Pages

Wednesday, December 30, 2009

Gelang Kristal, Linda, Aku dan Pasar Philipines





adehh..dan-dan rasa nak tido bila tengok signboard ni..

' Perumahan' warga Philipine di kawasan Sutera Harbour

Semenjak memegang tampuk pemerintahan baru ni, aku jarang kena pergi outstation. Mungkin diorang rasa aku ni dah cukup bos kot. Jadi bos mana boleh pergi mana-mana. Bos kena duduk sign cheque kat pejabat. Sign surat. Takpun buat-buat semak report, padahal tengah download OST drama Korea.


Aku ada tugas di KK cuti krismas lepas. Hebat betul seorang Chah ni. Obama, mungkin Osama pun cuti masa tu, bolehnya dia tak cuti. Macam mana tu. Kira tak berapa bos lagi lah.


Satu perkara aku suka pasal KK, pasar. Meriah betul dengan ikan segar dan murah. Geram tengok ikan tuna sebesar Nabiha. Dulu gila membeli gelang kat Pasar Philipine tu, tapi bila koleksi dah lebih sekerat lengan kiri kanan, mula la jemu. Konon-konon perangai aku ni ala-ala Victoria Beckam, jemu sikit kasi orang. Dah jemu, kasi kat Ina anak Mak Anjang Seripah. Ilmu-Budi-Bakti. Aku payah nak berenggang dengan 3 istilah keramat tu. Tangan aku akan menggeletar, sengal tulang temulang kalau sehari aku tak berbakti sesama makhluk. Part tu memang aku mulia. Tapi part sepak kucing kalau lalu dekat aku especially masa tengah makan, memang biasa. cuma bila aku dah besar dan makin membesar ni, aku dah kurangkan sepakan sudut tu. Paling-palingpun aku cuma kuis je kucing tu biar jauh sikit dari kaki aku.

Masa first time aku sampai KK dulu memang pelancong abis. Sibuk dengan kamera ambik gambar sana sini. Buat-buat pelik tengok rumpai laut dimakan mentah dengan air asam. Gerai jual ikan bakar bersepah merata-rata. Kalau kat sini, hari gaji baru dapat merasa makan ikan bakar. Tupun siap ambik gambar semua hidangan.

Sekarang, takkan aku nak buat-buat peghak lagi. Kalau boleh nak mengaku aku ni Sabahan. Tapi cara aku order ‘milo ping’ macam orang yang baru belajar cakap Kedah. Bunyi macam speaking Kedah slang Siam. Tak berapa jadi, so terpaksa la aku kekalkan ‘kekualalumpuran’ aku.

*******

Semua urusan aku selesai seperti yang dirancang. Susah hati kalau tak setel pada waktu yang ditetapkan. Terbayang-bayang lambaian ikan bilis kat pasar. Udang keringpun dah terjerit-jerit memanggil Chah!..Chah!..sempatla bershopping sejinjit dua sebelum ready nak balik ke KL semula.

Sampai-sampai kat airport KK, terus aku ke kaunter check in. Pastu, melangutla sejam lebih menunggu. Bayangkan la betapa boring, bosannya time tu. Dah la muka tengah selebet habis. Bau ikan bilispun tak hilang.Nak main game, ada game ular je, tak selera nak main.Nasib ada kamera. Boleh juga aku kelebet.


Tunggu punya tunggu, delay la pulak setengah jam. Nasib setengah jam, kalau setengah hari tadi, mau tahun depan aku sampai rumah. Kalau dah tahap menunggu sampai aku terasa nak kencing dua kali, tu memang dah tahap dewa dewi bintang tujuh dah tu. Aku kerling jam, cium jam. Ha, sah!, kalau jam aku dah busuk tu tandanya memang dah lama aku menanti dalam debaran. Mulut pun naik masam dah sebab dah lama sangat tak bercakap.


Datang sorang minah duduk sebelah aku. Muka memang minah Sabah. Tapi bawak beg LV. Kenapa? Orang Sabah tak boleh bawak LV ke? Terus perasaan jeles menyelubungi diri aku. Aku fokuskan retina mata aku, ori ke tak ori beg dia tu? Menyesal tak bawak spec.

Banyak cakap pulak tu minah tu. Oh lupa, nama dia Linda. Siap bagi kad nama lagi. Business kat KL, ulang-alik ke Sabah tengok anak. Oh tidak! Dah ada anak dua, sekolah menengah. Aku makin irihati ni. Tapi takde la sampai nak tikam dia dengan brooch. Macam mana dia boleh maintain lawa dan nampak muda. Entah-entah pakai susuk cucu Betong.

Dia hulur majalah Mingguan Wanita. Heyy, Cik Kak, tak tau ke aku ni tak suka baca majalah iklan ni. Tapi mengenangkan kebosanan, aku belek-belek gak tanpa rasa minat. Ubat pemutih tanpa pengelupasan. Ubat kuat. Ubat untuk hilang jeragat. Ubat untuk hilang akal ada jual tak? Hilang anak?

Minah tu, eh Linda tu pergi merayap. Dia kata nak pergi beli tisu. Sebab hidung dia gatal. Haha..sapa kata pemilik LV takde resdung. Aku sengih je la..hilang sikit dah jeles aku kat dia. Sekurang-kurangnya hidung aku takla berulat..hihi.


Akhirnya pesawat aku ready juga untuk fly back ke KL. Lega aku bila dah berpisah dengan si Linda tu. Dapat je tempat duduk, terus aku pejam mata macam naik buai pusing kat funfare. Tupun si Linda dok melambai-lambai lagi kat aku, ajak duduk sebelah dia. Urggghh!!

Sunday, December 20, 2009

Antara Aku dan Kamu, Ada Kita Bab 2

Kamu berserah? Jangan!

Jika hatimu mahukan begitu, mari kita raikan.

Izinkan aku jadikan persinggahan ini sebagai persinggahan abadi.

Kehidupan yang jijik. Bukan aku yang mulakan.

Menanti hari mati. Usah kau bimbang, kaulah penyelamat bangsa.

Aku memang sayang kamu. Antara kita, aku pasti ada ikatan itu.

Jangan biarkan aku tercari-cari. Mungkin aku perlu dikasihani.

Antara Aku dan Kamu, Ada Kita

Kalian bersatu, tetapi kalian biarkan cinta itu pergi?

Aku melihat kamu, aku berpaling pergi.Tapi aku rasa ingin menoleh ke arahmu berkali-kali lagi dan lagi.

Aku yang keseorangan. Mungkin aku tidak berdaya tapi aku tetap berjuang agar aku bisa sampai ke penghujung perjalanan.

Aku lebih mulia dari Sang Lilin?

Kedinginan. Aku juga sayu.

Friday, December 11, 2009

Awak Tak Boleh Jalan Berundur

Eeiii gewammm!! Hari-hari kalau lalu kat roundabout Seksyen 4, terpaksalah aku menatap billboard iklan Astro. Aku tak de pilihan, sama ada aku kena lalu jalan tu, ataupun aku tak balik rumah.

Dalam iklan tu yang ada budak pompuan tengah ejek kangaroo tak boleh jalan mengundur. Muka comel kemain, tapi suka mengejek binatang. Nak ejek tu ejek jela, bukan hal besarpun. Lagipun budak-budak bukannya reti bahasa, makin kita larang lagila diorang nak buat. Setakat ejek-ejek manja tu biasalah. Alahh! kangaroo apalah sangat nak kena jaga hati dia. Lain la kalau ejek mak sendiri, baru tau padahnya.

Aku geram bila baca tulisan yang salah tatabahasanya. Imbuhan 'me' ngan 'ber' pun tak reti-reti nak guna. Mengundur la, bukan Berundur!. Kalau aku yang salah guna tu lain la, tu aku. Aku takpe!

Tuesday, December 8, 2009

Sebuah Hati Yang Reput

Seorang pekerja yang tidaklah berkerjaya sangat. Itu aku. Aku tidak memilih untuk menjadi aku yang sekarang. Di saat semangat untuk membina kerjaya sedang membuak-buak, pasti aku teruja untuk menjadi seorang yang lain dari apa yang aku ada sekarang.

Aku pernah mengimpikan untuk bernaung di sebuah syarikat yang cukup gah-Syarikat ‘Pulau dan Semenanjung’ Berhad (sila terjemahkan ke bahasa lain jika mahu). Hadir temuduga dengan baju kurung paling lawa yang aku ada pada masa itu. Nazriku pasti menoleh dua tiga kali kerana tak sangka aku boleh jadi selawa tu. Aku dah menyusun bahasa inggerisku sebaik mungkin. Saat-saat terakhir bersama kawan-kawan di Blok D Kolej Petronas banyak juga dihabiskan dengan mempraktikkan soalan-soalan spot yang lazim ditanya pada sesi temuduga. Shafeeza kerap menjadi guru Englishku secara informal. Walaupun dia suka jegil mata kat aku, aku tetap sayang kat dia.Eh salah, ada orang lainlah yang suka jegil mata tu.

Jawatan Marketing Eksekutif gagal aku rebut-sebab perawakan aku yang tidak sesuai (cakap saja sebab aku berpakaian tidak glamour dan agak kekampungan) Hellooo?! Aku antara anak ayah aku yang paling manis tau! Kalau reason yang diberi sebab result aku tak bagus aku senang hati menerima. English aku tak suci dalam debu (berabukla tu) aku tak marah. Ini kerana pakaian aku yang kekampungan tu ke?

Hati aku mereput.

Rupa-rupanya rezeki aku di tempat aku praktikal. Datang untuk bertemu rakan-rakan dengan berseluar jeans lady like dan berbaju (of course!), terus dipanggil untuk temuduga. Dapat pulak tu. Kot ye tengah desperatepun takkan la result dapat dan-dan tu. Adakah aku yang terlalu terror, atau syarikat ini yang tahap kehampesannya lebih kurang aku jugak..uppp!

Aku akan dibayar gaji dekat-dekat dua ribu. Hati aku berbunga...

Thursday, December 3, 2009

Ariff Yang Pernah Hadir Dalam Hidupku

Kali ni aku menulis lebih panjang. Kalau tak larat baca, atau yang jenis baca merangkak-rangkak tu, baca la dua tiga kalipun tak apa. Tak de sapa nak saman atau add dalam facebook pun.


Muhammad Ariff

Susah nak cari perkataan yang sesuai untuk menceritakan berkenaan anak bujang aku ni. Cuma cerita terbaru dia begitu gembira kerana dapat nombor 8 di sekolah agama, 18 di sekolah kebangsaan. 18 haribulan jugalah dia dilahirkan. Betapa dia teruja kerana dia ‘berjaya’ menyatukan semua event dengan nombor lapan. Oh anak!

Cikgu Ariff

Dia tak mengajar kelas aku, dia ajar darjah lima, kelas kakak aku. Aku malu-malu bila dia menegur time menyinggah minum cendol sambil menyudu laksam kat gerai mak. Kawan dia cikgu Cina, Cikgu Chin. Kalau tak silap dia cikgu bangsa asing pertama yang mengajar kat sekolah aku. Maknanya kampung aku dah 1Malaysia sejak tahun lapan puluhan lagi. Malaysia je yang baru sekarang terhegeh-hegeh nak satu malaysiakan semua kaum.

Yang paling mengingatkan aku pada cikgu ni sebab dia pernah langgar satu-satunya adik lelaki aku dengan motor scrambler. Berjahit jugaklah kepala budak tu, nasibla masih boleh mengekalkan kehensemannya sampai sekarang.

*****
3,4 tahun lepas masa aku ditugaskan untuk jaga unit training, unit aku memang banyak terlibat dengan pensyarah dari Fakulti Pendidikan. Salah seorangnya adalah Dr Ariff (Cikgu Ariff!). Titik tolak pertemuan kembali ini sungguh comel.

