Pages

Monday, May 31, 2010

Mari Mengaji. Scene 1, Take 4.

Sedang menggeliat-geliat nak mengaji, alasan itu ini, tiba-tiba Ariff cakap ngan aku. Aku mensasarkan untuk cepat-cepat potong cakap dia, tapi memandang dia jarang nak meluahkan perasaan pada aku, jadi aku segeralah mendengar.

Ariff: Ariff ada satu rahsia, tapi mama kena promise tak bongkarkan pada orang lain. Rahsia ni Ariff ngan kawan Ariff je yang tau.
Mama : Bongkar? erm ok, promise. Apa dia? Ariff ada makwe?
Ariff : Ha ah..(senyum)
Mama : Wah! Sapa nama dia, macam mana Ariff jadi boyfriend dia?
Ariff : Irish Sofea (entah betul ke tidak ejaannya). Dia sama tahun dengan Ariff. Kelas 2 Mawar jugak la.
Mama : Kenapa Ariff suka dia ke?
Ariff : Tak..dia yang suka Ariff dulu. Dia tanya Ariff soalan Sains, Ariffkan memang tak tau, Ariff main hentam je semua, tapi jawapan dia tiba-tiba betul semua uh...
Mama: Laa, sebab tu je ke Ariff suka dia?
Ariff: Bukan...tapi sebab dia kata Ariff ni lelaki sejati. Ariff pun katalah diapun perempuan sejati jugak.
Mama : Hah?!

Mohon bantuan pernafasan! Tolong!

*******

Huh! Coocoo bird pun macam kuih siput lagi, lelaki sejati konon!

Wednesday, May 26, 2010

Ini Peperangan Jiwa Part 3. Saya perlukan peguam!

Kisah bibik lagi. Iyalah dalam hidup aku bukannya dikelilingi ramai orangpun. Semalam, kelmarin, kelmarin dulu dan sebelum-sebelum tu dah cerita pasal encik bapa kepada anak-anak saya. Cukup la. Tak boleh cerita banyak-banyak, nanti orang kata asyik nak tayang suami yang super duper handsome itu.

Lepas apa yang berlaku dalam tempoh 2,3 bulan ni, aku masih lagi melayan perasaan marah pada dia-sebenarnya kalau boleh aku nak biarlah ada penghujungnya. Aku cuba (tidak berapa bersungguh-sungguh,tahap sederhana saja) untuk hilangkan amarah tu. Iyalah, bila difikirkan balik, takkan bawa ke mana. Aku tak untung apa-apa.

Terlupa sekejap, ini pergaduhan orang dewasa. Bukan perkelahian berebut gula-gula getah. Aiyooo..tak kawan nanti dosa, masuk neraka!.

Cuba ingat balik. Yang positif. Tangan dia jugalah yang menyuap makan minum pada anak-anak aku. Isnin, Selasa, Rabu sampai Jumaat. Syif aku menyuap anak-anak pada sabtu dan ahad (sepatutnya la kan), kadang-kadang dia juga yang kena buat. Itu baru menyuap makan anak-anak. benda-benda lain? Aku tak sanggup perincikan. Ya Tuhan!

Kebetulan dalam satu perjalanan menggunakan Air Asia beberapa bulan lepas, aku duduk sebelah warga Indonesia. Berbahasa basi dia menegur aku. Dia juga seorang pembantu rumah kepada keluarga Cina di KL. Aku ambik peluang untuk berbual-bual dengan dia-untuk mendalami jiwa seorang pembantu rumah.

Kamu pegang babi? Masak babi?. Aku tanya sambil tercopong. Perkara itu bukan baru pada aku sebenarnya. Dah banyak cerita aku dengar tentang maid Islam yang terpaksa bekerja di rumah bangsa asing dan disuruh masak babi dan seangkatan dengannya. Mereka terima, demi duit. Nak beli rumah, beli tanah sawah. Ladang kopi. Iyalah tunjangnya wang la kan. Mereka tidak kisah, janji dapat uang.

Samalah dengan kisah pelacur, pengedar dadah, ahli politik atau cikgu sekolah tadika.
Antara sebabnya-duit.

Aku?. Kerja sebab duit. Mungkin juga bukan. Mungkin juga sebab aku bosan atau takut gemuk (tambah gemuk) kalau aku bersenang-lenang sahaja di rumah. Boleh aku pastikan rumah tangga tidak terabai?. Wohoooo...

