Didedikasikan buat sahabat yang sedang bernanah hatinya tapi cekalnya setinggi langit
Kamu tidak pernah tahu sepualam mana hati kamu
sehinggalah ianya diuji
sama ada bala atau laba
kelabu atau jerubu
rapuh atau tidak
juga di luar jangka
sehingga ia dicuit pilu dan sendu, manis atau hamis
dan sesiapa tidak akan dapat meneka
sekental manalah ia
sampai ke detik ia dimamah nestapa dan lara
atau dipanggil pulang oleh sengsara dan hiba
wahai hati yang mereput
duhai hati yang hampir mati
aku tidak mampu membantu merawatmu
hulurkan tangan sahabat, biar aku cuba hangatkan tanganmu yang dingin
kerna aku tahu
tangan mu itu mampu berbicara dengan hati
agar melempar pergi rasa busuk yang menjeruk
aku cuba sedaya kudrahku
beriringan
bukan di depan atau ditinggal kamu
aku akan pimpin tanganmu
kita langkah bersama
Thursday, November 3, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Chah...
perghhh...puitis gitu.x tahanzzz
errkkk PUALAM tu apa?
Ammpunzzzz aku dulu tak amik sastra aaa...:P
Aku pun berpuisi dlm lab sains...:) pualam tu sejenis batu...hati hang apa, pualam ka air ka gas?
Hehe...tadi aku gugel sat..jumpa la..emm batu atau marmar atau apa ntah tadi...
Hati aku kristal beb..muahhh! :P
Dalam sendu masih tersenyum
Kerana pernah bahagia bersama
Bila muncul hiba juga duka
Hati berbisik dan berkata
Itu sekadar ujian dariNYA
Namun hati ini kadangkala pasrah
Bila ujian tak pernah sudah
Luka lama terus berdarah
malah ada yang terus bernanah
Andai itu takdirnya
Maka aku harus melaluinya
jangan ditanya hati ini bagaimana
kerana aku sendiri tiada jawapannya
Ingin aku hulurkan tangan
tapi bimbang tiada sambutan
kau punya segala dalam kehidupan
andai dikongsi bakal menyusahkan
justeru itu aku terus memendam
hingga tidak mampu untuk meluahkan
Terima kasih wahai sahabat
Menganggap aku wanita hebat
Tatkala aku kau dakap erat
Terasa ringan yg dulunya berat
Hati yang hampir mati memang sukar untuk diubat
Memerlukan masa untuk dirawat
terima kasih wahai teman
Kerana sanggup beriringan
malangkah bersama kehadapan
Sudi jua memimpin tangan
Tapi ingin aku nyatakan
langkahku pasti ada yang pincang
Kerana kesan2 kisah silam
satu ketika pasti akan menyusahkan
salam mem besar ,
wow dah jadik ahli puisi negara ni ..best
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
Post a Comment