Pages

Wednesday, December 29, 2010

Terima Kasih

Thanks sebab kamu gemok
Thanks sebab kamu keding
Thanks sebab mata kecik mu
Thanks sebab kaki kamu merekah
Thanks sebab kamu comel
Thanks sebab kamu rajin mendengar
Thanks sebab kamu gila
Thanks sebab kamu bengong
Thanks sebab kamu kedekut
Thanks sebab kamu masak tak sedap
Thanks sebab kamu laser
Thank sebab kamu suka lawan cakap laki
Thank sebab kamu akan usaha cari ‘damping malam’
Thanks sebab kamu adalah kamu
Thanks sebab kamu sudi
.... berkawan dengan saya

Kalau tiada kamu
Saya mungkin macam seekor beruk yang menggalas LV
Atau mungkin seperti patung Barbie yang comel tapi plastik
Juga mungkin seakan bunga mati di rak-rak SSF
Atau perempuan gila yang bertutur bahasa ibunda secara monolog saban hari
Dan juga perempuan yang sopak kakinya dan jugak bernanah hatinya........


********

huhuhu..pemergian mu ku tangisi..gelak tawamu ku rindui..kuih mu ku lapari..open house mu ku tunggui...
apapun jangan lupa order tepperwer aku (bak kata mu..ada peluang mu nok juppe aku...)
anyway moga persahabatan kita akan berkekalan hingga ke akhir hayat....
mohon maaf atas silap salah...


Thanks sebab kamu comel ...i like this

*******
Paling kurindui sesi memasak...
Time tu aku bole tengok celah bedah cikgu yg sgt gebu...
Ya aku akui....
Aku keding...hobiku cungkil bakat gigi
Aku kuat berusaha mendampingi malam

Yang paling kurindui.....leteranmu..
Agaknya bilakah lagi ko nak pangku tulang bontotku
Disofa pehamu...


Paling kurindui....
Paling kumenyampah....
Ko sebijik mak aku....
Nasik goreng ikang....
Berani ko cari penyapu sampah....

Atas dasar persahabatan ini aku bagi ko PDA = 100%

*******

Aku budak sastera masa ting 5,
Tapi aku tak pantas menulis bait kata sepuitis Aeskah..

Emm...Cuma ada pantun 4 kerat, yg memang aku kena hafal masa kekecik dulu, Rasanya sampailah maksud kepada yang di tujui,


Pulau pandan jauh ke tengah
Gunung daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang jua..

Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas kena ku bayar
Hutang budi di bawa mati..

Budi juga yang dikenang sampai mati..

Budimu tabur Insha Allah tak berkubur
Kasihmu ikat kukuh tak bercerai
Ternyata penuh keikhlasan

Maassalamah...Illal Liqa'

******
kamu,
yer!...kamulah!..sapa lagi??
yg gebu!
yg manis!
yg gemok yer jugak,
yg mulus,

yang rajin,
yang pemurah,
yang becok,
yang sepantas laser,

tiada kamu....
kami tiada ....

tempat mengadu,
tempat mengumpat,
tempat bertanya,
tempat ketawa,
tempat menumpang kereta,
yang paling sadis,
tempat belajar .....

walaupun sepotong ayat 'surah waqiah'.......

betapa kamu sungguh 'bertakhta' di hati murid2....

syukurlah kamu satu 'daerah' jajahan aku....
boleh jumpa selalu.

Tuesday, December 28, 2010

Selamat Bekerja Kilang Air Mata. Selamat Juga Untuk Kalian.

Dua hari lagi nak masuk tahun baru, banyak air tumpah. Tadi. Esok dan lusa mungkin tumpah lagi. Tiada kesinambungan cerita di situ sebenarnya. Biarlah.

***

Air tak tumpah kalau tak ada budak gemuk terlanggar cawan atau gelas hadiah ubat gigi darlie yang berisi air laici sambil mata tengok drama Cinta Kirana.

Air tak tumpah kalau kau pegang cawan elok-elok dan bukannya berjalan tergedik-gedik sambil berkejaran dalam rumah lantai melekit sesama kau dan adik beradik kau yang belum baligh.

Air tak tumpah kalau kau tak tamak isi slurpee warna biru perisa beri penuh-penuh dalam cawan yang paling kecik (of course harganya paling murah) kat Seven E

Air tak tumpah kalau kau pekerja hotel yang terlatih bawak cawan sopan-sopan dan servepun sopan-sopan kepada orang-orang berkaliber tapi mungkin kurang sopan dan kekampungan macam saya.

Air tak tumpah kalau kau ada penyakit bisul yang belum ada mata, tapi pada masa yang sama kau ada penyakit Parkinson yang teruk dan kau cuma bawa dua sudu air yang diisi dalam cawan yang berkapasiti 2.25 liter.

Tapi..

Ada air yang tumpah. Air mata ramai orang. Hari ini. Bukan kerana tidak sopan. Juga bukan cawan dilanggar anak yang belum baligh. Bukan juga sebab main kejar-kejar hingga tersepak cawan berisi teh hangat yang dibeli di Haji Ismail Group Langkawi. Tidak kerana penyakit Parkinson. Juga bukan sebab tamak haloba gila.

Bukan. (baca banyak-banyak kali tau agar efek BUKAN tu sangat-sangat BUKAN)

Sebabnya aku cuma ada dua hari lagi. Dan kamu sekalian ‘meraikannya’ pada hari ini. Kamu panggil ini perpisahan. Bila berpisah kilang air mata akan bekerja keras, dan terpaksa kerja over time bagai. Hasilnya air mata yang tumpah bercucuran jika dicampur semua orang yang menangis hari ni dah separas buku lali yang kering dan sikit lagi nak jadi hitam. Sehitam muka Hafiz yang baru balik dari main pata gamaknya.

Sedang menangis lagi ni!

Wednesday, December 15, 2010

Daun Ketum

Minggu lepas aku minum air daun ketum. Pasal kebaikan daun ketum, cari la kat wikipedia ke, gugel la sendiri.

Wah satu pencapaian peribadi. Bapak mentua kata yang daunnya ada garis merah lagi power. Nak sihat, hilangkan sakit apa entah atau nak power elok jugalah diamalkan. Dua kali dia kata. Must be true! Tapi dia sendiri tidakla sepower mana, berapa kali keluar masuk hospital. Tu belum kes tak power sebab operate belah perut berapa meter ari tu. Panjang tu heh. Mujur tak putus.

Hasilnya? Terus transform jadi ala-ala si dara. Tu baru sekali minum, kalau berkali-kali? Paddu!

Sekarang jiwa aku berusia 29 tahun, fizikal aku macam baru 25 tahun. Terasa macam sedang pakai inai di jari yang sepuluh dan pada kaki yang agak mulus , yang belum mampu mencarikkan cadar satin dan kaki yang tidak memerlukan sabun payung mahkota kerana dihina sebab cagu dan lepas tu terkopak.

Halah... Aku dah tak ada kerja ni, biarlah aku merapu sekali-sekala. Dr Rozmey buat cerita merapu tu kau orang tak apa-apa pulak!

Nak sabun payung mahkota? Contact Cik Ruh.

****


Apapun, sihat sakit, lemah kuat, kaya miskin,cantik buruk, tu bukan kerja daun ketum..

Monday, December 13, 2010

Lumpur Berbuih

Simpan stiletto itu. Kita ke bendang.
Lihat keli sedang menari riang.
Mungkin haruan sedang makan anak , abang dan keluarganya di celahan lumpur kelabu berbuih.

******

Kamu jangan begitu.

Thursday, December 9, 2010

Antara Aku dan Kamu, Ada Kita - 7

Garis-garis kematangan. Aku belum bisa lepaskan mu nak!

Jaram?

Dah lama Ariff tak demam. Akupun lupa macam mana rupa dia kalau demam. Mesti masih ensem heh- sebab dia anak mak jadi dia akan warisi apa yang mak dia miliki. *gila*. Upppss maaf. Nanti Yati marah kalau guna perkataan gila. Upppss maaf lagi sekali.

Cerita pasal Ariff demam kan? Aku agak-agak dia kena sumpahan mambang selut masa dia ikut si bapa kacak ke Kedah minggu lepas. Anak orang bandar-pergi tangkap ikan di bendang-ikan tak dapat- lumpur dan selut penuh atas kepala. Mesti jakun tahap maksima. Akan jadi kenangan terindah walaupun tak ada gambar . Mengong betul la si bapa itu, ada ke patut momen-momen yang istimewa sebegitu dia lupa nak ambik gambar. Di situlah terbukti bahawa peranan si ibu amat penting untuk sentiasa di sisi bapa, mengingatkan si bapa. Selain itu menikmati masa bersama-sama bapa sambil melayan bunga-bunga cinta stail orang tua-tua. Gedik!

Malam tadi susunan tidur ada perubahan ketara. Ariff tidur dengan kami. Jadi tiada apa-apa perkara yang diingini berlaku lah di malam yang dingin itu. Ahaha. (Kan aku kata ini entry gedik!).

Aku memang tidur-tidur ayam kerana risaukan dia. Aku jaram/jeram/jerang kepala dia dengan tuala lembab. Banyak sangat slash tu sebab sampai umur sekarang aku tak tahu apa perkataan sebenar untuk proses mengelap kepala orang demam dengan tuala yang direndam dalam air, perah dan tempek di dahi. Kalau dalam alaf baru ini proses itu telah digantikan dengan cool fever. Jadi aku tiada masalahlah untuk gunakan bahasa apapun.

Kalau jeram, bunyi macam air terjun. Tidak munasabah. Takkan demam-demam kita sebagai ibu bapa prihatin benarkan anak-anak pergi ke perkhemahan yang bercampur lelaki-perempuan ke jeram air terjun.

Kalau jerang pula, takkan aku nak jerang air, yang mana proses itu akan menghasilkan suhu yang tinggi atas dahi luas Muhammad Ariff, sedangkan tujuan asalnya adalah untuk merendahkan suhu. Pelik.

Dah tu jaram?

Mungkin perkataan lain sebab buat pertama kalinya aku kelihatan amat selekeh dan bengong kerana perkataan seringkas itupun aku tidak tahu.


Terus jadi entry budak bodoh!

Wednesday, November 24, 2010

Antara Aku dan Kamu, Ada Kita - 6




Bahu, tangan dan kakimu mungkin tidak mampu menggalas. Simpan kudratmu. Gunakan akal.

Big Girl. Big Day

Pada aku hari yang Nuhaa lalui ini tidaklah sepenting mana. tapi aku hadir dengan berpakaian lawa jugala untuk acara ini. Sebuah piala plastik dengan baucer RM20 berbelanjalah kamu sesuka hati di kedai buku sekolah. Secara fizikalnya-itu sahaja hadiahnya.