Ketika mengusha satu kursus yang dijalankan di UNITEN, aku sedang mendengar sambil main game bila seorang penceramah dari FPend menceritakan pengalaman sebelum dia bergelar Assoc Prof di UKM. Gerai Cendol-Langgar Budak Dengan Scrambler- Orang Kampung Yang Baikhati- semuanya membawa kepada aku kepada kenangan puluh-puluh tahun ke belakang. Sumpah, aku memang tak cam dia. Rasanya macam sedang berlakon bawah arahan Kabir Bhatia, sebab aku sangat-sangat menghayati watak aku ketika itu. Serasa seolah-olah watak aku yang sedang terkejut terkujat lebih bagus berbanding lakonan Tiz Zaqyah. Erra Pazira lagi lah.

Ariff Azizi

Selamat kembali ke tahun 1986-1988!. Mamat ni memang ketua samseng kat kelas aku. Nak kata kes cinta tak berbalas, tak mungkin, sebab aku tau dia tak pernah pandang aku dengan pandangan cinta. Apatah lagi pandangan menggoda.

Pernah dia letakkan minyak cap kapak kat kerusi aku. Bayangkan ‘adik-adik’ yang kat dalam tu, tak ke menggelupur kepanasan. Lepas tingkatan empat, aku cuma dengar cerita-cerita tentang dia aku dari Duan. Ada kemungkinan jugak Duan tipu aku. Sedangkan Cikgu Johar Jepun pun selamba je dia tipu.

Aku ‘terjumpa’ dia balik dalam facebook. Mesti sibuk mencari aku. Dah somebodypun. Nasibla tua-tua ni tak nakal, kalau tak susah juga sekolah Henry Gurney nak handle. Rasa nak juga aku curah minyak cap kapak kat muka dia, tapi memandangkan minyak cap kapak sekarang tak sepower dulu, baik tak payah la.

Khairi Ariff

Tingkatan empat dia tukar ke sekolah aku, sama kelas dengan aku. Macam biasa, budak asrama penuh, tak lulus peksa, campakla kat sekolah aku.Hentah apa-apa sistem pendidikan. Yang tak lulus sekolah aku, takde pulak dicampak ke sekolah asrama penuh.

Dia pandai Bahasa Inggeris, rajin mengajar aku lagu omputeh. Setengah lagu dalam kaset Scorpion aku hapal. Persembahan akhir tahunpun kena nyanyi lagu omputeh ala-ala nasyid. Kalau tak salah dia jugak mengajar aku tak boleh tunjuk jari tengah kat orang.

Lepas dia masuk ILP, kami masih berhubung, rajin juga dia datang beraya ke rumah aku. Lepas dia kawin aku dapat tau dia sakit jantung dan beberapa kali tukar kerja. Dia mendapat bentuk badan idaman secara tak sengaja. Memang cekeding.

*********
Dia menelefon bagitau dia dah berenti kerja dan minta pinjam duit. Aku sedikit keliru. Takut dia lupa bayar. Takut tak bayar. Kenapa dia tak pinjam dari orang lain. Kenapa tak mintak ngan adik beradik. Kenapa tak keluar duit simpanan. Kenapa itu kenapa ini. Semua negatif. Semua bisikan ‘si hitam’ yang sentiasa berusaha membolak-balikkan hati aku. Bagi-takbagi-bagi-takbagi.

Aku memutuskan untuk bagi dia pinjam, walaupun bukan keseluruhan jumlah yang dia minta. Aku sms kata aku on the way ke kaunter ASB. Sesampainya aku, semua kaunter off line dan aku tau aku tak sempat dapatkan duit pada hari itu.

Aku sms kata aku tak sempat. Dia balas balik ‘’tak payahla, nanti aku cari dari orang lain’’
Aku lega. Selamat duit aku dan anggap masalah dia dah selesai.

Seminggu kemudian, terima sms Sarah yang sungguh memilukan. Tuhan telah menghentikan degup jantungnya. Menghentikan penderitaannya mencari sumber kewangan untuk pembiayaan perubatan. Menghentikan alunan lagu Holiday. Menghentikan catatan dosa pahala. Menghentikan segala-gala urusan dengan semua makhluk yang beralamat di atas muka bumi ini. Apa yang aku ada selain penyesalan? 'Best'kan perasaan aku sekarang?

Monday, November 30, 2009

Dua Pagi Di Jabatan Imigresen Kajang

Sudah tiba masanya untuk aku renew passport.Walaupun baru digunakan beberapa muka surat, tapi tempohnya bakal berakhir beberapa bulan lagi. Memang membazir. Bukan aku tak ada cita-cita nak jadi macam Im-Duta Air Asia tu, tapi terasa macam tak business woman pulak kalau asyik naik Air Asia je. Jadi muka surat kosong dalam passport aku tu aku cadang nak bagi Nabiha buat lukis ‘rumah Abu’.

Panjang gila barisan. Walaupun belum pukul 8.00 pagi. Aku dah panas dah ni. Dah la bau hapak lif tak hilang-hilang lagi. Melekat kat baju. Rasa macam nak main chess pun ada. Mungkin masa tu otak aku tengah aktif berfikir, jadi sesuai sangatla nak main chess.

Aku baca bunting yang ceritanya pasal kiosk untuk renew passport. Lalu pulak seorang yang dah tak berapa jejaka memakai tag nama A.Rahman. Dari uniformnya aku confirmed dia bukan driver bas GBS. Dia adalah guard kat situ. Aku terusla tanya dengan nada yang mak aiii sopannya “ tu boleh guna untuk renew, tak payah beratur la yer?”
A.Rahman jawab ‘’ye la, ha pegi-pegi, sapa tau guna mesin, baik buat kat sana, tak payah beratur lagi’’. sambil sibuk mengagih-agihkan borang pada pemohon baru.

Memang aku peghak betul bila tau ada kiosk untuk renew passport. Senang yang amat jadinya. Riaknya aku bila urusan renewal boleh setel dalam tempoh tak sampai 2 minit. Itupun aku yang tergagap-gagap nak guna, kalau hari-hari aku guna, rasanya lebih dari 14 passport aku boleh setelkan dalam 2 minit tu. Tetiba aku rasa nak buat bisnes renewkan passport kat kiosk tu la.

****
Begitu manis berbaju pink kusam dengan tudung satu rona yang dibeli kat Semua House, aku datang lagi pagi ni untuk collection pula. Pukul tujuh suku aku dah terpacak menunggu sambil menghirup bau lif yang kepam tu. Aku tak berani nak ‘berjudi’ walaupun janji Imigresen dalam resit tu passport akan siap selepas 2 jam. Dah ada improvement perkhidmatan kaunter kat Malaysia sekarang. Nampak lagi hero bernama A.Rahman tengah busy seperti semalam.Baju pun rasanya baju semalam. Kali ni aku dapat beratur depan sekali. Dapat nombor satu! Dah lama aku tak rasakan kehebatan dapat nombor satu ni.

Sebelah aku ada India pegang passport dan borang untuk renew. Haha..ni mesti tak tau nak guna kiosk. Masakla ko brader menunggu kat dalam tu nanti.

Aku seluk handbag cari business card. Tapi business card yang bertajuk ‘’membekalkan perkhidmatan memperbaharui passport’’ belum ada. Akupun belum daftar perniagaan kat ROC lagi, kalau tidak for sure mamat India tu jadi first customer aku.

Aku berjalan ke van sambil berkira-kira berapa aku nak caj untuk satu perkhidmatan renew passport tu nanti.

Sunday, November 29, 2009

Berkorban Apa Saja

Ini juga entri emosional.

Untuk rekod, beberapa hari lepas adalah Hari Raya Aidil Adha. Menyelongkar sejarah, ada anak yang dikorbankan demi kecintaan pada Pencipta. Adakah pengorbanan itu berbayar? Cukup ikhlaskah pengorbanan itu?

Aku tidak layak untuk persoalkan kisah pengorbanan itu. Kerana ianya kemuncak segala pengorbanan. Apa yang aku patut persoalkan adalah pengorbanan aku. Rasanya aku pernah berkorban. Berbayarkah ia? Cukup ikhlaskah aku?

Antara jahitan perca-perca kain yang diisi dengan kekabu yang penuh bijinya dan dipanggil bantal. Atau bantal mahal yang lembut gebu disaluti sutera wangi, kononnya dibuat dari himpunan bulu angsa terpilih. Jika bantal kekabu berbiji dan bantal sutera mewah yang perlu aku pilih untuk meleraikan sebuah ikatan persahabatan, aku lebih rela tidur berbantalkan lengan. Aku tak sanggup memilih mana-mana bantal yang bisa mengubah status kawan kepada lawan. Heyy! Aku orang yang bertahi lalat di pipi, seorang yang pengasih dan penyayang tau! Aku teringin juga untuk menguji sejauh mana kesanggupan aku untuk berkorban demi sahabat.

Apa pengorbanan yang aku sanggup lakukan untuk seorang mak? Aku masih memikirkan perkara ini. Aku sedikit membentak bila mak ‘paksa’ aku untuk mengusahakan tanah aku yang luasnya cuma sekangkang Annur Wafiy. Aku mempunyai perancangan yang ‘rapi’ untuk membiarkan tanah itu bersendirian tanpa diganggu-gugat dengan pembangunan demi pembangunan. Biarlah koloni-koloni semut bermaharajalela tanpa gangguan. Mungkin sang gajah juga berminat untuk menumpang teduh di tanah secoet tu. Aku turutkan juga kehendak mak dengan hati yang pada mulanya separa ikhlas.

Itu baru pengorbanan dua ribu ringgit Malaysia. Tak sampai dua jam aku boleh habiskan jumlah itu, malah lebih tanpa secalit perasaan gundah.
Bagaimana jika mak menuntut agar aku menghabiskan sepenuh masa untuk membasuh berak keringnya (maaf), hancing kencing tatkala dia tidak berdaya kerana ujian Tuhan yang mahu dia terlantar sakit? Kalau lebih dahsyat dari itu? Aku jadi gusar. Sedangkan sekarangpun aku masih on-off , lupa, tak dan atau apa-apalah alasan aku untuk membeli ubat sakit lututnya atau susu Anlene coklatnya. Cuma aku takkan ragu memetik butang transfer fund jika berapa-berapa yang mak mintak (walaupun rekod mak minta duit adalah sifar). Aku sanggup berkorban wang ringgit sahaja? Aku impikan anak yang baik-baik tapi adakah aku cukup baik untuk mak?

Aku masih belum terlambat. Belum tertinggal apa-apa. Itu cuma kemungkinan yang merisaukan aku. Si tanggang atau Malin Kundang bersepah ada di mana-mana. Aku takut jadi sebahagian dari statistik itu.

Aku jadi rindu kat mak!

Saturday, November 21, 2009

Mana Satu Ni...

Aku belek-belek beg mekap pemberian biras. Warna asal cekelat gelap, tapi dah jadi cekelat susu sebab bercampur dengan warna habuk. Aku rasa kalaula beg tu betul-betul aku letak alat mekap..ishh..ishh..kalau aku tak jadi Nurul Shukor, jangan panggil aku Chah.

Tapi beg tu aku guna untuk letak riben pelbagai warna. Adala 14 ratus kaler semuanya. Darab dengan harga seketul, dekat-dekat 14 riban aku spent untuk RE ni. Tapi apa yang aku dapat?

Adala projek kecil-kecilan aku buat. Biasala aku, tengok orang ada, akupun nak ada jugak. Tau orang reti, akupun nak belajar sama. Dasar dengki.

Hari ni aku lalui dengan perasaan tak dan-dan. Tak reti-reti nak susun jadual. Nak sudahkan langsir, teringat nak restart menyulam riben. Ujan-ujan ni teringat jugak kat kedai Nasik Ulam. Rasa nak selongkar lemari tengok koleksi pinggan pun ada jugak. Puncanya Awang call dari Ostolia, jauh-jauh tu buat abis kredit jer. Macam la banyak duit sangat. Bila dengar cerita Awang, aku dapat bayangkan 'Chah sana' tengah meroyan memilih Noritake ke Corell ke. Dan-dan 'Chah sini' rasa nak jadi orang Ostolia.

