Pages

Monday, May 11, 2009

Dadih Istimewa

Resipi ni mak saya dapat masa pergi kursus under latihan untuk usahawan MARA..bebudak opis memang teruja ngan dadih I yang lemak berkrim ni..cubala…

BAHAN:

500g coffemate
1 tin susu cair
1 ½ paket serbuk agar-agar cap burung layang-layang (yang clear)
23 cawan air
3 cawan gula
1-2 keping asam keping
Perasa ikut suka (biasanya mangga, strawberi, keladi dan coklat)

Cara:

Masakkan air dengan gula hingga mendidih dan gula hancur. Masukkan serbuk agar-agar dan asam keping dan kacau. Masukkan susu cair dan coffemate sedikit demi sedikit (takut berketul). Masak hingga mendidih dan masukkan perasa. Sejukkan dan makan!

1 comments:

Mass said...

nak buat bawa p tadika epal.. :-)