Pages

Sunday, May 10, 2009

Cinta Nan Satu

Cinta wanita pada perkara yang satu ni…bukan cinta sebenarnya..GILa..upp..kegilaan perempuan yang satu ni…tak lain tak bukan..hand bag, beg tangan atau tas tangan..sapa tak bergetar jiwa bila mampu menjinjing atau menggalas Prada , Hermes, Bottega Veneta, Marc Jacobs, Salvatore Ferragamo, Gucci, Moschino, Aseana, Giuseppe Zanotti (grr..nak sebut pun susah!) atau Anya Hindmarch? oh lupa LV....pas tu..pastu..orang di sekeliling dok memerhati sambil bibir digetap geram..(hishhh..napela aku tak sebertuah si dia tu)..so kita akan melangkah dengan perasaan banggakah? yakin 100%? Self satisfaction? Atau yang paling buruk…ahhh..takburnya aku…ada handbag mahal, ada kelasss..wei.. tolong la jangan..
Sebab apa beli hand bag mahal? Hadiah mother’s day? Anniversary? Birthday? Atau sekadar to reward yourself? Heyy..come on la…hand bag mahal-mahal..puting susu anak berkarat tak berganti engkorang sedar tak? Teruk lagi bergolok bergadai sana-sini semata2 nak beli coach? Pucci?fendi? aigner?celine?
Bersyukurlah dengan apa yang kita ada…bahagia tu bukan terletak pada betapa kayanya kita…tapi..betapa kayanya hati kita…jinjing carlo rino pun takpe, atau yang regenya 19.90 pun, who cares? Apa nak malu? Even galas hand bag yang dah terkopek, belipun masa J card member Day..ramai orang dr barang yang dijual..astagfirullah….malu ker? Buang masa je nak malu-malu..korang tau ke yang galas beg mahal-mahal tu jiwa diorang macam mana? Sempurnanya wanita itu apabila disaluti barangan yang sempurna pembikinannya..berapa peratus boleh jamin jiwa mereka sempurna?
Aku yang dulu memang obsess pada menatang yang digelar beg tangan ni..tak beli, dapat tengokpun jdikla..dalam kepala asik pikirkan nak beli, beli dan beli....bahagia rasanya bila suami mampu belikan, terasa hidup dah lengkap..akulah isteri yang paling dicintai suami, kerana dia mampu mendengar suara hati gila aku ni..tapi...percaya la..selagi kegilaan ini tak dibendung, selagi tulah aku akan jadi orang gila yang dalam pelarian..hidup dalam dunia aku dan handbag-handbag aku..
Sekarang..Insyaallah..alhamdulillah..aku dah pulih..dh kurang sket gila ni..kena pikir rasional Chah oiii....tak perlupun beg yang mahal-mahal..buat apa? kat mana significantnye? Ce habaq mai? Baik pakai je yang mana ada..itu yang sebaik-baiknya..simpan duit, laburkan untuk masa depan anak-anak.. macam Arin, senyap-senyap kumpul harta..kalau aku teruskan kegilaan aku ni? aku boleh dapat apa? sekadar berkongsi….

0 comments:

Powered By Blogger