Pages

Sunday, May 10, 2009

Gila Menjahit

ni salah satu projek aku, baju flower girl anak sulung gua..


Seronok bila baca kat blog-blog korang pasal gila menjahit ni..sebenarnya kes-kes menjahit ni dah lama tertanam dalam jiwa aku ni ha…say belas-belas tahun lepas..maknenya masa sekolah menengah la tew..pada aku bila aku dapat pegang gunting, ngadap mesin jahit, semua masalah boleh hold kejap…tapi tak la sampai rasa dunia ni ana yang punya..sebab memang bukan aku yang punya..bukan jugak man belon yang punya..hihi..…tapi release sesangat..especially kalau jahit langsir..graf perasaan nak menjahit akan naik mendadak bila mana sang suami keluar out stesen..huhu…biasala kalau aku ambik cuti semata-mata nak menjahit..syyy…jangan habaq kat boss gue oqayy!..
Aku start masuk kelas menjahit kat kampung masa tunggu SPM, bila SPM keluar, resultpun ala-ala terkeluar landasan..so kena ambik STPM..so dapat masuk kelas lagi masa tunggu STPM..tambahan pulak kelas under KEMAS tak berapa dapat sambutan..bagusla..biar aku yang sambut..free..lagipun balai raya tempat belajar tu sekangkang kongkang je dari umah aku…
Banyak jugak projek yang aku dah siapkan, baju kurung, kurung moden, blouse, kebaya..tapi kebaya dah jadi tak berapa terer..maklumla shape aku la ni.. ala..malasla cakap..cam tak sesuai dah nak berkebaya…anak murid? Ada la yg pun ada dah khatam 4, 5 orang…rata-rata belajar jahit baju kurung..”lepas untuk diri sendiri jadilah..” itula tag line diorang…memang ya pun..lepas untuk mereka dan anak-anak mereka..berbunga-bunga ati aku..tapi ada gak yang dah berkobar-kobar beli mesin jait..tapi dok berbungkus lagi..siap ko Fiza!!!
Penah gak keja kat kedai jahit masa study kat utagha dulu..lepas gak arr duit beli phone card..jadikla…
Projek terkini, menjahit langsir lagi..first time nak buat eyelet…rasa cam leceh gak nak menebuk2 lubang tu…tapi ce gi tanya kat Kamdar or Macy nun…baper upahnye..mampusss tak sanggup nak bayar..
Projek semasa..baju, baju dan baju…la ni sibuk ngan baju lengan papaya, popeye la …hihi..macam-macam…
Kalau ada sesapa yang nakkan tips or panduan, or apa2la dalam urusniaga jahit menjahit ni..tanyalah..saya sedia berkhidmat..

0 comments:

Powered By Blogger