Pages

Thursday, July 7, 2011

Enam Bulan Yang Hilang

Melepasi setengah tahun. Lebih beberapa hari. Ha ah, sebab sekarang dah masuk Julai. Dengan rutin harian yang aku masih lagi tergagap-gagap untuk sempurnakannya. Dan memang aku masih ragu-ragu dengan prestasi semasa, yang adakala lari tempo juga. Ah! Banyak benda di tangan aku boleh jadi kucar-kacir, haya-baya. Tapi ada juga hasil tangan aku yang tidaklah sesambang mana.

Rutin ringkas. Hari-hari. Cuma menjaga emosi satu anak kecil yang berangan untuk menjadi ‘princess’. Satu bakal jejaka yang masih tercari identiti untuk gaya rambut yang ‘bagakkk hebat’ dan satu gadis yang meningkat remaja yang banyak juga memeningkan aku. Terlupa pula...ada satu lagi jejaka dewasa yang perlu dibelai mesra, cuma tanpa barut dan bedung untuk penjagaan rapi seolah bayi. Bosan kah kerjaya aku?

Ada orang bertanya, buat apa sekarang? Jawapan mual aku, standard- ikut saja jawapan Apek Senario- “Buat bodoh”. Kalau betullah memang sepanjang enam bulan ni aku bodoh, takkan aku nak tunjukkan pada mereka di atas. Mana karisma aku? Paling tidak biar sama aras dengan Cikgu Sains Sekolah Hwang Hua. * Huh baju aku tak pulang-pulang sampai ari ni*

Rindu juga untuk pening kepala pagi-pagi cari baju dalam lemari. Masih ada keinginan untuk merayau-rayau sekitar Bangi cari makan tengahari. Paling tidak boleh lupakan, tengok perempuan-perempuan Bangi yang perasan lawa pakai baju ketat, kain belah, tapi bulu betis tak cukur. Buruk. Lelaki Bangi tidaklah aku teringin nak usha. Cuma jika yang lalu depan mata, kutuk-kutuk manja tu adatlah.

Yang nyata mulut aku makin manis sebab dah lama tak mengumpat!

5 comments:

alien said...

mencabar oo jadi suri rumah kan

CA said...

Bawu 6 bulan...memang tak terasa benonya...sebab jadual ko penuh sokmo...

Ibu Rawiwa said...

orang yg tak pernah berasa dok umah tak keje ni tingin benor rasa.

IntanRizal said...

betul kata CA, baru 6 bulan..... dah 2 tahun pun masih teraba-raba nak bagi tip-top semua.... balik2 lunch masih di kedai... hehehehe.....

Keluarga Muhsina said...

Chah...

Ko ada utang ngan aku TAPI takpela aku paham, aku amat memahami perasaan dan kesibukan ko tu jadi aku telah mengepas 'utang' tu pada kakak ipar sepupu anak sedara makcik aku...sebab makcik aku dah dok tanya2..demi menjaga hati makcik aku tu, aku bagi dia utang ko....