Pages

Tuesday, February 16, 2010

Aku ada berita bahagia

Kita gembira bila banyak hal yang kita harapkan berlaku, ianya benar-benar berlaku. kita akan kata, doa telah dimakbulkan. Tuhan mendengar dan faham isi hati dan keinginan kita. Walaupun sebenarnya bila-bilapun Tuhan memang di sisi kita, saat kita suka atau alpa sekalipun.

Baru-baru ni aku gembira.Ini bukan first time aku gembira. Selalu-selalunyapun aku tidaklah tergolong dalam species yang suka memendam rasa, mengumpul duka. Aku seorang yang boleh bergembira walaupun di celah hatiku terpalit keresahan. Tapi itu bukan auta. Cuma sedikit kelebihan hati aku, ia bijak mengasingkan dua rasa itu. Kiri adalah duka, dan kanan pula kebahagiaan, mungkin.

Aku gembira bila berjaya menemukan Nazri ku dengan Nazri Sha. Kali terakhir pertemuan kami di rumah Mat (Nazri) di Kuantan, sewaktu tu Nuhaa masih meniarap. Kini dah 11 tahun berlalu. Wahai Nazri-Nazri sekalian, boleh ye kalian saling lupa-melupakan satu sama lain. Hish...

Aku juga berjaya menemukan Atoq, Idi dengan Norol. Mereka juga pasti segembira aku. Kan aku dah kata, pencapaian diutamakan.

2 comments:

Azhar Omar said...

Terima kasih ye Chah ... mai sini ambik upah - CKT Klang & CKT Aimar. hohoho

Idi said...

Thanks Chah untuk kesemua pertemuan tu. Naari Sha tu selalu cerita kat pasal Nazri Chah. And Norol, InsyaALlah aku jumpa dia bulan 6 nanti.
For both of u, Chah n Atoq, thanks jumpakan aku semula dgn begitu ramai kawan2 UUM. Thanks. A million, and more.