Pages

Monday, February 8, 2010

Jangan biarkan aku di situ. Tanpa rasa.

Wanita itu berdiri di tepi jendela lebar berlangsir warna emas pekat kain berat sarat hiasan. Matanya menyorot pandangan ke KLCC. KLCC dipandangan matanya hanya dua depaan tangan. Tanpa sebarang kerut di wajah. Dia kembali ke sofa empuk bersalut sutera satin sambil menguis biji berlian tertanggal di atas permaidani buatan tangan. Tag harga Ferragamo RM puluh-puluh ribu dicampak ke longgokan beg-beg lain yang masih belum ditanggal tag harganya.
Wanita itu menjengah ke luar semula. Dia masih keseorangan. Harapannya agar semua longgokan beg di lantai boleh diubah menjadi sekumpulan sahabat karib yang setia mendengar rintihan, luahan rasanya. Kumpulan rakan yang melayannya berbicara. Itu tidak mungkin. Longgokan itu kaku di situ. Tanpa rasa. Tiada nyawa. Wanita tadi juga seolah-olah telah kehilangan jiwanya.

Leka wanita ini menekan punat telefon. Hampa. Tiada suara kudus menyahutnya di hujung sana. Yang tinggal hanya desir angin. Dengusannya perlahan. Hiba. Apakah dia kehilangan lelaki yang dicintainya?

3 comments:

Idi said...

Salam.
Awat ni Chah? Mcm budak sekolah menengah putus cinta monyet je...

Chah said...

Idi, ni orang kaya la putus cinta.. :)

zaliana said...

tulis novel ke pulak..ambo nak tau ending dia ajer hehehhe