********

Jadual seorang suri rumah (aku-dalam pembikinan)

Pagi – bangun-kejut anak-suami-sedia sarapan-bekal anak-hantar anak sekolah-basuh kain-mop lantai-dan semuanya.

Tengahari- ambil/hantar sekolah lagi-masak-tengok sinetron-angkat baju-masak lagi- (buat roti, buat apam aiskerim resipi Za)-dan lain-lain lagi.

Petang/malam - ah! Aku sudah tidak sanggup. Tobat!

********

Aku dah maafkan dia. Dalam diam-diam. Aku tak berani nak declare. Sebab akan ada ramai yang tidak bersetuju. Akan jadi konflik lain. Pada mereka, pembantu rumah adalah hamba sahaya yang tidak boleh diberi muka. Mereka akan naik kepala.

Padahal dia pembantu, aku pengemudi.

Aku alpa seketika. Mereka juga manusia. Sebagaimana aku mahu dihormati sebagai seorang manusia, mereka juga sama.

Dah. No heart feeling anymore. Saya maafkan awak, Ida! Sayapun mintak maaf..

Tuesday, May 25, 2010

Kidal

Dia : ada tak bapak kau ketuk tangan kau suruh tukar tulis tangan kanan?
Aku : tak ada, kenapa?
Dia : tu kan tangan basuh berak, tangan najis
Aku : tangan najis?, abis tu tak boleh guna la?
Dia : tak boleh, kotor!
Aku : rugi la Allah buat kalau tak guna...


[,]

Aku : Weh! Sekurang-kurangnya bila aku kupas buah mangga, aku pegang pisau tangan kiri, buah tu di tangan kanan, kalau korang? Dah pisau di tangan kanan, mangga tu pegang tangan mana? Tangan najis la kan?

Tapi itu jawapan aku lepas berbelas-belas tahun persoalan itu dikemukakan pada aku. Tak apa lah. Walaupun lama aku ambik masa untuk menjawab orang yang mengutuk orang yang kidal.

Aku tak perlu terasa apa-apa sebenarnya. Bukan masalah negara kalau setakat aku seorang yang menulis dengan tangan basuh taik. Banyak lagi isu negara yang perlu ditangani.

Walaupun aku bukan pemimpin negara, tapi apa salahnya jika aku ada kapasiti itu-untuk membantu menangani masalah sosial remaja-contohnya. Itulah-aku sedang memikir-mikir sekarang ni, warna yang sesuai untuk dijadikan tong buang bayi. Warna coklat tong kitar semula dah ada, hijau mungkin sesuai. Tapi orang-orang taksub pada politik akan bercakap-cakap yang bayi yang dibuang itu adalah anak orang PAS. Huh! Payah juga isu ni.


p/s : tolong la, isu ni root cause-nya, ilmu iman amal. Mudah. Mak bapak (termasuk mak bapak Nuhaa-Ariff-Nabiha), sila ambil perhatian sikit!

Friday, May 21, 2010

Ini nota perjuangan. Semua perlu bangkit!

Oklah, aku sedang buat rating baru level perasaan amarah aku sekarang. Aku boleh gelak-gelak lagi bila dengar ada kes-kes perempuan dimadu, ditipu lelaki, ditinggal suami. Sedang dalam hati aku ada nyalaan dan bara panas. Aku akan cuba sedaya upaya untuk letakkan kesalahan pada bahu lelaki yang aku panggil si penjahat cinta itu. Walau 14 bongkah sekalipun kesalahan sebenar berpunca daripada wanita, tapi kalau boleh aku nak bela mereka. Mereka kaum yang lemah. Aku pejuang wanita. Feminis. Jangan berani jentik wanita-wanita aku.

Apa aku dapat? Cop! Cop! Itu soalan tidak ada kaitan. Soalannya, dah berapa sumbangan aku? setakat tulis (memaki hamun) 4,5 baris dalam blog yang mungkin dibaca orang sebulan sekali. Masalah kekal masalah. Aku tak kemana-manapun. Dan yang paling sadis, aku tidak pernah berbuat apa-apa atas nama pembelaan itu. Haha! Kaulah penjahat cinta Chah!

