Pages

Thursday, November 5, 2009

Aku memang sedang teringatkan kamu

Ada beberapa nama yang kekal dalam ingatan aku sampai sekarang. Sebab? Aku pernah bersahabat dengan mereka. Mereka pula, aku tak taula sebenarnya mereka anggap aku ni sahabat atau tidak. Takkan la sepanjang persahabatan itu, diorang tak ada langsung rasa meluat kat aku, kan?

Boleh dikatakan 2,3 hari sekali nama mereka ini muncul dalam minda aku. Aku gagal melupuskan nama mereka. Kenapa entah. Tapi, jika usaha aku berjaya menyingkirkan nama dan kisah mereka dari ingatan aku, apakah aku berdepan dengan masalah hilang ingatan? Schizophrenia? Wahh.. dah lancar aku sebut perkataan ni.

SARAH

Nama cantik, orangnya lawa. [Takla sangat]. Agak sensitif dan sedikit lemah lembik. Kalau Sarah ni makanan, dia sesuai jadi cream cheese, lemak tapi sedikit masam dan kelat. Mungkin juga dia buah perah [sila gugel sendiri], keras tapi isinya sedap.

Macam manala dia sanggup berkawan dengan aku yang kurang sopan ni. Mungkin sebab dia tinggal di kejiranan yang haru-biru, jadi dia terpaksa lupakan hasrat untuk mencari kawan yang baik-baik. Tapi hasrat itu semakin hari makin tenggelam kerana manusia kurang sopan ini sebenarnya baik budi dan suci hatinya. Amaran pemilik blog ini ; sila pergi muntah di toilet bowl!

Lepas ujian pemilihan, aku dapat masuk kelas yang paling pandai. Tingkatan 1 Commerce 1. Aku berjalanpun dengan kepala yang tegak dan badan yang keras macam orang yang pakai girdle murah dan tersilap saiz. Itu kelas manusia terpilih tu. Berbaloi la kalau aku nak tanamkan sikap angkuh dan riak.

Sarah duduk depan aku. Sebelah dia, Ma. Ma budak Lubuk Paku, tapi perangai dia tak ada la macam orang lubuk sangat. Aku pulak dapat duduk dengan Engku Zailah. Kulit dia agak kelabu. Walaupun kulit dia kelabu, tapi dia keturunan tengku-tengku. Tak macam aku, aku keturunan ‘Nor’ je. Kalau dia tengah pandang tempat lain, perlahan-lahan aku letak tangan aku sebelah tangan dia. Ohh, dia lagi hitam dari aku rupanya. Syukur!

Sedar tak sedar sampai sekarang aku masih bersahabat dengan Sarah, walaupun pernah bermasam muka, berhari-hari tak bertegur sapa. Dia masih Sarah yang dulu. Apa khabar orang Putarjaya?.

NURUL

Aku respek kat dia sebab dari sekolah asrama penuh, dia sanggup ‘mencemar duli’ tukar ke sekolah orang kebanyakan. Tapi jauh di sudut hati jahat aku kata [memang iya], dia terpaksa tukar ke sekolah aku. Hidup kalau tiada pilihan memang sukar, kan? Lagipun mesti sekolah asrama penuh tu dah berpatah arang dengan dia.
Kesian sekolah aku. Terpaksa terima budak-budak sebegini. Tapi aku gembira berkawan dengan Nurul. Walaupun rambut dia kerinting, tapi dia berjaya juga jadi cikgu dan beranak sampai lima kali. Itukan satu kemajuan namanya? Nanti-nantilah aku balas sms dia.

Dua orang je kawan aku?

4 comments:

Atoq said...

Chah, aku kenal bangat ngan NURUL ni. Penah gak le kena gossip ngan dia. Apa da ... mcm le aku ni artis. Btw, ko still contact dia lagi ke? Aku dah lost contact ngan dia. Kim salam rindu aku kat Nurul ye :)

FakirFikir said...

Aku hang tak ingat ka. Jiran sebelah rumah hang dulu. Kawan kepada laki hang ketika hang masih angau bercinta dulu. Hutang pun dok ada lagi. Kalau tak ingat, ok sangat tu...

Cik Tips Online said...

tak sangka kretifnya manusia2 diblog2 ni.. tergolek2 kita membacanya lawak sungguh le

Chah said...

encik fikir (awatla hang ni suka sgt berfikir..letih tau dak?)

gila apa aku tak ingat kt hampa, tambah la ni hang dok luaq negeri, tinggi tuh saham hampa..

apa2pun, 14 set pinggan mangkuk aku dah book. hampa kena tlg beli jugak2 untuk aku..ingat tau!

Powered By Blogger