Pages

Friday, October 29, 2010

Makcik gemuk

Aku sedang gemuk sekarang. Ok la, ok. Aku mengaku. Bukan sekarang, tapi dah sepuluh tahun. Aku menderita? Jauh sekali. Walaupun sekali sekala memang terlintas dalam kepala aku untuk tampil slim. Tapi itu angan-angan yang aku tak rasa ingin capai.

Dah ramai orang panggil aku makcik. Kalau budak-budak sebaya Nabiha atau Ariff, aku tak ada hal punya. Ini budak-budak bujang universiti yang tengah trend sumbat earphone kat telinga sambil bersiul-siul nyanyi lagu nabadi nabadi batchu tu . Aku sedikit hangin la jugak. Namanya budak pandai, tapi takkan tak boleh membezakan mana makcik atau kakak. Agak-agaklah kan. Janganlah bagi aku terasa.

Dua tiga minggu kebelakangan ni,setiap sabtu dan ahad, lepas subuh (gajah) aku dan si bapa kacak ni akan pergi makan roti canai. Seorang dua keping. Nescafe panas dan teh o limau. Gila bahagia. Pada saat itu juga pasti ramai yang sedang mengunyah daun salad sebagai sarapan. Macam kambing!. Tertekan beb nak dapat bentuk badan idaman macam FakirFikir. Sekali tengok ada iras Brat Pitt, tapi dari belakang, macam Mat Pet pun ada. Hahaha.

Bukan aku tak biasa dikelilingi orang besar-besar ni. Bukan orang besar macam menteri-menteri tu. Itu besar sebab duit besar, nafsu besar dan penipu besar. Ini memang yang saiz besar. Anak buah aku, cuma Sham je yang kurus. Makcik sebelah bilik kat office tu pun, lebar tak hengat juga. Lagi? Kawan aku yang suka main ‘kote kawan’ tu pun gemuk semacam je. Steady je jadi manager. Ada juga orang-orang kecil yang keliling aku-mungkin aku boleh jadikan inspirasi untuk kurus. Tapi memandangkan kalau ambik pakej kurus, akan dapat ‘nasi lemak lima posen’ saja, aku tarik balik impian aku.

p/s Mungkin aku kena fikirkan cara hidup yang lebih sihat. Nantilah!

5 comments:

Anonymous said...

hei si gemuk!!! kau akan lagi gemuk 5-7hb ni..

kinakona said...

anonymous : eh jgnla ckp camtu..menghina tu..segala sifat dan bentuk tu milik allah..klau kita hina maknanya kita hina sesuatu yg milik allah..

erm..gemuk,atau ape2 jua yg org pandang 'tk lawa' tu semua milik allah..yg penting kena syukur sentiasa..lgpun allah tk tgk fizikal seseorg tu pun..malaikat pun tkde nk sbuk2 tgk perut org buncit ke,peha besar ke apa ke..jadi just be positive..ok? doa hidayat tuk ummat. salam ukhwah! =D

Anonymous said...

kek_gebu: thank you for ur consent...but if she reads this, she could figure out who am I. Definitely, she will retaliate...no worry. I only write the comment to whom is so near in my heart..(erk, dia pun suka ejek I macam2 gak)

Chah said...

opocot! hi kek_gebu..entry ni bukan saya hina & mengata kat orang gemuk mohon jgn silap paham...cuma kita kena ingat juga kesihatan kena utama..which is i'm not into it..sbb nanti kalau sakit & berpenyakit, sapa susah? diri sendiri jugak yg susah...sbb sapa yg nk jaga suami tersyenta tuuuu???

salam perkenalan...:)

Chah said...

puan anonymous, ceh i know who u are! pigidahhh!!

Powered By Blogger