Dia kena ‘naik pentas’ utama dalam syurga nanti. Itu yang penting dan payah. Payah untuk aku. Dia kena dengar cakap aku, aku kena ikut yang Tuhan suruh. Kan payah tu.

Sebenarnya untuk mendapat kedudukan nombor satu dalam kelas, pada aku tidaklah sesukar mana (ayat seterusnya nanti akan bertambah riak dan takbur) sebab aku melaluinya dua kali setahun sepanjang tempoh enam tahun aku bersekolah rendah. Bukan sebab ada Yahanai dan dua tiga orang murid orang asli di sekolah aku, jadi dengan mudah aku menewaskan mereka. Bukan. Sebabnya aku adalah anugerah Tuhan yang hebat dan Tuhan kurniakan pula aku dengan sesuatu hebat. Jadilah hebat dan bertambah hebat. *perempuan pening*



Tukang bagi hadiah ni dijamin akan sakit pinggang selepas berjaya membongkok untuk berapa ratus-ratus kali. Kelihatan cahaya ilmu dari kepala cikgu besar. Cikgu yang pakai baju oren tu rasanya makan nasi sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Kalau tidak pasti dia tidak sesihat itu.


Sambil menunggu. Ada juga terlintas dalam hati aku nak petik pucuk ulam raja tu, tapi mengenangkan aku mengendong kamera besar dan pakai selipar original, sedikit malula pulak. Tengoklah malam-malam nanti aku datang semula.


Big girl. Bukan main sopan. Kalau kat rumah... biarlah aku saja yang tahu rahsia dia kat rumah.


Penghibur hadirin sekalian. Aku rasa budak ni adalah anak Cina kedai lampu depan jalan besar sana tu. Apa yang mengingatkan aku sangat sebab muka dia ada iras bini tokey yang tak bagi diskaun masa sang arjuna pergi beli door bell. Tidak sama sekali. Takkan arjuna yang gagah itu tak ada daya penarik langsung sampai dia tegar jual dengan harga tetap. Jahat!

Thursday, November 11, 2010

Di Suatu Hari

Hari ini
Selagi nadi berdenyut
Walau di penghujung jalan mati
Masih ada ruang
Untuk lakukan sesuatu
Lempar segala khisit
Lariklah mimpi
Cerakin dan mumbungkan ia
Akan berhasil

Esok
Nafas terakhir dihembus
Nafas yang harum
Atas usaha dan tingkahmu
Pilihlah pintumu....

Tuesday, November 9, 2010

Cabaran 51 Hari

Aku sebenarnya mahu tahankan hati aku sehingga dekat-dekat tarikh itu untuk aku tulis ini. Tak boleh. Sungguh aku tak sabar. Betul, aku tak tahu sebab aku terlalu teruja untuk sampai ke tarikh itu atau sebab aku mahu menyembunyikan kegabraan aku, tak berapa pasti.

Aku tak menghitung hari, tapi aku tahu lagi 51 hari ke tarikh itu. Bukan tempoh 51 hari mencari calon menantu atau mencari suami.Itu semua bukan. Suami dah ada di depan mata, buat apa cari lagi. Kecualilah aku mahu carikan calon isteri (lagi) untuk suami, itu memang sebab aku dah terlalu solehah. Atau terlalu gila.

Aku bakal meninggalkan alam pekerjaan. Hah! macam susah nak percaya. Dulu ini bukan diimpi, tapi kini saat ini aku menanti-nanti dengan penuh debar. Banyak yang sedang aku fikirkan; seolah-olah aku memang ada sembilan akal yang Tuhan kurniakan dan aku sedang gunakan kesemuanya sekali. Wow! Walaupun realitinya muka aku jadi kedut-kedut ni sebab tidak pergi buat rawatan muka dan sebab akal aku sememangnya satu dan aku kena berfikir macam orang cerdik-cerdik. Payah.

Apa yang aku mahu tinggalkan ‘jasa’ kepada majikan yang telah membayar gaji aku selama 13 tahun ini ? Dengan bonus lagi. Setiap tahun yang jumlahnya memang wah! wah! wah!. Cop! Bab bonus tu aku main-main je.

Aku mahu diingati sebagai orang yang selalu parking kereta comot macam samseng V3? Diingati sebab meja paling kemas? Dikenang kerana resepi yang banyak tidak menjadi daripada yang menjadi? Sebab berjaya menyelesaikan masalah kakitangan yang keluar pada waktu pejabat sesuka hati pada bulan Ramadhan dan masuk semula dengan jualan kuih-muih yang dibuat sendiri dan aku dengan sakannya turut membelinya? Atau sebagai salah seorang tokoh staff yang gambar sedang gemuk nampak tahi lalat hidup dengan jelas diframekan di ruang legar Pusanika? Atau apa?

Mungkin cabaran 51 hari. Aku cubalah!

Janganla marah kalau selepas 51 hari nanti tiap-tiap hari aku akan mengetuk pintu-pintu rumah kamu untuk menjual sesuatu!

Friday, October 29, 2010

Makcik gemuk

Aku sedang gemuk sekarang. Ok la, ok. Aku mengaku. Bukan sekarang, tapi dah sepuluh tahun. Aku menderita? Jauh sekali. Walaupun sekali sekala memang terlintas dalam kepala aku untuk tampil slim. Tapi itu angan-angan yang aku tak rasa ingin capai.

Dah ramai orang panggil aku makcik. Kalau budak-budak sebaya Nabiha atau Ariff, aku tak ada hal punya. Ini budak-budak bujang universiti yang tengah trend sumbat earphone kat telinga sambil bersiul-siul nyanyi lagu nabadi nabadi batchu tu . Aku sedikit hangin la jugak. Namanya budak pandai, tapi takkan tak boleh membezakan mana makcik atau kakak. Agak-agaklah kan. Janganlah bagi aku terasa.

Dua tiga minggu kebelakangan ni,setiap sabtu dan ahad, lepas subuh (gajah) aku dan si bapa kacak ni akan pergi makan roti canai. Seorang dua keping. Nescafe panas dan teh o limau. Gila bahagia. Pada saat itu juga pasti ramai yang sedang mengunyah daun salad sebagai sarapan. Macam kambing!. Tertekan beb nak dapat bentuk badan idaman macam FakirFikir. Sekali tengok ada iras Brat Pitt, tapi dari belakang, macam Mat Pet pun ada. Hahaha.

Bukan aku tak biasa dikelilingi orang besar-besar ni. Bukan orang besar macam menteri-menteri tu. Itu besar sebab duit besar, nafsu besar dan penipu besar. Ini memang yang saiz besar. Anak buah aku, cuma Sham je yang kurus. Makcik sebelah bilik kat office tu pun, lebar tak hengat juga. Lagi? Kawan aku yang suka main ‘kote kawan’ tu pun gemuk semacam je. Steady je jadi manager. Ada juga orang-orang kecil yang keliling aku-mungkin aku boleh jadikan inspirasi untuk kurus. Tapi memandangkan kalau ambik pakej kurus, akan dapat ‘nasi lemak lima posen’ saja, aku tarik balik impian aku.

p/s Mungkin aku kena fikirkan cara hidup yang lebih sihat. Nantilah!

Saturday, October 23, 2010

Antara Aku dan Kamu, Ada Kita 5



Usiamu sudah berjuta langkah. Terhitungkah kamu orakan langkah yang diatur itu banyak melalui denai putih atau hitam?

Monday, October 18, 2010

Penghujung Minggu -2

Jika inginkan sesuatu kelainan dalam hidup, simple rule-kita kena buat sesuatu yang lain dari kebiasaan. Ini tidak ada kena mengena dengan cerita aku seterusnya ini. Cuma aku buntu untuk memula bicara sebagaimana ramai orang di keliling aku sekarang ini yang sedang buntu untuk bertemu tanpa diduga 2 hari lagi.

Apapun masalah anda-pesanan penaja mudah saja. Pergi balik rumah tengok muka anak-anak. Muka suami muka isteri. Kecualilah sang suami yang jahat macam beruk, beralihlah untuk kembali pada ibubapa-tatap mata mereka. Inipun bukan intro yang sesuai.

Tiada pembuka katalah kalau macam tu.






Masih dengan soalan yang sama. Adakah ini syurga?


Aku tuduh mereka ni tersalah poskod dan dress code. Yang pasti aku terhibur!


Yang mencuri tumpuan aku dan ramai orang juga. Tahniah kakak sebab menceriakan hujung minggu kami.


Musim strawberi yang dicelup coklat sudah berlalu. Campurkan dengan sedikit susu mungkin membantu sesiapa yang ada masalah kencing atas tilam.


Kalau aku bukan pilihan, siapa lagi? Sila belajar untuk jujur!


Sanggup aku biarkan Nabiha ke London keseorangan. Biar! Lama-lama dia akan pandai berdikari!


Kau pupus. Nanti giliran aku pula.


Kasut besar, jiwa kecil. Otak mungkin ada.


Cinta sempurna. Perfect 10!


Senyumlah pada hari-hari yang panjang.



Setiap pandangan berbayar. Setiap dakapan memerlukan balasan. Jangan main petik sesuka hati je!


Juntaian kasih. Panahan rindu. Cey!

Sunday, October 17, 2010

Penghujung Minggu -1

Minggu lepas aku berkata YA dua kali untuk join aktiviti anjuran company tempat Arjunaku bekerja. Kali ini dibuat di FRIM. Kenapa FRIM? Sebab kalau hujan, rumputnya becak yang ada kelas!



Tahun-tahun lepas kalau aku setuju untuk pergi, biasanya kami tidak jadi pergi. Nak kata dia anti-sosial, itu event company dia. Tapi saban tahun dia akan bawak balik baju free untuk kami 5 beranak yang akhirnya aku simpan dalam laci yang bawah bawah sekali. Kalau dipakaipun bukan untuk pergi ke acara ini.



Sekurangnya bila pergi aktiviti sebegini, belanja jimat. Semua disediakan. Cuma bawa harapan agar anak-anak boleh bergembira.



Mula-mula semua nak terujakan diri dalam debar. Nabiha dah tanya, ini macam dalam syurga ke? Sebab mainan, gula-gula dan aiskerim percuma dan boleh ambil berkali-kali dan dia jangkakan boleh membazir.



Patutlah semua orang balik awal. Ini bukan kaki-kaki kami, Ini kaki keluarga orang lain. Aku jangka, Plan B mereka -simenkan semua kawasan berumput jika malamnya hujan turun dengan lebat. Tidak sempat dilaksanakan.



