Pages

Thursday, January 13, 2011

Bear In Mind

Senang hati dapat menghabiskan voucher Jusco. Selagi masih berlipat kemas di celahan poket tas tangan, mana boleh duduk diam aku. Jumlahnya, biarlah rahsia. Alang-alang ke Puchong, terasa bersalah pula sebab tidak menyinggah ke rumah seorang lagi kawan yang jobless macam aku untuk ziarah anak dia. Aku tak tau Ina seteruk tu. Dah Che Un- pesan aku, sama macam Maam Presiden, jangan ambil mudah.

Aku menyinggah ke kaunter Digi. Hajat di hati nak tukar pakej Telco sedia ada. 13 tahun aku menghambakan diri pada Telco C ni. Eh kejap, aku bukan tulis ni untuk iklan TV kan? So tak mengapalah jika aku sesuka hati menyebut siapakan gerangan Telco C tu. Sepanjang aku menggunakan pakej line telefon bimbit syarikat tersebut, tak pernah sekalipun aku dimanjakan sebagaimana sepanjang 13 tahun aku dimanja suami. Atau lebih jujurnya aku kena beritahu, aku yang suka memanjakan suami. Tahun lepas dan ke belakang, semua bil, company yang bayar. Tau-tau setiap bulan dalam akaun ada duit tambahan seratus lebih Ringgit Malaysia. Syarikat dengan baik hatinya menanggung bil handphone aku. Tapi sampai bila, aku bukan ibu tunggal atau ibu tinggal yang perlukan bantuan dari pihak lain sampai mati. Aku kena beri laluan pada orang lain pula.

Bila tiba masa aku bukan lagi menjadi kesayangan syarikat yang buta-buta membayar claim handphone aku, (yang gunanya untuk menelefon mak, bergossip dengan Cikgu Azimah, berutus sms dengan Cichik, I luv u u luv me dengan boyfriend lama, bermms gambar kek pisang dengan Atin TAPI BILA ada urusan pejabat aku akan gunakan talian tetap di pejabat-hahahaha)

Aku kena buat sesuatu. Berjimat la kiranya point aku nak habaq!

Lama juga aku berborak dengan Mamat Cina penjaga kaunter Digi.

Kakak kena bear in mind..bla…bla…bla… bear in mind bla..bla..bla..bear in mind…. bla..bla..bla..berpuluh-puluh kali ungkapan ‘ada beruang dalam minda’ aku dengar dari mulut dia.

Sampaikan aku terfikir…

Siapa yang cipta ungkapan itu ya? Aku taulah maknanya nak suruh kita feel concern about ataupun kena remember and careful. Cuma kenapa bear? Kenapa tidak elephant atau dinasour? Kalau la seseekor binatang yang cuba diletakkan dalam minda, kenapa tidak dipilih binatang yang common dan senang jumpa. Macam lipas atau kutu.

Jadi bila anak-anak sebijak gadis berkutu tanya aku, mama what is the meaning of bear in mind? Bukan aku tak boleh jawab. Kalau dia spesifik lagi tanya bear tu apa? dah susah aku nak kena bawak dia ke hutan ataupun ke Zoo Negara. Duit lagi. Masuk zoo tiket dah berapa. Kena bawak bibik sekali yang pasti teruja nak ke Kebun Binatang. Belum kos beli air tin yang berganda-ganda mahal sekali dengan burger sejuk.

******

Aku rasa aku kena masuk kelas bahasa inggeris yang advance la. Tajamkan lagi bahasa inggeris aku. Lepas tu pelan-pelan aku kena buat perancangan strategik untuk ubah ungkapan-ungkapan yang boleh mendatangkan kekeliruan. Kasihan budak-budak. Yang kena dera ngan mak tiri, ada talian An-Nur yang boleh bantu (konon). Bagi kes-kes kanak-kanak yang keliru?

Kan ke mulia niat aku tu. Apa? Ingat aku jadi suri rumah hanya menggentel donut, membakar bingka je kerja aku? Ni, aku buat untuk nusa dan bangsa wei!!

2 comments:

fiza said...

akak g jusco xajak pun...huihuihui

pnnorrish said...

Wah, Chah dah jadi FH Manager (Fulltime House Manager).Tahniah.Patutlah jarang lepaks kat uum portal.