Pages

Tuesday, March 9, 2010

Sawan atau meroyan?. Aku rasa gila paling tepat.

Ada seorang kawan aku masa zaman kanak-kanak dulu, dia ada penyakit sawan. Tapi anak orang kaya. Bapaknya kerja broker kalau tak silap. Kalau dia kerja kat kelab snooker, aku tak tau la. Disebabkan aku ni dari kecik lagi dah materialistik, aku sanggup je kawan dengan dia. Sampai sekarang mak aku selalu bagitau dia asyik tanyakan aku. Cuma aku je yang lupa daratan, sampai langsung tak pergi jenguk dia.

Tapi sawan dia sawan yang bermaruah. Sawan yang high class. Kasta sawan dia tu, tinggi sikit dari kasta brahma la kot. Di sisi Tuhan dia lebih mulia dari segelintir orang. Ye lah, kalau dia bercadang nak buat dosapun, belum sempat dia teruskan niatnya tu, tetiba sawannya menyerang.Terus terbantut niat nak buat perlakuan jahat, kan?

Berbeza dengan jenis sawan yang melanda pejabat aku. Sawan atau meroyan ni sebulan sekali je datang. Lepas tu senyap dibawa angin entah ke mana. Sedar-sedar pantry dah penuh dengan pesakit-pesakit sawan tadi. Semua ‘teringin’ makan biskut cicah teh o konon. Kalau tidak, usahkan biskut, nama biskutpun tak boleh sebut depan mereka ini.

Itu namanya sawan gaji. Lepas 23 haribulan, jangan harap la nak nampak muka. 7 haribulan, mula la. Mukapun dah macam taugeh masam yang terlupa nak masukkan dalam peti ais. Kalau orang bujang aku takde la kisah sangat. Tanggungjawab mereka ni tak sebesar tanggungjawab orang yang dah menggalas jawatan mak atau bapak orang. Bukan setakat dengar guruh di langit air di tempayan dicurahkan, ni dengan tempayan-tempayan sekali dibuangnya. Sadis sungguh.

Aku berpesan untuk diri aku juga sebenarnya. Masa depan kita, kita cuma usahakan, tapi itu kerja Tuhan untuk tentukan. Janganla disebabkan orang depan pakai baju lip lap, kitapun terus nak beli baju yang ada traffic light. Jangan lupa juga perati puting botol susu anak tu. Mak pakai baju baru tiap-tiap minggu, tapi hingus anak kering kat pipi. Tolong ya!

1 comments:

Anonymous said...

hehehe...aku suka pesanan nie chah..buat peringatan diriku jugaksss