Di Wong Solo tengahari tadi. Aku sengaja orderkan jus poligami untuk seorang kawan.Untuk suka-suka, walaupun aku akan sengaja aku juihkan bibir tanda bencinya pada poligami. Apa ni? Kau berperang untuk benda yang salah Chah!

Kawan yang ini, sahabat la aku gelar dia. Rasa macam aku nak beri tepukan dan sorakan atas usaha yang sedang dilakukan. tapi aku takut dia dan Jalaq malu mengaku aku sahabat lepas ni, jadi aku kekal ayu di kerusi aku. Apa yang sahabat ini lakukan, itu baru boleh dipanggil perjuangan. Membela kaum aku. Aku nak berganding bahu, tapi aku pandai cakap saja. Babi-babikan orang, itu saja yang aku buat.

Sedang aku menaip ni, aku dengar lagu Agnes Monica.

Di mana letak syurga itu, biarku gantikan tempatku dengan mu...

Pada saat ini walaupun aku bukan di syurga, tapi aku sedikit bertuah berbanding dia. Aku tidak bercadang untuk berada dalam kasutnya. Tapi aku memahami penderitaannya.

Kami sedang usahakan.

Kawan, dalam kasut mu sekarang banyak ular. Ada serangga jahat. Ada ulat walaupun kecil tapi berbisa. Kami akan cuba pimpin kamu berjalan tanpa kasut lama. Berjalan berkaki ayam, walau ada bahaya duri dan kaca, namun kerikil-kerikil kecil itu boleh kau jadikan terapi. Yang utama itulah dunia sebenar. Kasut yang selama ini kamu sarung, rupanya lebih bahaya daripada dugaan hidup berkaki ayam.

Ini juga terapi. Ini muhasabah diri untuk aku. Aku tak boleh bercakap sahaja. Aku juga kena bangkit berbuat sesuatu.

Kawan, bantu aku untuk bantu kamu.

Thursday, May 20, 2010

Tajuknya Aku Sedang Fikirkan

Minggu ni Yati dah masuk kerja lepas cuti bersalin 2 bulan. Pencapaiannya setakat ni, hatrik- semua boy. Huish, aku membayangkan kalau perangai setiap seorang anaknya macam Ariff aku, letih jugak nak menguruskan 3 orang boy, atau lebih tepatnya 4 orang termasuk bapaknya sekali.

Aku pulak rasa sedikit ralat. Bukan apa. Kalau dia sabarkan sikit je lagi, tunggu beranak tahun depan dan di Kelantan. Dapat cuti 3 bulan. Aku tumpang gembira jugak dengan berita ni. Cuma kenapa belum dilaksanakan seluruh Malaysia. Aku dengar dalam radio Sinar FM semalam, mereka (aku tak pasti pihak mana) cuba untuk mendapatkan sejuta tandatangan kaum wanita sebagai tanda menyokong usaha mendapatkan cuti 3 bulan ini. Tapi setakat hari ni belum ada lagi sesapa datang mintak tandatangan aku. Setakat ni hanya Shah ngan Jedi je yang datang mintak sign aku, tapi tu surat hotel.

Tapi yakin ke memang 3 bulan ni wanita-wanita terlibat akan duduk rumah jaga anak? Menyusukan anak execlusively. Macam sukar je nak jadi kenyataan. Nanti menetek anak, takut tetek jadi lembik lah. Takut jadi besar sebelah lah. Kena tukar pakai bra mak-mak. (eh kan ke awak tu dah jadi mak?).

Nikmatnya menyusukan baby bagi yang telah merasai dan melaluinya, memang tiada tandingan. Terasa live kasih sayang tu mengalir ikut aliran hamis dan hanyir air susu, masuk terus ke jantung hati anak. Syahdu beb. Cuba tengok biji mata baby bila memandang kita masa berguling-guling atas toto dalam proses menyusu tu (walaupun kebanyakan masanya aku tak perasaan biji mata anak aku sebab aku tertidur). Fuhh perasaan best yang sungguh dahsyat.

Aku bukan nak cerita pasal tetek sebenarnya. Aku nak cakap kat Awang, anak Yati kawan aku tu, kak Chah yang jaga. Sebut nama kak Chah, aku rasa nak benam kepala sendiri ke dalam kolah masjid hijau, malu! Nantilah aku cerita bab ziarah menziarah ni, betapa aku dah ralit sangat dalam dunia aku hingga lupakan ada beberapa orang yang patut aku jumpa dan lawat mereka, tapi aku tak buat! Kak Chah..ampun!

