Pages

Tuesday, March 2, 2010

Kasih untuk Nabiha. Syafia Humaira?

Ketika aku menulis ni, beberapa hari lagi sebelum sampai ke tarikh ulang tahun kelahiran aku. Kalau boleh aku memang tak mahu bersedih-sedihan, tapi hati aku diruntun hiba lepas membaca kisah Syafia Humaira. Hati aku juga menghimpun dendam pada sipelaku yang berwajah manusia tapi berhati babi. Atau mungkin juga sedari awal lagi rupa parasnya memang seperti setan. Jadi tidak hairanlah jika dia sanggup melakukan perkara sebegitu. Aku terbayangkan betapa syahdunya perasaan ini bila memeluk Nabiha. Nabiha seumur dengan Syafia. Bilalah agaknya kali terakhir Syafia menerima pelukan hangat yang penuh dengan kasih dan cinta?

Antara Nabiha dan Syafia, dua kanak-kanak comel yang berbeza nasibnya. Mungkin Nabiha akan mengalami kehidupan lebih sadis di kemudian hari berbanding Syafia. Itu kerja Tuhan. Tapi tergamakkah aku membiarkan nasib Nabiha sebegitu, walhal Tuhan dah perintahkan aku untuk terus berusaha dan berikan kehidupan sesempurna yang boleh. Menjaga amanah-Nya itu seperti aku perlu menjaga nyawa dan maruahku?

Siapa yang melahirkan Syafia itu, bukan maknya kah? Jadi bagaimana kalau seorang yang namanya emak (ataupun mungkin jelmaan iblis) boleh ‘merelakan’ Syafia diperlakukan sebegitu?

Heyy kamu yang bercadang nak buat sesuatu pada Syafia-Syafia yang lain pula , tolong jangan calarkan hati aku lagi! Kalau kamu tidak mengerti erti kasih dan sayang, pergi menuntut di mana-mana. Jangan salahkan aku jika orang-orang seperti kamu, tidak ada dalam doaku!

1 comments:

Idi said...

Sabarlah Chah, Allah dah tentukan tempat utk Syafia Humaira. Kita yg tinggal ni kena la pulak usaha utk dptkan yg terbaik di sana..

Powered By Blogger