Pages

Sunday, September 11, 2011

Oh Noe! UPSR Is Coming

Aku bukan boleh terkejut. Bila terkujat je, mula nak terspeaking. Speakingpun bukan bahasa biasa. Bahasa Inggeris level-level TOEFL. Slang Alabama pulak tu.

Esok Nuhaa akan menduduki UPSR. Cepat benar masa berlalu. Ngilu dan berdenyut-denyut kena jahit lepas ‘mengeluarkan’ dia terasa-rasa lagi. Adehh.

Aku perhatikan dia, ok aje. Dia ok, mak ok je!

Apalah agaknya perasaan mak ayah aku masa aku mula-mula ambik periksa besar(Penilaian Darjah 5). Seingat aku macam biasa-biasa je. Aku pergi sekolah macam biasa, jawabpun macam biasa. Sebab itulah keputusannya pun biasa-biasa juga.

Setakat ini, prestasi Nuhaa bukanlah cemerlang sangat. Ada naik turunnya. Kebetulan pula, aku kisahpun sikit-sikit sahaja. Jika dia dapat keputusan yang bagus, mungkin pada masa itu Tuhan bantu dia lebih berbanding orang lain. Jika tidak, bukan sebab Tuhan lupa, tapi aku yang alpa bahawa Tuhan beri aku akal dan kekuatan untuk melakukan sesuatu untuk anak-anak aku.

Ya aku pernah menangis di hari mengambil kad laporan prestasi Ariff dan Nuhaa pertengahan tahun dulu. Masa tu sebab ustazah beritahu dia gagal bantu Nuhaa untuk masuk ke kelas pilihan iaitu kelas murid-murid yang disasarkan untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam PSRA. Ustazah merasai kegagalan berpihak padanya, dan takkan aku pula terlalu berhati padu tidak merasa apa-apa? Aku yang sepatutnya rasa perasaan gagal itu lebih berbanding ustazah. Tidak syak lagi, akulah ‘Lady Gagal’ itu.

Rasa bimbang aku akan tertewas pada ibu-ibu lain yang sama debarnya dengan aku bila keputusan Nuhaa tidak sebaik anak-anak mereka? Tidak juga. Lama juga aku memikirkan perkara ini. Ini mungkin perasaan pertama aku. Nanti akan ada lagi perasaan pertama bila menghadapi Ariff dikhatankan, Nuhaa disandingkan, Nabiha akan melahirkan. Arghh!

Esok akan menjelma. Itupun jika Tuhan tidak merencanakan dunia akan berakhir pada hari ini. Gasak ajelah anak, lambunglah apa-apa yang patut. Kalau gagal sekali bukan bererti gagal untuk selama-lamanya. Kalau berjaya bukan penentu segalanya. Klise! *nak sedapkan hati perut aku*

3 comments:

Idi said...

Gud luck Chah... hehehe

CA said...

Pakat dok debo la kita chah ekk..anyway kita doa yg terbaik je utk depa...;-)

Rawiwa said...

hari ni dah abih.. mak2 pakat lega..
besok leh start raya sakan yerr..
lagi 10 hari sekolah agama plak...
doa yang terbaik untuk anak2!

Powered By Blogger