Perasan tak-dalam hidup aku, aku dikelilingi ramai orang yang bernama Chah juga. Kehebatan seorang Chah, mungkin. Ada kena mengena ke?

Wednesday, May 19, 2010

Terasa nak duduk kat celah ketiak laki. Rindu!

3 hari merayap sensorang. Macam pelancong asing. Macam-macam perasaan ada. Nak develop keyakinan diri la konon. Ah blah ler. Orang berketiak busuk 14 batu boleh bau kehangitannya pun selamba je boleh melangkah dengan yakin. Aku ni yang ketiak wangi takkan sukar nak yakinkan diri. Alasan tak masuk akal. Yati kata (tuduh), aku macam orang gila pergi jalan sorang-sorang.

Balik rumah 2 hari, lepas tu pergi pulak program anjuran pejabat. Nak bina pasukan kerja. Selama ni tak berapa buat kerja. Kalau buat kerjapun mungkin tak hiraukan pasukan.Ataupun dah ada pasukan kerja tapi tak jugak buat kerja. Huh.

Total dalam minggu ni 7 hari tidak menghadapi badai, gelora, bahagia dan indah rumahtangga bersama suami. Rugi!

Bila teringat dan saya sedang rindu kamu kat laki, mulalah badan aku naik gatal-gatal. Rasa macam teringin nak terima surat cinta dari suami lah!. Nak sengih sorang-sorang dan lepas tu tampal surat tu kat softboard. Nak baca berkali-kali. Dah penuh kat softboard, pegi kedai buku, buat comb binding. Ada siri number. Best!

Itu zaman menulis surat. Sekarang zaman menulis sms. Baca sms tak puas. Tak sama bila baca surat cinta. Baca surat cinta boleh layan dan tangkap cintan kat suami lagi dan lagi.

Sesapa jangan nak jaki dengan cinta yang aku ada. Pergi cari cinta masing-masing. Ataupun cinta tu dah lama tersembul depan pintu rumah korang, korang je yang tak nampak. Ah malas la nak jadi dokter atau penasehat cinta.

Tuesday, May 18, 2010

Perempuan Pengomplen

Macam bingai je tajuk aku ni. Masalah isu aku, aku tak suka perasaan ditindas. Walaupun zahirnya aku bukan ditindas kelentanggg macam tindas telur kutu atas tin susu, tapi aku tetap akan jadi geram. Sinar-sinar nak bergaduh tu macam akan terbit. Sebagai balasan, aku akan keluarkan sumpahan aku. Tak menjadipun. Mungkin sebab aku bukan berdarah putih.

Tunggu beg di LCCT

Ani : beg aku lagi satu belum ‘lalu’ la..
Chah : macam dah takde. Tu ha satu je lagi beg merah macam ko punya. Tapi bukan kan? Ada la mangkuk mana ambik nih..
Nobit : pergi kejar, tengok sesapa yg terambik.
Cait.. Gila ah mung Bit, takkan aku glamer macam ni nak gi kelebet beg sekor-sekor kt LCCT ni..ramai tahu!
Semua sengih. Ani sengih sumbing. Nak kena pergi ke Lost n Found kaunter la ni. Makcik-makcik lembik yang 4 orang tu bukannya boleh harap.

Belum sempat buat report. Seorang kakak dari ‘bukit’ mana datang hantar beg. Buat susah-susah aku susun perkataan je nak pergi cakap dan mungkin akan bercakar kat kaunter Lost N Found tu.
Dia datang hantar beg merah Ani. Datang serah telinga sebenarnya.
Akupun, apa lagi la kan.
“kak, lain kali nak ambik tu, tengok pakai mata kak. Jangan main redah je. Menyusahkan orang tau tak..
E eh...marah pulak dia... kata kakak dari Ulu Banat tadi sengih tanpa sekelumit rasa bersalah. Minta maaf jauh sekali.
Ai kak..batupun kalau kena macam nipun tau dia akan marah weh!
Aku rasa macam nak tambah lagi, tapi ahhh takpela. Beg dah selamat. Kang aku beri kemenangan besar sangat kat Abang Setan. Terloncat-loncat la dia suka. Buat tambah dosa aku je.

