Pages

Showing posts with label Hobby Lobby. Show all posts
Showing posts with label Hobby Lobby. Show all posts

Friday, March 25, 2011

Tulisan tanpa spesifikasi. Cuma sedikit lurus bendul dan agak tolol

Aku tak pernah ceritakan perihal kamera aku. Dan kerja-kerja mengambil gambar. Itu salah satu hobi aku. Banyak sebenarnya hobi aku. Dah jenis keturunan tak boleh tengok orang ada, akupun menggeletis nak juga. Walaupun sejam seminggu untuk dihabiskan untuk aktiviti mengambil gambar ini payah untuk aku commit, tapi bila memegangnya dan dapat hasil yang aku suka, itu sudah cukup. Jadi kes menggeletis aku tu sebenarnya berasaslah jua. Aku suka dengan gambar-gambar yang boleh bercerita walau tanpa sepatah kata.

Tambahan pula bila tengok kawan-kawan yang berfoya-foya dan konon-kononnya pergi outing mengambil gambar, memang seronok. Seronok kerana ianya melibatkan kreativiti yang sangat subjektif perihalnya dan akan menghasilkan sesuatu yang kadang-kala tak terfikir dek akal. Ada gambar yang nampak bodoh tapi dikatakan nilai seninya setinggi langit ke tujuh. Ada foto yang toya, tapi dibida dengan harga ribuan ringgit. Tak kurang juga potret yang bengap nak mampus tapi diangkat sebagai karya seni teragung. Pelik, itulah rasa. Memang takkan sama.

Itulah juga sebahagian dari seni. Aku gelarkan sebagai karya jiwa. Lagu jiwa. Bila lagunya sendu, hasilnya mungkin muram dan bisa menitiskan air mata ramai orang. Bila pula lagunya riang, adalah segelintir manusia yang terasa seperti berada di kayangan memakai persalinan baldu wangi kasturi. Peh.

Tak ada gambar terbarupun untuk dikongsi. Cuma aku gagahi untuk menaip kerana aku tahu ada di antara kamu di luar sana yang menanti juga tulisan aku. (A ha aku perasan!). Bukan aku tak mahu menulis, aku tengah sibuk cari duit ni.

Sunday, May 17, 2009

Fridge Magnet

Ntah mana datangnye minat aku collect fridge magnet nih..kalu ikutkan cm leceh je..bukan apa..nk kena maintain cuci sebab, for sure akan lekat2 minyak..pastu mesti senang kumpul abuk..tapi bila tengok design yang comel-comel dan yang paling penting aku leh meneroka ke merata dunia..eh...'e-pergi' ke merata dunia..;P..
Sebahagian dari koleksi aku....
Powered By Blogger