Nuhaa. Esok nasik ayam Hainan permintaan Ariff. Lusa tulat tubing tonggeng, Nuhaa yang menang sebab dia kakak sulung yang garang. Ahad depan pulak baru boleh aku buat talam ubi untuk Ariff. Kan bersusun-susun menu yang menanti untuk aku sediakan. Itulah kerja mak. Ini tidak, dari mula aku kawin, sampai sekarang, kebanyakan hidangan disediakan; ‘table for two’ saja. Bunyi memang la romantik, tapi tak thrill langsung!.

Petang ni macam biasa, Ariff akan berbuka dengan 2 ketul nugget ayam tempura, Nuhaa pula , argh! spaghetti sup ayam kosong kena tapis jangan sampai seurat benangpun kelihatan. Aku dan bapa itu? Terus jadi tak selera nak makan. Sebab itulah lelemak di badan aku tinggal selapis je lagi nak hilang, confirm raya tahun ni saiz aku jadi 32-32-32!*

*mungkin darab dua..huhu..

Thursday, July 7, 2011

Enam Bulan Yang Hilang

Melepasi setengah tahun. Lebih beberapa hari. Ha ah, sebab sekarang dah masuk Julai. Dengan rutin harian yang aku masih lagi tergagap-gagap untuk sempurnakannya. Dan memang aku masih ragu-ragu dengan prestasi semasa, yang adakala lari tempo juga. Ah! Banyak benda di tangan aku boleh jadi kucar-kacir, haya-baya. Tapi ada juga hasil tangan aku yang tidaklah sesambang mana.

Rutin ringkas. Hari-hari. Cuma menjaga emosi satu anak kecil yang berangan untuk menjadi ‘princess’. Satu bakal jejaka yang masih tercari identiti untuk gaya rambut yang ‘bagakkk hebat’ dan satu gadis yang meningkat remaja yang banyak juga memeningkan aku. Terlupa pula...ada satu lagi jejaka dewasa yang perlu dibelai mesra, cuma tanpa barut dan bedung untuk penjagaan rapi seolah bayi. Bosan kah kerjaya aku?

Ada orang bertanya, buat apa sekarang? Jawapan mual aku, standard- ikut saja jawapan Apek Senario- “Buat bodoh”. Kalau betullah memang sepanjang enam bulan ni aku bodoh, takkan aku nak tunjukkan pada mereka di atas. Mana karisma aku? Paling tidak biar sama aras dengan Cikgu Sains Sekolah Hwang Hua. * Huh baju aku tak pulang-pulang sampai ari ni*

Rindu juga untuk pening kepala pagi-pagi cari baju dalam lemari. Masih ada keinginan untuk merayau-rayau sekitar Bangi cari makan tengahari. Paling tidak boleh lupakan, tengok perempuan-perempuan Bangi yang perasan lawa pakai baju ketat, kain belah, tapi bulu betis tak cukur. Buruk. Lelaki Bangi tidaklah aku teringin nak usha. Cuma jika yang lalu depan mata, kutuk-kutuk manja tu adatlah.

Yang nyata mulut aku makin manis sebab dah lama tak mengumpat!

Friday, March 25, 2011

Tulisan tanpa spesifikasi. Cuma sedikit lurus bendul dan agak tolol

Aku tak pernah ceritakan perihal kamera aku. Dan kerja-kerja mengambil gambar. Itu salah satu hobi aku. Banyak sebenarnya hobi aku. Dah jenis keturunan tak boleh tengok orang ada, akupun menggeletis nak juga. Walaupun sejam seminggu untuk dihabiskan untuk aktiviti mengambil gambar ini payah untuk aku commit, tapi bila memegangnya dan dapat hasil yang aku suka, itu sudah cukup. Jadi kes menggeletis aku tu sebenarnya berasaslah jua. Aku suka dengan gambar-gambar yang boleh bercerita walau tanpa sepatah kata.