Last-last aku duduk bersimpuh menggentel riben. Kalaulah mana-mana sifu riben tengok hasil tenunan aku ni, mau koma 14 hari. Tiada yang tak cantik melainkan yang tak cantik belaka. Aku bengangla jugak. Tapi malasla tunjuk sangat perangai aku yang kaki pukul ni. Abis riben tu aku hempuk-hempuk kan. Aku gigit-gigitkan tanda geram. Nasib aku cepat insaf. Riben yang nyaris aku humban ke lembah hina, aku kutip kembali.

Thursday, November 19, 2009

Satu Titik Permulaan

Aku SEDANG cuba menulis seserius mungkin. Mungkin ada sedikit masalah emosional dalam posting ini.

Beberapa hari lepas, satu keajaiban telah berlaku pada aku. Bukan sebelum ni aku tak percayakan Kun Fa Ya Kun, Kehendak Tuhan, Dia boleh buat apa saja bila dan di mana-manapun. Tapi kali ni ianya benar-benar terjadi. Aku merasainya. Aku gagal buktikan perkara ini tidak berlaku. Bukan setakat depan mata aku, tapi dalam diri aku.

Aku kategorikan diri aku sebagai orang yang biasa-biasa. Aku tidak sehebat perempuan melayu terakhir, walaupun aku masih blur apa kriteria sebenar perempuan melayu terakhir. Jauh sekali menandingi kehebatan seorang Aisyah, walaupun akupun Aeshah juga. Jadi aku akan mengalami pelbagai perasaan jahat yang agak sadis; marah, benci dan juga cemburu.
Tapi Tuhan masih memilih aku untuk menerima kenikmatan itu.

Aku tidak bercadang untuk memberikan tazkirah atau apa jua bentuk ceramah agama. Tetapi aku rasa ingin berkongsi dan memesan sesuatu. Satu perasaan yang sungguh...entah, aku tak dapatkan gambarkan dengan kata-kata. Dengan kata mudah, ianya sangat indah.

Amalan ini baru beberapa kali aku cuba, dan ianya berjaya selepas cubaan kali tiga. Dalam ceramah yang diketuai oleh Dato’ Fadzillah Kamsah minggu lepas, banyak perkara/pesanan beliau yang aku memang dah tau, tapi jarang dan ada yang aku tak praktikkan. Sampai hati aku biarkan hidup aku macam ni kan?. Walaupun aku bukanla orang bebal, aku tunaikan juga kerja aku sebagai hamba Tuhan, tapi kadang-kadang, aku sendiri boleh persoalkan kesempurnaan setiap perkara yang aku kerjakan tadi. Kalaula perjalanan hidup aku ini, aku yang tentukan, memang aku tak ready lagi untuk mati, sebab aku memang akan mati sebagai orang yang sia-sia.

Nabiha demam, dah berhari-hari dia demam, Dah tiga kali juga aku berulang ke klinik dengan harapan ubat tersebut menjadi as sabab untuk Nabiha sembuh dan kembali menjadi dirinya yang sentiasa ‘bertih goreng’ walau ada sedikit garang pada abang dan kakaknya.

Hari sabtu yang memilukan. Aku benar-benar marah pada Tuan Besar, Jijie Arin terkena tempiasnya. Padahal aku tak berhak marah Jijie. Untuk memenuhi tuntutan hobi mereka yang aku rasa bila diceritakan pasti Awang menyokong beribu-ribu peratus. Tuan Besar pergi juga walaupun aku menghalang. Alasan aku kukuh. Aku ingin dia berada temankan aku menghadapi saat-saat suram lantaran Nabiha yang moyok kerana demam tu. Aku memang mengharapkan itu. Tapi tuntutan dan panggilan ikan di tepi pulau-pulau kecil di lombong tinggal di Puchong lebih bermakna pada Tuan Besar buat masa itu.

Demam Nabiha berkurangan malam tu. Dia tidur macam biasa tapi aku tidur berendam air mata. Sebelum tidur aku aku sedikit waras, aku tetap berdoa keselamatan Tuan Besar.Aku cuak sebenarnya. Manalah tau lombong tinggal port memancing mereka turut didiami buaya atau biawak besar, atau apa-apa binatang reptilia yang mungkin boleh membahayakan suamiku. Aku juga memaafkan dia, atas apa jua salah silapnya pada aku. Aku betul-betul ikhlas memaafkan. Aku juga memaafkan orang lain, sesiapa jua yang bukan saja telah merobek hati aku, malah tergamak pula mencurahkan cuka getah ke luka di hati aku. Aku memang betul-betul maksudkannya.

Ahad.

Aku bangun dengan hati yang..sungguh lapang, sangat tenang. Ketenangan yang aku dapat bila mengaji sebaris dua ayat Quran, tak sama. Lapang dada bila tengok muka suami dan anak-anak tercinta , ada bezanya. Tenang yang ini lain. Betul kata Dato’ Fadzillah, minta maaf dan memaafkan itu sebenarnya memudahkan proses penyucian hati. Aku tertunggu-tunggu juga perasaan marah pada Tuan Besar kembali, aku juga cuba bersedia dengan susunan ayat yang pasti mengguris hati Tuan Besar. Tapi tiada, akupun pelik. Takkan aku tak marah. Aku gagal untuk marah walaupun aku memang target nak bermasam muka dengan dia hari ni. Lain jadinya. Tidakkah itu satu perasaan yang indah? Subhanallah..

Bermula hari itu, aku akan ingatkan aku supaya sentiasa memaafkan semua orang sebelum tidur kerana berkemungkinan itu adalah tidurku yang terakhir. Sekiranya kalian rasa kisah aku ini adalah kisah yang agak indah, cubalah amalkan.

Kamu, kamu dan kamu di luar sana, maafkan segala salah silap aku. Jangan bimbang, aku juga dah maafkan kalian.

Monday, November 16, 2009

Asam Pedas Mak Som

Entah kenapa kalau pergi makan kat kedai Makcik Som ni, memang licin pinggan dan terasa macam nak jilat jari kaki. Memandangkan jari kaki yang hanya disabun seminggu sekali, jadi hasrat tu dilupakan. Jilat jari tangan je lah. Nak kata lokasi yang strategik, langsung tidak. Tak ada kupon parking percumapun.

Nak kata sebab kat situ port artis, apalah sangat setakat Sham Visa tu. Sekali-sekala nampak gak Zul Zuhaimy ke nama pelakon yang selalu jadi jahat tu, lepak situ. Sengih diapun sebijik macam sengih dalam drama. Muka, boleh jual la. Ada gak dia pssstt..psstt kat aku, tapi aku buat dekkk je, manalah tau nanti kena gosip pulak nanti. Tapi jauh di sudut hati aku tau dia nak minta sain aku..

Bebudak office aku kata, makan kat sini rasa macam kat rumah. Tapi semenjak aku aktif menjalankan aktiviti 'mengepau' makanan diorang, tak de la sama mana. Bahan mungkin sama, tapi rasa jauh lari. Aku taknak la kutuk kawan-kawan aku lebih-lebih, diorang tu kawan-kawan aku, susah senang nanti aku cari diorang jugak.

Kedai dia sempoi je, buatpun kat rumah. Tukang masaknya, sememangla Makcik Som. Pekerja Sendiri S'ja. 4 Orang Pekerja Sendiri S'ja. Sesuai betul nama dengan tuannya yang Sombong tu. Agaknya sepanjang dia hidup mungkin baru 4 kali dia senyum. Aku tak nak la ambitious sangat. Mungkin baru tiga kali kot. Pertama mesti masa kawin. Yang kedua dan seterusnya, malas aku nak fikirkan, mesti tak tepat punya. Cakap dengan kitapun macam la kita ni dari alam lain, ndak tak ndak je.


Menu dia, bukanla makanan bangsawan pun. Semua ada kat blog Za dan rakan-rakan. Tapi mana datang sedap tu tak tau la. Mungkin Mak Som ni ada pengaruh magis David Blaine kot.

Dalam dok geram tu, tiap-tiap minggu dok ulang makan situ. Kalau Jalaq tau, matila aku.

Dah la mahal. Harga dia, pehhh berani mati betul, tak ada perasaan simpati langsung sesama insan. Rasanya dah banyak kali cakap kat dia yang aku ni anak yatim.

Makan? Bungkus? Mak Som tanya sambil tak pandang. Cakap cepat nak penuh ke separuh, senang kira!.

Mak Aii..terguris hati aku ni tau tak?

Sorang kakak tu (bukan nama sebenar) terkebil-kebil kena marah. Dah la tengah mengandung. Orang mengandung ni sentitip tau? Yati lain la, mengandungpun takde perasaan.

Kak, lain kali nak makan kat sini kena ada kekuatan mental ye...!


Pesanan yang muda kepada yang kurang muda, Senyum la sikit.

Friday, November 13, 2009

De Zuraidah

Dia kawan masa aku sekolah rendah. Kawan sekampung. Sekarangpun dia masih di kampung, menunggu hari-hari yang lebih bersinar, aku rasa. Pada aku masa tu, dia ni orang paling kaya kat kampung, sebab dia bawak seringgit untuk belanja sekolah. Kalau time raya, memang hilang akal siapa yang tak pergi beraya rumah dia., Ah gila sapa tak nak weh, seringgit. Rumah Su Yah orang pertama ada dapur gas tupun dapat tiga posen.. Ni duit seringgit bukan yang biasa, ni duit seringgit emas. 14 kali cium baru masuk poket. Tu pun sekali-sekala goncang-goncang sikit poket, takut jatuh.

Ingat senang nak dapat seringgit kalau time raya, mau berbirat betis kena duri lalang, meredah semak nak join orang bertahlil di kubur. Setiap kubur dapatla dua puluh sen. Ada jugak yang sepuluh sen. Itupun kena pandai bawak diri. Lepas tadahan yang pertama, alih tempat. Tadah lagi sekali. Tektik dia kena tundukkan kepala sampai lutut, angkat tangan tadah tinggi-tinggi, pastikan yang tukang bagi duit tu tak perasan. Abih kubur ni, pindah kubur sana, itupun kalau betul-betul kena timing. Silap-silap, time sampai ke kubur lagi satu, orang dah bungkus tikar.


First time aku rasa ayam goreng kentakipun, dia yang bawak. Walaupun yang dah sejuk gedi. Aku dah lupa reaction aku masa 'menikmati' ayam yang sangat sedap tu. Sudah semestinya aku peghak tahap chimpanzee. Semuanya sebab dia. Dia kerap juga belanja aku jeruk kelubi. Aku tak tau kenapa aku tak kisah berkawan dengan dia. Sedangkan orang lain memang reject terus dia. Nampak sangat aku ni kecik-kecik lagi senang digoda dengan makanan.


Sampai darjah enampun aku masih sekelas dengan dia. [memang ada satu kelas je pun]. Tiap-tiap kali periksa, dia dapat nombor 24, nombor last la tu. Akupun tak pasti kenapa kecik-kecik lagi nasib dia macam tu. Masa darjah 3, dia belum pandai baca. Masa tu mana la tau nak blame kat sistem pendidikan negara. Kalau la aku dulu aku dah 'cerdik' macam aku yang sekarang, taula aku nak 'bahasa' kan sikit orang yang sepatutnya bertanggungjawab untuk settlekan masalah orang sebegini.
Pernah beberapa kali dia pengsan masa tengah PJ. Nasib dia pakai seluar dalam. Aku nampak cikgu cepat-cepat tutup skirt dia. Takut budak lelaki intai kot. Badan dia menggelupur, mulut dia berbuih. Mata dia 'terbuntang' ke atas. Dia ada penyakit sawan. Patutla aku kerap nampak air liur dia meleleh. Ingatkan masa mak dia mengandung tak dapat makan apa yang diidamkan. Tak logik sebab dia orang kaya, mesti boleh beli semua benda. Banyak jugala aku membuat andaian sendiri berkenaan penyakit dia tu. Tapi sudahnya aku tak dapat apa-apa conclusionpun daripada teori-teori ciptaan aku.

