Pages

Monday, January 11, 2010

Perlukah cinta itu berada di mana-mana?

Aku jarang membaca surat khabar. Cuma lately aku baca Berita Harian kerana aku nak buat teka silang kata. Katanya boleh menang sampai RM5,000 seminggu. Tapi aku takla berniat nak hantar, sebab nanti aku takut bila muka aku keluar surat khabar, aku terlebih expose. Susah untuk kerjaya aku kerana privacy aku telah diganggu.

Aku membaca juga surat khabar sebab nak buat Sudoku. Walaupun aku akan sedikit hilang akal bila tak dapat nak selesaikan, tapi aku berjaya jugak gerak-gerakkan minda aku agar tidakla membazir bila aku dikurniakan dengan setompok otak ni.

Tapi akhir-akhir ni bila ada kisah Bung Moktar kawin dengan Zizie Ezette, aku bacalah pulak. Sah, aku ada sedikit kepochi berkenaan perkembangan artis Malaysia ni. Nak kata Bung tu hensem sangat, tidak la pulak. Pada pandangan aku, Sidi Oraza tetap nombor satu. Sekiranya tiada cinta yang mengikat mereka, pastinya Zizie juga akan mencebik bibir bila tengok rupa paras Bang Bung. Itu peranan cinta. Cinta yang membuai perasaan mereka berdua dan akhirnya akur dengan kata hati masing-masing.

Perlukah cinta itu berada di mana-mana? Ya pasti. Jika tidak, pasti tiada rasa antara Atoq dan Meeza. Cinta mereka yang melahirkan Azeem-Azeem mereka. Kalau lah cinta sedang kealpaan di ketika itu, mungkin Atoq telah menjadi milik Limah dan Meeza pula tidak mustahil memilih Soboq.

Perlukah cinta itu berada di mana-mana?. Semestinya. Cinta yang lena sudah pasti akan melekakan Is dan Che Un agar tidak membajai cinta mereka. Cinta telah menundukkan Che Un untuk tidak bosan bila diminta menyediakan petai jeruk, sambal biji getah dan kerabu umbut kelapa sebagai bukti ketaatannya pada cinta Is. Apa ada pada seperiuk jering rebus yang ditabur kelapa dan gula? Mudah saja, ada kemanisan cinta di dalamnya.

Perlukah cinta itu berada di mana-mana? Oh ya! Jika cinta tidak memilih untuk bertakhta di jiwa Awang dan Chah dulu, pastinya di lain kali cinta itu akan datang juga. Tapi penuh dengan kekesalan. Duhai cinta, kau memang datang tepat pada masanya. Aku tahu, Luqman Hakim berhak menambat rasa cinta kalian. Cinta tidak akan sanggup melihat pancaran mata yang bercahaya jika pemilik mata itu bukan Awang dan Chah.

Perlukah cinta itu berada di mana-mana? Aku tahu aku amat memerlukan rasa cinta itu. Tapi maafkan aku kerana tidak menyedari tarikh keramat kehadiranmu. Mungkin di saat malu-malu ketika berselisih di tepi pohon ubi gajah? Di tepi lab sains? Ataupun saat aku menerima surat-surat cinta si penjahat asrama tu? Aku cuma sedar kau hadir membawakan seorang budak jahat yang akhirnya aku dengan gembiranya menerima kenyataan yang ada penyatuan cinta antara kami.

Wahai cinta, pergilah bertebaran ke seluruh dunia ini. Tambatla hati mereka yang masih meragui keindahanmu. Aku yakin, kamu mampu menyelimuti mimpi-mimpi mereka, dengan kesucianmu.

12 comments:

Atoq said...

:)

Aku masih menanti bila la agaknya Rani Mukherjee nak contact aku ... dah buat missed call tapi dia tak return call sampai skrg ... takde cinta antara kami berdua rasanya ... :(

Anonymous said...

hahaha...nama aku pun ada...terima kasih lah Chah sebab aku dalam ingatan kau....

Atok...kau pun minat rani...aku ingat cemat je...tapi cemat preity zinta pun dia minat....

Ima Oma

meeza said...

C.I.N.T.A memang indah...semoga dia selalu berada di hati kita semua....

Atoq, I luv you.

Anonymous said...

Meeza

Saye juga .... (me too ...)

Limah:
Rani pilihan pertama, Preity tu mmg pilihan kedua. Tak sangka plak pilihan aku sama ngan Cemat. Aku kena bersaing ngan Cemat le nampak gayanya ....

Chah said...

wahh so sweet la korang nih...selamat bercinta untuk selama-lamanya ye...

zaliana said...

iyerlah..ada cinta di mana-mana..cinta tu lah yang buat hati dan jiwa kita hidup!

FakirFikir said...

Oi. Sejak bila hang jadi ahli falsafah cinta ni?

Cinta ada di mana2 :- Cinta juga boleh ditambah tanpa mengurangkan cinta yg lama :- la la la

Fazo said...

cinta? apa itu cinta?huhuh
cinta itu satu halusinasi pewasaan yang kompleks...sekompleks pekan rabu...

promo : layan leeer lagu "Tinggal Segala Cinta" nyanyian Diarra Azeez

Idi said...

Salam, nice blog u have here. TQ singgah blog aku. Tried to look 4 yr photos, but, I'm so sorry, my memories dah kaput, can't recall. Bad Idi! Bad Idi! hehe..
I'll be here again, anyway.

Idi said...

Chah, selepas membelek belek foto ko kat fb, hahaha.. my memories are back. I do remember u. Sorry, Idi tu memang ler lampi...

Chah said...

Idi..hehe..ko ingat aku yer?? itu suda baguzzz..aku tau sebab apa..geng2 aku dulu mmg bonser UUM aka geng glamer..hukhuk..

Idi said...

ye la ye la... korang memang glamer, macang Emang Manang...

Powered By Blogger