Tambahan pula bila tengok kawan-kawan yang berfoya-foya dan konon-kononnya pergi outing mengambil gambar, memang seronok. Seronok kerana ianya melibatkan kreativiti yang sangat subjektif perihalnya dan akan menghasilkan sesuatu yang kadang-kala tak terfikir dek akal. Ada gambar yang nampak bodoh tapi dikatakan nilai seninya setinggi langit ke tujuh. Ada foto yang toya, tapi dibida dengan harga ribuan ringgit. Tak kurang juga potret yang bengap nak mampus tapi diangkat sebagai karya seni teragung. Pelik, itulah rasa. Memang takkan sama.

Itulah juga sebahagian dari seni. Aku gelarkan sebagai karya jiwa. Lagu jiwa. Bila lagunya sendu, hasilnya mungkin muram dan bisa menitiskan air mata ramai orang. Bila pula lagunya riang, adalah segelintir manusia yang terasa seperti berada di kayangan memakai persalinan baldu wangi kasturi. Peh.

Tak ada gambar terbarupun untuk dikongsi. Cuma aku gagahi untuk menaip kerana aku tahu ada di antara kamu di luar sana yang menanti juga tulisan aku. (A ha aku perasan!). Bukan aku tak mahu menulis, aku tengah sibuk cari duit ni.

Tuesday, February 22, 2011

Catatan Di Hari Lahir Si Dia

Dia menyambutnya 11 hari yang lalu. Biarlah aku nak catatkan bila-bila masa aku suka, akukan isterinya. Aku berhak buat apa sahaja pada dia.Benar begitukah?

Jika aku membilang tarikh kelahirannya bermula nombor pertama, bermakna tahun ini aku sudah selesai angka ke 38. Cukup banyak jika mahu dihitung dengan berapa hadiah yang perlu dipersembahkan. Bersamaan dengan berapa wang yang perlu dilaburkan untuk hadiah-hadiah tersebut.

Tetapi tidaklah begitu. Tahun ini aku dan anak-anak hanya menghadiahkan sekeping kad ucapan setiap seorang yang dibuat sendiri. 4 keping kad istimewa kerana ianya tidak dijual di mana-mana kedai sekalipun. Aku rasa itu sesuatu yang manis. Iya tak?Perasaan aku lah, perasaan kamu mungkin itu memualkan.

Dia sudah gemuk sekarang. Sedikit buncit. Sudah banyak uban. Sudah tua. Mungkin zaman dia gah dengan motor besar dahulu lebih handsome. Zaman duit lima ringgit kongsi berdua dulu lebih kacak. Musim jeling-menjeling di ASPURA dan ASPURI dulu lebih macho.

Tapi mata aku yang semakin tua ini memandang 'situa' itu masih kacak dan ganteng. Kerana pandangan demi pandangan selama ini menghasilkan himpunan pandangan yang sarat dengan kasih. Ya kasih. Cinta pula, aku tak mahu publish di sinilah.Itu nikmat yang Tuhan kurniakan pada aku untuk menyintai dia(opps tercakap juga akhirnya!) dan moga-moga berterusan hingga ke gerbang syurga.

Thursday, February 10, 2011

Antara Aku Dan Kamu, Ada Kita 8


Tersadai? Terus Mengembara? Atau memang kamu ditakdirkan untuk bermula dan berakhir di situ.


Bergenang air mata. Bukan air mata darah. Mujur!



Lapuk dan mereput. Bertahan!. Aku rindukan saat itu.


Menunggu untuk diadili. Takdir indah atau rebah menyembah?




Jika katamu cinta sejati, tolong jangan menyerah!

Thursday, January 13, 2011

Bear In Mind

Senang hati dapat menghabiskan voucher Jusco. Selagi masih berlipat kemas di celahan poket tas tangan, mana boleh duduk diam aku. Jumlahnya, biarlah rahsia. Alang-alang ke Puchong, terasa bersalah pula sebab tidak menyinggah ke rumah seorang lagi kawan yang jobless macam aku untuk ziarah anak dia. Aku tak tau Ina seteruk tu. Dah Che Un- pesan aku, sama macam Maam Presiden, jangan ambil mudah.