Sampai habis darjah enam, dia hanya kenal ABC dan eja nama dia sahaja. Aku rasa itupun dia hafal dan bukannya mengenal konsep. Dia tak masukpun tingkatan satu. Buang duit je pun.

Dia selalu kirim salam dan selalu tanya pasal De, mak kata. [jangan konfius-akupun De jugak] Patutla aku teringat sangat. Dia tengah sakit sekarang, kurus sangat, tambah mak.

Balik raya haji nanti aku kena ziarah dia. Sekurang-kurangnya pengalaman berkawan dengan dia, still menyumbang something pada apa yang aku ada pada hari ini. Pergilah Chah, jangan sampai terlambat.

Monday, November 9, 2009

Cita-cita itu adalah ambition

Hidup kena ada cita-cita. Besar atau kecil, itu cerita lain. Bila dah ada cita-cita, ianya perlu disusuli dengan usaha. Mesti. Sebab bukan mudah nak menggapai cita-cita. Plan nak jadi lain, ‘terjadi’ menda lain. Itu biasa. Tapi jangan lupa, sebenarnya kita ada pilihan, sama ada sedar atau tidak.

Aku pernah bercita-cita nak jadi ‘kerajaan’. Saya yakin betulllll dengan pilihan itu dan aku dah tulispun dalam satu borang yang cikgu suruh isi masa sekolah rendah. Kat muka surat belakang sekali kat borang tu. Kena ada 3 pilihan cita-cita, tapi aku letak satu je. Biasala, ada budak-budak ejek aku. Diorang kata cita-cita aku pelik. Habis tu nak suruh aku sama dengan diorang? Sudahnya aku menangis mengadu kat Ayah. [aku ni memang mengada-ngadakan?]

Peragawati.Jururawat.Polis.Ahli Bomba.Peramugari atau dalam bahasa Awan Danianya - Flight Attendant. ;D

Itu antara cita-cita kawan-kawan aku. Aku rasa mereka itu tak berapa faham tuntutan setiap kerjaya tu. Main hentam tulis je. Takpun tiru kakak atau abang punya cita-cita. Tiru watak-watak dalam TV. Aku tak salahkan diorang. Kampung aku tu tak besar mana. Nak angkat seseorang jadi idola, memang takde choice. Kalau adapun, level-level orang macam ayah aku, tukang gunting rambut merangkap tukang buat gasing dan tukang buat kraf tangan.Tak glamer langsung!

Yang bijak sikit adalah pilih nak jadi macam Mail Amareka. Dia tu orang kampung aku yang pertama dapat belajar kat luar negara. Tapi sampai aku sekolah menengah, dia tak balik-balik. Itu mengundang persepsi yang buruk dan negatif pada orang-orang naive cam aku ni. Lamanya kena belajar!

Aku memang tak bercita-cita nak jadi macam Mail Amareka. Lama sangat kena duduk luar negeri. Buatnya aku terserempak dengan Britney Spears, macam mana aku nak tegur supaya dia tak pakai kain singkat sangat. Pastu biar nyanyi tu sedap sikit. Aku bukannya reti cakap omputeh slang Amareka atau Landen. Mesti kerut-kerut muka dia nak faham cakap aku. Kang buatnya aku asik menangis teringatkan lempeng kelapa istimewa cicah sardin mak aku, manalah aku nak pergi beli kat Landen nun, aku bukannya tau sangat jalan kat sana.

So aku nekad, aku pilih nak jadi kerajaan. Mulia apa jadi kerajaan. Alasan aku? Mak aku kata, baja ni kerajaan bagi. Makteh tok guru ngaji aku kata, anak sawit, racun pokok, benih pokok durian siampun kerajaan bagi. Mak kawan aku kata semua penduduk orang asli kat Jalan Maran tu semua dapat bantuan kerajaan. Wah! Baiknya kerajaan. Banyaknya duit kerajaan. Cita-cita menjadi kerajaan terus tersemat di sanubari. Kukuh.

Apa dah jadi dengan cita-cita aku? makna kerajaanpun aku tak faham, macam mana? Aku baru sadari aku tak minat dah nak jadi ‘kerajaan’. Aku tau ‘kerajaan’ banyak duit, baik, tapi ‘kerajaan’ jugak suka tipu aku.

Walaupun aku gagal capai cita-cita aku tapi aku selesa menjadi aku yang sekarang. Duit aku memang tak sebanyak duit kerajaan, tapi aku mampu juga untuk mensponsor sepokok dua benih dokong untuk kebun comel mak aku. Dan yang penting, aku dah cukup 'kerajaan' di hati mak aku. Betul tak mak?

Thursday, November 5, 2009

Aku memang sedang teringatkan kamu

Ada beberapa nama yang kekal dalam ingatan aku sampai sekarang. Sebab? Aku pernah bersahabat dengan mereka. Mereka pula, aku tak taula sebenarnya mereka anggap aku ni sahabat atau tidak. Takkan la sepanjang persahabatan itu, diorang tak ada langsung rasa meluat kat aku, kan?

Boleh dikatakan 2,3 hari sekali nama mereka ini muncul dalam minda aku. Aku gagal melupuskan nama mereka. Kenapa entah. Tapi, jika usaha aku berjaya menyingkirkan nama dan kisah mereka dari ingatan aku, apakah aku berdepan dengan masalah hilang ingatan? Schizophrenia? Wahh.. dah lancar aku sebut perkataan ni.

SARAH

Nama cantik, orangnya lawa. [Takla sangat]. Agak sensitif dan sedikit lemah lembik. Kalau Sarah ni makanan, dia sesuai jadi cream cheese, lemak tapi sedikit masam dan kelat. Mungkin juga dia buah perah [sila gugel sendiri], keras tapi isinya sedap.

Macam manala dia sanggup berkawan dengan aku yang kurang sopan ni. Mungkin sebab dia tinggal di kejiranan yang haru-biru, jadi dia terpaksa lupakan hasrat untuk mencari kawan yang baik-baik. Tapi hasrat itu semakin hari makin tenggelam kerana manusia kurang sopan ini sebenarnya baik budi dan suci hatinya. Amaran pemilik blog ini ; sila pergi muntah di toilet bowl!

Lepas ujian pemilihan, aku dapat masuk kelas yang paling pandai. Tingkatan 1 Commerce 1. Aku berjalanpun dengan kepala yang tegak dan badan yang keras macam orang yang pakai girdle murah dan tersilap saiz. Itu kelas manusia terpilih tu. Berbaloi la kalau aku nak tanamkan sikap angkuh dan riak.

Sarah duduk depan aku. Sebelah dia, Ma. Ma budak Lubuk Paku, tapi perangai dia tak ada la macam orang lubuk sangat. Aku pulak dapat duduk dengan Engku Zailah. Kulit dia agak kelabu. Walaupun kulit dia kelabu, tapi dia keturunan tengku-tengku. Tak macam aku, aku keturunan ‘Nor’ je. Kalau dia tengah pandang tempat lain, perlahan-lahan aku letak tangan aku sebelah tangan dia. Ohh, dia lagi hitam dari aku rupanya. Syukur!

Sedar tak sedar sampai sekarang aku masih bersahabat dengan Sarah, walaupun pernah bermasam muka, berhari-hari tak bertegur sapa. Dia masih Sarah yang dulu. Apa khabar orang Putarjaya?.

NURUL

Aku respek kat dia sebab dari sekolah asrama penuh, dia sanggup ‘mencemar duli’ tukar ke sekolah orang kebanyakan. Tapi jauh di sudut hati jahat aku kata [memang iya], dia terpaksa tukar ke sekolah aku. Hidup kalau tiada pilihan memang sukar, kan? Lagipun mesti sekolah asrama penuh tu dah berpatah arang dengan dia.
Kesian sekolah aku. Terpaksa terima budak-budak sebegini. Tapi aku gembira berkawan dengan Nurul. Walaupun rambut dia kerinting, tapi dia berjaya juga jadi cikgu dan beranak sampai lima kali. Itukan satu kemajuan namanya? Nanti-nantilah aku balas sms dia.

Dua orang je kawan aku?

Tuesday, November 3, 2009

Apa Ada Pada Nama?

Modus operandi aku tulis entry ni bukanlah sebab apa-apa, tapi masa tu tengah hujan lebat. Kat Tugmanistan mungkin tengah musim bunga. Aku stuck kat office. Boleh je aku berlari masuk kereta. Tapi aku takut masa aku berlari nanti, aku jatuh tergolek yang mungkin mencederakan semula lutut aku yang dah sekenhen ni. Kalau lutut aku rabak balik, macam mana aku nak ke Kamdar temankan áku’ pergi beli langsir. Siapa pulak nak ikut ‘aku’ pergi Jalan TAR. Besarkan masalah aku?

Bimbang juga tetiba mendap pulak lantai bangunan ni dek kerna larian anak rusa nani yang seiras baby gajah ni. Jadi daripada membiarkan beberapa kemungkinan buruk berlaku, baik aku stay dan menulis cerita ini.

Masa aku sekolah rendah dulu aku ada sedikit masalah rendah diri. Masalah dengan nama aku ni. Aku terror mengaji, aku superb dalam pelajaran . Sikit lagi aku nak kalahkan kepandaian Sufiah. Tapi bab ‘meniaga’ dalam internet macam Sufiah, aku tak pandai la. Bukan tak pandai, tapi belum belajar lagi.

Walau sebijak mana aku, STILL..aku tak terlepas dari ejekan liar budak-budak hingusan. Budak-budak yang perasan nak jadi peramugari dan peragawati. Betis berkarat macam tiang jamban, ada hati nak jadi peragawati. Nasib baik aku bercita-cita nak jadi ‘kerajaan’. Jadi kalau betis aku berkaratpun takpe.

Aku selalu kena ejek. Semua tu datang mereka yang ‘skru longgar’ yang kuat cemburu. [Skru buatan Malaysia beb, cepat longgar]

Elemen cemburu tu memang dah ada dari kecik rupanya. Dasar orang Melayu!. Nasib la aku Melayu baru, elemen cemburu aku kira bersifat urban la jugak.

Mereka suka ejek nama aku. “tak noraeskah ari ni?”. Maknanya “tak menoreh kah ari ni?” . Sila baca dengan jiwa yang luhur dan simpati!.

Sudahnya aku komplen kat ayah. Aku rasa masa aku komplen tu aku nangis. Entah, lupa dah. “Boleh tak tukar nama De?” . Aku tanya.

“Pilih la nak nama apa” Ayah jawab macam tak acuh. “Nor Aeshah. Macam nama isteri Nabi. Elok sangat-sangat dah. Cuma silap eja’’. Ayah sambung.

[Sampai sekarang aku sumpah polis yang silap eja nama aku tu. Kalau aku tau rumah dia kat mana, malam ni jugak aku nak pergi simbah dengan cat merah!.]

Bila aku dah sekolah menengah, perasaan tu makin lama makin hilang. Rupanya ada yang lagi dahsyat nama dari aku. Kira aku tu kes terpencil je la. nama Azmi Mukim pun ada. Mukim mana tu?, hihi..

Aku cari jugak makna nama aku dalam internet, dalam buku himpunan nama-nama indah. Tapi tak ada la pulak. Tak cukup indah kot ek?


nota :
[Aeskah = Yang Merindui ]

Sunday, November 1, 2009

Mari Memetik Bunga Nan Sekuntum

Lepas risau laki suka cari kerja lain, dapat pula cerita ‘lawak stress’ baru....itulah aku, seorang perempuan yang sangat tabah hatinya, kalau tidak masakan aku sentiasa diuji dengan dugaan demi dugaan..hihi..bagus betul pembuka kata pemanis bicara aku kali ni. Payah tu nak karang ayat-ayat power. Mungkin Mas Power pun tak sepower aku kalau masuk chapter untuk buat karangan.

