Monday, February 8, 2010
Antara Aku dan Kamu, Ada Kita 3
Posted by Chah at 11:15 PM 0 comments
Labels: Kisah cinta
Jangan biarkan aku di situ. Tanpa rasa.
Wanita itu berdiri di tepi jendela lebar berlangsir warna emas pekat kain berat sarat hiasan. Matanya menyorot pandangan ke KLCC. KLCC dipandangan matanya hanya dua depaan tangan. Tanpa sebarang kerut di wajah. Dia kembali ke sofa empuk bersalut sutera satin sambil menguis biji berlian tertanggal di atas permaidani buatan tangan. Tag harga Ferragamo RM puluh-puluh ribu dicampak ke longgokan beg-beg lain yang masih belum ditanggal tag harganya.
Wanita itu menjengah ke luar semula. Dia masih keseorangan. Harapannya agar semua longgokan beg di lantai boleh diubah menjadi sekumpulan sahabat karib yang setia mendengar rintihan, luahan rasanya. Kumpulan rakan yang melayannya berbicara. Itu tidak mungkin. Longgokan itu kaku di situ. Tanpa rasa. Tiada nyawa. Wanita tadi juga seolah-olah telah kehilangan jiwanya.
Leka wanita ini menekan punat telefon. Hampa. Tiada suara kudus menyahutnya di hujung sana. Yang tinggal hanya desir angin. Dengusannya perlahan. Hiba. Apakah dia kehilangan lelaki yang dicintainya?
Posted by Chah at 11:13 PM 1 comments
Labels: Chah's Story, Kisah cinta
Wednesday, January 27, 2010
22.50 tunaiiii...
Minggu ni, minggu yang agak padat untuk aku. Hajat nak berdating dengan Abe Awea terpaksa ditangguhkan ke tahun 2012. Kalau Awea nak datang sorang tu aku tak kisah sangat, tapi dia janji nak bawak Qayyum. Jarang aku dapat dating dengan 2 orang jejaka sekaligus.
Disebabkan buat-buat sibuk dengan urusan operation bapa mertua, aku terpaksa ke hulu ke hilir ulang-alik rumah-hospital. Sambil-sambil tu terbakar juga beberapa kilo kalori dalam badan aku ni. Tinggal 2 kantung lagi yang belum dibakar, lepas ni selim abis la. itu baru dikira minor operation, kalau la abah kena operate besar-besaran, sah aku boleh jadi slim macam cikgu Linda Jasmine.
Malam tadi gas habis. Tong sparepun tak berisi jugak rupanya. Nasibla semua orang dah makan. Ingatkan minggu ni minggu pengurusan rumahtangga yang paling berjaya, rupanya tidak. Aku memang salahkan tong gas, ataupun sapa-sapa la designer tong gas tu. Boleh tak kalau design tong tu jangan buat design macam kereta juara? At least bila dah tinggal suku ke atau 10% lagi nak abis ke, buatlah ada satu butang, or touch screen button ke yang akan alert suruh aku tukar or get ready dengan tong baru. Senang je kan?
Mamat bangla tu datang antar dalam ujan renyai. Dua tong sekali, puas hati aku.
“Berapa?’’ aku tanya. “Biasa la, 22.50 satu tong..”. aku pun swipe kredit kad bersalut emas dan mamat tu berlalu pergi. Hah?!, nilai aku bersamaan dengan harga satu tong gas?.
Posted by Chah at 9:13 PM 3 comments
Labels: Chah's Story
Monday, January 25, 2010
Tajuk Tak Penting...
Ada masa memang kepala boleh jadi serabut sampai tahap terkeluar uban. Sekali keluar terus 14 helai. Pilihan yang ada, syampoo bawang atau treatment kat Yun Nam Hair Care.
Aku ok je sebenarnya bila uban dah penuh suku kepala. Ala, Intan lagi banyak uban. Tapi Nana sayang je kat dia. Siap bawak pi Pangkor lagi. Tapi kalau Intan tak dak uban, maybe Nana boleh bawak dia pi Prairie kot. Boleh re make citer Little House On The Prairie. Sebenarnya sampai sekarang aku tak tau Prairie tu kat mana. Aku agak kat Amareka sebab dalam cerita tu diorang cakap London. Tapi London kan kat Ulu Kelang. So penggambaran citer tu dibuat kat Malaysia la ye?
Dari minggu lepas aku serabut memerah otak nak cari baju dinner. Itu masalah keremajaan aku. Aku sering dilemma disebabkan sehelai baju yang nak dipakai dalam majlis yang grand la mintak-mintaknya. Jangan pandai-pandai kata itu isu remeh. Isu enjin jet hilang lagilah remeh. Apa susah, dah hilang tu beli aje baru, nanti kau dengan keluarga kau juga yang akan senang. Aku bukan hingin pun duit hasil beli jet baru tu untuk beli baju dinner aku. Kos baju dinner aku paling-paling pun RM65.00, dah masuk kos jahit tepi dah tu.