Aku menyinggah ke kaunter Digi. Hajat di hati nak tukar pakej Telco sedia ada. 13 tahun aku menghambakan diri pada Telco C ni. Eh kejap, aku bukan tulis ni untuk iklan TV kan? So tak mengapalah jika aku sesuka hati menyebut siapakan gerangan Telco C tu. Sepanjang aku menggunakan pakej line telefon bimbit syarikat tersebut, tak pernah sekalipun aku dimanjakan sebagaimana sepanjang 13 tahun aku dimanja suami. Atau lebih jujurnya aku kena beritahu, aku yang suka memanjakan suami. Tahun lepas dan ke belakang, semua bil, company yang bayar. Tau-tau setiap bulan dalam akaun ada duit tambahan seratus lebih Ringgit Malaysia. Syarikat dengan baik hatinya menanggung bil handphone aku. Tapi sampai bila, aku bukan ibu tunggal atau ibu tinggal yang perlukan bantuan dari pihak lain sampai mati. Aku kena beri laluan pada orang lain pula.

Bila tiba masa aku bukan lagi menjadi kesayangan syarikat yang buta-buta membayar claim handphone aku, (yang gunanya untuk menelefon mak, bergossip dengan Cikgu Azimah, berutus sms dengan Cichik, I luv u u luv me dengan boyfriend lama, bermms gambar kek pisang dengan Atin TAPI BILA ada urusan pejabat aku akan gunakan talian tetap di pejabat-hahahaha)

Aku kena buat sesuatu. Berjimat la kiranya point aku nak habaq!

Lama juga aku berborak dengan Mamat Cina penjaga kaunter Digi.

Kakak kena bear in mind..bla…bla…bla… bear in mind bla..bla..bla..bear in mind…. bla..bla..bla..berpuluh-puluh kali ungkapan ‘ada beruang dalam minda’ aku dengar dari mulut dia.

Sampaikan aku terfikir…

Siapa yang cipta ungkapan itu ya? Aku taulah maknanya nak suruh kita feel concern about ataupun kena remember and careful. Cuma kenapa bear? Kenapa tidak elephant atau dinasour? Kalau la seseekor binatang yang cuba diletakkan dalam minda, kenapa tidak dipilih binatang yang common dan senang jumpa. Macam lipas atau kutu.

Jadi bila anak-anak sebijak gadis berkutu tanya aku, mama what is the meaning of bear in mind? Bukan aku tak boleh jawab. Kalau dia spesifik lagi tanya bear tu apa? dah susah aku nak kena bawak dia ke hutan ataupun ke Zoo Negara. Duit lagi. Masuk zoo tiket dah berapa. Kena bawak bibik sekali yang pasti teruja nak ke Kebun Binatang. Belum kos beli air tin yang berganda-ganda mahal sekali dengan burger sejuk.

******

Aku rasa aku kena masuk kelas bahasa inggeris yang advance la. Tajamkan lagi bahasa inggeris aku. Lepas tu pelan-pelan aku kena buat perancangan strategik untuk ubah ungkapan-ungkapan yang boleh mendatangkan kekeliruan. Kasihan budak-budak. Yang kena dera ngan mak tiri, ada talian An-Nur yang boleh bantu (konon). Bagi kes-kes kanak-kanak yang keliru?

Kan ke mulia niat aku tu. Apa? Ingat aku jadi suri rumah hanya menggentel donut, membakar bingka je kerja aku? Ni, aku buat untuk nusa dan bangsa wei!!

Tuesday, January 11, 2011

Apa Nak Buat Hari Ni?

Ini minggu ke dua. Best dan tak best. Kadang-kadang seronok. Ada masa beronok-ronok. Minggu lepas aku tidur dan tidur setidurnya. Kemaruk begitulah.Mujur tiada lingkaran gelap bawah mata, ataupun tumbuh 'beg mata'. Kalau tidak, mesti kena terhegeh-hegeh ke Guardian untuk beli produk Garnier. Bangun tidur, bukak resipi, masak hebat-hebat untuk suami. Aku boleh cerita apa sajalah kan pasal masakan-masakan terhebat aku minggu lepas. Bukan ada orang yang boleh mengesahkannya. Tipu aku, tertipu la kau orang. Kecualilah tuan pengerusi rumah ni tiba-tiba je koya dan pergi buat sidang media dan sahkan masakan aku itu layak di tong sampahkan. Berani dia!