Aku telefon mak 2,3 hari lepas. Agak derhaka aku ni sebenarnya. Payah aku nak menalipon mak kalau tak selang masanya melangkau dua minggu. Aku jadi sedikit mithali bila bulan puasa, memang hari-hari aku telefon mak, tak tipu! Aku rajin jugak menalipon bila nak mintak resipi.

Kali ni lain sikit ceritanya. Mak cerita pasal kos sodok tanah nak tanam sawit, masuk pulak cerita pasal bateri basikal dia yang nak kena ganti baru. Dalam pada aku dok mendengar-dengar suara mak kat seberang sana, aku dah congak-congak berapa banyak duit nak kena keluar. Nasiblah kepala otak aku sama terer dengan calculator. Erm dua ribu lebih jugak tu. Kalau RM2k kira aku adala duitnya. Kalau 2k tu paun sterling, mau terjongket ekor aku kena kerja tiap-tiap hari. Sekarangpun aku pergi kerja tiap-tiap hari jugak, tapi kerjanya buat ke tak? Nak aku gadai Nabiha, kecik sangat lagi, kalau timbang kilo, baru berapa je dapat. Tak sampai dua ribu.
Duit boleh cari, senang je falsafah hidup aku. Tapi kat mana, tu yang payah sikit.

Kalau la duit tu senang nak dapat, aku rasa takdela AE tu sanggup ari-ari makan sayur mentah jadi macam kambing sebab susah cari makanan halal kat Swizelen nun. Time raya, menangis lak tu, baru tau betapa syahdunya duduk diperantauan.

Laa.. lupa nak cerita pasal topik hangat perbualan telefon dengan mak. Mak aku dipinang orang! Dia dipinang LAGI sebenarnya. Ini kali yang ke tiga. Semua orang satu kampung. Yang pertama, suami arwah rakan kongsi mak masa buat catering kecil-kecilan. Yang ke dua, tok imam, mati bini jugak. Yang ke tiga ni, rumahnya kat simpang kubur, selang 4,5 buah dari rumah aku.yang ni, entah la bini dia mati ke belum.

Aku memang gelak berguling-guling-bangun-pastu berguling lagi bila dengar mak cakap dia dipinang lagi. Tengok rumah diapun aku tak selera, ini pulak la orangnya..haha..best betul mengutuk orang. Senang-senang je nak ambik mak kita. Dia tak tau bapak aku sampai dibuang keluarga, cinta antara dua darjat punya pasal. Ini main suruh-suruh je sesapa gi pinang mak aku. Kat lori ikan lak tu. Tak de adap langsung. Kot la bawak setepak dua sirih ke, mana tau hati mak boleh terpaut. Takpun sepeket dua cekelat mahal ke. Ada jugak pekdahnya. Kalau mak tolak, anak cucu ada, boleh tolong perabih.

Aku tanya, mak setuju ke?. Mak kata, nak kawin semula dah tak ada dalam kamus hidup dia. Cinta dia tetap pada ayah. Wahh! Jiwang karat orang tua ni.
Letak je telefon, aku teringat iklan yang ada Dafi ngan Sharipah Amani tu. Aura mak. Misti mak aku masa muda-muda dulu lawa, dah la masak sedap, sebab tula ramai yang tunggu je ‘line clear’, terus masuk jarum..

Aku dah cuak dah ni, agak2 kalau line aku plak yang dah clear lagi 30 tahun nanti, sapa plak yang nak gi pinang aku kat lori ikan? Apa plak aku nak jawab nanti? Payah jugak ni. Nak menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak selerak, orang kata. Tapi kes aku 30 tahun akan datang, rambut tu rambut uban..fuhhh berpeluh kalau nak cari uban dalam tepung..

P/S : Kepada sesiapa yang duduk di simpang kubur tu, 30 tahun akan datang, maafkan saya kerana menolak pinangan anda!

Thursday, October 29, 2009

Layak Ke Nak Risau?

Aku risau ni. Semua tu kerna lepas aku terima sms; “ari ni balik lambat, nak up date resume. May be around 10 kot reach home’’. Aku bukan risau bila dia balik lambat –nanti lapar-perut masuk angin-kentut merata-Nabiha komplen busuk. Bukan tu. Aku bukan risau semenjak muka dia dah lawa ni, dia akan pergi menyunggit ke mana-mana. (muka dah lawa tu bukan sebab berbedak,bedak tu tak berkesanpun tapi..ada la rahsia rumah tangga yang menjadikan muka dia sedikit tampan) tapi kalau betul-betul pergi menyunggit memang aku risau.**toink**

Kenapa dia up date resume ha?. Anggapla sebab nak tukar font dalam resume. Itu aje. Dah meluat pakai font arial, nak tukar font Baskerville Old Face pulak.

Aku tak suka kalau dia up date resume. Biasanya sebab adalah geng head hunter mencari atau memang hobi dia nak test market, nak tengok dia tu laku tak kat pasaran. Aku tau dia tengah usha kerja baru tu. Sibuk nak kerja kat Qatar...aku doakan dia tak berjaya..doa orang teraniaya senang makbul. Haha..

Sekilas ikan di air nampak macam dia suka dengan kerja sekarang. Ramai orang mengidam nak kerja dengan syarikat ‘Amulet’ tu. Apa yang tak kena pun tak tau. Office cantik, kerjapun tak stress. Apa nak stressnya, balik-balik meeting. Sebijik cam UKM. Universiti Kuat Meeting.

Diapun pun siuman je aku tengok. Lain la kalau kerjanya itu menjadikan ‘beliau’ kurang siuman macam orang kureng jiran lama kami, itu ke stress? Ntah. Akupun nak tunggu survey Awang siap, aku nak baca, baru aku boleh paham makna stress tu kot.

Tapi seksiteri dia gatal sikit laa. [aku tau nama ko Siti..upp] Kalau mengenangkan Siti Sipir tu, elok jugak beliau blah dari ‘Amulet’ tu. Huhu.

Tuesday, October 20, 2009

Membeli cinta dan menjual jiwa

Pada aku, nak memberikan kasih sayang dan cinta pada seseorang cukup payah. Macam aku, ingat senang ke nak dapat kasih sayang aku? Ai makan tahun kau kena menunggu wei. Sama juga nak mendapatkan kasih sayang dari seseorang. Ada yang sanggup mati terjun bangunan. Yang nak lari ke Amareka pun lebih sepuluh orang.

Tall, dark and handsome. Macam-macam la kriteria nak cari pasangan. Ada nak yang pandai buat kek pisang. Pandai cabut uban, pandai merengek. Pandai buat lawak macam Mat Parang Tumpol. Nak yang tak hisap rokok. Tapi ada jugak yang cari mamat hidu gam.

Kalau tanya aku kenapa aku pilih laki aku, sebab:

*Dia budak pandai*
*Muka dia sikit lagi nak handsome*
*Dia macam-macam*
*Dia OIAM*.Dia.Dia...Ngeeee.

Kenapa pulak dia pilih aku? Padahal aku ni perempuan yang biasa-biasa je. Bukan bekas pengacara TVpun. Tak berdagu sejemput kalau Zahida Rafik tengok, mau mati berdiri.Tona muka pun tak sekata. Soul mate?

Ada orang kagum dengan pilihan aku. Siap cerita kat orang tu orang ni pasal kisah cinta kami. Tepat pilihan aku, kata mereka. Itupun sebab laki aku bukan kerja polis, kalau tak mesti diorang kata pilihan aku, cepat, mesra dan betul. Kat mana yang cepatnya pun aku tak tau.

Weh! Jangan la cepat sangat hanyut dalam rapuan aku kali ni, ayat-ayat cinta yang comel ni dah berhari-hari aku karang. Kes nak beli jiwa la ni. Bijakkan?

Yang...’taman rashidah utama’ i tu jangan lupa approve..

Sunday, October 18, 2009

Pencapaian diutamakan

Aku dah ada blog. Itu satu pencapaian. Beberapa hari lepas aku potong dahan mati pokok mas cotek yang aku beli kat MAHA 08. Lepas potong dahan mati, aku tambah tanah sikit. Itupun satu pencapaian. Tak tau la besar ke tidak pencapaian tu. Janji ada pencapaian.

Kerajaan war-warkan suruh utamakan pencapaian. Jadi aku buatlah sesuatu yang boleh dipanggil pencapaian. Aku buat yang simple-simple aje la. Kalau aku buat yang beria-ia kang susah pulak. Semua orang nak lantik aku jadi ahli MTEN. Tak pasal-pasal kena lantik jadi Menteri. Tak nak aku. Lagipun aku bukan suka sangat kat menteri-menteri ni. Jadi kalau aku kena jadi mereka, susah hidup aku nanti. Duit raya anakpun nyaris aku kebas. Tambah pulak kalau aku jadi mereka.

Wednesday, October 14, 2009

Belum Rabu..Cuma sambungan cerita hari selasa

Kenyang brupp..brupp makan durian. Aku cakap kat Kamaq aku angin so tak leh la aku nak berdiet, padahal mesti perut penuh dengan gas helium (kena check balik sains-macam tak fakta je) sebab makan durian. Best jugak menipu ni. Dah buat sekali, rasa nak tipu dua kali.

Aku terus masuk kereta dengan satu tugasan. Mak-mak budak tu memang. Undi punya undi, aku pulak yang kena masak kuah durian. Terpaksala aku menghambakan diri kena masak serawa malam ni.

Sampai kat persimpangan dilema aku tak stress langsung sama ada nak ambik kiri atau kanan. Laju je aku membelok ke kiri. Kali ni tak payah susah-susah pakai GPS. Aku tak heran la Toq kalau ko tak nak tunjukkan aku jalan!. Kerna jalan ni memang aku dah hapal.

Pusing-pusing area pasar malam punya jauh gila kena menapak. Parking kokse-kokse kang kena sondol pulak van aku ni. Kalau sondol aku, mau aku bagi penumbuk, tapi ce habaq mai, kat Bangi ni takde dah orang yang lebih samseng dari aku. Lagi pula orang kat sini bukannya bertamadun macam orang kampung aku walaupun penduduknya sangat internasional. Kalah penduduk kat Bukit Antarabangsa.

Menonong je aku ke Maybank. Dalam kepala nak beli macam-macam. Dalam purse tak sampai RM30. Cinabeng sungguh. Ingatkan orang adik beradik Yahanai je tak reti baca, rupanya mesin jolok duit ni pun sama. Kata otometik. Otometik la boleh baca kad ATM aku. Rasa macam nak bagi sepenampar dua kat mesin kedekut ni.

Jaga ko mesin ATM. Esok aku dapat keluarkan duit kat tempat lain, aku pegi tabur atas kepala ko. Ingat ko seekor je mesin jolok duit kat Mesia ni? Pigi dah.

Balik dengan hampa yang banyak. Dapat ayam sekor, ikan dua keping. Yang ekor-ekor adalah 4 ekor. Tupun yang satu tu ekor dah tinggal separuh. Sayur-sayur layu sebelum berkembang 2,3 ikat. Kelapa untuk serawa RM3.

Kalau la aku ikut kata Chah Jahat, nak je aku pakai duit raya anak yang kena selit tu. Tapi apakan daya, aku ni payah nak jadi jahat. Try banyak kali, tapi tetap tak jadi.

Cili api lupa. Singgah kedai runcit kat rumah, suruh dia timbang cukup-cukup dua ringgit. Angkat letak. Angkat letak. Rugi masa 4 minit. Nasib ko tu bangla. kalau kaum aku, tak sampai ati jugak aku nak biar dia terteleng-teleng kat mesin penimbang tu.

Hampir maghrib. Akupun balik rumah dengan baki duit ada la berapa sen-sen.