Muka penuh sabar menunggu clown buat ‘tadi bear’. Tapi macam sukar nak percaya kewujudkan clown sebab clownnya tidak kelihatan dalam gambar.



Nabiha dan ularnya. Langsung tak ada rasa takut, ataupun mungkin dia tak taupun kena takut bila tengok ular. Besar nanti bolehla buat part time kerja di Rumah Hantu atau pembantu kak Mah yang ada iras hantu jugak. Dalam gambar juga kelihatan jejaka macho berlengan sebesar baldi. Masalahnya perutpun besar baldi juga.



Abis best la tu dapat naik keretapi berpusing.

Aku dah geli kaki. So kami balik awal untuk aktiviti seterusnya iaitu makan tengahari di rumah Cikgu Sekolah Huang Hwa. Lagipun hari ni abang ipar akan ke Jepun, bila aku tunjukkan muka dengan cara macam ni, dia akan ingat aku dan akan belikan fridge magnet ultraman ataupun giant sebagai buah tangan dari sana.

Sebelum balik ke rumah Kajang yang kadang-kadang best dan kadang tak best tu, menghabiskan masa dan minyak kereta pula ke taman di area Parkland. Macamlah koro sangat kajang tu tak ada taman permainan. Dah namanya budak.

Dekat je dengan rumah Cikgu. Dah bye-bye segala bagai, tapau makanan sesuka hati, boleh pulak patah balik untuk tumpang kencing.



Anak-anak peneraju masa depan. Scene ni aku ingat nak tiru iklan Maybank, tapi tak berapa jadi.



Scene inipun aku nak tiru gaya mereka masa photoshoot dengan Brader Awea kat Putrajaya aritu, tapi inipun tak berapa jadi sebab Ariff sengaja penyetkan hidung dia.


Nampak tak tangan bibik baru?

Last dah. Berenti tepi jalan, mintak izin si macho lengan baldi nak masuk dalam semak untuk tangkap gambar ni. Mood dia sedang ok jadi aku dibenarkan keluar rumah dengan izin suami untuk masuk dalam semak ini.



Nazrol

Aku pernah ceritakan kisah Badirol. Bukanla bercerita beriya-iya, adalah dua perenggan aku tulis. Anggaran 300 patah perkataan lah.Kisah kejayaan dia menjadi CEO dalam usia yang agak muda. Masa di UUM dulu bukanlah aku kenal rapat dengan dia. Tahu tentang kewujudkan diapun sebab masa aku dan 7 perempuan gedik yang lain berpesta air di kolam renang Pusat Rekreasi UUM. Mamat hitam tu (sekarang hitam menawan) jadi temporarily life guard kat situ.Normal kerja pak guard, bukan dapat insentif apapun- paling best mungkin sebab dapat wisel istimewa; tiup sekali, bunyi dua kali dan air liur tak melekat kat situ. Agaknya lah. Sangkaan buruk aku yang rasanya tidak meleset,dia kerja kat situ sebab nak tengok betis mulus kami secara percuma. Kalau tidak lebih baik dia kerja kat kedai kaset. Boleh usha awek kedai jahit depan tu. Tekun je menjahit, sejuk mata mak mertua memandang.

Ini masuk perenggan ke dua aku cerita pasal Badirol. Bukanlah cerita beriya-iya, mungkin akan jadi dua perengganla nanti. Aura orang muda yang menjadi pemimpin, bisa buat aku kagum. Ada dua sebab, pertama kerana kualiti dalaman yang mereka ada, maka menyerlahkan kredibiliti mereka untuk memimpin dan berjaya. Memang berjaya di dunia. Akhirat tu mungkin dia kena kerja lebih keras dari apa yang dia usahakan untuk dapat jawatan CEO tu.

Sebab ke dua aku kagum, kisah orang muda yang berjaya, tapi bukan sebab di atas. Ah yang ni aku nak mengata seseorang, tak payahlah kau orang terpalit sama. Bukan dapat cuti bersalin 90 haripun kalau layan aku mengumpat. Jadi sebab yang ke dua aku gantikan dengan kisah yang lagi bagus.

Azarol- pun kawan aku juga. Yang berjaya. Aku tahu di sebalik kisahnya, ada seorang wanita cenge. Wanita yang aku kira sanggup hadapi segalanya demi suami. Bukan di kala sedang menikmati limpahan kemewahan saja, malah di saat getir mengharungi kemarau dan ranjau, mereka tetap bersama. Itu sumpah setia isteri yang aku kagumi. Setiap kisah kejayaan biasanya akan menghadapi jatuh bangunnya sebelum terbinanya empayar bahagia. Mereka telah lalui itu. Syabas kawan!

Sepanjang aku menulis ini, aku juga sedang mengisi satu borang. Aku yakin dengan tindakan aku ini. Nazri ku akan aku daftarkan untuk tukar nama kepada Nazrol. Dengan nama baru ini aku yakin dia akan berjaya juga dan mampu belikan aku gedung Ferragamo!

Badirol-Azarol-Nazrol.Erm!

Friday, October 15, 2010

Awan Kertas

kau cuba menggapai awan?
nyaman tapi menghanyutkan
lembah bahagia
tempatkan aku di puncak itu
kamu perlu sendiri, andai berani

aku mahu langkah perlahan-lahan
tapi teratur
bijakkan aku?
agar kaki tidak tersadung
tengik cerca, hamis nesta
berbaur padu

pergi
cari dirimu
tidak perlu di hujung senja
bukan juga di tirai awan kertas
dirimu, ada dalam jiwamu
di balik hati yang berprasangka
dapatkanlah
mungkin di balik otak jernih yang jujur
ada, aku kata ada!


kita bakal berpesta rumba
hirup kopi itu panas-panas!

Tuesday, September 28, 2010

Peperangan Antara Dua Negara. Ini Peperangan Jiwa- 3

Dua kali aku ke Kelang minggu ni. Terasa mahu memblame ADUN di kawasan Kapar ke hape benda nama tempat tu, belah-belah sanalah. Mungkin MPK patut dipersalahkan. Tiada papan tanda kawasan perumahan ditambah cuaca gelap sebab tiada lampu jalan. Kalau kampung aku, tahulah aku nak mengomel pada siapa, tapi ini kawasan kampung orang, takut juga aku disumpah keturunan Sang Kelembai yang mungkin telah bertapak awal ke kawasan tersebut.

Ulang-alik ke rumah agen dengan harapan aku dapat menatap muka naïf seorang perempuan pembantu yang aku boleh bawa balik untuk menggantikan Ida. Pembantu pertama-agen tidak memberikan cerita yang manis-manis. Aku balik hampa dan cuak dan cemas dan gusar dan penat dan rasa gila dan rasa nak menangis. Aku yakin ini juga perasaan Shaffe ketika ini. Good luck la my dear friend.

Kali kedua ke rumah agen. Bila sesuatu kisah nak diceritakan, untuk lebih dramatik, perlu ada babak dalam hujan. Ha, semalam begitulah. Dalam babak hujan lebat, disertai jalan gelap yang dipenuhi lori kontena besar. (aku rasa salah satu kontena tersebut membawa barang-barang Dr Min dari UK) Aku bimbang jika stok pembantu yang ada tidak menepati ramalan aku.

Sesampai kami ke rumah agen yang memakan masa lebih sejam, satu pasangan sedang berbincang dengan agen dan isterinya. Aku tunggu dengan tenang sambil berdoa agar pasangan tersebut tidak berminat untuk menerima satu-satunya stok yang ada pada masa itu. Konsep siapa cepat dia dapat digunapakai juga membebankan aku nampaknya. Masalah pasangan itu mungkin sama dengan aku. Cuma yang membezakan mungkin mereka jenis kurang bersyukur tetapi lebih kaya berbanding Badirol. Ataupun mungkin mereka antara insan yang paling disayangi Tuhan di Selangor ini kerana banyak berbakti kepada Rumah Anak Yatim Ummu Liza.Itu aku tidak dapat fikirkan dengan tenang dan profesional.

Aku terima pembantu yang aku pergi tengok kali ke dua. Aku sedikit lega. Aku cuma boleh tawakkal dan harapkan yang baik-baik saja setakat ini. Aku agak letih ‘berperang’ dengan masalah ini. Aku mahu rehat setelah lebih dua minggu tangan aku kasar-kasar kerana menyental periuk dan cuci lantai.Kalau tangan aku kasar dan kesat nanti, macam mana si dia itu mahu sarungkan cincin ‘zhulian’ macam Puan Sri Ita.

Kepada semua, nasi goreng wonder pet dan jemput-jemput taugeh akan kembali bersiaran!

Tuesday, September 21, 2010

Peperangan Antara Dua Negara. Ini Peperangan Jiwa- 2

Dia buat lagi. Anak tak sedar diuntung!. Eh itu bukan aku yang patut cakap. Ungkapan itu mungkin patut keluar dari mulut mak atau mak tiri dia. Mungkin mak angkat.

Akupun pening dengan masalah dua negara ni. Eh! boleh tak kalau aku malas nak peningkan kepala isu BENDERA ke apa. Bukan dapat duit rayapun kalau aku fikirkan. Fikir pasal Ariff nak naik juzuk berapa lagi baik.

Hahahahahahahahahah.

Aku rasa nak tertawakan diri aku panjang-panjang lagi. Tapi tak eloklah untuk seorang wanita bergelar ibu kalau ketawa berdekah-dekah macam dirasuk Suster Ngesot.

Yang nyata jadual aku dah lari larau ni. Biasanya kalau balik kerja aku cuma fikirkan nak masak apa, esok nak pakai baju apa, tengahari nak makan kat mana, Gulatis ada sale bila. Dah. Lengkap hidup aku. Tapi bila dah jadi macam ni, aku rasa macam baru kawin pulak. Semua buat sendiri dan dibantu suami. Aww! Romantis bukan?

Alang-alang kau dah pergi dan kira tidak bermajikankan aku lagi, (sebenarnya aku nak tulis alang-alang kau dah berambus) biar aku teruskan hidup aku macam ni sajalah. Aku harap Yati tidak sebengap biasa,so faham-fahamla apa yang aku maksudkan ni.

Aku bakal bergelar isteri dan ibu solehah sejati mithali murni lepas ni. Diam!

