Pages

Monday, April 26, 2010

Peperangan Antara Dua Negara -2. Ini Peperangan Jiwa.

Tak habis lagi stress kat bibik. Gila marah lagi ni. Bukan kes cubit Ariff je. Tapi ada lagi 2,3 kes prima facie yang dia buat. Tiada mala fide. Memang semua aku ada affidavit yang sah.

Perasaan aku memang tengah berwarna-warni ni. Tapi semua warna-warna suram. Hati aku jadi kelabu bila pandang muka dia. Sumpah rasa nak tendang!

Teringat zaman tak ada bibik. Semua buat sendiri. Aku memang pakar buat 'sup bakar'. Bukan tu je, sup special aku yang bertajuk 9to5 sungguh terkenal. Waktu memasaknya perlu mengambil kira-kira 8 jam untuk membakar ayam, tulang ayam, rempah sup, air termasuk periuknya sekali.

******
Hari jumaat sepatutnya ‘nyaman’ untuk wanita-wanita berkerja (tapi tak berapa berkerjaya). Perghh gila best kalau tiba waktu lunch hari jumaat. Walaupun kadang-kala aku memang kena korbankan hari jumaat yang best itu. Terpaksa beri laluan untuk kerja-kerja membibikkan diri. Moyok gila muka bila kena balik tengahari. Mop lantai, basuh bilik air, lipat kain, basuh longkang. Nak bangun pepagi untuk buat semua tu, oh tidak mungkin. Aku memang seorang yang ‘moist’ di pagi hari. Bercakappun 5 patah je setiap pagi. Mana mungkin aku boleh pegang penyapu di pagi hari. I love U, Yang. Bye. Itu je yang aku buat setiap pagi untuk suami. Sungguh mithali (pemalas).

Urusan anak-anakpun kalau boleh aku elak, memang aku tak nak buat. Tapi urusan untuk masukkan beg sekolah, beg taska dan beg sekolah agama kena buat jugak. Tak lupa bekal Nuhaa. Lepas tu mandikan Nuhaa, angkut Ariff masuk keta. Hantar Nuhaa ke sekolah agama, hantar barang sekolah petang Nuhaa ke transit, hantar Ariff ke rumah Ibu. Kat situ sahaja dah 566 Kcal terbakar. Sebab tu jaman tu aku tak malu mengaku aku selim.

On the way ke office, phone bunyi “Chah, akak ni. Kasut sekolah Nuhaa Chah terbawak dua-dua belah kiri la...” Adehh..

[,]

Hati sedang berbelah bagi. Aku dah minta agen Che Un carikan pengganti bibik. Tapi pada masa sama seronok pulak baca pasal Harsa yang sedang enak mempermaisurikan diri tu. Jelous jugak kat Za yang dah berbantal-bantal riben dia sulam. Aku rasa, so far aku adalah calon yang paling sesuai untuk jadi pengganti Bibik sekarang. Seronok bila sudukan honey tiap-tiap pagi untuk Ariff dan Nuhaa. Seronok lagi bila ‘menang’ dapat memaksa mereka mengunyah 7 ulas kismis yang mudah-mudahan mencergaskan minda mereka. Ah bestnya jadi Intan yang Everyday is Sunday.

Apa tunggu lagi? Draf surat sekarang!

Thursday, April 22, 2010

Best ke jadi CEO?

Hari ni berita Bad (Badirul) dilantik jadi CEO Maybank Trustee Bhd hangat dibincangkan di facebook. Penuh dengan ucapan tahniah. Aku memang tumpang bangga apabila rakan satu batch di UUM dulu dah jadi somebody. Dalam tempoh 10 tahun sahaja dia membina kerjayanya. Sungguh mengujakan. Di saat aku dan mungkin ada dua tiga orang rakan lain yang belum jadi siapa-siapa lagi, dia dah memegang jawatan CEO dalam usia yang agak muda. Tahniah kawan.

Bahagia ke agaknya kehidupan dia selepas bergelar CEO nanti?

Di saat Bad sedang menggapai pelangi, tiba-tiba aku rasa nak berhenti kerja.

Wednesday, April 21, 2010

Peperangan Antara Dua Negara

Macam ngeri je baca tajuk kat atas tu. Walaupun ceritanya tak segempaq tajuk tu. Tapi biasalah. Ayat memancing undi. Undi pembaca. (senyum ni...)

Dalam beberapa hari ni aku off-tune sikit dengan bibik aku. sepanjang 4 tahun ni, ada banyak benda yang aku boleh tolerate dengan dia. Mungkin disebabkan sifat aku yang macam ni. Kalau kau tak buat, aku yang akan buat. Aku takkan berkudispun kalau setakat aku kena mop lantai, basuh toilet, sedangkan kau yang aku gajikan untuk semua tu dok sibuk bersms.

Cuma, ada beberapa benda yang aku tidak boleh berkompromi. Jangan sesuka hati buat pada anak-anak aku. Mungkin kalau anak kucing ataupun anak kura-kura Nuhaa aku bolehlah berlakon buat-buat sayang kat binatang. Tapi ini bukan anak kura-kura. Ini anak-anak yang membuatkan aku menahan sakit bila contraction tu datang. Anak-anak inilah yang menyesakkan dada bila si Nuhaa dah 11 tahun belum pernah dan tidak mahu menjamah walau seulas nasi. Si Ariff walaupun dah 8 tahun tapi masih bergantung hidup hanya pada ‘nasi-egg’ dan ‘roti-egg’. Anak-anak ini jugalah yang ragam mereka terpaksa aku hadapi sendirian tatkala suami jauh di benua lain untuk mencari rezeki.