Tuesday, October 13, 2009

Hari Selasa


Kalau hari ni selasa, maknanya semalam hari Isnin. Betul dah metamatik aku. Memang hari ni hari Selasa. Tak ada istimewapun hari selasa kat kat ‘Bandar’ yang takkan buruk sampai bila-bila ni. Betul. Memang tak ada.Tiada pesta tanglung nak dikisahkan, apa lagi pesta menuai. Hari selasa yang biasa-biasa saja. Tapi adalah kisah yang tak berapa biasa berlaku pada hari Selasa musim-musim orang tengah sakan lagi beraya.

Yati call suruh aku jenguk kepala dari tingkap opis aku. Akupun terus menggelupur capai beg dan blah. Abah Nadim sampai tepat pada waktu yang Yati heboh-hebohkan kat aku masa lunch tadi. Bagus betul jalan raya kat Malaysia ni yang membolehkan Abah Nadim sampai pada masa yang dijanjikan.
Dalam perjalanan turun ke bawah, aku dah set dah berapa bijik aku nak bedal. Aku kena duduk jauh sikit dari Afiah, sebab diapun pelahap, kang aku baru nak capai, dia dah lahap 4 pangsa. Hidup kena ada perancangan beb. Tapi kalau rancang je lebih buatnya tidak, aku nasihatkan baik korang pasrah je la.

Sesi makan durian rupanya.

Lepas selesai makan dengan mewahnya hingga lupa sebentar pada pesakit-pesakit darah tinggi yang mau sakitnya menangkap ke tengkuk kalau pekena barang 5,6 pangsa durian tu. Pesakit kusta, lagilah aku tak ingat langsung bila dah sedap mengadap durian ni. Mana Abah Nadim dapat durian? Mana boleh bagitau. Itu rahsia kerajaan. Kalau aku bukak rahsia kerajaan, nanti depa syak aku tak amanah. Bila tak amanah, macam mana aku nak ada akaun Amanah Saham 1 Malaysia.

Lama jugak sesi makan durian berlangsung. Ada juga buah sampingan yang lain. Hebat betul perkelahan di tepi longkang ni. Pada rakan-rakan yang diperantauan, caci maki la aku dengan kata-kata nesta sebab aku memang terpaksa lupakan korang bila mengadap buah yang gila babai sedapnya ini. Sapa suruh korang carik pasal tinggalkan bumi 1Malaysia yang indah, permai, menawan,tertawan, pencapaian didahulukan, rakyat diutamakan ni..(hentah apa-apa moto ) moto majalah Inspirasi sekolah aku lagi sedap.

Bersambung...

Monday, October 12, 2009

Mampukah aku melawan godaan makan?

Kalau la aku jadi wartawan pada bulan ni, mau aku pening apala cerita best nak dibuat liputan. Sana sini agendanya makan. Makan .Gelak.Gelak. Makan. Lepas tu tunjuk gelang (haa..ni memang menyampah!)

Berapa majlis makan yang aku dah pergipun aku tak tau. Kalau check balik warna baju dalam gambar, tau la kot jumlah kunjungannya. Beribu-ribu jugakla kalori yang dan selamat masuk perut aku. Ah gasak la..setahun hanya sekali. (arghh klise!)









Aku memang admire kat mamat baju biru ni. Bukan calang-calang orang. Nak details, gugel la sendiri. (boleh ke gugel thru gambar..haha..) Dialah penyelamat anak dara sulung aku yang bermasalah dengan ear drumnya masa umur 9 bulan dulu. Sempat 9 bulan la Nuhaa pekak sikit-sikit. Adanya usaha dari tuan doktor ni, terus tak jadi pekak.

Si baju biru ni jugakla orang yang berjuang untuk bawa doktor-doktor HUKM untuk buat part time kat rangkaian sepital milik KPJ. Teringat jugakla ‘pergaduhan’ beliau dengan Puan Jasimah GM, KPJ masa tu. Aku? Tukang tulis. Hentah hapa-hapa, janji aku menulis.Tulis suap karipap. Tulis, telan karipap. Tak tau Dr Lokman (masa tu) sampai basah ketiak menahan dan mempertahan. Nasib hensem. Lagipun doktorkan, takkan la ketiak busuk.

Aku snap gambar ni nak tunjuk kat Nuhaa. Dulu masa nak ambik gambar dengan Aimi si 4 flat tu pun alasannya nak tunjuk kat Nuhaa jugak.Tapi belum sempat tunjuk lagi. Penipu betul.
Masa aku (kami) tegur Datuk Lokman (sambil mintak ambik gambar dengan dia), dan dia pulak sporting dan setuju.. Mak aiii..semua macam kena serangan angin gatal. Tau je la kalau mak orang buat-buat gentel hujung baju, tersipu-sipu malu...Ya Rabbi buruknye.

Thursday, October 8, 2009

Kisah ‘perahsantan’ dua beranak [Translate this page]

Suatu pagi hari di sebuah dapur yang comel

Aku menggoreng cekodok tauge yang dulunya sangat terkenal kat kantin mak, sekarang aku dah kebangsaankan ia dan jadi glamer pulak kat seantero bangunan office aku. Nuhaa tengah isi air dalam botol untuk bekal sekolah.Jejaka berbedak tengah hirup teh o limau panas sambil panaskan enjin kereta.Bibik dengar khabarnya tengah bersusah payah menyental kasut sekolah Ariff yang lawa sikit dari kasut sekolah anak-anak Mat Yunus , jiran mak. Si kecil becok tu, sedang lena diulit mimpi gara-gara terikat aktiviti bermonolognya hampir saban malam. Lengkapla aktiviti sebuah keluarga.

Nuhaa : Nuhaa tak suka la jadi Nuhaa.
Aku pusing tengok Nuhaa..Kenapa? Balas aku.
Nuhaa: Semalam cikgu (ntah apa nama) tanya, kat kelas 4 Budi ni siapa yang pandai sajak Bahasa Inggeris? Semua orang tunjuk Nuhaa. Bengang betul.
Dari raut muka dia aku tengok dia bengang-bengang suka. Ada bau-bau berlagak sikit.

[,]

Cikgu Hasan pilih De masuk pertandingan melukis. Cerita aku dengan perasaan poyo habis pada ayah satu hari sesampainya dari sekolah. Melukis? Melukis apa? Orang tangan pendek?. Selalu ayahku cebik dan kutuk lukisan potret aku. Orang tangan pendek, pegang beg tangan, kasut tumit tinggi ada reben kt tengah. Haha. Aku dah biasa bila ayah gelakkan aku.
Alah. Mana boleh banding lukis gambar orang dengan lukisan ‘Bismillah’ ayah, aku balas. (rupanya nama lukisan Bismillah tu tulisan khat) Miza beli la gambar orang yang De jual. Aku balas lagi. Reti juga rasa geram kat ayah yang suka ejek lukisan aku.

Kadang-kadang ayah ada juga halang aku dari masuk pertandingan. Dah banyak dah dapat hadiah kaler Buncho tu kata ayah.

Hari ni,rasa perasaan tu macam sama pulak kat kami dua beranak. Perasan sentiasa jadi pilihan. Kenapa yer? Sebab memang betul-betul bagus kot.hahaha.

Friday, October 2, 2009

Sambungan Kisah Berbedak Tu la...

Tatkala masuk ofis. Biasanya ‘report duty’ kat portal kejap,jenguk citer-citer menarik kat blog-blog feveret sambil nyamankan tekak ngan neskepe panas satu kole, redakan kemarahan perut yang mintak diisi dengan sarapan berkolestrol tinggi, pastu terusla sambung kerja apa yang patut. (kalau rajin)

Ari ni teringat nak search pasal kes laki yang tetiba berbedak kat internet, ada ke yer? Apa lak nak ditaip key word masa nak search tu?

Laki ada makwe lain? Bukan. Kejam sangat tuduhan aku tuh.Simpang malaikat 44.

Chah baik : Wei tak baik la tuduh laki kita yang bukan-bukan. Selagi pegang konsep saling percaya mempercayai, tentu dia tak sanggup buat yang bukan-bukan. Gila apa dia nak tinggalkan isterinya yang cantik jelita, dan ‘3 unit harta’ yang comel-comel belaka tuh.

Chah jahat : Alaaa lelaki..semua sama, dah dekat-dekat umur 40 mula la buat hal. Tambah pulak ko tu dah gemuk. Misti nak cari yang berdahi licin.

<Pelik la napa yang berdahi licin tu dikategorikan dalam wanita cantik.padahal bukanke kalau dahi licin tu sebab muka berminyak? itu pasal Uncle Nazri tu dia berbedak> . ermmm isu baru ni..nak kena check balik sapa yang buat simpulan bahasa yang agak mengelirukan ni ..

Chah baik: kena percayakan lakila.Dia keluar rumah nak cari rezeki, bukan nak cari pengganti aku.. Dia takkan lupakan sumpah setia yang telah termeteri 22 tahun yang lepas..wahhhh

Chah jahat: itula ko, mudah sangat percaya, lelaki memang macam tu, mulut manis bermadu, last-last dia memang nak carikan ko madu...

Chah baik: kena pasrah, usaha dan doa. Agar rumah tangga ko sentiasa diberkati dan dilimpahi kebahagiaan. Jangan berprasangka dan salah sangka. Tak baik.Haa..itu Dato’Fadzillah Kamsah yang kata. Bukan akuuu yang kata..eii Chah jahat! Ko memang jahat la..saja nak porak perandakan idup aku yer? Nyah ko dari sini!

Chah Jahat: Laaa..dah namanye aku ni bertanduk, tak true la kalau aku tak jahat, bengong!

Tetiba je rasa nak check handphone boifren ku itu...huhu

Wednesday, September 30, 2009

Ada la Orang Tuuu

Ari ni orang tu pergi kerja pakai bedak. Apa tandanya ye?

Tekaan jahat aku:

1. Memang nak menambahkan kehenseman untuk isteri yang dicintai
2. Try nak menjadi hensem sebab selama ni memanglaaa tak hensemnye
3. Ada orang puji dia hensem bila berbedak, so diapun teruskan usaha murni tersebut

Apa-apapun lu memang hensem arrr Nazri...

Tuesday, September 29, 2009

Dah namanya raya

Tak yahlah citer panjang-panjang.Raya aku tahun ni memang happening, cam tahun-tahun sudah. Gumbira dan memenatkan. Cuma tak depun kengkawan sekolah yang datang rumah..:((..dah makin 'mengera sumbang' kot aku la ni...
erm..warna tema baju..ala kelabu..grey..memang naik kelabu mata menengoknya..

mungkin ada episod sambungan...(tengok rating penonton dulu cam mane)

Monday, September 14, 2009

Persiapan Raya

Skeptikal dan sinikal je bila tengok orang buat persiapan raya awal-awal.Puasa pun belum.Lagi parah, ganti puasa pun lagi la belum. Bulan 9 nanti nak raya, kain nak buat baju bulan 2 dah beli, bulan 3 dah gi antar tempah, bulan 5 dah siap, cuma belum pegi ambikla kat tukang jahit.mahal bebenor upahnya. (tu la, lepas SPM mak suruh pegi belajar menjahit, sibuk nak gi kelas komputer, kelas menaip) Kalau tempah 5 pasang, kosnya dah menyamai down payment buat beli tayar Kancil. Kalau 15 pasang?

‘’bulan depan la saya datang ambil amoi ye, bulan ni belum ada bajet la..’’

Over betul.Sah ada yang akan kata cam tu. Tapi sah bukan aku la. Orang lain yang suka dengki-dengki tu yang kata.

Bulan Ramadhan belum nampak bayang, sample kuih dah bersusun-susun tiba, yang sedap pun nampak tak sedap..apatah lagi yang sememangnya tak sedap.

Belum masuk kes ‘sawan’ Yummies Bakery lagi..berduyun-duyun pegi carik barang kuih. Laki bagi duit suruh bayar duit bas anak, abis duit tu terbabas ke poket Yummies. Segala jenis nak buat (try). Macam jadi. Yang order, order, yang nak buat sendiripun tak yah kirala.