Petang semalam aku basuh sofa. Bukan basuh, berus lepas tu lap dengan kain lembab. Hilang segala kotoran. Pagi ni aku bangun, terasa lengan aku dah mengecil. Minggu depan lah aku pergi jumpa rakan-rakan untuk tunjukkan bukti lengan aku ni memang dah semakin mengurus. Aku akan tunjuk pada rakan-rakan wanita dulu. Biar mereka teruja untuk jadi suri di hati dan rumah adalah tempat kerja, macam aku. Pada rakan-rakan lelaki, aku akan rahsiakan. Takkan aku berani mendedahkan aurat pada mereka. Lagipun jika mereka kerahkan isteri-isteri mereka untuk mengikut jejak langkah aku; kena cuci sofa untuk mengecilkan lengan, payah juga nak bersoal jawab nanti.

sofa jenis apa. cap apa.berapa jam.sambil cuci kena menyanyi ataupun berselawat. lepas cuci boleh tidur terus atau kena tunggu peluh kering dulu ke. pakai pakaian sukan ke tidak. jenama apa.berus tu beli di mana.berus sabut ke berus plastik. kain buruk lembab tu semula jadi atau ada pelembab khas kena letak. gosok tangan mana, lap tangan mana. sambil duduk atau berdiri. guna air paip atau air RO. kalau anak kacau dan mahu bantu masa sesi menggosok tu kena benarkan ke tidak. kalau jiran datang bertandang boleh pandang jiran atau teruskan kerja-kerja mencuci.

******

Lagi aku nak buat apa? sedang cuba menggemari menonton TV. Tapi nanti punggung pula semakin melebar kerana asyik duduk dan hanya menatap skrin lebar di dinding. Jadi minggu ini lebih baik aku tidur dan bangun pukul sebelas pagi lagi. Tidur boleh membantu perkembangan dan merangsang minda. Since lengan aku dah kecil jadi takpelah jika aku tidurpun. Sekurang-kurangnya aku bukan curi masa pejabat. Berlengkar sekecil mungkin tepi pintu sebelah cermin dalam surau. Dan sekurang-kurangnya aku tidaklah disergah bos sendiri sebab aku tertidur di bantal lengan bertilamkan meja pejabat!

Monday, January 10, 2011

Siti Di Alam Fantasi. Aku Di Alam Realiti

Betul kata Cik Puan Intan Hafina, teater Siti Di Alam Fantasi best. Kesimpulan aku, bila kita masih lagi enjoy dan dengan overnya menghayati cerita kanak-kanak sebegitu, maknanya kita belum cukup dewasa benar. Bagusla tu, tak ada la aku nak terasa ngeri sangat bila orang panggil aku makcik.

Bila ada hak untuk memilih fantasi sendiri, aku tak mahu la pilih apa yang dilalui Siti tu. Baju cantik, pakai tiara berkilau-kilau, putera rajapun boleh tahan kacaknya. Cuma putera katak je debab sikit, biasalah putera katak mana boleh disamakan dengan Remy Ishak.

Tapi gila ah nak berjuang demi sebijik batu geliga. Kena lawan binatang yang menakutkan, yang paling mencabar dan sepanjang pemerhatian aku, Siti tak makan apa-apapun sepanjang pengembaraannya tu. Cuak la aku kalau masuk bab tak boleh makan apa-apa. Tak nak den berfantasi begitu.

Kalau boleh batu geliga tidak dicuri lipan bara. Aku mahu putera raja datang melutut menagih cinta. Aku juga harap agar bayan tidak mati, si pokokpun mampu mengeluarkan buah-buahan syurga, ulat bulu gedik tidak segatal biasa. Semualah yang indah-indah.

Realitinya? Tidak begitu. Aku kena bergerak, menjeling, terjah, terjun, menoleh, mengorek, menembak, memotong, menyusup, menebar, berpaut, berharap, berhenti, berlumba, mengiring, menerkam, menguji, memandai, berbalah,mengangguk, menongkah, menguis, bergegas, berdansa, bermuka-muka, dan semua bentuk kata kerja aku kena buat untuk dapatkan sesuatu.

******
Dah 10 hari tahun baru berlalu-bila lagi nak mulakan?
Powered By Blogger