Aku tengah serabai sebab nak bertukar poskod ni. Kalau boleh aku nak biarlah kotak barang-barang tu nanti warnanya senada dan setema dengan warna tema Annual Dinner ofis aku, oren dan putih. Tapi bila mengenangkan kos tempahan untuk kotak aneka warna tu akan menjulangkan nama aku sebagai investor yang tidak berhati perut, baik aku guna kotak Ricoh je lah. Aku pun tengah teringat-ingat kata-kata bapak mentua aku pasal berpindah-randah ni. Dia kata, kalau kita dah berpindah randah lebih 3 kali, tapi tak kaya-kaya jugak, so sampai bila-bilalah kita akan hidup di takuk tu juga. Aku percaya cinta, tapi tak percaya ungkapan bersahaja tu. Sebab orang kayalah lagi kerap berpindah-randah.
Tiba-tiba aku rasa aku dah tak serabut dah. So lepas ni dah tak ada la tulisan serabut macam ni. Posting-posting seterusnya akan lebih menumpukan pada isu kesejagatan manusia sahaja. Cerita-cerita tak membangun minda macam ni, tidak akan diconsider sama sekali.
Posted by Chah at 1:05 AM 9 comments
Labels: Chah's Story
Monday, January 11, 2010
Perlukah cinta itu berada di mana-mana?
Aku jarang membaca surat khabar. Cuma lately aku baca Berita Harian kerana aku nak buat teka silang kata. Katanya boleh menang sampai RM5,000 seminggu. Tapi aku takla berniat nak hantar, sebab nanti aku takut bila muka aku keluar surat khabar, aku terlebih expose. Susah untuk kerjaya aku kerana privacy aku telah diganggu.
Aku membaca juga surat khabar sebab nak buat Sudoku. Walaupun aku akan sedikit hilang akal bila tak dapat nak selesaikan, tapi aku berjaya jugak gerak-gerakkan minda aku agar tidakla membazir bila aku dikurniakan dengan setompok otak ni.
Tapi akhir-akhir ni bila ada kisah Bung Moktar kawin dengan Zizie Ezette, aku bacalah pulak. Sah, aku ada sedikit kepochi berkenaan perkembangan artis Malaysia ni. Nak kata Bung tu hensem sangat, tidak la pulak. Pada pandangan aku, Sidi Oraza tetap nombor satu. Sekiranya tiada cinta yang mengikat mereka, pastinya Zizie juga akan mencebik bibir bila tengok rupa paras Bang Bung. Itu peranan cinta. Cinta yang membuai perasaan mereka berdua dan akhirnya akur dengan kata hati masing-masing.
Perlukah cinta itu berada di mana-mana? Ya pasti. Jika tidak, pasti tiada rasa antara Atoq dan Meeza. Cinta mereka yang melahirkan Azeem-Azeem mereka. Kalau lah cinta sedang kealpaan di ketika itu, mungkin Atoq telah menjadi milik Limah dan Meeza pula tidak mustahil memilih Soboq.
Perlukah cinta itu berada di mana-mana?. Semestinya. Cinta yang lena sudah pasti akan melekakan Is dan Che Un agar tidak membajai cinta mereka. Cinta telah menundukkan Che Un untuk tidak bosan bila diminta menyediakan petai jeruk, sambal biji getah dan kerabu umbut kelapa sebagai bukti ketaatannya pada cinta Is. Apa ada pada seperiuk jering rebus yang ditabur kelapa dan gula? Mudah saja, ada kemanisan cinta di dalamnya.
Perlukah cinta itu berada di mana-mana? Oh ya! Jika cinta tidak memilih untuk bertakhta di jiwa Awang dan Chah dulu, pastinya di lain kali cinta itu akan datang juga. Tapi penuh dengan kekesalan. Duhai cinta, kau memang datang tepat pada masanya. Aku tahu, Luqman Hakim berhak menambat rasa cinta kalian. Cinta tidak akan sanggup melihat pancaran mata yang bercahaya jika pemilik mata itu bukan Awang dan Chah.
Perlukah cinta itu berada di mana-mana? Aku tahu aku amat memerlukan rasa cinta itu. Tapi maafkan aku kerana tidak menyedari tarikh keramat kehadiranmu. Mungkin di saat malu-malu ketika berselisih di tepi pohon ubi gajah? Di tepi lab sains? Ataupun saat aku menerima surat-surat cinta si penjahat asrama tu? Aku cuma sedar kau hadir membawakan seorang budak jahat yang akhirnya aku dengan gembiranya menerima kenyataan yang ada penyatuan cinta antara kami.
Wahai cinta, pergilah bertebaran ke seluruh dunia ini. Tambatla hati mereka yang masih meragui keindahanmu. Aku yakin, kamu mampu menyelimuti mimpi-mimpi mereka, dengan kesucianmu.