Sunday, September 19, 2010

Antara Aku dan Kamu, Ada Kita - 4

 
Posted by Picasa


Apalah ertinya hidup tanpa cinta.
Sebahagian daripada wajah-wajah kecintaan aku

Thursday, September 16, 2010

Cinta Dan Raya

Raya
Masak.Masak.Masak.
Makan.Makan.Makan.Makan.Makan.Makan.Makan.Makan
Baca gossip kes Sosilawati mati
Tidur.Tidur.Tidur.Tidur.Tidur
Lewat Solat. Solat Lewat.Lambat Solat.Solat Lambat.


LAGHO.

Thursday, September 2, 2010

Bumi Berpasir. Ramai Orang Tolol Di Dalamnya Part 2

Bahagia singgah lagi. Bukan sebab dua tiga hari lagi adalah ulang tahun perkahwinan aku. Sebab itupun iya jugak. Tapi itu hanya dapat dirasakan oleh orang yang akan melaluinya saja. Aku dan suamilah. Dan mungkin tempiasnya ditumpang oleh orang yang sedang ditimpa perasaan cinta macam Limah. Dua tiga orang saja yang rasainya. Mungkin 4 orang. Tapi tak ramailah.

Hari ini aku RASA aku telah membahagiakan beberapa orang. Nilainya dua puluh lima ringgit sahaja tapi dari riak air mukanya, lebar kuntuman senyumnya aku tahu, aku telah buat sesuatu yang kecil ciput sebesar zarah dibahagi sejuta. Dengan gerak hati oleh Tuhan. Namun itulah yang dapat aku buat untuk dia pada hari ini. Lagi-aku akan usahakan.

Dua pasang kurung putih oren yang akan digayakan oleh sikecil ‘tanpa’ ayah siap aku jahit. Melihatnya aku sebak. Apalah dosa siibu hinggakan aidilfitri kali ini terpaksa disambut dalam luka dan duka. Apalah lebihnya sitetek besar itu hingga kamu sanggup menjadi dayus dan melupakan tanggungjawab sebagai bapa. Oh ya, mungkin sebab teteknya besar.

Jika akulah anak-anak kecil itu, aku rela berbin dan berbintikan harimau kumbang yang jauh lebih menghargai anak-berbanding kau!

aku cadangkan ko buat sesuatu kerja tangan yang tak kena keluar modal, minat tak minat belakang kira. Yang mana aku pandai nanti aku ajar,”.

Baru semalam aku sebut perkara itu pada dia, hari ini rezeki datang. Alhamdulillah.

Monday, August 23, 2010

Anak Aku.Anak Orang

Aku : Anak aku susah bangun tidurlah, apa taknya memalam tidur lambat. Dah susah pagi-pagi bila bangun menangis dan merajuk.Pakcik van dah tunggu lama baru terhegeh-hegeh nak pilih buku, nak pakai kasut.

Orang : Anak aku ok, 9.30 malam dah masuk bilik masing-masing. Bangun tak payah kejutkan, bangun sendiri get ready sendiri. Tau-tau dah naik bas.

Pengadil : Walaupun anak orang anak yang baik dan tak banyak karenah, tapi pemenangnya adalah anak aku sebab : tiap kali aku nak kejutkan dia, aku kena tengok muka dia, pegang tangan dia, tarik kaki dia, ambilkan tuala, tolak dia pergi bilik air, sabunkan dan pastikan dia gosok gigi, lapkan, pakaikan spender, pakai baju seluar, betulkan sampin, ambilkan songkok. Yang paling menyumbang pada kejayaan aku ialah aku boleh tengok muka dia yang comel, tergeram chin dia dan picit pipi dia yang licin lagi dan lagi dan lagi. Aku juga menang kerana dapat cium anak aku berkali-kali-kali-kali tanpa jemu.

Hah! Nasib baik aku menang.

Thursday, August 19, 2010

New Post. Ini Memang Tajuknya

Aku jarang teringin nak menulis kisah kehancuran nilai-nilai agama, politik wang ataupun isu mat rempit. Yang aku kisahkan anak aku, laki aku, makan mesti cukup, beli handbag dan ummpp ummpp dengan laki. Tu je aku tahu. Pasal kerjapun aku kalau boleh malas nak ambik tahu. Biar kerja yang buat untuk aku, bukan aku yang kena buat kerja. Baru hidup bahagia seperti sedang pakai sari warna merah jambu, berbaring di padang hijau yang ada bau maung rumput sambil tengok langit. Dan konon-konon sambil kira bintang di langit. Ceh!

Tiap-tiap pagi dalam dario ada saja cerita kisah baby dibuang mak babi. Hilang mood nak dengar suara Abang Jem dan Mak Neng kat Sinar FM.

Selama ni bukan aku tak rasa nak bertanggungjawab jadi sial (sosial), tapi menjadi seorang aku, aku hanya tahu mengeluh, geleng-geleng kepala sahaja. Itu tidak cukup dan sangat kurang ajar.

Perlu ke aku pergi bercakap dengan presiden persatuan imam agar isu buang anak ditangani dari mula dan bukan setelah rabak poen anak dara lepas melahirkan dan baru kamu sibuk nak menyekolahkan mak-mak muda itu?

Atau aku perlu tulis surat direct kepada suami Kak Mah agar dia tidak hanya menjadi ketua kerajaan yang berbibir merah dan tahu berkata yang manis-manis sahaja. Banyak lagi rasa lain yang dia perlu tahu, beritahu dan ambil tahu. Bukannya buat tak tahu. Kelat.Masam.Tawar.Pahit.Payau. Lidas. Masin.

Aku akan emosi nanti, sebab tu aku tak suka nak tulis.

Wednesday, August 18, 2010

Ramadhanku...1981-1982

Lagi teringatkan kisah di bulan Ramadhan. Aku sudah membayangkan anak-anak bila mereka dewasa nanti, mereka takkan ada kenangan-kenangan indah sepertimana yang aku telah lalui dulu. Iyalah, sama macam aku, aku juga tidak akan merasa apa yang pernah mak ayah aku alami ketika mereka kecil dulu. Tapi sekurang-kurangnya kemanisan kenangan zaman kanak-kanak ibu bapa aku, membuatkan aku langsung tidak menyesal menjadi kanak-kanak. Aku juga ada pengalaman hebat.

Hari cuti, pagi-pagi dah bersiap dengan aktiviti, sama ada yang dirancang proper atau baru saja terlintas semasa dalam perjalanan balik dari kedai Siti-mengusha mercun das yang 24 das. Huh, kalaula dapat menggenggam dan memiliki mercun idaman semua orang itu, perghh tahap riak dan bangga dia, memang tak hengat. Tapi setakat yang aku ingat, aku dapat 'miliki' mercun tu bila orang dah habis bakar, lepas tu buang merata, hah ambik la berapa batang ko nak. Ataupun bila ayah aku beli sebatang yang paling sikit das dia, lepas tu kena pegang sekali sorang tiap-tiap adik beradik. Dapatlah aku rasakan ledakan 2 das kot, tak cool langsung.

Semalam hujan, pergi kutip kulat sisir (cendawan sisir) di kebun getah baru tebang Ayah Teh Lias memang menarik. Kalau kutip kulat tak boleh puasa yangyok, takkan nak mamah kulat tu hidup-hidup. Termakan ladybird nanti baru tahu. Siapa cepat, memang boleh mendatangkan hasil yang banyak. Seperti biasa, akulah selalu menjadi champion. Sebakul sepuluh sen. Jenuh jugalah nak mendapatkan sebakul, tupun dah berapa kali tipu sambil keruk sekali dengan kulit pokok. Kuku, jangan cakapla. Mengalahkan kuku Nang Nak, nasib baik bila dah dewasa ni jari aku jadi semakin runcing macam buluh runcing dan sang suami pula tak sabar-sabar nak sarung cincin kawin.

Pergi kedai Haji Deris (satu-satunya penjual ikan kat kampung masa tu), kira jual harga borong la, dapatlah 30 atau 40 sen. Itupun selepas berjejes-jejes peluh mengutip, otakpun rasa macam tinggal separuh kena sedut dek panas mentari. Susah nak mampus cari duit, tapi merasa jugalah aku menjadi wholeseller-jual direct pada peniaga kecil macam Haji Deris. Wahh kayanya aku mengalahkan Mydin.

Tengahari bila mak sibuk dengan juadah untuk jualan, aku cuba juga cari jalan untuk mengelat. Tapi dari kecik aku memang anak yang baik, takkan aku tegar membiarkan mak dengan kakak je sibuk di dapur. Tenang jiwa bila dapat tengok butir-butir cendol cepluss jatuh dalam air. Haruman kuah laksam, wangi pulut ketupat palas. Magisnya sentuhan air tangan mak, fuhhh...

Waktu petang di bulan puasa adalah kemuncak sebuah kehidupan. senyap-senyap dan sorok-sorok pakai spender dua lapis, pergi sungai. Ahh sungguh lazatnya rasa air sungai. Kadang-kadang Uza bawak nasi lauk telur ke sungai, kami berpiknik atas batu.

Aktiviti kat sungai memang indie habis. Berendam macam kuba, main asah batu merah jadikan cat kuku,cari udang atau main masak-masak daun kapal terbang. Dah kecut semua anggota di badan, sulit ataupun tidak, salinla baju balik pokok ara, campak spender basah, tukar dengan spender kering dah siap untuk aktiviti seterusnya. Silap-silap selipar hanyut sebelah.

Rambut berseringai tak bersikat, kening bersememeh dengan telur udang-kononnya boleh mencantikkan kening, padahal hanyir pait! Yang jadi mangsa udang sedang bunting ditangkap, korek ambik telur, lepaskan balik. Tak berhati perut!.

Balik rumah dengan muka macam pelarian Afrika. Penat. Lapar. Konon!

Sunday, August 15, 2010

Ramadhan Ku Part 2

Kenapa Ramadhan begitu meninggalkan nostalgia pada semua? Sangat berbekas dalam hati. Bulan Ramadhan banyak perkara yang syahdu-syahdu. Kalau berlaku dalam bulan Ramadhan, yang lucu pun bila diceritakan balik akan jadi pilu.

Hari ini dah 6 Ramadhan. Baru sedap sikit nak cerita. Nak kata mood raya dah datangpun munasabah dah. Tapi Ramadhan tahun ini, aku sedikit pelik kerana kebiasaannya pada tahun-tahun yang lepas, hampir setiap hari aku menelefon mak. Ini baru sekali aku call mak, itupun biasalah sebab nak confirmkan (mintak ajar) resipi bingka. Aku dah putus susu agaknya. Aku dah dewasa tanpa aku sedar.

Aku teringat Ramadhan yang mana aku ambil tempahan menjahit lapik meja ropol-ropol macam gaun anak keling. Gila ah lenguh kaki mengayuh mesin jahit yang tanpa letrik tu. RM90 satu set. Hasilnya? Itulah yang aku buat masuk UUM tu. Yang kena bayar permulaan RM900 lebih kalau tak silap.

