Pages

Friday, May 21, 2010

Ini nota perjuangan. Semua perlu bangkit!

Oklah, aku sedang buat rating baru level perasaan amarah aku sekarang. Aku boleh gelak-gelak lagi bila dengar ada kes-kes perempuan dimadu, ditipu lelaki, ditinggal suami. Sedang dalam hati aku ada nyalaan dan bara panas. Aku akan cuba sedaya upaya untuk letakkan kesalahan pada bahu lelaki yang aku panggil si penjahat cinta itu. Walau 14 bongkah sekalipun kesalahan sebenar berpunca daripada wanita, tapi kalau boleh aku nak bela mereka. Mereka kaum yang lemah. Aku pejuang wanita. Feminis. Jangan berani jentik wanita-wanita aku.

Apa aku dapat? Cop! Cop! Itu soalan tidak ada kaitan. Soalannya, dah berapa sumbangan aku? setakat tulis (memaki hamun) 4,5 baris dalam blog yang mungkin dibaca orang sebulan sekali. Masalah kekal masalah. Aku tak kemana-manapun. Dan yang paling sadis, aku tidak pernah berbuat apa-apa atas nama pembelaan itu. Haha! Kaulah penjahat cinta Chah!

Di Wong Solo tengahari tadi. Aku sengaja orderkan jus poligami untuk seorang kawan.Untuk suka-suka, walaupun aku akan sengaja aku juihkan bibir tanda bencinya pada poligami. Apa ni? Kau berperang untuk benda yang salah Chah!

Kawan yang ini, sahabat la aku gelar dia. Rasa macam aku nak beri tepukan dan sorakan atas usaha yang sedang dilakukan. tapi aku takut dia dan Jalaq malu mengaku aku sahabat lepas ni, jadi aku kekal ayu di kerusi aku. Apa yang sahabat ini lakukan, itu baru boleh dipanggil perjuangan. Membela kaum aku. Aku nak berganding bahu, tapi aku pandai cakap saja. Babi-babikan orang, itu saja yang aku buat.

Sedang aku menaip ni, aku dengar lagu Agnes Monica.

Di mana letak syurga itu, biarku gantikan tempatku dengan mu...

Pada saat ini walaupun aku bukan di syurga, tapi aku sedikit bertuah berbanding dia. Aku tidak bercadang untuk berada dalam kasutnya. Tapi aku memahami penderitaannya.

Kami sedang usahakan.

Kawan, dalam kasut mu sekarang banyak ular. Ada serangga jahat. Ada ulat walaupun kecil tapi berbisa. Kami akan cuba pimpin kamu berjalan tanpa kasut lama. Berjalan berkaki ayam, walau ada bahaya duri dan kaca, namun kerikil-kerikil kecil itu boleh kau jadikan terapi. Yang utama itulah dunia sebenar. Kasut yang selama ini kamu sarung, rupanya lebih bahaya daripada dugaan hidup berkaki ayam.

Ini juga terapi. Ini muhasabah diri untuk aku. Aku tak boleh bercakap sahaja. Aku juga kena bangkit berbuat sesuatu.

Kawan, bantu aku untuk bantu kamu.

3 comments:

jalaq said...

jus poligami habis........ apulkat pun habis... milo tambah lg ais. cumi goreng licin. masih berselera

Azhar Omar said...

Dalam dok tengah marah & emo tu sempat gak sepinggan nasi abis, ayam seketul cumi 2 kilo, tempe 3 kati. Marah betui kawan kita tu kan Jalaq? kekeke

Apa pun, aku berterima kasih atas sokongan kawan2 atas usaha ini. Aku ni tenaga penggerak aje, kwn2 lain yg banyak membantu sebenarnya

Idi said...

Dato', Jalak,

Ganasnya kawan kau tu berjuang, sampai berkati berkilo makanan habis... hehehe