Pages

Tuesday, August 2, 2011

Cahaya Ramadhan

Dua hari setengah Ramadhan berlalu. Masih belum cukup pengisian yang sepatutnya dari aku.Bila tiba Ramadhan perasaan aku jadi sedikit lain. Rasa mau jadi anak yang manja-manja dengan mak; setiap jam ada menu permintaan bertukar-tukar. Teringin juga jadi the real mak yang manjakan anak-anak dengan menu-menu yang mereka hajatkan pula.

Ini yang payah dan ada isu sikit. Bila fikirkan anak-anak, muka aku yang sikit lagi nak hilang wrinkle ni terus jadi keruh. Sesak dada.

Orang yang tau kisah anak-anak aku dan tabiat pemakanan mereka, akan beri komen yang sama; “senangla kerja ko, tak ada la susah-susah pikir nak masak untuk anak-anak”. Alaaa, aku teringin la beb kena buli dek anak-anak macam tu.

Huh, normal-manusia. Yang tak dapat itulah yang dicita-citakan sangat. Bila dah merasa, tak kuasa nak melayanlah pula.

Ari ni masak mee kari menu Nuhaa. Esok nasik ayam Hainan permintaan Ariff. Lusa tulat tubing tonggeng, Nuhaa yang menang sebab dia kakak sulung yang garang. Ahad depan pulak baru boleh aku buat talam ubi untuk Ariff. Kan bersusun-susun menu yang menanti untuk aku sediakan. Itulah kerja mak. Ini tidak, dari mula aku kawin, sampai sekarang, kebanyakan hidangan disediakan; ‘table for two’ saja. Bunyi memang la romantik, tapi tak thrill langsung!.

Petang ni macam biasa, Ariff akan berbuka dengan 2 ketul nugget ayam tempura, Nuhaa pula , argh! spaghetti sup ayam kosong kena tapis jangan sampai seurat benangpun kelihatan. Aku dan bapa itu? Terus jadi tak selera nak makan. Sebab itulah lelemak di badan aku tinggal selapis je lagi nak hilang, confirm raya tahun ni saiz aku jadi 32-32-32!*

*mungkin darab dua..huhu..

2 comments:

CA said...

Sabo Chah, lelama depa pandai la makan.Nuha skang dah weti makan toti jala. See dah ada perubahan pun.InsyaAllah...slowly depa akan pandai. Macam Azrul tu..dulu x pandai makan ikan..skang dah bole..tapi ikan goreng je dan 2-3 jenis ikan ..lain x weti.. hang ibu yg kuat...muahhhh!

Idi said...

Susah jgk masalah kau ni Chah.. tapi tak pe Chah, as long as diorang sihat, berlari tunggang terbalik, then it's fine. Kut jadik mcm anak sulung aku makan tak berenti, susah hati jugak.. hehehe...