Pages

Thursday, April 15, 2010

Kisah Minggu Ke Minggu

Seminggu dua ni banyak benda berlaku. Minggu-minggu lain pun bukanla tak ada perkara berlaku. Tapi minggu ni, rasa macam terlalu pantas dan banyak hal la pulak. Bukan sebab minggu ni, minggu aku dapat bonus. Kalau boleh aku taknak bising-bising pasal bonus ni. Ramai yang mengejar nanti. Terus mengaku kawan, sedara mara. Jadi pasal bonus ni aku taknak cerita kat sapa-sapa.Ini rahsia aku. Aku nak buat dekkk je, sampailah duit bonus tu hancur jadi debu, barulah aku cerita kat diorang. Tapi tak ada la aku nak sawan macam budak-budak ofis aku ni. Kena angin bonus melanda, terus senyap macam dilanggar garuda.

2 minggu lepas aku sedikit busy body nak mengkenenkan Norli ngan seseorang. Harap-harap kedua-dua pihak suka. Tapi di sebelah pihak sana tidak ada sebarang kata putus. Aku assume dalam proses la tu. Erm... Benda baik tak boleh buat tergesa-gesa, nanti hasilnya tak berkualiti. Jangan marah ya kawan-kawan. Kadang-kadang ada benda aku suka take it easy, take for granted. Tapi bila aku membaca komen sahabat yang ingin dikenenkan ini, aku rasa banyak lagi perkara aku kena belajar dalam bab memberi dan menerima kasih sayang ni.

Mungkin selama ini aku berpegang pada prinsip berkasih sayang akan wujud antara dua pihak. Perlu ada dua pihak. Tapi hari ini, aku yakin jika ada pihak yang memiliki kasih sayang tapi tiada tempat untuk diluahkan, kasih akan kekal kasih. Tidak akan pudar. Biarlah ia di situ dulu. Akan ada waktu yang sesuai dan orang yang layak menyambut kasih itu, pasti ianya akan berlaku. Aku berserah dan setia menunggu saat itu.

Ada kalanya wanita yang diperihalkan menghayun buaian, boleh menggoncang dunia tapi tiba-tiba hatinya digoncang, dirabut. Parah luka itu. Tapi sesiapapun perlu ingat, dicinta dan dicerca boleh berlaku dalam satu situasi. Dalam ruang dan tempoh waktu yang sama.

Sehari dua ini juga aku tidak akan sekali-kali menyalahkan takdir bila kasih seorang sahabat sepejabat bakal berkecai. Mungkin sudah berakhir, akupun sudah malas hendak mendengar. Nanti aku akan jadi makin bias terhadap wanita yang ditinggal suami. Jalaq kata aku feminis. Mungkin ya. Tapi dalam hal sahabat ku ini aku sedikitpun tidak mengkepokan diri. Biar dia uruskan hidup dengan anak-anaknya. Suami boleh bersilih ganti, mungkin. Tapi hidup dengan anak-anak yang membesar perlu diteruskan. Apalah guna bergelar isteri sekiranya si dia jijik dipanggil suami kepada kamu. Kuatkan tekad sahabatku. Aku boleh menulis sesuka hati aku, tapi deritanya mungkin tidak secalitpun aku yang menanggung. Semua perlu digalas di atas batu jemalanya.

Sahabat, ingatlah. Kau bukan calang-calang wanita. Aku tahu kau boleh bina ketabahan itu.

1 comments:

Rizal said...

kanse1 p1ak kenduri rumah baru, ptng bet0i, sa11eh dah am0k, i pun nak am0k, anyway, kim sa1am kat abg yie kita :)