Pada usia 20 tahun, aku rasa aku perlu galas tanggungjawab itu sendiri. Aku tak mahu mak ayah menangis. Aku bimbang mereka sedih macam dalam cerita drama yang terpaksa bergadai sawah bendang untuk menguniversitikan anak-yang akhirnya anak menjadi durhaka dan durjana.

Aku-bila aku mahukan sesuatu-aku usahakan-aku tak dapat-aku menangis-bila aku dapatpun aku akan menangis. Kes menangis aku kali ni kerana aku berjaya membantu ayah mak, walaupun ukurannya tidak akan sama dengan kasih-sayang mereka.

Lagi, aku terkenang Ramadhan yang dulu. Aku bantu mak buat bahulu, beratus-ratus biji telur sehari. Aku jadi dayang tepi kolam, mahu jemur tepung. Adik lelaki (arwah) akan kepuk telur dengan gula dalam tempayan air basuh kaki. Sambil kepuk sambil sebut reket-reket-reket.Haha kelakar sebab dia target nak beli reket badminton KALAU mak bagi upah kepuk bahulu tu.

Mana kakak? Dia sekolah jauh, cuti sabtu ahad mana boleh balik kampung. Mana adik-adik yang lain tak bantu mak? Adik-adik sibuk main pasir, masak tanah. Mujur tak jatuh dalam telaga.

Mak handle oven sabut 8 biji sekali gus. Gila cekap mak aku. Lipas kudungpun akan ternganga melihat ketangkasan mak bermain api.

Sebab tu kalau tak jadi pembuat bahulu, mak mungkin tangkas bermain badminton ataupun bekerja dengan sarkis-tukang pasang api.

Aku paling rindu part mencungkil bahulu yang sudah masak gebu dan sangat harum itu dengan lidi.

Aku terbayang-bayang Ramadhan lepas-lepas. Ayah sibuk di kedai guntingnya. Semua orang mahu berambut stail baru di hari raya. Aku tukang sapu rambut yang bersepah-sepah. Uban, rambut berminyak-minyak cap Jamilah, mungkin rambut berkutu, eii geli! Masa tu teknologi rebonding masih belum ada. Tapi teknologi kerusi gunting yang boleh adjust bagi turun-naik macam katil hospital dah ada. Itupun sebab ayah buat sendiri. Nak harapkan persatuan tukang gunting, presidenpun belum ada calon.

Ramadhan ini akan jadi kenangan juga bila ditinggalkan bertahun-tahun dari sekarang. Yang pasti kerinduan itu takkan hilang. Yang sendu. Yang pilu tapi membahagiakan.

Thursday, August 12, 2010

Sila ambil perhatian!

Aku sukakan perhatian. Tapi bukan perhatian dalam dunia glamour seperti artis. Bukan. Gila kau, ingat aku sanggup nak pikul dosa bertan-tan?

Perhatian untuk dirangkul erat suami, perhatian untuk dibelai-belai macam kucing Parsi, perhatian untuk didukung kemudian dihempas ke katil empuk, itu aku tak minat sangat untuk tulis di sini. Itu biar aku tulis nota untuk suami aku sajalah. Aku boleh karang ayat sedap-sedap, nanti kauorang nak pinjam untuk diberi pada suami masing-masing pun boleh.

Aku suka bila ada sesuatu perkara yang aku pandai-aku buat-jadi sedap-kawan-kawan minta resipi-dengan senyuman manis (memang aku ikhlaslah!)aku bagi mereka resipi itu. Itu contoh sajalah. Tapi dalam konteks yang lebih besar, aku suka jika aku dapat berbuat sesuatu (yang mungkin mustahil untuk aku hulur RM sebagai ganti pertolongan dari aku) dan kamu semua gembira. Cuba beritahu aku klasifikasi perasaan itu sebagai apa? Indah bukan?

Itu saja. Cuma itu. Bukan bermakna bila aku bantu kau-kau pula kena bantu aku (walaupun kadang-kadang ya aku harapkan itu).

Kau dah bantu akupun. Buat aku gembira. Ingat senang gembira nak singgah dalam hidup kita?

Cuma ada masanya juga aku tidak rasa untuk membantu. Aku lebih rela membatu saja. Kerana perasaan membantu si batu-batu ini, kadang-kadang boleh mengundang kesedihan dan kemarahan pada aku.

Huh!

Tuesday, August 10, 2010

Mari Minum Jus Poligami

Dah lama aku tunggu nak menulis sedikit berkenaan bab ini. Aku nak beritahu Jalaq, sebenar bukanlah aku menentang poligami ini. Cuma aku ada harapan aku tersendiri untuk mereka yang bakal dan sedang menempuhnya.

Dengan kata lain, aku adalah wanita yang tidak mahu berada dalam statistik berbahagi kasih dengan wanita lain. Kalau boleh, aku tak mahu dibahagikan kasih itu, aku mahukan suamiku gandakannya. Lagi dan lagi. Tamak!

Tapi, siapalah aku untuk melawan fitrah manusia. Lu sapa untuk menahan ‘pemberian Tuhan’ dalam bentuk yang pada mulanya akan menyakiti hati wanita tetapi ada nikmat bertimbun-timbun di sebaliknya. Siapa tidak mahu imannya teruji dek kerna berkongsi kasih suami yang bermelia-melia itu, tanpa kehilangannya; dan dapat pula ganjaran besar dari Tuhan.

******

Hari ini, akhirnya kasih sahabat yang selalu aku jadikan testimoni dalam penceritaan aku (berkenaan bab ini) sudah menemui jalan penyudah. Diceraikan melalui sms. Jantan bacul! Jantan yang tahu berjalan bongkak tapi mengendong telur kecut!.

Aku tidak layak marah sesiapa (kau tak boleh pun!). Itu perihal rumahtangga mereka.

Ini bukan isu bila melintasnya perempuan yang lebih lentik punggungnya, wangi dan besar bombomnya menyebabkan suami beralih arah. Ini isu bila ada yang baru yang lama tidak berguna lagi.Isteri pertama sudah menjadi surat khabar lama. Buat alas kopek ikan bilis atau lapik tong gas.

Ini isu bercampur-campur.Sebenarnya isu perempuan penggoda sudah lapuk.Itu memang fitrah wanita penggoda, tapi bukan semua. Itu fitrah wanita gatal.

Aku ada syor untuk perempuan-perempuan gatal di luar sana. Nanti.

komunikasi. bilik tidur. nafkah. zahir batin. orang ke tiga.along.kawan.pengotor. hisap rokok. tak pandai masak. tidur awal. bodoh. kurang sabar. tiada anak. anak cacat. anak ramai. banyak kerja. weekend marriage. duit tak cukup.gemuk. busuk. pemalas. hisap ganja. jual dadah. tak romantik. Kaki pukul.suka mengumpat.ipar duai jahat.mentua.cemburu buta.makan banyak.tidur berdengkur.kedekut.bias. dengki.jiran mulut tempayan.adik-beradik ramai.miskin.boss suka kacau.lembab.suka tengking.mengigau.boros.hutang.kereta kecik.semua.semua.semuanya.

Aku terkilan. Banyak.

Bagi yang berkaki satu, jangan haraplah boleh pandu kereta manual dengan cekap. Baik bawak auto saja. Begitu jugalah tahap iman lelaki bercita-cita tinggi ini. Jika tahap iman pada tahap manusia berkaki satu, macam mana nak mengemudi sebuah institusi perkahwinan?. Eh, dua buah institusi. Payah dan sungguh mencabar. Takkan ada yang boleh berlaku adil seperti mana yang dituntut agama. Tapi OK jika mahu berusaha. Untuk adil saksama. Untuk terus beristiqamah. Sekurang-kurangnya usaha.

Takde mood nak sambung...

Sunday, August 8, 2010

Thursday, August 5, 2010

Menyusun Butir Tasbih –Part 2

Kali pertama aku cuba menulis kisah magis ini. Aku tak tertulis. Asakan dalam kepala aku, rasa macam kepala mahu tembus, kemudian pecah berkeping-keping dan otak akan terpercik-percik ke dinding. Ah gila exaggerate.

Saat aku pijakkan kaki busuk ini ke bumi Madinah, terus satu perasaan yang tak termengertikan timbul. Muttowif beritahu yang sebentar lagi kami akan nampak kubah Masjid Nabawi. Aku pegang dada, sebab terasa macam jantung aku berhenti berdegup. Subnanallah!

Dan, aku berada di masjid yang dibina oleh Rasulullah! The greatest human being ever lived! Rasulullah pernah bersolat di sini. Di mimbarnya. Di halaman rumahnya. Aku terasa ada hubungan yang rapat antara emosi, jiwa dan tahap keimanan aku dengan magisnya Islam. Indahnya. Akrab. Terasa setiap sendi, tulang temulang dan titis-titis darah dalam tubuh aku turut sama-sama bergetar memuji keagungan-Nya. Perasaan seperti seorang anak derhaka yang akhirnya diampunkan ibunya di saat nyawanya sedang disentap.

Sebelum aku ke sini, banyak juga aku ditakut-takutkan dengan cerita-cerita pembalasan Tuhan kepada hamba yang degil. Di sana nanti pembalasan Allah adalah dalam bentuk cash. Ia memang mencuakkan aku. Ada yang tidak nampak Kaabah, bergaduh, bercerai-berai suami isteri, sesat dan hilang jalan pulang. Macam-macam cerita negatif. Ia sebenarnya akan menjuruskan orang untuk berkata tidak kepada amalan mengerjakan ibadah yang seronok dan sangat indah ini.

Tuhan akan terima ibadah ku? Adakah taubat saya diterima? Kaki aku yang buruk ini layak atau tidak berpijak di bumi suci? Semua persoalan-persoalan yang menyesakkan dada.

*******

Bersiap-siap untuk sebuah perjalanan yang lebih besar. Ke Mekah menunaikan umrah buat kali pertama. Pilu, sedih dan gembira teradun. Dalam hati aku membayangkan rupa suami yang akan mengenakan kain ihram tanpa seluar dalam, dan kepala yang botak selepas bercukur nanti. Pasti cool! Rupanya memang betul-betul cool.

Walaupun perjalanan dengan bas agak panjang kira-kira 6 jam (jarak Madinah-Mekah kira-kira 447km), dan perjalanan di waktu siang dengan suhu lebih 57 darjah Celsius. Tapi aku tak rasapun yang lama itu, yang panas itu. Aku happy dan tiba-tiba aku rasakan cinta pada orang sebelah tempat duduk dalam bas ini semakin mekar beb! Ehem!