Ani: nasib baik ko ada...boleh selamatkan aku. kalau tidak tak tau la macam mana. Aku geram betul kat kakak tu...bla..bla...

**********
Kes lain. (Yang ke Tujuh belas kot)

Aku sms Eric.
How’s progress? pls be ready b4 22nd. We got friends gathering on dat date.

Eric reply.
Tomolo already 13th. I need 10 days to order. Mr Nazri didn’t come to our showroom to do confirmation n pay deposit. I don’t even know u got gathering n must complete by 22nd .
Aku: Aiya! U already know us la Eric. Y don’t u ask 4 deposit? Y need us 2 go 2 showroom. Thru fax can confirm what. U’re not communicate with us within 2 weeks n u said u still wait 4 our confirmation. Dis is repeat order meh. Just follow prev. design la! so how?
Dia : I check first
Aku : Pls make sure everything’s ready by 21st. Tqvm.

Lama lepas tu Eric balas. Puan Nor, ok, I stop other job. Try my best to complete it in 7 days.

************

Ada lagi cerita aku. Ahhh cukup la mengomplen. Pening tau!

Monday, May 17, 2010

Salam Kasih Untuk Semua Ibu

Ini catatan di Hari Ibu. Aku bukanlah orang yang rajin menyambut apa-apa acara sebegitu. Oleh sebab aku tak kisah kalau orang tak wish apa-apa kat aku, jadi aku rasa macam nak jelir lidah bila ada sambutan hari jadi kat ofis. Rasa macam buang masapun ya. Ya, memang! Aku pun bukan orang yang caring dan ada beg mekap sama berat dengan dosa. Tak berapa perempuan sejati. Yang utama, aku malas nak susah-susahkan diri. Aku bukan begitu!

Tapi aku rasa sesuatu pulak bila sambutan hari ibu ni datang. Teringat mak, teringat aku sendiri pun dah jadi seorang mak. Dan mak-mak orang lain juga. Mungkin saat ni aku paling respek kat Idi yang sepatutnya kena jadi bapak saja, tapi kena pulak jadi mak sekali. Dan antara sahabat aku yang paling baik. Norlida. Tahun ni dia merasa jadi mak. Walaupun anak yang bukan dari kandungannya, tapi sekurang-kurangnya Norli dah pandai tukar lampin baby, goncang susu dan yang paling utama-berikan kasih sayang sebagai ibu secukupnya. Selamanya dia hanya pandai kira duit dan tengok CD cerita Korea, rupa-rupanya pandai juga bela baby. Itu memang menyentuh hati.

Salam kasih untuk semua ibu!

Bangi Semakin Teduh. Inikah kehidupan? Part 3

Hari ni ada kematian. Jiran mak maknanya orang kampung aku. Walaupun boleh katakan setiap bulan ada saja orang kampung aku mati, berita tu tidak la mengejutkan aku sangat. Mungkin ada yang patut dah lama dah mati, tapi tak mati-matipun ada. Itu betul boleh buat aku terkejut.

Li dah pergi mengadap-Nya. Ceritanya pernah aku ceritakan sebelum ni. Kat sini. Untung nasib, dosa pahala akan ditimbang, disukat. Ramai yang mungkin menghela nafas lega. Termasuk aku. Dia ditemui mati sendirian. Mungkin sudah sepanjang malam dia menghadapi kesakitan sendirian, tiada siapa yang tahu. Yang peduli mungkin ada, tapi yang pergi memenuhi tuntutan maksud sebenar peduli tu entah siapa. Mujur belum sempat berulat. Jika tidak, akupun tumpang malu bagai muka dipalit tahi lembu panas-panas.

Mood aku sedikit terganggu bila dapat berita tu dari mak. Apa lagi yang boleh aku buat selain mendoakan kesejahteraan rohnya. Mohon diampunkan dosa silamnya.

Lagi mengganggu mood aku bila jenazah belum sempat dibawa ke kubur, rumah comel arwah Li tu, dah dibincang-bincang untuk dijual oleh abangnya. Aku rasa macam nak sepak!

