Pages

Monday, January 25, 2010

Tajuk Tak Penting...

Ada masa memang kepala boleh jadi serabut sampai tahap terkeluar uban. Sekali keluar terus 14 helai. Pilihan yang ada, syampoo bawang atau treatment kat Yun Nam Hair Care.

Aku ok je sebenarnya bila uban dah penuh suku kepala. Ala, Intan lagi banyak uban. Tapi Nana sayang je kat dia. Siap bawak pi Pangkor lagi. Tapi kalau Intan tak dak uban, maybe Nana boleh bawak dia pi Prairie kot. Boleh re make citer Little House On The Prairie. Sebenarnya sampai sekarang aku tak tau Prairie tu kat mana. Aku agak kat Amareka sebab dalam cerita tu diorang cakap London. Tapi London kan kat Ulu Kelang. So penggambaran citer tu dibuat kat Malaysia la ye?

Dari minggu lepas aku serabut memerah otak nak cari baju dinner. Itu masalah keremajaan aku. Aku sering dilemma disebabkan sehelai baju yang nak dipakai dalam majlis yang grand la mintak-mintaknya. Jangan pandai-pandai kata itu isu remeh. Isu enjin jet hilang lagilah remeh. Apa susah, dah hilang tu beli aje baru, nanti kau dengan keluarga kau juga yang akan senang. Aku bukan hingin pun duit hasil beli jet baru tu untuk beli baju dinner aku. Kos baju dinner aku paling-paling pun RM65.00, dah masuk kos jahit tepi dah tu.

Aku tengah serabai sebab nak bertukar poskod ni. Kalau boleh aku nak biarlah kotak barang-barang tu nanti warnanya senada dan setema dengan warna tema Annual Dinner ofis aku, oren dan putih. Tapi bila mengenangkan kos tempahan untuk kotak aneka warna tu akan menjulangkan nama aku sebagai investor yang tidak berhati perut, baik aku guna kotak Ricoh je lah. Aku pun tengah teringat-ingat kata-kata bapak mentua aku pasal berpindah-randah ni. Dia kata, kalau kita dah berpindah randah lebih 3 kali, tapi tak kaya-kaya jugak, so sampai bila-bilalah kita akan hidup di takuk tu juga. Aku percaya cinta, tapi tak percaya ungkapan bersahaja tu. Sebab orang kayalah lagi kerap berpindah-randah.

Tiba-tiba aku rasa aku dah tak serabut dah. So lepas ni dah tak ada la tulisan serabut macam ni. Posting-posting seterusnya akan lebih menumpukan pada isu kesejagatan manusia sahaja. Cerita-cerita tak membangun minda macam ni, tidak akan diconsider sama sekali.

9 comments:

Anonymous said...

sumpah aku tak paham apa yg kau merapu nih... :)

imaoma

Idi said...

Chah,
Lagi byk aku baca blog ko ni, lagi senak perut aku ketawa. Sib baik tak 'krem'. Kelako le ayat ko.Hahaha
Rasanya aku dah kenal ngan hubby ko, walaupun tak pernah jumpa. Kawan aku si Nazri tu selalu cerita kat aku pasal kawan dia Nazri, hubby ko skrang..

Chah said...

limah..

hahaha..ko tk paham ek..bila aku baca lagi sekali akupun jd tambah konfius..gile ke apa aku nih?

Idi..
wei..ko jumpa Mat (nazri) tu eh..nanti ko bagi kontek number yer..

JALAN REBUNG said...

chah...mesti rambut ko pun bau bawan kan ..ye la pakai shampoo bawang

Atoq said...

Chah

Nurul (kawan baik kita tu) dulu sama sekolah ngan si Idi ni la.

Idi

Chah ni la yg terbagi no tepon Nurul mana tah ...

Idi said...

Chah,
Aku jumpa Mat ni hampir setiap hari. Sah sah satu ofis, ni la kawan yg panggil aku balik dari Sabah dulu. No dia 0139230773. Aku ada tanya kat dia semalam, terus muka jadik seronok amat dengar nama ko ngan laki ko.
Since aku dah bagi ko no Mat, ko kena bagi aku nombor Nurul Azura tu pulak. Jangan salah bagi no Nurul Huda mcm hari tu pulak. Malu aku...

Atoq,
Dia silap sekali tak pe, kalau silap lagi sekali... kita ganti syampoo bawang dia ngan air bawang rencah mertabak. hahaha..

Chah said...

okeh..toq/idi...ni ruangan komen ke ruangan jejak kasih ha..tibai jela beb...janji hepi...dah aku ada dah nombor norol..kang aku PM dlm portal..kalu tulih sini, nanti ramai yg nk berkenalan ngan norol lak..mana buleh dia gramer lebih dr kita...pisss atok..idi..

idi thanx bg nombor Mat..

Rizal said...

nana mmg sayang intan. ni dia nak pi indon ni, rindu la nana...

IntanRizal said...

chah, dalam sengap hang guna nama intan eh... ni kena mintak royalti nih... hahahaha...
nana sayang intan?. intan lagi sayang nana...