Pages

Tuesday, March 30, 2010

Kenapa pula aku perlu tulis blog?

Semenjak berkecimpung sebagai blogger ni, aku banyak dibawakan maklumat dan berita dengan hanya melompat ke sana ke mari dari satu blog ke satu blog. Indah juga dunia IT ni.Ingatkan dunia percintaan aku je yang paling indah..haha. Walaupun tak semua cerita dan perkhabaran dalam blog-blog lain aku suka dan pada masa yang sama mungkin memedihkan atau menjengkelkan, tapi itu semua informasi. Ada yang berguna atau ada juga yang perlu dicampak terus ke tong sampah. Aku perlu berhati-hati juga untuk menapisnya.

Macam-macam sebab orang tulis blog. Dah jadi macam soalan wajib SPM pula “kenapa saya tulis blog?’’. Akupun jadi terfikir-fikir, ye tak ye, kenapa pulak aku menulis dan sibuk-sibuk nak punya blog.

Jawapan aku senang je, suka hati aku la, nak buat blog ke, nak buat bom ke, janji aku bahagia. Kurang ajar kan?

[,]

Hampir setahun lalu sebelum aku berpindah ke unit baru ini, aku memang dalam kesedihan dan sedikit kemurungan. Semuanya soal kerja. Jarang aku ada masalah pasal kerja. Tak perlulah aku korek balik kisah pedih tu, lagipun ianya berkait rapat dengan sensitiviti dan politik pelbagai pihak luar.

Masa tu memang makan gaji buta (sekarang ni makan gaji rabun ayam), pergi officepun main game, belajar buat blog, belajar menyulam on-line, macam-macam lagi la.

Itu je sebabnya. Reason ni tak kurang ajar kan?

2 comments:

Idi said...

Bestnya tempat kerja ko Chah, boleh makan gaji rabun ayam. Ada kosong tak? hehehe.

Rizal said...

buat kueh b0m f0r kenduri nanti, intan 1eh t10ng buat

Powered By Blogger