Hari ini kau cubit kakinya hingga lebam dan kau ugut sambil acukan dengan gunting agar Ariff tidak buka mulut beritahu Babahnya. Besok-besok? Dan-dan aku rasa nak notis berenti kerja 24 jam!.

[,]

Semalam. Dialog/monolog antara suami dengan Bibik (bukan nama sebenar-actually apa nama dia yang sebenarpun aku tak tahu, sebab aku pegang satu passport, tapi di tangan dia ada lagi satu passport yang masih valid dengan nama yang lain!)

‘’Saya tau ariff tu degil, kadang-kadang kami sendiripun tak tahan dengan perangai dia. Tapi Ida tak boleh buat dia macam tu (cubit). Kalau nak marah, sebab dia susah nak bangun tidur ke, takpe, tapi jangan pukul dia, jangan ugut dia. Sampaikan dia jadi takut kat Ida. Dulu-dulu saya tengok Ida tak ada timbulkan masalah apa. 4 tahun Ida kat sini, cuba Ida ingat berapa kali saya marah Ida. Inipun sebenarnya saya bukan nak marah, saya nak Ida tau, saya tak suka Ida buat Ariff macam tu. Dia tu sensitive, saya sendiripun tak pukul dia.”
Kalau dia nak makan apa, Ida kenalah terus buatkan. Bukannya susahpun makanan diorang ni. Setakat nasi telur je..’’

Aku pulak yang rasa tak cukup ramuan dalam ‘nasihat’ laki aku tu. Tapi bila difikirkan kesannya nanti yang mungkin akan lebih parah, aku telan semua tu dengan kesat.

*****
So, KALAU aku...

“Ida, kenapa buat Ariff? Kamu tau tak kamu tak ada hak nak pukul anak saya, kalau kamu nak marah, marah ajelah, jangan sentuh dia, jangan pukul dia. Apa perasaan kamu kalau orang buat benda yang sama pada anak kamu? Kamu memang tak pandai bersyukur. Selama ni saya buat baik dengan kamu, tapi kamu balas macam ni kat saya. Pack barang kamu, malam ni juga saya akan hantar kamu balik!

Sapa sokong aku angkat tangan!

Thursday, April 15, 2010

Kisah Minggu Ke Minggu

Seminggu dua ni banyak benda berlaku. Minggu-minggu lain pun bukanla tak ada perkara berlaku. Tapi minggu ni, rasa macam terlalu pantas dan banyak hal la pulak. Bukan sebab minggu ni, minggu aku dapat bonus. Kalau boleh aku taknak bising-bising pasal bonus ni. Ramai yang mengejar nanti. Terus mengaku kawan, sedara mara. Jadi pasal bonus ni aku taknak cerita kat sapa-sapa.Ini rahsia aku. Aku nak buat dekkk je, sampailah duit bonus tu hancur jadi debu, barulah aku cerita kat diorang. Tapi tak ada la aku nak sawan macam budak-budak ofis aku ni. Kena angin bonus melanda, terus senyap macam dilanggar garuda.

2 minggu lepas aku sedikit busy body nak mengkenenkan Norli ngan seseorang. Harap-harap kedua-dua pihak suka. Tapi di sebelah pihak sana tidak ada sebarang kata putus. Aku assume dalam proses la tu. Erm... Benda baik tak boleh buat tergesa-gesa, nanti hasilnya tak berkualiti. Jangan marah ya kawan-kawan. Kadang-kadang ada benda aku suka take it easy, take for granted. Tapi bila aku membaca komen sahabat yang ingin dikenenkan ini, aku rasa banyak lagi perkara aku kena belajar dalam bab memberi dan menerima kasih sayang ni.

Mungkin selama ini aku berpegang pada prinsip berkasih sayang akan wujud antara dua pihak. Perlu ada dua pihak. Tapi hari ini, aku yakin jika ada pihak yang memiliki kasih sayang tapi tiada tempat untuk diluahkan, kasih akan kekal kasih. Tidak akan pudar. Biarlah ia di situ dulu. Akan ada waktu yang sesuai dan orang yang layak menyambut kasih itu, pasti ianya akan berlaku. Aku berserah dan setia menunggu saat itu.

Ada kalanya wanita yang diperihalkan menghayun buaian, boleh menggoncang dunia tapi tiba-tiba hatinya digoncang, dirabut. Parah luka itu. Tapi sesiapapun perlu ingat, dicinta dan dicerca boleh berlaku dalam satu situasi. Dalam ruang dan tempoh waktu yang sama.

Sehari dua ini juga aku tidak akan sekali-kali menyalahkan takdir bila kasih seorang sahabat sepejabat bakal berkecai. Mungkin sudah berakhir, akupun sudah malas hendak mendengar. Nanti aku akan jadi makin bias terhadap wanita yang ditinggal suami. Jalaq kata aku feminis. Mungkin ya. Tapi dalam hal sahabat ku ini aku sedikitpun tidak mengkepokan diri. Biar dia uruskan hidup dengan anak-anaknya. Suami boleh bersilih ganti, mungkin. Tapi hidup dengan anak-anak yang membesar perlu diteruskan. Apalah guna bergelar isteri sekiranya si dia jijik dipanggil suami kepada kamu. Kuatkan tekad sahabatku. Aku boleh menulis sesuka hati aku, tapi deritanya mungkin tidak secalitpun aku yang menanggung. Semua perlu digalas di atas batu jemalanya.

Sahabat, ingatlah. Kau bukan calang-calang wanita. Aku tahu kau boleh bina ketabahan itu.

Wednesday, April 7, 2010

Entri Tanpa Tajuk

memang banyak benda yang kita kena lihat dari perspektif yang berbeza



Powered By Blogger