Pages

Wednesday, April 21, 2010

Peperangan Antara Dua Negara

Macam ngeri je baca tajuk kat atas tu. Walaupun ceritanya tak segempaq tajuk tu. Tapi biasalah. Ayat memancing undi. Undi pembaca. (senyum ni...)

Dalam beberapa hari ni aku off-tune sikit dengan bibik aku. sepanjang 4 tahun ni, ada banyak benda yang aku boleh tolerate dengan dia. Mungkin disebabkan sifat aku yang macam ni. Kalau kau tak buat, aku yang akan buat. Aku takkan berkudispun kalau setakat aku kena mop lantai, basuh toilet, sedangkan kau yang aku gajikan untuk semua tu dok sibuk bersms.

Cuma, ada beberapa benda yang aku tidak boleh berkompromi. Jangan sesuka hati buat pada anak-anak aku. Mungkin kalau anak kucing ataupun anak kura-kura Nuhaa aku bolehlah berlakon buat-buat sayang kat binatang. Tapi ini bukan anak kura-kura. Ini anak-anak yang membuatkan aku menahan sakit bila contraction tu datang. Anak-anak inilah yang menyesakkan dada bila si Nuhaa dah 11 tahun belum pernah dan tidak mahu menjamah walau seulas nasi. Si Ariff walaupun dah 8 tahun tapi masih bergantung hidup hanya pada ‘nasi-egg’ dan ‘roti-egg’. Anak-anak ini jugalah yang ragam mereka terpaksa aku hadapi sendirian tatkala suami jauh di benua lain untuk mencari rezeki.

Hari ini kau cubit kakinya hingga lebam dan kau ugut sambil acukan dengan gunting agar Ariff tidak buka mulut beritahu Babahnya. Besok-besok? Dan-dan aku rasa nak notis berenti kerja 24 jam!.

[,]

Semalam. Dialog/monolog antara suami dengan Bibik (bukan nama sebenar-actually apa nama dia yang sebenarpun aku tak tahu, sebab aku pegang satu passport, tapi di tangan dia ada lagi satu passport yang masih valid dengan nama yang lain!)

‘’Saya tau ariff tu degil, kadang-kadang kami sendiripun tak tahan dengan perangai dia. Tapi Ida tak boleh buat dia macam tu (cubit). Kalau nak marah, sebab dia susah nak bangun tidur ke, takpe, tapi jangan pukul dia, jangan ugut dia. Sampaikan dia jadi takut kat Ida. Dulu-dulu saya tengok Ida tak ada timbulkan masalah apa. 4 tahun Ida kat sini, cuba Ida ingat berapa kali saya marah Ida. Inipun sebenarnya saya bukan nak marah, saya nak Ida tau, saya tak suka Ida buat Ariff macam tu. Dia tu sensitive, saya sendiripun tak pukul dia.”
Kalau dia nak makan apa, Ida kenalah terus buatkan. Bukannya susahpun makanan diorang ni. Setakat nasi telur je..’’

Aku pulak yang rasa tak cukup ramuan dalam ‘nasihat’ laki aku tu. Tapi bila difikirkan kesannya nanti yang mungkin akan lebih parah, aku telan semua tu dengan kesat.

*****
So, KALAU aku...

“Ida, kenapa buat Ariff? Kamu tau tak kamu tak ada hak nak pukul anak saya, kalau kamu nak marah, marah ajelah, jangan sentuh dia, jangan pukul dia. Apa perasaan kamu kalau orang buat benda yang sama pada anak kamu? Kamu memang tak pandai bersyukur. Selama ni saya buat baik dengan kamu, tapi kamu balas macam ni kat saya. Pack barang kamu, malam ni juga saya akan hantar kamu balik!

Sapa sokong aku angkat tangan!

5 comments:

zaliana said...

sokong 114%.. hati seorang ibu sensitif pasal anak2 ni..seserius rasa contraction, begitu jugalah gelodak jiwa bila anak dibuat sesuka hati gitu
ehh dia dah dok 4 taun? bukan ke kontrak renew every 2 years? ambik org lain lah pulak chah..

-hati bercampuar bair baca posting ni dgn posting di atas..bila tengok semua org lain berjaya...saya masih di takuk ni menggalas tugas bibik merangkap domestic engineer..sedih jugak

tp bila baca cerita pasal bibik tu..terasa ada baiknya pulak memikul snediri status bibik tu....huhuhu

Azhar Omar said...

Having a maid ni sebenornya tak selesaikan masalah pun. Create another problem ada la. Generally Indon ni mudah naik lemak. Ramai yg tak tahu kenang budi. Ye la, kita pun bukan nak depa layan kita mcm Raja Gopal ke Raja Siam ke. Cukup la hormat as a human being.

Aku rasa kalu tahap anak2 ko pun dah siap phobia ngan maid tu (Depa ingat depa tu expatriate ka?), by the time nak abih permit, ko beli tiket diam2, awal pagi kejut dia suh kemas baju, drive her pi LCCT, escort dia sampai la boarding dlm flight. Pastu balik umah.

Neighbor aku buat modus operandi tu coa maid mencuri, menipu, kluar umah suka2 hati, ditahan polis kat Bentong (padahal rumah kat Seri Kembangan je) etc.

Mcm aku ni, walaupun maid yg ada ni dah hampir 10 tahun keje ngan kami ada gak problemnya. Kalu nak lecture on 'Pengurusan Maid' sila beratur ambik nombor ye. :)

harsa said...

hantar dia balik Chah!

Anonymous said...

Aku sokong kau Chah....mmg maid ni kadang2 kau rasa nak terajang je muka dia..(kang kau plak yg jatuh kalau dia ngelak)...hahaha...

Kalau dah sampai ugut anak kau tu...itu sudah lebihhhh...itu tak boleh bg muka...

Macam nilah Chah, utk aku yg tak berapa pandai agama ni...apa kata kau semayang istikarah (betul ke aku eja ni)..cuba mintak petunjuk samada kau nak simpan ke idak maid kau ni...

Jgnlah berenti keje chah...ini dugaan ni...tapi niat nak jaga anak2 sendiri besar pahalanya chah...dan spt kata pepatah omputih..what goes around comes around...esok anak kita jaga kita lak...

Tapi kalau kau tanya aku...aku masih perlukan maid...org kata tak ada privacy kalau ada maid...tp pd aku tak ada privacy kalau tak ada maid...hehehe..sebabnya boleh gak aku kluar berdua2 dgn cemat bila teringin...dgn anak2...

Atoq...aku nak amik no ni...nomor berapa giliran aku ya...

Imaoma...:)

Chah said...

thanks all,

memang hati ni bercampur baur, berbelah bagi, tambah pulak buat kerja yg hampir sama for almost 13 years nih...acik dah terlalu terer untuk keja2 iney..kerjapun less challenge..bohsan la jugak...

sedang memikir-mikir....:(

Powered By Blogger