Kami bermiqat di Bir’Ali. Terlihat papan tanda Mekah saja membuatkan zarah-zarah dalam badan aku kembali vibrate dan bergetar.

Umrah kali pertama akan dibimbing Muttowif. Ustaz Masykur yang cool dan best! Kiub hitam telah ada depan mata aku. Aku nampak Hijr Ismail. Aku nampak Maqam Ibrahim (tapak kaki Nabi Ibrahim a.s). Juga Hajarul Aswad dan Multazam (pintu Kaabah).

Kemudian.

Aku bertawaf. Bersemburan air mata. Ah, keras mana sangatlah hati kamu.

Dan aku bersaie untuk rukun umrah yang seterusnya. Juga sambil berjuraian air mata.

Ini tanah yang menerima manusia. Walau berapa gunung dosa kamu. Walau setinggi mana amal kamu. Kamu tetap akan diterima.

Tuesday, August 3, 2010

Kasut BATA Tapak Merah

Aku tak tau la apa permainan ataupun penyakit ataupun pesen ataupun sindrom ataupun fenomena ataupun trend yang melanda anak bujang aku. Kawan-kawan diapun sama.

Bermula dengan main tepuk-tepuk lantai. Siapa boleh hasilkan bunyi yang paling kuat, kira pemenanglah. Lepas tu tepuk batang aiskerim dan sejauh mana batang aiskerim tadi boleh melompat. Berdepup berdepap. Pening kepala aku. Terus terasa nak pasang alat kalis bunyi dalam rumah macam kat UNITEN tu. Gila hebat boleh menjerit sesuka hati; pada masa yang sama orang kat bilik sebelah langsung tak terganggu.

Sekarang sudah tukar. Tepuk-tepuk lantai, sakit tangan. Sekarang trend main hentak-hentak kaki pula. Tapi hentak bukan sebarang hentak. Kena pakai kasut khas. Tak boleh kasut tapak tebal. Lagi nipis lagi bagus. Kasut nipis bertapak merah. Tapak lain tak boleh. Bunyi tak gempak, macam kucing terkucil saja, apa barang.

Alahai Muhammad Ariff. Mengamuk nak kasut tapak merah. Sama macam aku mengamuk TAKNAK kasut tapak merah. Dulu la.

Masa nak naik tingkatan satu aku nak kasut Aliph. Tapi aku dapat kasut BATA tapak merah. Ah gila tak femes la nanti. Tapi setakat merungut sajalah.

Nak je aku cerita kat Ariff selain kasut bata tapak merah yang aku ada tu, aku ada lagi satu kasut lain. Aku nak bagitau dia, jiran mak aku yang kerja jadi jururawat desa kat kampung tu bagi aku sepasang kasut putih, tapak putih, ada buckle besi di kiri kanannya. Aku nak Ariff tau yang aku selang-selang pakai kasut tu dengan kasut bata tapak merah. Biar Ariff betul-betul faham cerita aku ni , masa aku pakai kasut tu, bila kena pergi surau untuk solat, atau amali solat, time nak tanggl kasut, aku akan terbalikkan kasut tu. Takpun aku akan letak jauh sikit dari kasut orang lain.

“Sebab apa mama?” akhirnya Ariff tanya aku.

Dalam sedih mama pun jawab, ‘’dalam kasut tu ada tulis, HAK KERAJAAN MALAYSIA’’.

Sunday, August 1, 2010

Aku Tengok Orang. Tak Guna Kanta

Aku memang suka memerhati gelagat orang sekeliling. Tapi biasanya aku kena la pandai-pandai cover, jangan sampai orang perasan. Perempuan hitam gemuk yang suka memerhati orang,atau lebih tepat suka jaga tepi kain orang ni, tengok sipi-sipi je. Lepas tu kumpul maklumat. Apa lagi.

Aku tengok kau-kau diperhatikan dia. Dia ralit dijeling kamu, kamu diintai sang berbulu kening nipis macam pelacur oleh diorang. Hahaha-semua orang saling pandang-pandang, jeling-menjeling. Ada guna kanta?

Pada aku bila kita perhatikan orang (aku tengok orangnya je ya, bukan handbag dia!) boleh memberikan idea dan material baru untuk diceritakan dalam blog, dan sesi yang paling sedap-cerita kat kawan-kawan. Cuma akhir-akhir ni aku nak cubalah kurangkan sesi-sesi sebegitu. Yalah, umur pun dah 37 tahun beberapa bulan, takkan sehingga aku mampus nantipun aku nak mengumpat orang jugak. Macam tak kena, kan? Orang yang berumur matang macam aku ni dah tak layak nak sibuk-sibuk ambil tahu berapa kilo gelang orang tu ada, berapa bulan instalment set sofa yang orang ni termiss bayar, dan lain-lain lagilah cerita-cerita yang sedap ditokok tambah dry sin flavour. Sepatutnya la kan? Erm..

Macam mana kita nak menilai orang hasil dari pemerhatian yang baru sekali kita jumpa. Seorang lelaki. Tengok baju seluar dia- tak bergosok rapi. Tandanya bininya pemalas-atau tak ada duit nak beli iron starch-atau bibiknya baru lari dari rumah ikut Pakistan jual karpet junjung naik motor- atau bininya dalam pantang, suami tak reti guna seterika tanpa wap. Seribu kemungkinan.

Tengok perempuan pulak. Warna tudung mecing dengan warna baju, emas di badan termasuk gelang kaki macam nak tambat anak monyet, lebih kurang 2 kilo setengah, kasut jenama rorine setona dengan hangbag jenama sama. Gincu bibir merah sangatlah mak ngah; macam pungkoq beruk. Wah rajinnya menjaga kecantikan. Tapi tidak mustahil rumahtangga tunggang langgang, bangun tidur pukul sebelas pagi, bilik air tak pernah basuh, homework anak tak pernah semak, kuku kaki laki tak pernah nak tolong potong.

Macam korang nak menilai aku. Ada guna kanta? Walhal aku ni punya la baik, tapi ada korang perasan?

******

Cerita belakang tabir : Pasar Borong Selangor, Sabtu Pagi

Aku ternampak (dan lepas tu terus la tengok) seorang yang ‘selekeh’ membeli nasi lemak lauk ayam. Syohhh..syohh dia panggil kucing-kucing yang berkeliaran kat situ hingga hujung gerai makan. Dia share makanan tu dengan kucing! Sesuap dia, dua tiga suap dia campak ke tanah kasi kucing makan. Terharula mokcik gemuk ini melihatnya. Mokcik ada?

Suatu Hari Di Bulan Julai

Julai baru saja berlalu. Orang-orang seperti Norli dan Salwanee mungkin sedang senyum-sama ada sumbing atau meleret-leret. Sebabnya bila tengok prestasi urusan membuat duit atau memberanakkan duit dalam akaun orang lain untuk setengah tahun pertama yang lepas. Biasanya ramai yang akan senyum sumbing.

Julai pada aku tak berapa nak best sangat. Sakit nak beranak buat kali pertama, jatuh dalam bulan Julai. 44 hari kena jalan sambil kepit-kepit. Tetek bengkak, perut buncit(dan kekal hingga ke hari ini- menyampah!). Dah la tak boleh makan aiskerim. Sambal udang jangan harap. Satu je yang best -sebab dapat anak yang comel dan wangi.

Julai jugaklah bapak aku mati. Abang Mi mati. Pada hari yang sama. Keakraban mereka ibarat anak dan ayah. Sepanjang pemerhatian aku, selalu juga aku nampak Abang Mi hulur duit pada ayah. Walaupun jari dia kudung tiga batang kena bom ikan, tapi jumlah yang dihulur tu agak berbaloi.

Julai lagi.

Buat kali pertama Encik tuan tanah pergi Finland. Lepas tu pergi German pula. Wah jauhnya outstation. Terasa macam aku ni bini konsulat-walaupun masa tu sekali haram aku tak pernah naik kapal terbang.

Oh, Julai juga aku dapat adik ipar bongsu. Kenduri serba sederhana saja. Iyalah, mak akupun cuma ada basikal tua, lain la kalau dia ada Honda Accord warna urban titanium. Bolehla buat kenduri besar-besaran.

Kecik-kecik dulu aku suka duduk kat hujung julai pokok jambu isi merah. Bergayut macam kera. Cuma ekor aku tak sepanjang ekor kera dan bapak kera tak macam bapak aku -bila bapak nampak aku panjat pokok-dia suruh turun-balik rumah kena rotan.

Tapi, bapak kera mungkin libas anak kera dengan ekor.

Tuesday, July 27, 2010

Bumi Berpasir. Ramai Orang Tolol Di Dalamnya

Lama tak pergi pasar malam. Patutla duit berlebih-lebih je bulan ni. Rindu pulak kat budak jual keropok lekor Noba.

Balik dah lewat. Pasal dinner tak perlu risau dah nak masak apa. Boleh ambik mudah. Macam mana aku ambik mudah kata-kata MD pagi tadi.

Ada orang kata, kita teraniaya. Mood sedang dibawa pergi. Semangat cintakan kerja (kalau la pernah ada) sedang melayang.

Hah teraniaya? Korang memang tolol!

Tuhan sedang berbicara dengan kamu (ni dialog aku pinjam dari movie Ayat-ayat Cinta; scene mana carilah sendiri heh!). Tuhan nak uji kamu.

Rezeki ada di mana-mana.

***
Malam.

Terima kunjungan tetamu. Datangnya tetamu, itu tandanya rezeki. Kerepok lekor Nobalah jadi hidangannya. Sambil berborak-borak dengan tetamu- terpaksalah aku melayan TV.

Hotel Mania.Sah aku pulak yang tolol sepanjang malam sebab tengok cerita tu!

Monday, July 26, 2010

Menyusun Butir Tasbih

Pemergian ini adalah plan yang dah tertangguh sebenarnya. Hati memang meronta-ronta nak pergi pada bulan Februari dulu lagi. Tapi seperti biasa, sibuk dengan urusan dunia. Tertangguh lagi.

Bagi yang belum pernah menjejak kaki ke bumi suci ini, percayalah cakap aku yang kadang-kadang suka menipu ni. Pasti akan jadi pengalaman indah, syahdu dan yang dirindu-rindu. Sumpah lagi best dari pengalaman malam malam pertama dan malam-malam seterusnya. Setakat pengalaman pergi ambik gambar terdongak nampak lubang hidung dan Eiffel Tower menjadi latarbelakangnya, pun tak best. Apa lagi setakat beli handbag LV sekali dua bijik, walau yang koleksi terbaru.Pun tak best juga. Apa lagi bandingan yang dirasakan paling meletup? TAKKAN ADA.

