Pages

Monday, November 16, 2009

Asam Pedas Mak Som

Entah kenapa kalau pergi makan kat kedai Makcik Som ni, memang licin pinggan dan terasa macam nak jilat jari kaki. Memandangkan jari kaki yang hanya disabun seminggu sekali, jadi hasrat tu dilupakan. Jilat jari tangan je lah. Nak kata lokasi yang strategik, langsung tidak. Tak ada kupon parking percumapun.

Nak kata sebab kat situ port artis, apalah sangat setakat Sham Visa tu. Sekali-sekala nampak gak Zul Zuhaimy ke nama pelakon yang selalu jadi jahat tu, lepak situ. Sengih diapun sebijik macam sengih dalam drama. Muka, boleh jual la. Ada gak dia pssstt..psstt kat aku, tapi aku buat dekkk je, manalah tau nanti kena gosip pulak nanti. Tapi jauh di sudut hati aku tau dia nak minta sain aku..

Bebudak office aku kata, makan kat sini rasa macam kat rumah. Tapi semenjak aku aktif menjalankan aktiviti 'mengepau' makanan diorang, tak de la sama mana. Bahan mungkin sama, tapi rasa jauh lari. Aku taknak la kutuk kawan-kawan aku lebih-lebih, diorang tu kawan-kawan aku, susah senang nanti aku cari diorang jugak.

Kedai dia sempoi je, buatpun kat rumah. Tukang masaknya, sememangla Makcik Som. Pekerja Sendiri S'ja. 4 Orang Pekerja Sendiri S'ja. Sesuai betul nama dengan tuannya yang Sombong tu. Agaknya sepanjang dia hidup mungkin baru 4 kali dia senyum. Aku tak nak la ambitious sangat. Mungkin baru tiga kali kot. Pertama mesti masa kawin. Yang kedua dan seterusnya, malas aku nak fikirkan, mesti tak tepat punya. Cakap dengan kitapun macam la kita ni dari alam lain, ndak tak ndak je.


Menu dia, bukanla makanan bangsawan pun. Semua ada kat blog Za dan rakan-rakan. Tapi mana datang sedap tu tak tau la. Mungkin Mak Som ni ada pengaruh magis David Blaine kot.

Dalam dok geram tu, tiap-tiap minggu dok ulang makan situ. Kalau Jalaq tau, matila aku.

Dah la mahal. Harga dia, pehhh berani mati betul, tak ada perasaan simpati langsung sesama insan. Rasanya dah banyak kali cakap kat dia yang aku ni anak yatim.

Makan? Bungkus? Mak Som tanya sambil tak pandang. Cakap cepat nak penuh ke separuh, senang kira!.

Mak Aii..terguris hati aku ni tau tak?

Sorang kakak tu (bukan nama sebenar) terkebil-kebil kena marah. Dah la tengah mengandung. Orang mengandung ni sentitip tau? Yati lain la, mengandungpun takde perasaan.

Kak, lain kali nak makan kat sini kena ada kekuatan mental ye...!


Pesanan yang muda kepada yang kurang muda, Senyum la sikit.

3 comments:

jalaq said...

woittttttttt tak ajak aku. bila nak deting ni. aku tak penah makan kat mak som ni. asyik dgr ko cerita je

Anonymous said...

boleh tumpang tanya..kedai ni kat mana..dari cerita tu nampak macam menyelerakan...

meeza said...

Kat Kay ell nie, kalu masakannya sedap memang bole laku, orang yang dah merasa akan recommend kat kawan2 pulak...

Powered By Blogger