Pages

Sunday, February 28, 2010

Kalau kau pernah dicaci, tandanya kau belum layak digelar SEMPURNA

Biarkan sesekali diri dihina, barulah kau akan buka mata, buka minda.
Sebuah kepayahan, tiada ertinya jika kita tidak bersusah-payah untuk mengikisnya pergi.

Entah. Aku terasa ingin mencatat sesuatu pada hari ini 28 Februari 2010

Tuesday, February 16, 2010

Biar Aku Luahkan

Tulisan bisa meruntuhkan ikatan, coretan pula mampu melarakan hati sengsara. Namun nukilan juga berupaya membuai minda dan mendamaikan jiwa. Aku memilih untuk menukil agar bisa membuatkan kamu tersenyum. Izinkan aku...

Dicatat pada 21 Januari 2010

Ayah Pernah Berpesan...Pesanan Itu Tunjang Hidupku

Bila teringatkan ayah, aku memang sebenarnya banyak teringatkan nasihat, petua dan kata-katanya untuk kebaikan dan kesejahteraan. Banyaknya disampaikan dalam lawak jenaka dan penuh berhemah. Kadang-kadang terkeluar kata-kata puitis, luahan kata cinta pada wanita bernama Fatimah juga pernah aku dengar. Mak yang dipanggil Moon, tanda cinta untuk wanita paling cantik di mata hatinya. Secantik bulan di pagar bintang, walaupun hakikatnya dulu mak yang bersaiz jari kelingking dah bertukar ke saiz beribu-ribu batang jari kelingking. Cinta mereka terhenti di saat hembusan nafas terakhir hayat ayah. Ianya pasti akan bersambung kembali di syurga nanti.

Ayah kata, kena tengok adik-adik. Sebab tu aku hanya tengok lebih dari menjaga mereka. Tapi tidak sekali-kali aku abaikan yuran UiTM Cichik dan Adik. Walaupun diorang terpaksa menerima bebelan dan leteran, cabaran demi cabaran kena tempuhi untuk dapatkan transfer fund dari aku. Aku hulur juga duit pada Teh walaupun dia kerja. Walaupun kerjanya gitu-gitu je, tapi dia masih bekerja. Tapi kalau ayah masih ada, pasti itu masih belum mencukupi. Aku kena jaga mereka, dengan sebenar-benarnya apa yang terkandung dalam maksud JAGA itu. Itu juga amanahnya pada Ngah untuk menjaga aku, Teh, Cichik dan Adik Anna. Dia sulung, dan pastinya lebih berat istilah jaga itu padanya.

Bukan sembarangan macam jaga atau pak guard yang bila kereta lalu, tabik spring abis, lepas tu rumah kena masuk perompak jugak. Tak sama macam orang yang bekerja sebagai jaga, tapi selalunya ada orang lain pula yang kena ‘jaga’ kan mereka dari lena.

Mereka berkudis, aku kena sapukan ubat biru. Mereka luka kaki ditimpa pagar balairaya, aku kena cepat bertindak sapukan ubat kuning. Bila mereka demam, aku kena patah-patahkan Cortal agar mereka senang telan. Itu jaga yang ayah maksudkan.

Ayah pesan juga... cebok air kena basuh. Kena sental dengan berus sabut, tenyeh dulu dengan sabun mandi yang dah kecik. Itu amatlah tidak relevan pada aku. Itu Cuma kerahan seorang ayah yang ingin menguji kuasa vetonya. Dah tak ada benda lain dah nak dibasuh?

Tapi hari ini, aku akan pastikan cebok di rumahku berbasuh, disental. Rumah mak juga. Kalau aku malas, aku kerahkan Una, takpun Adik untuk menyental. Pastikan cebok bersih. Aku dah faham maksud kerahan itu. Tapi semua selepas ayah tiada.

Ayah pesan lagi, lipat kain kena bentang lebar-lebar. Tak boleh lipat atas riba. Duduk bersila dan kena tekan dan gosok-gosokkan hujung ke hujung. Biar kemas. Aku bersungut juga. Tak ada sapa nak tengok lipatan kain kat rumah kita. Aku ikutkan takut ayah marah.

Tapi sekarang, aku sakit mata bila tengok bibik lipat kain. Atas kekudapun boleh lipat kain. Macam-macam saiz ada. Aku bukak, bebel dan lipat balik. Ayah pasti dapat rasakan itu.

Ayah pesan dan cerita macam-macam. Aku jadi rindu bila ayah mengisahkan cerita kebodohan orang asli. Walaupun mungkin ayah tak sempat tahu pasal orang asli kat Bangas dah bukak ladang kayu jati dan ada yang jadi Engineer.

Ayah..salam kerinduan dan kasih sayang dari anakndamu. Semoga rohmu dicucuri rahmat selama-lamanya.

Aku ada berita bahagia

Kita gembira bila banyak hal yang kita harapkan berlaku, ianya benar-benar berlaku. kita akan kata, doa telah dimakbulkan. Tuhan mendengar dan faham isi hati dan keinginan kita. Walaupun sebenarnya bila-bilapun Tuhan memang di sisi kita, saat kita suka atau alpa sekalipun.

Baru-baru ni aku gembira.Ini bukan first time aku gembira. Selalu-selalunyapun aku tidaklah tergolong dalam species yang suka memendam rasa, mengumpul duka. Aku seorang yang boleh bergembira walaupun di celah hatiku terpalit keresahan. Tapi itu bukan auta. Cuma sedikit kelebihan hati aku, ia bijak mengasingkan dua rasa itu. Kiri adalah duka, dan kanan pula kebahagiaan, mungkin.

