Pages

Wednesday, January 27, 2010

22.50 tunaiiii...

Minggu ni, minggu yang agak padat untuk aku. Hajat nak berdating dengan Abe Awea terpaksa ditangguhkan ke tahun 2012. Kalau Awea nak datang sorang tu aku tak kisah sangat, tapi dia janji nak bawak Qayyum. Jarang aku dapat dating dengan 2 orang jejaka sekaligus.

Disebabkan buat-buat sibuk dengan urusan operation bapa mertua, aku terpaksa ke hulu ke hilir ulang-alik rumah-hospital. Sambil-sambil tu terbakar juga beberapa kilo kalori dalam badan aku ni. Tinggal 2 kantung lagi yang belum dibakar, lepas ni selim abis la. itu baru dikira minor operation, kalau la abah kena operate besar-besaran, sah aku boleh jadi slim macam cikgu Linda Jasmine.

Malam tadi gas habis. Tong sparepun tak berisi jugak rupanya. Nasibla semua orang dah makan. Ingatkan minggu ni minggu pengurusan rumahtangga yang paling berjaya, rupanya tidak. Aku memang salahkan tong gas, ataupun sapa-sapa la designer tong gas tu. Boleh tak kalau design tong tu jangan buat design macam kereta juara? At least bila dah tinggal suku ke atau 10% lagi nak abis ke, buatlah ada satu butang, or touch screen button ke yang akan alert suruh aku tukar or get ready dengan tong baru. Senang je kan?

Mamat bangla tu datang antar dalam ujan renyai. Dua tong sekali, puas hati aku.

“Berapa?’’ aku tanya. “Biasa la, 22.50 satu tong..”. aku pun swipe kredit kad bersalut emas dan mamat tu berlalu pergi. Hah?!, nilai aku bersamaan dengan harga satu tong gas?.

3 comments:

harsa said...

so.. ape endingnya ni? ko bayar untuk 1 tong tapi ko dapat 2 tong ke?

Anonymous said...

Dulu mas kawin memang murah.sekarang dah naik. so memang sama nilai plak dengan tong gas.ke u bandingkan badan u sama saiz cam tong gas.*_^

Chah said...

keke..anonymous..rasanya saiz badan sama ngan tong gas tu plg tepat..