Pages

Sunday, September 11, 2011

Oh Noe! UPSR Is Coming

Aku bukan boleh terkejut. Bila terkujat je, mula nak terspeaking. Speakingpun bukan bahasa biasa. Bahasa Inggeris level-level TOEFL. Slang Alabama pulak tu.

Esok Nuhaa akan menduduki UPSR. Cepat benar masa berlalu. Ngilu dan berdenyut-denyut kena jahit lepas ‘mengeluarkan’ dia terasa-rasa lagi. Adehh.

Aku perhatikan dia, ok aje. Dia ok, mak ok je!

Apalah agaknya perasaan mak ayah aku masa aku mula-mula ambik periksa besar(Penilaian Darjah 5). Seingat aku macam biasa-biasa je. Aku pergi sekolah macam biasa, jawabpun macam biasa. Sebab itulah keputusannya pun biasa-biasa juga.

Setakat ini, prestasi Nuhaa bukanlah cemerlang sangat. Ada naik turunnya. Kebetulan pula, aku kisahpun sikit-sikit sahaja. Jika dia dapat keputusan yang bagus, mungkin pada masa itu Tuhan bantu dia lebih berbanding orang lain. Jika tidak, bukan sebab Tuhan lupa, tapi aku yang alpa bahawa Tuhan beri aku akal dan kekuatan untuk melakukan sesuatu untuk anak-anak aku.

Ya aku pernah menangis di hari mengambil kad laporan prestasi Ariff dan Nuhaa pertengahan tahun dulu. Masa tu sebab ustazah beritahu dia gagal bantu Nuhaa untuk masuk ke kelas pilihan iaitu kelas murid-murid yang disasarkan untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam PSRA. Ustazah merasai kegagalan berpihak padanya, dan takkan aku pula terlalu berhati padu tidak merasa apa-apa? Aku yang sepatutnya rasa perasaan gagal itu lebih berbanding ustazah. Tidak syak lagi, akulah ‘Lady Gagal’ itu.

Rasa bimbang aku akan tertewas pada ibu-ibu lain yang sama debarnya dengan aku bila keputusan Nuhaa tidak sebaik anak-anak mereka? Tidak juga. Lama juga aku memikirkan perkara ini. Ini mungkin perasaan pertama aku. Nanti akan ada lagi perasaan pertama bila menghadapi Ariff dikhatankan, Nuhaa disandingkan, Nabiha akan melahirkan. Arghh!

Esok akan menjelma. Itupun jika Tuhan tidak merencanakan dunia akan berakhir pada hari ini. Gasak ajelah anak, lambunglah apa-apa yang patut. Kalau gagal sekali bukan bererti gagal untuk selama-lamanya. Kalau berjaya bukan penentu segalanya. Klise! *nak sedapkan hati perut aku*

Wednesday, September 7, 2011

Kenangan dan Penangan Raya

Raya sudah berlalu. Selesai lah hari yang ditunggu-tunggu. 4 kali ulang Jalan TAR, 7kali tawaf dalam Sogo, sekali dua merewang-rewang dalam Pavillion, adalah beberapa hari melilau kat Kompleks PKNS melengkapkan keperluan, dah tiba hari yang digelar raya tu. Pergi ke masjid untuk bertarawih cuma 28 hari je miss. Malam pertama pergi sebab boleh update status di facebook. Satu malam lagi sebab kena giliran sediakan moreh. Sangat Melayu!

Kemana perginya emas 14 mayam yang dibeli pada 17 Ramadhan? Tak sampaipun 14 detik dipakai di pagi raya. Lepas tu dah tak ada siapa nak jeling lagi dah. Oh lupa, mungkin sasaran utama untuk dipakai masa pergi ke rumah terbuka. Syabas kepada yang berjaya memiliki gelang emas sebelum menyambut raya. Determination anda memang tinggilah. Bagus! Aku tabik toink, toink ni. Bodoh!

Sehari sebelum balik beraya, aku‘menyinggah’ di office lama. Niat asal nak bermaaf-maafan, tiba-tiba tersyok pula mendengar dua tiga cerita hangat. Masih ada rupanya di kalangan rakan-rakan yang bermati-matian dalam membuat persediaan raya. Mungkin aku kurang ariff dalam mentafsir makna sebenar raya, ataupun mereka yang bongok itu mentafsirkannya dengan makna yang lebih mendalam.

Bila raya –kena beli baju raya, kasut raya, kuih raya. Ok aku faham. Dan mungkin bandaraya dan hantu raya juga patut dimiliki sebelum hadirnya hari tersebut. Hurmm.. Wow, patutlah ada yang sanggup berjumpa along, angah, ateh, usu untuk meminjam duit.

Sudah-sudahlah tu. Aku ni je pakai baju lama buat raya. Raya jadi juga. Kesian aku tengok korang. Lebih banyak penangan dari kenangan. Aku tak kata sampai kena bertaubatpun, tapi ukur baju di badan sendiri tu, aku setuju jugalah sikit-sikit. Walaupun ada ketikanya tukang jahitpun tersilap juga.

Nak stop. Dah letih sebenarnya mengetuk keyboard, gelang aku niha, berat sangat!