Ada lagi. Langsirnya. Butang baju sedondonnya. Songkok, sampinnya.Selendang pulak. Tak ‘ekin’ la kalau pakai tudung bawal. Semangat betul nak semayang raya. Tapi pegi masjid tayang tudung hajaba. Tayang manik baju shimmering flora.

Pastu duduk diam-diam, sebab semua dah beli. Lagipun duit dah abis. Negatif bulan ni. Kalau buat PnL ni, memang naik mencanak-canak tang OPEX tu. Masuk Ramadhan, dah boleh fokus pi mesjid la kot.Boleh khatam Quran 5 ari sekali. Sebab semua dah settle.agaknya la..

Yang tak bersiap awal tu? Ha..mula la gelabah pegang semua tak kena. Pandai mengata orang over .. Awak tu, masa nilah nak gentel kuih, nak jahit baju, nak beli baju anak, nak tempek manik. Ada hati lagi nak berlangsir baru. Tarawihnya masa bila? Usahkan nak bertadarus. Mengaji pun 2 ainpun tak berapa nak lepas. Sedap sangat mengata orang.

Abih tu masa bila nak buat persiapan raya ni?!!.. (aii..dah takkan tua-tua ni time management pun tak pass-pass lagi...malu le weii)

Sunday, September 13, 2009

Bukak Puasa Yang Paling Best Laa..



































































































Plan asal memang majlisnya di port biasa..Sunway Hotel, tapi atas persetujuan bersama, kali ni lokasi berpindah ke rumah Cik Arin & GG kita..lagipun 'hotel' ni, semua facilitas lengkap..yang penting buleh late check out.. :P

So hari kejadiannya 12 Sept, majlis berbuka puasa sebahagian ahli-ahli kelab _____________ telah diadakan dengan jayanya di rumah agam Cik puan Arin tokey bank kita. As usual, menunya kena pot luck, tapi seperti biasa juga, port yang dipilih, mesti tak luck, sebab-sebabnya:
· Kena prepare paling banyak menu
· Penat tapi penat
· Ditinggalkan oleh tetamu dalam keadaan umah yang paling bersepah di dunia.
· Tapi..tuan rumah mesti bergumbirakan dengan kehadiran kengkawan..peace Arin!
Barisan menunya...takyah ceritalah..buat penat korang telan air liur je..pendek cerita, memang perghhh la..tiada yang perghhh melainkan yang perghh-perghh belaka.

Hajat dihati nak bertarawih bersama..tapi apakan daya, ‘Megat Terawis’ kami-kami tu, kalau dah berjumpa..lagi sakan dari ahli berdaftar..ai tok imampun dah letak kopiah kat tepi..apo cerito?

Perasuah yang paling dikehendaki BPR. Tapi BPR siapa nak siasat? (karangan lari tajuk)


Tak ada apa yang istimewanya jika merujuk gambar di atas. Selain dari rupa parasnya yang sedondon ngan warna bunga-bunga pinggan tu. Oh ada lagi..ianya menceritakan berkenaan kuih onde-onde atau nama saintifiknya buah Melaka. Ada gak yang panggil kuih ‘kekoh char’. Ish tak 1Malaysia langsung nama. Apa-apalah. Janji namanya bukan Kak Rosmah si rambut kembang sudah. Eii raya ni rambut baru kot Kak Mah Harrods kita tu ye. Nak raya 1Malaysia la katakan. Ala..bukan nak cerita pasal ni..

Petang bila ntah. Dah dekat pukul 7.00 tetiba terasa lak nak makan kuih ni. Tepung pulut itam dari umah mak mentua, gula nisan dari Terengganu (yang aku kecoh-kecoh antar posting gi Terengganu dulu tu), kelapa parut je dari kedai busuk Kak Siah (kena lipat pinggang kain kalau nak masuk kedai ni). Bukan itu jugak pun aku nak cerita.

Ni baru ceritanya. Hubby berbuka kat luar, bibik lak tak puasa. So tinggal aku ngan Nuhaa jelah yang ‘ada angan-angan’ nak berbuka puasa ari tu. Boring sungguh mengadap menu Nuhaa yang SAMA tiap-tiap hari. 2 keping roti bakar sapu naturel, dengan campbell soup yang bertajuk chicken and mushroom soup.

Aku pun cabar dia,

‘’kalau Nuhaa makan kuih ni sebiji, mama kasi RM20, kalu dua RM30’’. (sebab aku kompem memang dia takkan makan punya.

Dia sahut cabar aku..cet!.lepas abih roti dia sekeping setengah, diapun makan dengan gaya orang nak kena sula (camne la tu ek).. bungkam (ayat!!)..tergamam aku..dia makan rupanya..yeyyyyy...aku berjaya memecahkan tradisi seorang Nurul Nuhaa Nazri yang hidupnya hanya bergantung pada roti dan mi sup sahaja..

‘’Sedap?’’..dia jawab..’’tak berapa’’.. Nuhaa makan sebab nak duit je, mama kena bayar Nuhaa sekarang..
aiii kecik-kecik dah pandai makan suap...^aku pun pandang sekeliling..ada 2 orang balachee BPR tengah mengintip..^

Tangan yang memberi lagi mulia dari tangan yang menerima. So aku tak dosa la kan...ye ke gitu?

Kalau ari-ari macam ni..aduyaiii...Donald Trump pun bengkrap... :D

Ayat yang bertanda ^^ hanyalah ‘rapuan’ tukang tulis semata-mata..

Wednesday, September 9, 2009

Mama the Monster

Sahur tadi. Boleh ke tengah mengantuk tiba-tiba bertukar jadi mak singa? Boleh...kalau kena gaya, apa salahnya..bulan Ramadhan, syaitan je yang ditambat, tapi jin-jin dalam badan ni kalau tak ‘dimatikan’, bergegak gumpita la ia..menggoda-goda gitu...itulah nafsu..

Ariff tersedar masa aku kejutkan Nuhaa untuk sahur.. tetiba terus berdengung bunyi kumbang tak cukup zat, mengongoi (?)..ala nangis yang buat-buat tu..memang aku tak kejutkan dia,kalo dia tak pesan.. sebab nanti macam-macam hal...yelah kita ni nak la jugak pekena sebantal dua lepas sahur..kang dia bangun, ishh...takleh jadi...
Ingatkan dah selesai, rupanya episod baru nak start, dia keluar bilik gi sambung nyanyian kumbang kat luar pintu bilik, adiknya sampai tersedar & nangis le jugak...geram betul aku...apa lagi..mendera anak la...aku piat telinga kiri, eh kanan dulu kot..pastu termakan godaan hati, aku piatla lagi sebelah..alang-alang sakit, biar dua-dua...apa lagi..makin kuat la koir sang kumbang di dinihari tadi...puasla hati tu...:(
Elok je adegan piat mempiat berakhir..Nuhaa tanya aku, mama tau tak kenapa dia perangai? Kan malam tadi dia pesan suruh mama kejut dia..aku tanya, nk buat apa?..dia nak bangun solat..kan ustaz suruh get ready malam lailatul qadar...Allah! dah terlambat Chah.. terus perasaan ni bertukar jadi perasaan seorang mak yang sebenar...
So, terlajak perahu ke aku pagi ni?

Nota khakis: Ariff dalam cerita di atas merupakan murid tahun 1, walaupun fizikalnya macam murid tahun 2, tapi dia belum mummayyiz..(dari pattern pemikirannya)..tabiat suka mengangis tu..(tanpa sebab) erm...sejak azali..patutnya aku tak perlu nak heran..(second child syndrome? sama la ngan aku + bapaknye kalau gitu..:P)

Tuesday, September 8, 2009

11th Anniversary

6 September...Tak sah kalau tak bercerita pasal tarikh keramat ni..yelah..masing-masing yang dah bertukar status pasti ada tarikh keramat ni, dan teruja nak kongsikan ceritanya..mestilah!..tarikh yang membawa peralihan dalam sesebuah kehidupan. Pengalaman demi pengalaman yang mendewasakan sesebuah institusi perkahwinan, juga anugerah demi anugerah yang Allah berikan sepanjang usia sesebuah kehidupan berkeluarga itu...
Tanpa LV, bukan juga ferragamo yang menjadi hadiah untuk ulang tahun perkahwinan kali ini, cukup dengan sekadar (malah lebih bererti) usaha dan ikrar untuk mengukuhkan lagi ikatan yang terjalin selepas akad diterima pada 11 tahun yang lepas..
Happy 11th Anniversary Chah + Nazri...
Juga untuk Shah, Intan & Zira yang berkongsi tarikh ini... ;D

KUL-TGG-KUL

Jumaat ambik cuti merayap, Sabtupun merayap lagi...ahad lak anniversary...isnin pun cuti Nuzul Quran...seronoknya cuti..tapi dalam 4 hari tu, ari sabtu yang lebih syahdu.. trip ngekor hubby kali ini lebih kepada trip untuk menziarah kaum keluarga...biar hubby sibuk ngan kerjanya..aku lak sibuk mengimbau kenangan lalu..
Semuanya berlaku dalam tempoh sehari...pepagi lepas sahur terus ke LCCT, solat subuhpun di sana, 8.00 pagi dah terpacak kat airport TGG and tanpa merugikan masa walaupun sesaat..terus ambik cab ke pasar payang...meroyan betul aku membeli nisan, rempah masak, rempah nasik dagang, macam-macam la yang hanya ada di tanah tumpah darah mak & ayah ni...tanah tumpah aku jugak sebenarnya...tapi sejak mak ayah berhijrah ke ‘luar negeri’..negeri ni seolah-olah bukan negeri aku..
Menziarah Makcik Nah, Makde, Ayah Teh & Pak Anjang, adik-adik mak yang masih setia di kampung, kecuali Paklong ngan Pak Usu yang berhijrah ke Singapore, makpun berhijrah jugak..tapi dalam negara je la...semua tu akibat cintaa antara 2 darjat...huhu...
Rasanya macam lama betul tak bersua, walhal ngan Makcik Nah baru 2 minggu lepas, dia yang turun ke KL untuk mengantar sepupu register masuk maktab, pun dengan makde juga, masa konvokesyen ‘kazen’ di UPM..tapi kampung halaman ni..arghhh...rindunya...rindunya nak kutip buah kemunting...rindu tengok buah keranji..apa lagi... haaa.. menghirup udara pantai...duduk atas ‘gere’ sambil tido-tido ayam, pastu berjerenggeng..perghh...(huhu...word nih...rasanya ada org Terengganu yang tak tau, tapi AE kata ada..) Hubbyku pun apa kurangnye..siap suruh Pakcik aku berenti kejap kt SESMA, nak tengok sekolah tempat dia dimatrikkan...elehhh...
Kesempatan ke pasar Batu 6..dengan aneka jualan kuih muih tradisional Terengganu..Cuma yang tak berapa nak best..kebanyakan gerai menjual kuih yang agak sama, maybe dari supplier yang sama... then dia pegi écer’ je pada pegerai2 kat situ...mau je aku listkan nama-nama kuih tu, kang ada yang terliur la plak...teralit kat kedai Desa Murni (anak beranak kedai syurga tudung & lubuk tudung)...wahh ramainya orang..ye la, diorang dok melelong songkok sebiji 5sen...sampin budak RM5..haha..baik beri free jer...
Settle jugak urusan hubbyku, dan tibalah waktu berbuka puasa bersama keluarga...seronok betul...tiba jugalah masa untuk balik pulak...sekejapnya masa berlalu...hubby dah bisik kat aku...tua-tua nanti kita balik duduk sini...beli tanah tepi pantai & buat rumah dan habiskan sisa-sisa hidup di tempat yang indah ini....hihi...



view dari gerai-gerai area rumah sepupu mak

ermm...SESMA


ini dia...pokok kemunting


Tuesday, September 1, 2009

Apam Pisang Cyber

Dalam dok meggodek-godek resipi di alam Cyber, di pinggiran Cyberjaya, cuma bukan di cyber cafe je..hihi..terjumpa resipi yang pada aku senang untuk orang yang 'rajin' cam aku nih..kalu tak silap pau resipi kat umah kengkawan Zaliana kot...