Aku tak tau nak mulakan cerita dari mana. Berasak-asak cerita dalam kepala. Aku tak jadilah nak cerita.

*******

Aku tengah buat apa sekarang? Aku tengah kumpul duit tahun depan nak pergi lagi. Kalau sesapa takde perasaan nak pergi, hidup korang memang sedang dirundung malang.


Ni gambar dalam masjidilharam. Memang tak sempat nak jenjalan di keseluruhan masjid.


Pasti dirindui. Tak puas pandang. Multazam-salah satu tempat yang mustajab untuk berdoa selain dari Raudhah dan Hijir Ismail


Hensemkan mamat ni? :P


Yang ni aku memang kagum. Tiba je time solat, berduyun-duyun pekerja construction Saudi Bin Laden ke masjid untuk bersolat


Pandangan depan Masjidilharam Gate 79-King Fahd

Batu asal Masjid Hudaibiyah. Titik tolak perkembangan Islam semenjak tahun 8H hingga kini

Gua Hira'.


Jabal Rahmah-Tempat pertemuan Adam dan Hawa masa mula-mula dicampak ke bumi


Dataran Masjid Nabawi. Subhanallah

Makam Baginda Rasullah.

Wednesday, June 30, 2010

Wish List

Sampai satu tahap bila dah tak ada benda yang boleh dimasukkan dalam senarai permintaan atau senarai hajat, adakah kita sedang menuju ke arah kaya? Ke itulah bahagia? Tanda orang bersyukur?

Minggu depan aku tutup jap pintu belog aku ni –tak lama dua minggu je. Kalau nak masuk jugak, sila guna kunci pendua-ada tu aku letak bawah pasu pokok mas cotek.

p/s Sepanjang aku tak ada ni, pandai-pandailah korang fikir nak masak apa untuk memikat perut suami tu. Cekodok tauge dihentikan siaran selama 2 minggu. Nasi goreng wonder pet pun sama. Jangan nak mengidam-idam.

Balik nanti aku bawaklah kismis ngan kurma sejemput kongsi tiga orang.

Thursday, June 24, 2010

Kehilangan Ini

Hari ini hari ke enam Teh tiada. Kehilangan lelaki ke dua dalam keluarga aku. Dah tiada lagi warga lelaki dalam keluarga selepas ayah.

Aturan Tuhan cukup indah. Semua in order. Siapa yang perasan pasti berdegup jantung dan tersentap hatinya dengan tanda-tanda yang ditunjukkan sebelum seseorang itu akan pergi. Beberapa kali juga hati aku berdegup sebenarnya.

******
Keputusan Teh untuk berhenti kerja di Kemaman dengan alasan untuk menjaga mak yang sendirian di kampung, memang mencairkan hati aku. Sebelum ini, pada zaman remaja kami, aku selalu geram dan banyak juga marahku disebabkan dia. Aku malu bila dia satu-satunya lelaki dalam keluarga tidak habis belajar (dan tak dapat masuk university). Maaf-aku mengukur kejayaan seseorang bilamana masuk universiti-dapat kerja bagus-makan gaji besar. PADA MASA ITU. Jangan marah aku! Itu sentimen yang diterapkan dalam kepala otak aku oleh cikgu-cikgu dan ibubapa aku mungkin.

*****
Bila Teh call menangis minta maaf ngan aku dan suami, aku jadi tercengang. Biar betul. Kebetulan dia sedang demam pada masa itu. Jadi aku merasakan mungkin disebabkan kesihatannya yang tidak berapa baik menyebabkan dia berperlakuan begitu.
Aku tak sedap hati.

Call Ngah dan Cik.

“Jom balik kampung tengok Teh demam. Lain macam je mintak maafnya tu.”


[,]

Sehari lepas semua adik-beradik balik menjenguknya, adik call beritahu Teh demam makin teruk dan tak boleh bangun. Budak-budak kampung tolong bawak ke hospital dan hari yang sama juga aku dan adik beradik yang lain balik lagi jenguk Teh. Doktor mengdiagnosnya dijangkiti Meningoencephalitis –jangkitan kuman di selaput otak.
3 hari di hospital, Teh makin ok. Macam ok. Kami sepakat adik beradik untuk transfer ke hospital di area KL due to logistic reason. Dia minta nak balik ke rumah, nak jumpa mak dan mudah nak solat. Merayu-rayu pada Doktor.

Dia dikeluarkan dari hospital atas risiko sendiri.

Sehari di rumah aku. Dia nampak lebih tenang berbanding masa kat hospital.

*******
Dia mintak aku tolong belikan handphone. Aku bergegas ke MetroPoint, Belikan. Balik tu dia minta pula belikan seluar. “Di nak warna putih’’. Gila aku berdebar.

Sabtu.

‘’De nak pasar ni, kejap lagi Cichik ngan Ngah datang. Balik pasar De pergi kursus’’
Dah tu bilanya nak beli seluar putih?
‘’Petang lepas abih kursus la De pergi cari...’’
‘’Dan ke...’’
perlahan suara dia tanya lagi. Sungguh darah aku berderau lagi.
‘’kalau macam tu balik dari pasar nantilah De carikan..,De nak pergi dah ni.’’
Aku nampak dia duduk di birai katil, senyum je lepas mandi.

‘’De...’’ dia panggil lagi. Aku masuk semula dalam bilik dia.
‘’De..sayang sikit..” Dengan hati yang rasa berbongkah-bongkah aku cium tepi mata dia.

********

Adik sms suruh aku cepat balik. ‘’Teh dah nazak ni’’.
Aku, ‘’cepat adik ambik semua surat-surat hospital, De balik ni terus kita pergi..’’
‘’Tak dan dah..tak dan dah..’’


[,]

Aku dan suami pangku dia, ajarkan syahadah. Aku sempat bersama dia sebelum nafasnya yang terakhir kira-kira dua minit. Aku nampak kumat kamit terakhir dari mulutnya, Allah..Allah...
Aku tidak ralat sikit pun. Langsung. Aku tau dia pergi dengan tenang setenangnya. Aku perempuan cekal. Teh pernah ucapkan itu.

Arghhh..Macam drama TV. Memang.Itulah sebahagian episod drama hidup aku. Ditayangkan pada 19 Jun 2010 yang lalu.

Tuesday, June 15, 2010

Saya tanya anda jawab.

*Gembira tak bila dapat adik ipar?

*Suka tak bila awak kahwin dengan pakwe masa sekolah rendah yang dah kerja pilot dan dah belikan awak rumah banglo 5 bijik?

*Kalau awak kena ragut dan gelang kesayangan kawan awak yg pinjam sekejap untuk melaram pun kena sentap juga dek peragut tu, macam mana?

*Best tak perasaan bila mak mentua langsung tak puji masakan awak tapi awak tengok suami dan bapak mentua pulun hingga lupa orang keliling?

*Apa awak rasa bila kawan lelaki awak dari luar negeri belikan awak handbag yang harganya separuh dari harga kereta kancil sedangkan awak adalah isteri orang yang hanya mampu beli beg Forrest Timber?

*Rasa bila ayah awak mati?

*Rasa bila ada wanita sms isteri awak dan mengaku dia cintakan awak?

* Sementara tunggu lampu isyarat hijau. Awak nampak seorang bapa yang sedang menunggang motorsikal kriss dan membawa anaknya yang berumur 2 tahun tanpa menyedari selipar Ben10 anaknya terjatuh. Awak berada di dalam bas yang tingkapnya sangat ketat dan mustahil untuk dibuka oleh kudrat seorang perempuan yang belum ambil sarapan. Awak tidak dapat jeritkan ‘bang! Selipar anak abang jatuh!”

*Bagaimana anda nak memberitahu kawan karib anda bahawa giginya terlekat cili semasa dalam meeting yang tersangat penting dan dia sedang bercakap dan ketawa berdekah-dekah tanpa henti?

*Sakit tak nak beranak?

*Agak-agak bila kak Mah nak tukar stail rambut dia? kuruskan badan?

*Susah tak buat kek pisang?

*Apa perasaan bila baca blog ni?

Wednesday, June 9, 2010

Kau Ibarat...

Aku ibaratkan sahabat umpama hingus. Kita sayang nak hembus buang keluar dan biarkan dia menyesakkan hidung hingga menyukarkan pernafasan. Kita pilih begitu, kita sebenarnya rela, kan?

Dan,

Aku umpama adik beradik seperti tahi hidung yang sudah keras. Kita akan mengalami sedikit kesukaran semasa mengorek untuk membuangnya. Tapi biasanya kita tidak akan mencampakkan merata-rata. Sebaliknya kita akan menggentel-gentelkannya, sasarkan tempat untuk kita menjentiknya pergi. Walau dalam kebanyakan masa kita sebenarnya mengutip semula, mengunyahnya dan telan!


:)

Tuesday, June 8, 2010

Aku Jadi Kamu. Meh Aku Try!

Nama aku Abu Samah. Nama yang aku gunakan dalam facebook adalah Samm. Usia? Sedang-sedang sedap. Lelaki matang yang penuh dengan keghairahan dan sedang menikmati hidup. Aku memegang jawatan besar dan bergaji besar. Baru-baru ni aku baru saja menyudahkan satu projek mega di Kemaman. Jadi sekarang aku mahu duduk bersenang-lenang, happy hour sampai subuh.

Aku sedut asap rokok dalam-dalam. Wangi. Terasa nyaman bila asap harum tersebut meresap perlahan-lahan ke paru-paru aku yang makin hari semakin kering mungkin. Ah, mati, semua orang akan mati. Aku sedikit angkuh, sesuaila dengan perwatakan aku yang jantan dan sekali-sekali boleh memberikan pandangan maut hinggakan wanita boleh cair.


Aku tersenyum sendirian mengenangkan betapa indahnya dunia lelaki. Petik jari (dengan wang) perempuan berduyun-duyun datang. Simpan jambang macam Sizi Oraza, membondong-bondong wanita kejar. Itu belum lagi kalau perut kempis ada 6 petak, lengan sebesar baldi, pasti boleh dijadikan modal untuk menawan hati wanita.

Aku senyum lagi. Aku boleh leka menonton perlawanan bola sepak, pertandingan snooker, atau apa jua jenis sukan tanpa perlu fikirkan esok nak masak apa, pergi kerja nak pakai baju mana dan 1001 hal-hal yang sangat remeh tapi adalah isu negara bagi wanita-wanita.

