Pages

Thursday, August 19, 2010

New Post. Ini Memang Tajuknya

Aku jarang teringin nak menulis kisah kehancuran nilai-nilai agama, politik wang ataupun isu mat rempit. Yang aku kisahkan anak aku, laki aku, makan mesti cukup, beli handbag dan ummpp ummpp dengan laki. Tu je aku tahu. Pasal kerjapun aku kalau boleh malas nak ambik tahu. Biar kerja yang buat untuk aku, bukan aku yang kena buat kerja. Baru hidup bahagia seperti sedang pakai sari warna merah jambu, berbaring di padang hijau yang ada bau maung rumput sambil tengok langit. Dan konon-konon sambil kira bintang di langit. Ceh!

Tiap-tiap pagi dalam dario ada saja cerita kisah baby dibuang mak babi. Hilang mood nak dengar suara Abang Jem dan Mak Neng kat Sinar FM.

Selama ni bukan aku tak rasa nak bertanggungjawab jadi sial (sosial), tapi menjadi seorang aku, aku hanya tahu mengeluh, geleng-geleng kepala sahaja. Itu tidak cukup dan sangat kurang ajar.

Perlu ke aku pergi bercakap dengan presiden persatuan imam agar isu buang anak ditangani dari mula dan bukan setelah rabak poen anak dara lepas melahirkan dan baru kamu sibuk nak menyekolahkan mak-mak muda itu?

Atau aku perlu tulis surat direct kepada suami Kak Mah agar dia tidak hanya menjadi ketua kerajaan yang berbibir merah dan tahu berkata yang manis-manis sahaja. Banyak lagi rasa lain yang dia perlu tahu, beritahu dan ambil tahu. Bukannya buat tak tahu. Kelat.Masam.Tawar.Pahit.Payau. Lidas. Masin.

Aku akan emosi nanti, sebab tu aku tak suka nak tulis.

4 comments:

Idi said...

TAk pernah aku dengar rasa Lidas, Chah. Rasa mcmana ek?

Anonymous said...

pendidikan bermula dari rumah...ajar dan bimbing anak2 kita...


meeza

Chah said...

Idi,

lidas = rasa macam kita makan nenas muda ..gatal, itchy kat lidah tu...sekian pelajaran untuk hari ini....:p

Chah said...

Meeza,

betul sesangat cakap meeza tu...first thing first kita kena jaga anak kita dulu, mak org lain jaga anak org lain, mak dia jaga anak dia, mak itu jaga anak itu, barulah masyarakat terdidik...