Posted by Chah at 8:52 PM 12 comments
Labels: Chah's Story, Kisah cinta
Inikah kehidupan? Part 2
Kemeriahan pada suatu petang dalam acara berkumpul adik beradik pada cuti sekolah yang lepas, terhenti. “Dengar tu Li melaung-laung”, kata mak. “lapar la tu” balas adik aku yang paling perasaan bongsu walaupun usianya dah nak sama dengan usia mak.
“Jom la gi antar nasi” aku balas bila aku terasa hormon baik aku naik mendadak. Selesai membungkus nasi dan lauk-pauk tengahari tadi dalam plastik, kami beramai-ramai ke rumah Li. Mak aku siap pesan “busuk tak tau nak kata’’.
Dari jalan dah terbau busuk dari arah rumah dia. Mak aku memang berkata benar. Nabiha cepat-cepat aku suruh masuk kereta, daripada dia dok mengkomplen busuk, dah la suara tak reti nak perlahan. Aku pun bernafas melalui mulut, kain lampin lama Nabiha yang aku standby untuk tutup hidung, tak kalis bau. Bekas-bekas makanan polistrin kelihatan merata-rata di luar rumah. Tersentuh betul hati aku. Sumpah!. Aku tak terkata. Bila masuk dalam rumah, memang tak dapat diterima dek akal. Sampah sana sini, berak kencing merata, yang paling aku tak tahan, seluruh badan dia, pinggang ke bawah penuh dengan najis! So aku yang lembek ni, kompem la akan menangis. Dia duduk betul-betul tepi tingkap sebelah pintu. Atas kerusi sandar arwah ayah aku yang mak aku sedekah pada dia. Aku hulur plastik berisi nasi dengan ikan tilapia goreng. Plastic yang lagi satu aku tengok dia hirup, mungkin dia sangka air minum. Ehh tu kuah gulai ikan patin la! Tapi aku tak sanggup nak pergi dekat untuk betulkan keadaan tu.
Aku keluar dan perhati dari luar rumah tengok dia makan dengan lahap, suap terus telan. Jiran sebelah rumah dia (memang ditugas dan dibayar oleh JKKK kampung untuk sediakan makanan untuk dia 3 kali sehari) keluar dan borak-borak dengan aku.
“Long baru je lepas antar nasik untuk petang ni, dia makan macam tak reti nak kenyang”. Sumbat, telan, lepas tu mengamuk lagi.
Aku dapat rasakan ada yang tak berapa kena dengan situasi Li. Aku bercadang nak korek sebarang hint yang memungkinkan aku boleh merungkai permasalahan si Li tu. Long Jie macam paham apa yang aku nak tanya.
‘’dulu-dulu dia kuat melawan mak dia..bergaduh sampai berparang-parang dengan mak dia. Pernah dia pijak tangan mak dia sebab bergaduh, kelapa punya pasal.”, Long Jie meneruskan lagi cerita-cerita pasal Li.
Aku balik, terus aku dapatkan kepastian dari mak. Aku harapkan mak akan ceritakan sesuatu yang baik-baik pasal Li, tapi intipati cerita mak sama dengan cerita Long Jie.
Belum apa-apa, aku dah membebel pasal kisah anak derhaka pada Nuhaa dan Ariff. Aku sendiri terus tak putus-putus berdoa agar aku bukan ‘Li’ dalam versi wanita.
Posted by Chah at 12:57 AM 4 comments
Labels: Chah's Story
Wednesday, December 30, 2009
Gelang Kristal, Linda, Aku dan Pasar Philipines
Banyak cakap pulak tu minah tu. Oh lupa, nama dia Linda. Siap bagi kad nama lagi. Business kat KL, ulang-alik ke Sabah tengok anak. Oh tidak! Dah ada anak dua, sekolah menengah. Aku makin irihati ni. Tapi takde la sampai nak tikam dia dengan brooch. Macam mana dia boleh maintain lawa dan nampak muda. Entah-entah pakai susuk cucu Betong.
Dia hulur majalah Mingguan Wanita. Heyy, Cik Kak, tak tau ke aku ni tak suka baca majalah iklan ni. Tapi mengenangkan kebosanan, aku belek-belek gak tanpa rasa minat. Ubat pemutih tanpa pengelupasan. Ubat kuat. Ubat untuk hilang jeragat. Ubat untuk hilang akal ada jual tak? Hilang anak?
Minah tu, eh Linda tu pergi merayap. Dia kata nak pergi beli tisu. Sebab hidung dia gatal. Haha..sapa kata pemilik LV takde resdung. Aku sengih je la..hilang sikit dah jeles aku kat dia. Sekurang-kurangnya hidung aku takla berulat..hihi.
Posted by Chah at 7:37 PM 3 comments
Labels: Chah's Story, Kerjaya


