Pages

Tuesday, September 21, 2010

Peperangan Antara Dua Negara. Ini Peperangan Jiwa- 2

Dia buat lagi. Anak tak sedar diuntung!. Eh itu bukan aku yang patut cakap. Ungkapan itu mungkin patut keluar dari mulut mak atau mak tiri dia. Mungkin mak angkat.

Akupun pening dengan masalah dua negara ni. Eh! boleh tak kalau aku malas nak peningkan kepala isu BENDERA ke apa. Bukan dapat duit rayapun kalau aku fikirkan. Fikir pasal Ariff nak naik juzuk berapa lagi baik.

Hahahahahahahahahah.

Aku rasa nak tertawakan diri aku panjang-panjang lagi. Tapi tak eloklah untuk seorang wanita bergelar ibu kalau ketawa berdekah-dekah macam dirasuk Suster Ngesot.

Yang nyata jadual aku dah lari larau ni. Biasanya kalau balik kerja aku cuma fikirkan nak masak apa, esok nak pakai baju apa, tengahari nak makan kat mana, Gulatis ada sale bila. Dah. Lengkap hidup aku. Tapi bila dah jadi macam ni, aku rasa macam baru kawin pulak. Semua buat sendiri dan dibantu suami. Aww! Romantis bukan?

Alang-alang kau dah pergi dan kira tidak bermajikankan aku lagi, (sebenarnya aku nak tulis alang-alang kau dah berambus) biar aku teruskan hidup aku macam ni sajalah. Aku harap Yati tidak sebengap biasa,so faham-fahamla apa yang aku maksudkan ni.

Aku bakal bergelar isteri dan ibu solehah sejati mithali murni lepas ni. Diam!

2 comments:

Anonymous said...

dia dah berambus??? ok gak tu. aman jiwa hang. so no problem la kalau boleh beromantis main percik2 air tatkala membasu baju, berlari berkejar-kejar masa menyapu living hall hang yang luas tu.

ibu heroes said...

ko bergumbira...aku tumpang bahagia...maunya aku xbengap..
aku menyokong lagi ade ler...