Pages

Wednesday, June 3, 2009

Marble Cheese Cake

kek yang belum dimasak
panas-panas keluar dr oven kek akan mengembang sikit

kek dah sejuk dan ready untuk dimakan

Resipi ni aku dapat masa attend kelas kek Chef Khairy under Yummies Bakery. RM55 untuk 2 kek , memang berbaloi..tapi resipi yang satu lagi tu, secret la,,since chef ni used to be work with secret recipe..kalau nak recipe yang lagi satu (Choc indulgence) kena PM acik Chah ni ha...sbb chef tu kata takut kena saman....huhu...
BASE
100 gm biskut marie
110 gm Anchor unsalted butter – melt it (seelok-eloknya guna pure butter)
50gm rolled oat
25gm almond nib

CHEESE FILLING
600gm Anchor cream cheese (Philadelphia pun boleh)
4 bijil telur gred A (kalau gred B = 5 biji)
250gm Collata white choc compound (bukan cooking choc)
180gm Ancho whip cream

GANACHE (TOPPING)
250gm Collata Dark Choc Compound
25gm Anchor unsalted butter (tak letak pun tk apa)
175gm anchor whipping cream

Cara:

Biscuit Base

1. Balut Loyang dengan aluminium foil. Guna sedikit air untuk lekatkan aluminium foil pada loyang.
2. Kisar biskut marie. Panggang sedikit oat dengan almond nib.
3. Masukkan butter yang telah dicairkan dan tekan dalam loyang. Untuk pastikan biscuit base tk berderai, kepal dengan tangan, jika tk pecah maknanya adunan dah ok.
4. Simpan dalam peti sejuk dalam 30 minit/sampai agak keras.

Cheese Filling

1. Lembutkan cream cheese sebelum pukul. Letak dlm room kira-kira 30-40 mins
2. Pukul cream cheese hingga kembang.Masukkan telur satu persatu dan pukul hingga sebati.
3. Masakkan white choc dengan whip cream secara double boil hingga cair. Campurkan dlm adunan cheese tadi, kacau sebati. Tuangkan dlam adunan biscuit base tadi.

Ganache (topping)

Double boil semua bahan dan hiaskan atas kek garis-gariskan untuk dapatkan bentuk marble..

Bakar secara double bake dengan suhu 150 deg C or 160 deg C dalam sejam/sejam 15 mins.

· Double bake : sama ada loyang dlm loyang (sama teknik double boil) OR, dlm oven tu, rak atas letak kek, bwhnya letakkan loyang berisi air.Make sure suhu tak melebihi 180 deg C sebab kalau suhu terlalu panas, kek mudah pecah.

2 comments:

JALAN REBUNG said...

salam chah,

apa kata chah buat sessi cake testing kat rumah chah ...tak tahanzzz la .

Mommy Sara said...

kak chah.. nak resipi choc indulgence itu.. knapa aku tak tau ko terror masak n jahit juga.. nk join kelas jahit mu.. nk jahit baju sara...
luv,
Lin Tadika