Wednesday, May 5, 2010

Rumah Baru

Ini post aku yang ke 100. Oleh sebab nombor seratus tak ada makna apa-apa pada aku, jadi aku tak berhajat nak poskan sesuatu yang istimewa sempena nombor lawa ni. Ah tak main la nombor-nombor ong ni.

Sempena dah ada 100 tajuk , aku tukarla carpet dalam belog aku ni. Nak kasi nampak ayu-ayu sikit. Harap-harap aku boleh jadi seayu warna karpet baru ni. Sama macam masa aku baru lepas pantang 100 hari, keayuan aku mencanak-canak. Suami katalah.

Berapa % ye orang yang betul-betul pantang 100 hari?

Tuesday, May 4, 2010

Naskhah cinta buat suami

Tika sang suami tergapai di lautan kealpaan

Menanti sekujur dahan melintang lalu

untuk berpaut

menghulur bantu

kamu isteri, aku sedang bertanya…

kamu ada di situ?

Dia dilanda musibah lagi

Nihil. Hilang rentaknya.

Kosong akalnya.

Jiwanya dipalu.

Relakah kamu wahai isteri

Mengebar selimut kasih

Memasang paldu untuk melindunginya

Tiba musim padi tidak menjadi

Aku bertanya lagi

Kamu sanggup mencongkah ubi,

Mengunyah pucuk

Memamah lengkitang

Untuk menyambung hidup bersama sang suami?

Monday, May 3, 2010

Kaya Dalam Miskin

Biasanya kalau aku nak sesuatu menda, aku tak perlu rengek-rengek sambil buat-buat manja kat laki aku. Gentel-gentel tak tentu pasal. Takde. Lagi dia geli-geleman ada. Kalau ada duit, jom kita pegi beli. So kamipun jom la pergi beli.

Benda yang aku nak beli ni agak hebat la pada aku. Sebab bila satu-satu benda yang aku tak reti nak buat sendiri, aku kira benda tu best la. Tajuk dia Kenwood. Rasa macam orang kaya je bila ada barang cap Kenwood ni.

Susup sasap menyorok dari makhluk 3 orang tu. Payah nak berdating kalau ada tiga-tiga tu. Laki akupun slow-slow je tolak motor macam nak curi. Agak-agak sampai kat area rumah Cheong, barulah start motor. Kuasa kuda motor ni taklah grand macam motor Azarol tu, so takat kempas kempis je bunyinya. Jadi bunyi yang kurang vrooooommmmm itu la menyelamatkan kami dari diikuti oleh 3 orang warisan nusa dan bangsa tu.

Nak gi Kajang jalan jam weh. Walaupun kelajuan Kriss kesayangan hamba tu menyamai kelajuan aku ketika berjalan versi mundar mandir, tapi lebih baik dari bawak kereta. Masa kat traffic light tu ada 2,3 couple yang selim-selim je naik motor. Senang la nak cilok. Tapi alangkah malangnya nasib si Nazri itu. Membawa beban yang maha berat.

Nak sampai ke kedai tu, kena lalu 5 traffic light. Perghh panas kaki kena ekzos. Tapi dalam hati dah ada taman. Berbunga-bunga betul. Barang ni bukan sembarangan harga. Lagi 14 ringgit harga benda ni sama dengan gaji Badirul. Silap-silap lagi mahal dr gaji Atoq yang tonggang terguling kerja non-stop tu.

******

Dah beli.Hehe. Besar rupanya. Macam mana nak bawak naik motor ni. Dua per tiga seat motor ni aku dah conquer. Tak kira, aku nak bawak balik malam ni jugak! 4,5 minit juga termenung kat depan kedai tu.

“Uncle, tolong ikatlah kotak ni. Susahla saya nak bawak”

Boleh ke? Laki aku tanya. Macam tak simpatipun. Sesaja suka-suka tanya.

Boleh, aku jawab.

Ah biar betul. Balik dengan hati berbunga-bunga dan lenguh-lenguh di badan. Naik kebas seluruh sendi. Apa taknya, perjalanan yang sepatutnya 15 minit nak balik rumah, ni sekerat malam dok atas motor. Tak sampai-sampai.

p/s: bukan orang naik motor tu miskin. Orang naik motor tu orang yang bahagia. Sebagaimana aku cukup bahagia menonggek naik motor laki aku sebelum jadi laki dulu...

Powered By Blogger