Pages

Monday, January 10, 2011

Siti Di Alam Fantasi. Aku Di Alam Realiti

Betul kata Cik Puan Intan Hafina, teater Siti Di Alam Fantasi best. Kesimpulan aku, bila kita masih lagi enjoy dan dengan overnya menghayati cerita kanak-kanak sebegitu, maknanya kita belum cukup dewasa benar. Bagusla tu, tak ada la aku nak terasa ngeri sangat bila orang panggil aku makcik.

Bila ada hak untuk memilih fantasi sendiri, aku tak mahu la pilih apa yang dilalui Siti tu. Baju cantik, pakai tiara berkilau-kilau, putera rajapun boleh tahan kacaknya. Cuma putera katak je debab sikit, biasalah putera katak mana boleh disamakan dengan Remy Ishak.

Tapi gila ah nak berjuang demi sebijik batu geliga. Kena lawan binatang yang menakutkan, yang paling mencabar dan sepanjang pemerhatian aku, Siti tak makan apa-apapun sepanjang pengembaraannya tu. Cuak la aku kalau masuk bab tak boleh makan apa-apa. Tak nak den berfantasi begitu.

Kalau boleh batu geliga tidak dicuri lipan bara. Aku mahu putera raja datang melutut menagih cinta. Aku juga harap agar bayan tidak mati, si pokokpun mampu mengeluarkan buah-buahan syurga, ulat bulu gedik tidak segatal biasa. Semualah yang indah-indah.

Realitinya? Tidak begitu. Aku kena bergerak, menjeling, terjah, terjun, menoleh, mengorek, menembak, memotong, menyusup, menebar, berpaut, berharap, berhenti, berlumba, mengiring, menerkam, menguji, memandai, berbalah,mengangguk, menongkah, menguis, bergegas, berdansa, bermuka-muka, dan semua bentuk kata kerja aku kena buat untuk dapatkan sesuatu.

******
Dah 10 hari tahun baru berlalu-bila lagi nak mulakan?

4 comments:

Anonymous said...

Chah, tak makan tu ok la... kan ke kita nak adjust area 4P tu (aku tambah lagi satu P hehe...)

Maida

Keluarga Muhsina said...

Chah...

asal dalam banyak2 benda...itu yang ko ingat...MAKAN!

eh aku jumpa si putera raja dibelakang tabir, dan si siti dan si labah2....

ada la ambik gambo sekeping dua, kang kalau aku lebih2 pulak mesti org heran nape makcik ni lebih2...

~Puan Intan hafina yang disebut2...(glamer ai)

Chah said...

maida...hehe..aku sebut ja, tp dlm hati aku mmg dh benci perkataan makan tu...huhu...

intan..intan..intan... ya..cikpuan memang gramer beb...

aku siap kena tembak ngan laser tau nk curik snap masa tgh show..at last dpt gak snap cepat2 masa show dan ending....

fiza said...

wau best yer...