Pages

Tuesday, November 3, 2009

Apa Ada Pada Nama?

Modus operandi aku tulis entry ni bukanlah sebab apa-apa, tapi masa tu tengah hujan lebat. Kat Tugmanistan mungkin tengah musim bunga. Aku stuck kat office. Boleh je aku berlari masuk kereta. Tapi aku takut masa aku berlari nanti, aku jatuh tergolek yang mungkin mencederakan semula lutut aku yang dah sekenhen ni. Kalau lutut aku rabak balik, macam mana aku nak ke Kamdar temankan áku’ pergi beli langsir. Siapa pulak nak ikut ‘aku’ pergi Jalan TAR. Besarkan masalah aku?

Bimbang juga tetiba mendap pulak lantai bangunan ni dek kerna larian anak rusa nani yang seiras baby gajah ni. Jadi daripada membiarkan beberapa kemungkinan buruk berlaku, baik aku stay dan menulis cerita ini.

Masa aku sekolah rendah dulu aku ada sedikit masalah rendah diri. Masalah dengan nama aku ni. Aku terror mengaji, aku superb dalam pelajaran . Sikit lagi aku nak kalahkan kepandaian Sufiah. Tapi bab ‘meniaga’ dalam internet macam Sufiah, aku tak pandai la. Bukan tak pandai, tapi belum belajar lagi.

Walau sebijak mana aku, STILL..aku tak terlepas dari ejekan liar budak-budak hingusan. Budak-budak yang perasan nak jadi peramugari dan peragawati. Betis berkarat macam tiang jamban, ada hati nak jadi peragawati. Nasib baik aku bercita-cita nak jadi ‘kerajaan’. Jadi kalau betis aku berkaratpun takpe.

Aku selalu kena ejek. Semua tu datang mereka yang ‘skru longgar’ yang kuat cemburu. [Skru buatan Malaysia beb, cepat longgar]

Elemen cemburu tu memang dah ada dari kecik rupanya. Dasar orang Melayu!. Nasib la aku Melayu baru, elemen cemburu aku kira bersifat urban la jugak.

Mereka suka ejek nama aku. “tak noraeskah ari ni?”. Maknanya “tak menoreh kah ari ni?” . Sila baca dengan jiwa yang luhur dan simpati!.

Sudahnya aku komplen kat ayah. Aku rasa masa aku komplen tu aku nangis. Entah, lupa dah. “Boleh tak tukar nama De?” . Aku tanya.

“Pilih la nak nama apa” Ayah jawab macam tak acuh. “Nor Aeshah. Macam nama isteri Nabi. Elok sangat-sangat dah. Cuma silap eja’’. Ayah sambung.

[Sampai sekarang aku sumpah polis yang silap eja nama aku tu. Kalau aku tau rumah dia kat mana, malam ni jugak aku nak pergi simbah dengan cat merah!.]

Bila aku dah sekolah menengah, perasaan tu makin lama makin hilang. Rupanya ada yang lagi dahsyat nama dari aku. Kira aku tu kes terpencil je la. nama Azmi Mukim pun ada. Mukim mana tu?, hihi..

Aku cari jugak makna nama aku dalam internet, dalam buku himpunan nama-nama indah. Tapi tak ada la pulak. Tak cukup indah kot ek?


nota :
[Aeskah = Yang Merindui ]

4 comments:

zaliana said...

salam chah

byk sgt dah dengar citer polis silap eja nama nih..polis zaman dedulu ni tak de jiwa normal ke masa menjalankan tugas ehhh..

mak za citer..nama kawan dia lagi lah teruk..kesnya ayah budak tu masa nak gi buat surat beranak tak de pikir nama lagik..bila ckp kat polis daftar tu.."tak de nama lagi ni" ..mungkin pakcik tu pikir polis tu akan tulis nama yang normal mcm nama anak org lain lah kot..polis tu senang2 pegi tulis nama dia UNNAMED BINTI apa tah
(UN NAMED=tak bernama) ..sudahnya bila pegi sekolah org pakat panggil dia unname(sila eja ikut melayu)....dak ke bunyi nya mcm cakap jepun

cerdik sungguh polis jaman dulu kan???!!

JALAN REBUNG said...

chah ...

nama chah sedap apa ....cuba tanya mat yee ..sebab nama tu la dia makan tak kenyang ..mandi tak basah ..tidur tak lena ...

jalaq said...

polis dulu ramai yg bukan melayu. Singh @ Gurkha. member abang aku orang melaka nama MAHADIBEAR. Mahadi berrrrrrrrr (stail org Melaka)

Im said...

adik aku ada sorang kawan nama dia lagi unik...anak felda beb..bapak namakan feldaton...dah tu tuhan punya kuasa dapat jodoh dengan mamat nama felcramat...ni leh masuk malaysia book of record..