Pages

Tuesday, February 22, 2011

Catatan Di Hari Lahir Si Dia

Dia menyambutnya 11 hari yang lalu. Biarlah aku nak catatkan bila-bila masa aku suka, akukan isterinya. Aku berhak buat apa sahaja pada dia.Benar begitukah?

Jika aku membilang tarikh kelahirannya bermula nombor pertama, bermakna tahun ini aku sudah selesai angka ke 38. Cukup banyak jika mahu dihitung dengan berapa hadiah yang perlu dipersembahkan. Bersamaan dengan berapa wang yang perlu dilaburkan untuk hadiah-hadiah tersebut.

Tetapi tidaklah begitu. Tahun ini aku dan anak-anak hanya menghadiahkan sekeping kad ucapan setiap seorang yang dibuat sendiri. 4 keping kad istimewa kerana ianya tidak dijual di mana-mana kedai sekalipun. Aku rasa itu sesuatu yang manis. Iya tak?Perasaan aku lah, perasaan kamu mungkin itu memualkan.

Dia sudah gemuk sekarang. Sedikit buncit. Sudah banyak uban. Sudah tua. Mungkin zaman dia gah dengan motor besar dahulu lebih handsome. Zaman duit lima ringgit kongsi berdua dulu lebih kacak. Musim jeling-menjeling di ASPURA dan ASPURI dulu lebih macho.

Tapi mata aku yang semakin tua ini memandang 'situa' itu masih kacak dan ganteng. Kerana pandangan demi pandangan selama ini menghasilkan himpunan pandangan yang sarat dengan kasih. Ya kasih. Cinta pula, aku tak mahu publish di sinilah.Itu nikmat yang Tuhan kurniakan pada aku untuk menyintai dia(opps tercakap juga akhirnya!) dan moga-moga berterusan hingga ke gerbang syurga.

0 comments: