Pages

Sunday, November 1, 2009

Mari Memetik Bunga Nan Sekuntum

Lepas risau laki suka cari kerja lain, dapat pula cerita ‘lawak stress’ baru....itulah aku, seorang perempuan yang sangat tabah hatinya, kalau tidak masakan aku sentiasa diuji dengan dugaan demi dugaan..hihi..bagus betul pembuka kata pemanis bicara aku kali ni. Payah tu nak karang ayat-ayat power. Mungkin Mas Power pun tak sepower aku kalau masuk chapter untuk buat karangan.

Aku telefon mak 2,3 hari lepas. Agak derhaka aku ni sebenarnya. Payah aku nak menalipon mak kalau tak selang masanya melangkau dua minggu. Aku jadi sedikit mithali bila bulan puasa, memang hari-hari aku telefon mak, tak tipu! Aku rajin jugak menalipon bila nak mintak resipi.

Kali ni lain sikit ceritanya. Mak cerita pasal kos sodok tanah nak tanam sawit, masuk pulak cerita pasal bateri basikal dia yang nak kena ganti baru. Dalam pada aku dok mendengar-dengar suara mak kat seberang sana, aku dah congak-congak berapa banyak duit nak kena keluar. Nasiblah kepala otak aku sama terer dengan calculator. Erm dua ribu lebih jugak tu. Kalau RM2k kira aku adala duitnya. Kalau 2k tu paun sterling, mau terjongket ekor aku kena kerja tiap-tiap hari. Sekarangpun aku pergi kerja tiap-tiap hari jugak, tapi kerjanya buat ke tak? Nak aku gadai Nabiha, kecik sangat lagi, kalau timbang kilo, baru berapa je dapat. Tak sampai dua ribu.
Duit boleh cari, senang je falsafah hidup aku. Tapi kat mana, tu yang payah sikit.

Kalau la duit tu senang nak dapat, aku rasa takdela AE tu sanggup ari-ari makan sayur mentah jadi macam kambing sebab susah cari makanan halal kat Swizelen nun. Time raya, menangis lak tu, baru tau betapa syahdunya duduk diperantauan.

Laa.. lupa nak cerita pasal topik hangat perbualan telefon dengan mak. Mak aku dipinang orang! Dia dipinang LAGI sebenarnya. Ini kali yang ke tiga. Semua orang satu kampung. Yang pertama, suami arwah rakan kongsi mak masa buat catering kecil-kecilan. Yang ke dua, tok imam, mati bini jugak. Yang ke tiga ni, rumahnya kat simpang kubur, selang 4,5 buah dari rumah aku.yang ni, entah la bini dia mati ke belum.

Aku memang gelak berguling-guling-bangun-pastu berguling lagi bila dengar mak cakap dia dipinang lagi. Tengok rumah diapun aku tak selera, ini pulak la orangnya..haha..best betul mengutuk orang. Senang-senang je nak ambik mak kita. Dia tak tau bapak aku sampai dibuang keluarga, cinta antara dua darjat punya pasal. Ini main suruh-suruh je sesapa gi pinang mak aku. Kat lori ikan lak tu. Tak de adap langsung. Kot la bawak setepak dua sirih ke, mana tau hati mak boleh terpaut. Takpun sepeket dua cekelat mahal ke. Ada jugak pekdahnya. Kalau mak tolak, anak cucu ada, boleh tolong perabih.

Aku tanya, mak setuju ke?. Mak kata, nak kawin semula dah tak ada dalam kamus hidup dia. Cinta dia tetap pada ayah. Wahh! Jiwang karat orang tua ni.
Letak je telefon, aku teringat iklan yang ada Dafi ngan Sharipah Amani tu. Aura mak. Misti mak aku masa muda-muda dulu lawa, dah la masak sedap, sebab tula ramai yang tunggu je ‘line clear’, terus masuk jarum..

Aku dah cuak dah ni, agak2 kalau line aku plak yang dah clear lagi 30 tahun nanti, sapa plak yang nak gi pinang aku kat lori ikan? Apa plak aku nak jawab nanti? Payah jugak ni. Nak menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak selerak, orang kata. Tapi kes aku 30 tahun akan datang, rambut tu rambut uban..fuhhh berpeluh kalau nak cari uban dalam tepung..

P/S : Kepada sesiapa yang duduk di simpang kubur tu, 30 tahun akan datang, maafkan saya kerana menolak pinangan anda!

4 comments:

FakirFikir said...

Ish. Patutnya hang iklan la minta org setaraf Datuk K yang masuk minang.

Anonymous said...

Wakakaka ... ko ni dah patut masuk Raja Lawak la Chah .... kompom aku AFUNDI ko hari2.

Atoq

zaliana said...

ACik Chah

baca blog ni..tak sah kalau tak gelak!! pandai sungguh menyusun kata menutur bicara!!! tu belum jumpa orangnya lagi..kalaulah diluar acik chah juga sebegini..mau lenguh molotku sengih!!!

chah pegi mana..lama tak masuk kelas ehhh..huhu windu ahh

chah..tak lomatik sungguh yg pinang depan lori ikan tuh.mak chah tu..terbukti kasihnya hanya satu dan hingga hujung nyawa!!! :D

jalaq said...

cerita ni pun ko boleh olah jd lawak. ko patut tulis skrip dah chah. kalau ko crt masa kita deting compom terkeluar balik beriani yg aku makan......... hahahaha

Powered By Blogger