Kisah bibik lagi. Iyalah dalam hidup aku bukannya dikelilingi ramai orangpun. Semalam, kelmarin, kelmarin dulu dan sebelum-sebelum tu dah cerita pasal encik bapa kepada anak-anak saya. Cukup la. Tak boleh cerita banyak-banyak, nanti orang kata asyik nak tayang suami yang super duper handsome itu.
Lepas apa yang berlaku dalam tempoh 2,3 bulan ni, aku masih lagi melayan perasaan marah pada dia-sebenarnya kalau boleh aku nak biarlah ada penghujungnya. Aku cuba (tidak berapa bersungguh-sungguh,tahap sederhana saja) untuk hilangkan amarah tu. Iyalah, bila difikirkan balik, takkan bawa ke mana. Aku tak untung apa-apa.
Terlupa sekejap, ini pergaduhan orang dewasa. Bukan perkelahian berebut gula-gula getah. Aiyooo..tak kawan nanti dosa, masuk neraka!.
Cuba ingat balik. Yang positif. Tangan dia jugalah yang menyuap makan minum pada anak-anak aku. Isnin, Selasa, Rabu sampai Jumaat. Syif aku menyuap anak-anak pada sabtu dan ahad (sepatutnya la kan), kadang-kadang dia juga yang kena buat. Itu baru menyuap makan anak-anak. benda-benda lain? Aku tak sanggup perincikan. Ya Tuhan!
Kebetulan dalam satu perjalanan menggunakan Air Asia beberapa bulan lepas, aku duduk sebelah warga Indonesia. Berbahasa basi dia menegur aku. Dia juga seorang pembantu rumah kepada keluarga Cina di KL. Aku ambik peluang untuk berbual-bual dengan dia-untuk mendalami jiwa seorang pembantu rumah.
Kamu pegang babi? Masak babi?. Aku tanya sambil tercopong. Perkara itu bukan baru pada aku sebenarnya. Dah banyak cerita aku dengar tentang maid Islam yang terpaksa bekerja di rumah bangsa asing dan disuruh masak babi dan seangkatan dengannya. Mereka terima, demi duit. Nak beli rumah, beli tanah sawah. Ladang kopi. Iyalah tunjangnya wang la kan. Mereka tidak kisah, janji dapat uang.
Samalah dengan kisah pelacur, pengedar dadah, ahli politik atau cikgu sekolah tadika.
Antara sebabnya-duit.
Aku?. Kerja sebab duit. Mungkin juga bukan. Mungkin juga sebab aku bosan atau takut gemuk (tambah gemuk) kalau aku bersenang-lenang sahaja di rumah. Boleh aku pastikan rumah tangga tidak terabai?. Wohoooo...
********
Jadual seorang suri rumah (aku-dalam pembikinan)
Pagi – bangun-kejut anak-suami-sedia sarapan-bekal anak-hantar anak sekolah-basuh kain-mop lantai-dan semuanya.
Tengahari- ambil/hantar sekolah lagi-masak-tengok sinetron-angkat baju-masak lagi- (buat roti, buat apam aiskerim resipi Za)-dan lain-lain lagi.
Petang/malam - ah! Aku sudah tidak sanggup. Tobat!
********
Aku dah maafkan dia. Dalam diam-diam. Aku tak berani nak declare. Sebab akan ada ramai yang tidak bersetuju. Akan jadi konflik lain. Pada mereka, pembantu rumah adalah hamba sahaya yang tidak boleh diberi muka. Mereka akan naik kepala.
Padahal dia pembantu, aku pengemudi.
Aku alpa seketika. Mereka juga manusia. Sebagaimana aku mahu dihormati sebagai seorang manusia, mereka juga sama.
Dah. No heart feeling anymore. Saya maafkan awak, Ida! Sayapun mintak maaf..
Wednesday, May 26, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Aku rasa ko perlu lihat masalah ko ni dlm perspektif yg lain. Instead of look at ur maid sebagai pekerja/amah/buruh paksa - cuba look at her as our helper. Kita keluar mencari rezeki, dia dok kat umah pun bekerja gak, mencari rezeki. Kalau kedua2 pihak saling menghormati, InsyaAllah boleh cari titik persamaan
b4 that, aku mmg tkde problem..tp bila dia kemaruk nk kawin tu yg dia buat hal..anyway..dh setelpun...tq toq..
Post a Comment