Pages

Thursday, October 29, 2009

Layak Ke Nak Risau?

Aku risau ni. Semua tu kerna lepas aku terima sms; “ari ni balik lambat, nak up date resume. May be around 10 kot reach home’’. Aku bukan risau bila dia balik lambat –nanti lapar-perut masuk angin-kentut merata-Nabiha komplen busuk. Bukan tu. Aku bukan risau semenjak muka dia dah lawa ni, dia akan pergi menyunggit ke mana-mana. (muka dah lawa tu bukan sebab berbedak,bedak tu tak berkesanpun tapi..ada la rahsia rumah tangga yang menjadikan muka dia sedikit tampan) tapi kalau betul-betul pergi menyunggit memang aku risau.**toink**

Kenapa dia up date resume ha?. Anggapla sebab nak tukar font dalam resume. Itu aje. Dah meluat pakai font arial, nak tukar font Baskerville Old Face pulak.

Aku tak suka kalau dia up date resume. Biasanya sebab adalah geng head hunter mencari atau memang hobi dia nak test market, nak tengok dia tu laku tak kat pasaran. Aku tau dia tengah usha kerja baru tu. Sibuk nak kerja kat Qatar...aku doakan dia tak berjaya..doa orang teraniaya senang makbul. Haha..

Sekilas ikan di air nampak macam dia suka dengan kerja sekarang. Ramai orang mengidam nak kerja dengan syarikat ‘Amulet’ tu. Apa yang tak kena pun tak tau. Office cantik, kerjapun tak stress. Apa nak stressnya, balik-balik meeting. Sebijik cam UKM. Universiti Kuat Meeting.

Diapun pun siuman je aku tengok. Lain la kalau kerjanya itu menjadikan ‘beliau’ kurang siuman macam orang kureng jiran lama kami, itu ke stress? Ntah. Akupun nak tunggu survey Awang siap, aku nak baca, baru aku boleh paham makna stress tu kot.

Tapi seksiteri dia gatal sikit laa. [aku tau nama ko Siti..upp] Kalau mengenangkan Siti Sipir tu, elok jugak beliau blah dari ‘Amulet’ tu. Huhu.

4 comments:

jalaq said...

memang ko risau ye? pkl 3.00 pg update blog. tak kan ko tahajjud kot? atau pun ko smyg hajat.

Chah said...

incik jalaq..

hihi..abaikan waktu entry ni di poskan,bukan 3 pagi sebenarnya, ni waktu kat kolombia, aku tak reti nak ejas kasik jadi waktu mesia..:P

zaliana said...

adoila chah...baca blog ni..memang tak sah kalau tak gelak!

chah..awatnya risau sgt..doalah supaya kalaupun dia cari kerja..dpt kerja yg dekat2 aje..

AE said...

chah... skit je ko tulis aku dah senyum sampai ke telinga chah... love ya...