Aku gembira bila berjaya menemukan Nazri ku dengan Nazri Sha. Kali terakhir pertemuan kami di rumah Mat (Nazri) di Kuantan, sewaktu tu Nuhaa masih meniarap. Kini dah 11 tahun berlalu. Wahai Nazri-Nazri sekalian, boleh ye kalian saling lupa-melupakan satu sama lain. Hish...

Aku juga berjaya menemukan Atoq, Idi dengan Norol. Mereka juga pasti segembira aku. Kan aku dah kata, pencapaian diutamakan.

Wednesday, February 10, 2010

Selamat Hari Lahir..Suami

11 Februari 2010

Tidak ada kata yang tepat untuk menggambarkan rasa sakit ibumu ketika melahirkan kamu.

Sama. Aku juga tidak dapat mengungkapkan sebarang bicara apabila aku sakit dek kerna kamu tidak bersamaku.

Kau lah Penyelamat Bangsa

Hari rabu aku nak cuti, jadinya as usual petang selasa, akupun melenggang kangkung la ke pasar malam. Nak catwalk or moonwalk kat pasar tu, rasa macam tak de akal la pulak. .Beli tak beli belakang kira, janji aku merayap.

Sampai rumah dah dekat pukul 7.00. Nampak je aku balik, menonong-nonongla bibik pegi dekat aku. ‘’Lama saya tunggu kakak balik,”, muka bibik aku cam cemas. Kecoh la pulak ko tunggu aku, tak pernah-pernah selama ni ko bagitau ko memang menanti-nanti kepulangan aku.

“Kak, tu di belakang ada kawan saya lari dari majikannya di Shah Alam, tak tahan kerja berat, kerja kontrak..tot tet tot tet’’ laju jer bibik aku beri penerangan. Penerangan tersebut diberikan dalam Bahasa Indon, slang Jakarta Ulu.

Ingat aku marah? Oh tidak..Wanita mulia berjiwa kudus ni mana reti marah. Cuma muka aku je bertukar jadi kekuning-kuningan. Sikit lagi nak kuning cam baby kena jaundice.

Ni dah dua kali kejadian seumpama berlaku. tapi kali ni yang datang, dah upgrade la sikit. Sempat bawak lari ngan passport. Buatnya rumah aku kena serbu polis, takde la aku takut sangat nak jawab soalan pemberita. Aku dengar je citer dia, tapi malas nak percaya. Ni macam kisah hangat si mamat dan jejaka yang tunggu dia di hujung katil sementara dia ‘dipaksa’ bersihkan diri tu la..malas aku ambik port. Tapi tu kisah kat kondo, ni kisah kat rumah aku, macam mana aku tak ambik kisah pulak.

Adoi peningla. Aku pikir-pikir balik. Baik sangat ke aku ni, sampai ada yang suka menumpang dan rumah aku selalu jadi rumah pelarian. Ataupun..apa lagi, puncanya bibik aku la. Dia tak memainkan peranan sebagai bibik. Sibuk nak jadi wakil rakyat. Hishh..jaga betul kebajikan rakan senegara. Aku rasa kalaulah bibik aku bertanding dalam pemilu Indonesia akan datang, sah-sah dia menang mudah. Pandai betul mengambil hati rakyat. Dia memang pegang betul kata-kata ‘’rakyat didahulukan’’ tu.

Lepas bincang-bincang dengan tuan tanah dan syaratnya, ‘’malam ni je, suruh sapa tu yang janji kata nak ambik dia kerja, datang ambik dia petang esok”.

*********
Rabu. Petang. Lerr ada lagi.. alang-alang Atoq panggil aku mak ayam, nak je aku jual budak ni kat Awea. Tapi muka pulak tak berapa nak semenggah. Bulu roma je ada iras-iras bulu roma model anak-anak ayam Awea. Bila tengok muka, badan, rambut dan lain-lain tu, dia ni jadi model julap ke, bedak hibka ke layak la...

Khamis. Nasib ko dah blah. Kalau tidak aku jual je kat pasar 3 Abdul tu.

Monday, February 8, 2010

Antara Aku dan Kamu, Ada Kita 3

Biarkan daku sendiri. itu bukan pilihan kita. Itu
hanya sebuah kasih yang tidak tulus. Di saat cinta terleka, aku gagal menahanmu dari pergi. Duhai kelip-kelip, bisakah kau terangi hatiku yang basi? Melihatmu tiada, hatiku rawan . Teguhkan
ikrarmu di sini.













Jangan biarkan aku di situ. Tanpa rasa.

Wanita itu berdiri di tepi jendela lebar berlangsir warna emas pekat kain berat sarat hiasan. Matanya menyorot pandangan ke KLCC. KLCC dipandangan matanya hanya dua depaan tangan. Tanpa sebarang kerut di wajah. Dia kembali ke sofa empuk bersalut sutera satin sambil menguis biji berlian tertanggal di atas permaidani buatan tangan. Tag harga Ferragamo RM puluh-puluh ribu dicampak ke longgokan beg-beg lain yang masih belum ditanggal tag harganya.
Wanita itu menjengah ke luar semula. Dia masih keseorangan. Harapannya agar semua longgokan beg di lantai boleh diubah menjadi sekumpulan sahabat karib yang setia mendengar rintihan, luahan rasanya. Kumpulan rakan yang melayannya berbicara. Itu tidak mungkin. Longgokan itu kaku di situ. Tanpa rasa. Tiada nyawa. Wanita tadi juga seolah-olah telah kehilangan jiwanya.

Leka wanita ini menekan punat telefon. Hampa. Tiada suara kudus menyahutnya di hujung sana. Yang tinggal hanya desir angin. Dengusannya perlahan. Hiba. Apakah dia kehilangan lelaki yang dicintainya?
Powered By Blogger