Aku teringatkan wajah Sheeda anak Datuk Karison. Genit menggoda. Terbayang-bayang suaranya yang halus di hujung talian meminta aku menemankannya membeli-belah. Aku turutkan saja demi cinta.

Urusan membeli belah dengan si dia membuatkan aku terlepas 3 waktu solat, 3 waktu makan dan tiga kali juga aku tersengguk-sengguk di luar kedai handbag.

Aku balik dengan rasa mual, pening, serabut dan menyesal. Sekali dengan pakej sakit-sakit di tumit, sengal-sengal otot betis dan kejang urat belikat.

Aku malas nak fikirkan berapa duit yang telah dihabiskan. Itu akan menghentikan degup jantung aku pada saat tu jugak.

**********

jin ! tolongla, jadikan aku perempuan semula! Aku tak sanggup jadi lelaki kalau macam tu gayanya, Itu baru satu bab. Ada 14 kali beribu-ribu bab lagi perihal tentang wanita yang aku tak sanggup hadapi!




Laaa! yang nipun korang baca jugak ke? haha...

Pesanan untuk orang yang tidak bertamadun tapi yang bertamadun sangat tu, janganla buat hal.


















Pesanan ni bukan untuk orang yang tidak bertamadun. Kalau orang yang paling bertamadun atas dunia ni atau mana-mana dunia kartunpun, tapi kalau dah tak sempat tahap dewa dewi tu, (bukan setakat bulu tengkuk yang meremang, bulu-bulu hidung semua rasa tegak), bila masa nak pikir tak boleh kencing kat pagar orang ke hapa. Janji legaa...

Saturday, June 5, 2010

Aku Ada Untuk Mu-Sentiasa

Hari ni sang pendekar demam. Semalam aku sesedap perut je merayap. Sebelah pagi kebetulan aku ada kerja di KL, tapi urusannya lebih kurang separuh masa pertama perlawanan bola sepak saja. Sebelah petangnya siap ambil cuti untuk terapi minda.

Balik rumah tengok member dah tergolek demam.

Aku tak risau sangat kalau aku yang sakit, aku boleh lepak-baring-layan perasaan. Selera makan ON saja. Tapi kalau sang arjuna sakit, aku pulak yang jadi tak keruan. Rasa macam peranakan turunlah, rasa macam sakit bengkak hati, batu hempedu, demam urat-segala macam rasa. Kencing pun rasa tak berapa nak lawas.

'Nak mama'...ayat standard beliau tengah sakit. Tapi kalau beliau tengah tak sakit, aku tau beliau nak mama juga.

Aku telefon mak. Biasalah. Syahdu-syahdu, sedih-sedih cari mak. Bila duduk bersenang-lenang, makan sepanjang hari, tengah ketawa berdekah-dekah, langsung tak terlintas bayang mak. Anak hapa!

Teringat bagaimana mak menjaga arwah ayah-sepanjang ayah sakit. Penuh keikhlasan. Manis je muka mak. Tak pernah merungut dan buat muka kelat macam aku kalau time anak-anak mintak makan di tengah malam. Mak sentiasa di sisi ayah. Padahal mak lebih berkerjaya dari aku 14 kali ganda.Dulu aku malas nak memahami perasaan orang sakit. Yang aku tau dan realize, orang tengah sakit, suka marah-marah. Bentak-bentak kalau lambat sikit dapat apa-apa yang dia mintak. Aku tak paham macam mana mak boleh tahan dengan 'baran' ayah.

Aku ni misi (nurse) yang garang, ayah merungut. Nenas tak boleh, anggur kena pantang, air gas bahaya, makanan berminyak nanti sakit dada. Tapi di sebalik pantang-larang aku tu, aku bukannya sepenuh jiwa sangat menjaga ayah. Konon-konon dari pembacaan akulah semua tu-orang sakit macam ayah kena berpantang makan. Bukan itu yang ayah mahukan.

Balik dari kantin, mak terus terpa ayah. Masak untuk ayah, buat itu ini untuk ayah. Ibaratnya kaki tak jejak tanah. Sebab itulah, aku, Cikgu Azimah dan Cichik jangan cari pasal buat-buat tak hormat pada suami. Mesti kena dengan mak punya.

Pantang mak kalau sampai suami cari air minum sendiri, cari makanan sendiri kat dapur. Semua kena hidang, kena manjakan suami. Kena layan suami baik-baik. Erk!


Aku banyak belajar dari mak. Aku nampak kasih sayang mak yang dipindahkan dari sudu ke sudu susu suam yang disuap ke mulut ayah. Aku terkenang kudusnya cinta mak melalui suapan nasi untuk ayah, walaupun kadang-kadang tiada sesuappun yang ayah telan. Patutlah ayah sanggup memilih hidup tanpa harta demi mak.


Suara-suara itu : Kata banyak belajar dengan mak. Pergilah picit-picit badan suami kamu tu. Usap dia dengan kasih sayang. Ini tidak, sibuk menulis blog. Isteri hapa!

Thursday, June 3, 2010

Jentu Kering

Tangan meramas jentu kering
Jika boleh dibuat penawar
Alahai berontak jiwa
Mudah gelodak
Kecamuk.

Rasa bagaimana yang diimpi
wang penuh 14 kendil?
cantik manis yang merah pipinyakah?
nikmat ketupat palas yang cukup lemaknya?

Aku perlu bimbang.

Bila buih teh tarik tidak lagi terasa nikmatnya
Tidur kurang jerab
Sonatapun sudah sumbang di telinga

Aku, kau kena ingat mati. Lebih kerap.

Tuesday, June 1, 2010

Deskripsi Gambar- Rumah Kecil Di Tepi Sawah


















Gunung Dayang Bunting dijadikan latar dalam gambar. Walau bagaimanapun tasiknya tidak dimasukkan sekali dalam gambar. Matahari yang kemungkinan pada masa itu berada pada jam 7.10 pagi waktu tempatan dan sesuai untuk orang-orang yang bersolat subuh gajah. Seperti biasa matahari akan naik di celah bukit yang ke dua dan dipercayai di sebelah perut dayang bunting. Sawah padi yang tertera dalam gambar pula dirakam di negeri sebelah utara Malaysia. Tiada papan tanda yang tertulis ini lagi lagi dan lagi projek oleh Bahang Neraka, menyukarkan penulis untuk mengenal pasti lokasi sebenar lanskap ini dirakam. Juga tiada tanda-tanda gambar ini disnap di Bandung. Ini kerana pada saat gambar ini dirakam, jurugambar belum ada paspot antarabangsa, yang ada cuma paspot Singapore, itupun paspot kelompok semasa kali terakhir jurugambar mengikuti LASBELA ke Singapore untuk membeli buah laici dan kain tuala $10 tiga helai.

Oh ya, penulis terlupa tentang padi-padi yang ditanam dalam lot sawah tersebut. Teknik kuku kambing yang digunakan untuk menanam padi seperti yang dijangka mengakibat padi-padi itu tumbuh jarang-jarang. Kemungkinan sedepa satu. Tiada imej 3 dimensi juga menyukarkan penulis untuk mengulas dengan lebih tepat.

Hah! Penulis memang tak sabar-sabar ingin mengulas lanjut berkenaan rumah di tepi sawah itu. Rumah pusaka tinggalan bapa pemilik yang menjadi rebutan pemilik 5 beradik nyaris-nyaris dirobohkan. Alang-alang berebut biar berbagi papan serta paku. Dapatlah barang 14 keping papan dan segenggam paku karat seorang di kalangan adik beradik pemilik. Rumah tidak bernombor itu juga rasanya tidak mendapat liputan perkhidmatan Indah Water Konsortium untuk urusan dan jalan penyelesaian bagi masalah kumbahan dan sisa buangan. Jadi tidak mustahil sisa kumbahan disalurkan terus ke Empangan Kenyir.

Bapa pemilik bercadang untuk menukar tangga kayu itu kepada tangga batu seperti rumah-rumah di Melaka. Cadangan tersebut tertangguh kerana tukang rumah sibuk dengan projek menaiktaraf rumah peneroka FELDA dengan kos sebanyak RM40,000 walaupun rumah yang telah siap nampaknya seperti berharga RM5,000 sahaja atau lebih tepat sama seperti stor penulis pada zaman penulis menjadi kaya nanti. Itu penulis tidak mahu komen apa-apa dan biarlah sekali-sekala penulis berprasangka baik kerana wang-wang itu mungkin telah disedekahkan kepada rumah anak-anak yatim di sekitar Kampung New Zealand Maran.

Penulis memohon agar pembaca tidak tersalah anggap pada tiang rumah bapa pemilik tadi. Tiang tersebut terpaksa dialas dengan bata untuk mendapatkan rumah yang tinggi sedikit agar dapat menyerlahkan unsur-unsur elegan. Ini juga boleh menyelamatkan tiang rumah dihurung semut. (Penulis beranggapan bahawa pemilik rumah ini menggunapakai konsep meletakkan bekas berisi air di kaki meja makan untuk mengelakkan semut menghurung makanan di atas meja makan tadi- so samalah)

Berkenaan langsir rumah tersebut, ermm penulis tidak berapa pasti sama ada dibeli di Nilai 3 ataupun SSF Curtain. Teknik jahitan juga berkemungkinan adalah pencil pleat dan bukannya Eyelet seperti kesukaan penulis.

Pokok kelapa di sebelah rumah tersebut bakal ditebang sekiranya ada adik beradik pemilik yang akan melangsungkan perkahwinan. Semata-mata untuk mengambil umbut kelapa untuk dibuat acar masak mahupun mentah. Resipi masakan umbut boleh gugel di blog Cik Mat Gebu ataupun sms saja pada Che Un untuk resipi masakan umbut versi Gunung Senyum.

Penulis dah tak rela dikutuk berlebih-lebihan jadi penulis tidak bercadang untuk menghantar artikel ini ke majalah Pancing untuk memenangi hadiah berupa stok mata kail yang mampu menawan ikan secara 3 penjuru.


p/s lukisan sebegini yang selalu aku lukis masa sekolah rendah. Asal kena lukis pemandangan, macam nilah aku lukis. Walaupun di kampung aku tak ada sawah padi, tapi bila membayangkan sawah atau bendang yang luas saujana mata memandang boleh juga mengubat hati yang lara.

Semalam aku terasa nak lakarkan semula gambar ni. Masa aku lukis dulu, rasanya inilah lukisan yang paling damai dan tenang.Bila aku lukis semula ni, nampak gayanya macam sama dengan versi masa aku kecik-kecik dulu. Nampak sangat skil melukis aku tidak berkembang dan masih di takuk lama.