Pages

Monday, January 11, 2010

Inikah kehidupan? Part 2

Cerita ni pernah aku kisahkan dalam Volume 8 blog ini jugak. Kalau takde dalam Volume 8, mungkin boleh gugel dalam Edisi terhad, tentu ada. Ini cerita serius dan aku tak berniat nak meneruskan lawak koman aku yang kadang-kadang tipikal macam sengaja dikategorikan sebagai lawak bersahaja, berani dan terdapat unsur-unsur bijak di situ. Aku letakkan usaha keras untuk setiap lawak yang aku cipta, walaupun lawak kering je, tapi mesti ada jugak yang akan terasa hatinya digeletek. Aku yakin, orang-orang sebegini memiliki gen-gen geli dalam badannya dalam jumlah yang ‘besar punya’.

Kemeriahan pada suatu petang dalam acara berkumpul adik beradik pada cuti sekolah yang lepas, terhenti. “Dengar tu Li melaung-laung”, kata mak. “lapar la tu” balas adik aku yang paling perasaan bongsu walaupun usianya dah nak sama dengan usia mak.
“Jom la gi antar nasi” aku balas bila aku terasa hormon baik aku naik mendadak. Selesai membungkus nasi dan lauk-pauk tengahari tadi dalam plastik, kami beramai-ramai ke rumah Li. Mak aku siap pesan “busuk tak tau nak kata’’.

Dari jalan dah terbau busuk dari arah rumah dia. Mak aku memang berkata benar. Nabiha cepat-cepat aku suruh masuk kereta, daripada dia dok mengkomplen busuk, dah la suara tak reti nak perlahan. Aku pun bernafas melalui mulut, kain lampin lama Nabiha yang aku standby untuk tutup hidung, tak kalis bau. Bekas-bekas makanan polistrin kelihatan merata-rata di luar rumah. Tersentuh betul hati aku. Sumpah!. Aku tak terkata. Bila masuk dalam rumah, memang tak dapat diterima dek akal. Sampah sana sini, berak kencing merata, yang paling aku tak tahan, seluruh badan dia, pinggang ke bawah penuh dengan najis! So aku yang lembek ni, kompem la akan menangis. Dia duduk betul-betul tepi tingkap sebelah pintu. Atas kerusi sandar arwah ayah aku yang mak aku sedekah pada dia. Aku hulur plastik berisi nasi dengan ikan tilapia goreng. Plastic yang lagi satu aku tengok dia hirup, mungkin dia sangka air minum. Ehh tu kuah gulai ikan patin la! Tapi aku tak sanggup nak pergi dekat untuk betulkan keadaan tu.

Aku keluar dan perhati dari luar rumah tengok dia makan dengan lahap, suap terus telan. Jiran sebelah rumah dia (memang ditugas dan dibayar oleh JKKK kampung untuk sediakan makanan untuk dia 3 kali sehari) keluar dan borak-borak dengan aku.


“Long baru je lepas antar nasik untuk petang ni, dia makan macam tak reti nak kenyang”. Sumbat, telan, lepas tu mengamuk lagi.


Aku dapat rasakan ada yang tak berapa kena dengan situasi Li. Aku bercadang nak korek sebarang hint yang memungkinkan aku boleh merungkai permasalahan si Li tu. Long Jie macam paham apa yang aku nak tanya.


‘’dulu-dulu dia kuat melawan mak dia..bergaduh sampai berparang-parang dengan mak dia. Pernah dia pijak tangan mak dia sebab bergaduh, kelapa punya pasal.”, Long Jie meneruskan lagi cerita-cerita pasal Li.


Aku balik, terus aku dapatkan kepastian dari mak. Aku harapkan mak akan ceritakan sesuatu yang baik-baik pasal Li, tapi intipati cerita mak sama dengan cerita Long Jie.

Belum apa-apa, aku dah membebel pasal kisah anak derhaka pada Nuhaa dan Ariff. Aku sendiri terus tak putus-putus berdoa agar aku bukan ‘Li’ dalam versi wanita.














4 comments:

Atoq said...

Chah, ko crita la serba sedikit pasal Li ni. Dia ada anak ke? Pernah kawin? Lumpuh ke dia? Boleh jalan ke? Sapa yg pi buka & tutup umah dia?

Mungkin semua ni balasan Allah atas perbuatan dia. Aku tanya ni bukan nak tau keburukan org. Tapi pengalaman org lain boleh kita jadikan pengajaran.

Chah said...

tok..nanti aku citer kat portal

Anonymous said...

KENAPE GAMBAR KELABU.PAKAI CAMERA PA NI...TAK PUAS NAK MELIHAT.

Chah said...

anonymous..

memang kualiti gambar teruk..saya tengah terketar-ketar, lagi satu nk menahan bau dia..

Powered By Blogger