Bahan-bahan:
6 biji pisang berangan
1 cawan gula
4 biji telur
2 cawan tepung self raising
Sedikit soda bikarbonat

Cara:
Lenyek pisang hingga hancur, pukul telur dengan gula hingga kembang dan agak ringan, masukkan pisang ke dalam adunan telur tadi, tepung dan soda..godek-godek, bolehla kukuskan..

Nota hikmah: first time buat ni..tak caya? Kena percaya jugak-jugak...macam jadi..boleh la.. cuma harapan ku berkubur sebab gebunya tk sampai terpecah & merekah...rasanya...ermm disukai ramai...(aku, aku, suamiku dan isteri suamiku....:P)


RamadhanKu

Episod : Kanak-kanak
Sungguh indah pengalaman berpuasa sewaktu menjadi kanak-kanak..yang best bila balik sekolah mak tanya ari ni nak berbuka makan apa? Yang tak best..kena buat kerja...Macam-macam la menu yang keluar dari mulut, walhal, mak akan masak apa yang ada, apa yang dia reti masak dan apa yang dia sempat..oh lupa.. HARI APA juga patut diberi perhatian juga..kerana hari2 itu akan mempengaruhi tugasan mak untuk menyediakan juadah berbuka. Isnin-Ahad, pagi-pagi lagi mak dah kuca ganyoh (pinjam word Kak Jua) di dapur..hari Rabu double la kes kuca ganyoh tu..sebab ada pekan sehari, so siapkan juadah berbuka untuk jualan kena extra, menupun extra,..mak memang sentiasa menyokong ayah..dari segi membaiki ekonomi keluarga..dengan menu dan pelanggan yang hampir sama, tetapi hasilnya sungguh mengujakan..air tangan mak...ehhh bukan ke anak-anak je yang suka makan masakan air tangan mak? Anak orang lainpun tumpang suka masakan air tangan mak kita jugak ker?? Aku tukang kira duit..sbb aku tukang kutip daun pandan & kena potong2 untuk DIKISAR okey?!..bukan blend..airnya yang wangi tu akan menghasilkan cendol dan lompat tikam mak yang sedap itu....ah ha..lagi satu aku tukang ‘teran’ cendol dlm baldi...(sebab tu la aku senang beranak kot) mak settlekan lompat tikam, kuah laksa, kuah laksam, kuah pasembor, air gula, santan, bla..bla...kakakku kena kisar beras... Buat laksam...kukus laksam, masa darjah 5? Aku darjah 2 la yer masa tu... ermm...terasa sungguh ‘indie’ dengan job scope memasing..pandai bawak diri anak-anak mak..:P.. Ehh lupa ketupat palas..mak buat juga, ayah akan tolong bungkus ketupat, itupun kalau tak ramai org di barber cornernye...kalau tidak ayah kena jadi tukang angkat & marketing manager saje la...kalau masuk ayah..abisla..semua kena buat secara ‘berseni’..ikat ketupat kena seni, serba serbi berseni..huhu...
Bila semua dah ready untuk di let go..ayah ngan mak pun dh berada diposisi untuk memasarkan jualan mereka, aku boleh la ambik kesempatan untuk menyelam sambil minum air...(memang minum air pun..) pegi mandi sungai lama-lama...(eiii..kurang pahala posa) pastu carik jambu...2 ari lepas dah aim dah jambu biji merah kat rumah Tok Long Bidan, rasanya ari ni dah masak tu..boleh buat berbuka...pastu kutip buah ceri, sedap gak buat buka, nasib baik petang ni tak ikut Cu Rahmah pegi kutip buah berangan...kalu dak, menu berbuka aku, penuh ngan buah-buahan... ;D
Nota:Zaman kecilku yang serba indah...

Episod : Anak Dara Kecil
Yang paling menjadi nostalgia...bulan puasa makcik kantin kena berehat (mak la tu), so mak masih meneruskan usaha menjual juadah berbuka puasa..Cuma pembantu mak dh berbeza,aku ngan kakak tak dapat bantu mak..sbb aku dan kakak di asrama, ihhhh...sungguh azab sengsara tatkala dibangunkan subuh-subuh adam (subuh kebenda, 2 pagi!) untuk ‘menikmati’ sahur dengan hidangan ‘lazat’ ikan cencaru LENGKAP berjaket goreng (ibarat penyiasat CSI yang terjumpa mayat kaku, bisu, kelu lengkap berpakaian, takde perasaan), sayur labu masak air, sambal belacan...sampai laaa aku sumpahhhh ikan cencaru dari masuk ke dalam umah aku..jangan berani-berani & ada hati nak masuk tekak aku...eiii ngeri sungguh bila mengenangkan rasanya tu...

Episod: Anak Dara
Dah besar panjang (lebar?), langkahpun makin panjang..jauh ke utara aku tinggalkan mak, ayah dan ahli keluarga yang lain..puasa yang sememangnye tragis bila berjauhan dengan keluarga...tapi terubat dek gelak tawa suka duka kengkawan...kekadang ada gak main masak-masak kat hostel...kumpul duit untuk beli juadah bukak puasa...Arin, Shaffe, Che Un,Intan, Arin, Shah, Yun, Wan, Zira dan kadang-kadang Ida pun join semangkuk...ah lupa, Not yang suka menempel kat kolej orang...:P

Pusing-pusing menu, cafe D9 memang tetap di hati..sambil mengusha-usha (DAN diusha...ngeeeee) mamat-mamat sekolej yang tak berapa hensem tu, buleh la jugak..dari takde langsung nak cuci mata...paling beh dapat pegi kat pintu pagar besar...banyakkk juadah..Cuma duitnye je yang tak berapa nak banyak..so kena berbajet...apa la jadi ngan PARAM kat pagar tu sekarang ye..may be Dr Halim tokey teka teki ngan Dr Syazwan je yang dok ulang-alik ke pagar tu sekarang nih.. pasti juga aku tk mampu melupakan kenangan berbuka di Restoran Melati Senja di Jitra...Kuala Perlis? Uppp...takmo sebut, satgi depa marah & ligan aku ngan ikan yang tak jdi ditimbang tuh....huhuhu..

Episod: Mak Dara
Sejarah bakal tercipta nanti.. untuk apa yang terjadi pada hari ini di ramadhan yang mulia ini, bilamana aku yang sekarang ini sedang mengendalikan sebuah rumahtangga (yang kadang kala hampir karam ngan semak samun)...tiada banyak bezanya dengan ramadhanku di era yang lain...tiap-tiap hari telefon mak (ni berlaku pada ramadhan saja) tanya masak apa & makan apa...jawapan mak..ala biasa-biasa aje..takut anak teringin nanti sedey.....huhhhh tua-tua pun nak manja2 ngan mak...tapi agak malang bagi aku yang dipanggei Chah ni..belum merasa ditelefon anak-anak, pengalaman memenuhi impian berbuka anak-anak, mama Nuhaa nak makan ni, nak makan tu...kerana pengalaman semenjak bergelar mama ini, sejak mengendalikan anak yang berpuasa ini, perasaannya...sama..sama..dan sama saja...ahhh merintih ke wahai hati??
Syukurlah sekurang-kurangnya diuji Allah dengan anak-anak yang susah benar dalam urusan makan minum mereka saja, tapi mereka masih belum boleh dikategorikan dengan kategori anak-anak bermasalah..syukurkan sekurang-kurangnya mereka masih seperti kanak-kanak normal yang lain..yang tidak normal cuma corak pemakanan mereka sahaja...itu je masalah ko Chah? Allah...tak mencabar langsung.. So..rilekkk la wahai nuraniku...
Dah la dulu...nak ke dapur tanpa sempadan di alam maya sat..tiru juadah depa untuk petang ni..;P

Wednesday, August 26, 2009

Mary had a little lamb..chop..

Tetiba teringin nk bukak posa ngan menatang ni...godek2 resipi ada plak yang senang..so apa lagi..

Lamb Chop (Ala-ala jadi)

3,4 keping lamb (sliced)
Sos lea & perrins
Lada hitam-tumbuk kasar
Bawang putih-tumbuk
Garam
Sos tiram

Perap semua bahan ngan lamb tadi, lagi lama lagi best..pastu goreng je kat pan..

Bahan gravy

Susu segar (dutch lady kaler ijau tu)
Cendawan butang- blend
Lada hitam- tumbuk
Garam
Gula
Butter
Bawang putih -tumbuk
Bawang besar- tumbuk
Tepung jagung- untuk pekatkan kuah

Cara: Tumis bawang putih, bawang merah gunakan butter, masukkan semua bahan yang lain, last sekali masukkan tepung jagung untuk pekatkan..rasakan la masam manisnye..

Bahan
Mashed potato

Potato (nak sedap guna American potato tu tak pun russet sebab gebu)
tapi sebab takde aku entam je potato mesia
Garam
Butter
Susu segar
Mayonis (cap lady’s choice yg untuk cheese wedges tuh)
Cara:
Rebus potato, masuk garam. Dh empuk lenyek sampai penyek, masukkan butter, garam, susu segar pastu mayo tuh..dah..hidang ngan gravy lamb chop tadi..





Dinner oh Dinner...

nila barisan pejuang-pejuang kat opis aku..
oppss..bang jamm.. hensem tau sebenarnya bang jamm ni kalu tengok live..patutla ramai terpikat..

Aimi si budak pandai (dah mintak ijinnye untuk letakkan gambo ni kat sini)..
Lamanye rasa tak pergi dinner..yg official...biasanya kalu boleh ngelak, mmg aku nak ngelak...kecualila kalo aku yg kena jd tuan umah aka mak perantin..terpaksala..beg dinner yang lip lap pun dah naik berabuk...alaaa..citer pasai dinner stended jer..tambah plak la kena berprotokol bagai..lemaih aih...yg aku nk highlight kan sini, pasai beh student...dia ni mmg betul2 beh la kot..sbb leh score 4 flat...uhhh gilerrr..cmne ye dia belajo hah?
Aku ni mmg admire sungguh kat orang pandai2 nih...sib baik ko dh kawin Aimi...oppssss...masa emcee baca je background dia, aku yg leleh lebey2..walopun dh rehearsal beberapa kalipun..syahdu sungguh bila tau ada org pandai2..esp anak melayu....(tak putus2 aku doa dalam hati..agar Nuhaa, Ariff, Nabiha yang memang makna nama mereka itu = PANDAI, jadi betul2 cam nama diorang...)

Waahhh makan..makan..

Dah masuk 4 hari dah umat Islam berpuasa..ni barulah nak cerita pasal menyambut puasa..haha...
Biasalah sebelum Ramadhan menjelma...pesta pot luck la pe lagi..meriah ngan juadah memasing..aku memang suka bab-bab makan nih..huhu...tengok-tengokla ye...

semua home made..

biasa arrr..aku misti kontrak wat dadih je...yang paling TAK SUSAH...






Wednesday, July 22, 2009

Inikah kehidupan?



Berat mata memandang, lagi berat bahu yang memikul...seribu satu kesimpulan yang boleh aku buat bila menyaksikan íni'dengan mata dan kepala ku sendiri..masih ada orang yang hidup dalam keadaan begini..selama ni betapa angkuhnya aku tatkala menuang baki makanan ke dalam tong sampah, sungguh kering hati aku membiarkan anak-anak membazir-bazirkan makanan..tapi inilah reality...tanggungjawab siapa ni? pemimpin? ketua kampung? jiran? sungguh memualkan bila ada lagi sikap tuding menuding jari antara satu sama lain..tapi akupun sekadar memandang dengan mata yang berat...
Powered By Blogger