Pages

Monday, March 1, 2010

Selamat ulang tahun DIRIKU

Walaupun aku tidak ghairah untuk menyambutnya, tapi dalam hatiku, aku turut menyanyi kecil lagu selamat ulang tahun DIRI. Tidak sekali-kali pernah aku terluka kalau ada sesiapapun yang lupa pada tarikh ini. Aku cuma teringatkan bahawa bila tiba tarikh ini, semakin bertambah waktu yang telah berlalu dan semakin berkuranglah usia yang tinggal untuk aku nikmati di atas muka bumi ini. Aku akan insaf sementara mungkin.

Lahirnya aku berpuluh-puluh tahun dahulu, di tengah rembang matahari. Padan la dengan warna kulit aku yang terlebih berkilau ni. Kalau mengikut darah di sebelah ayah yang berketurunan cina, pasti warna ku tidaklah yang paling kelabu di antara adik beradik yang lain. Sebab tu bila kakak aku mengejek aku ni anak keling yang dikutip kat kuil Sri Marathandavar, aku nyaris nak percaya.

Hari ini, aku cuma mendoakan kesejahteraan dan kebahagian yang aku nikmati selama ini berpanjangan. Tiada wish list, cuma doaku sekiranya aku dibenarkan menghirup segarnya udara pada tarikh yang sama tahun depan, biarlah segalanya diisi dengan sumbangan bermakna dari aku.

Selamat ulang tahun Chah. Bestnya dapat sms Nuhaa & Ariff malam tadi. Terima kasih juga pada kawan-kawan yang wish kat portal dan FB..suka la tu tengok aku makin kerepot..(minggu depan jangan mengada-ngada nak rindu-rindu kat aku, aku tak de, aku nak pi Singapore, cucuk botox...:P)

4 comments:

Azhar Omar said...

Happy birthday Chah .... semoga ko ceria selalu ...

Idi said...

Happy Birthday Chah. May Allah Bless You.

JALAN REBUNG said...

chah ...malam ni kalau mat yee bagi surprise ..buat-buat la terkejut yeee ..takpe kalau penat hang cuti je esok :))))

Chah said...

me kasih all, aku tgh tkleh cakap ni, muka tgh keras..kuman-kuman botox tgh aktif menegangkan muka aku ni..minggu depan boleh la tunjuk muka baru aku kt korang, menjadi siolll, ada iras-iras kak zahida rafek..adehh.deh...

Powered By Blogger